Pergi ke kandungan

Gangguan gejala somatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gangguan gejala somatik
Nama lain
Gangguan somatik
Video penjelasan
PengkhususanPsikiatri
GejalaRasa risau atau takut yang melampau terhadap simptom fizikal[1]
TempohJangka masa panjang[2]
PuncaTidak jelas[3]
Sejarah keluarga, penyalahgunaan bahan, pengganguran, sejarah penderaan kanak-kanak[2][3]
Masalah kesihatan lain, kecelaruan, gangguan kebimbangan umum, gangguan penggunaan bahan, sindrom keletihan kronik[1][4]
RawatanKaunseling, ubatan[4]
Rawatan perubatan
SSRI[3]
Kekerapan~6%[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gangguan gejala somatik, dahulunya dikenali sebagai gangguan somatoform dicirikan sebagai ketakutan atau kebimbangan yang berlebihan terhadap gejala fizikal.[1] Ia biasanya berlaku pada tahap hingga menggangu aktiviti harian.[1] Gejala-gejala ini tidak dihasilkan atau dipalsukan dengan sengaja, dan ia mungkin wujud bersama atau tidak dengan penyakit perubatan yang diketahui.[3] Ia mungkin dikaitkan dengan gangguan personaliti mengelak atau gangguan obsesif-kompulsif.[3]

Punca terjadinya gangguan ini adalah tidak jelas.[3] Faktor risiko termasuk sejarah keluarga, penyalahgunaan bahan, pengangguran dan sejarah penderaan kanak-kanak.[2][3] Diagnosis memerlukan tempoh masa sehingga 6 bulan.[1] Gangguan yang boleh dicirikan sama termasuk gangguan penukaran, gangguan berfakta dan gangguan kebimbangan penyakit.[4] Ia berbeza daripada kecelaruan, apabila ia wujud sebagai ciri kedua.[4]

Rawatan untuk pesakit dengan gangguan ini termasuklah kaunseling seperti terapi tingkah laku kognitif dan ubat-ubatan, seperti SSRI.[4] Pesakit perlu terus dianjurkan bahawa simptom yang mereka miliki tidak akan mengancam nyawa mereka.[3] Ujian secara berlebihan adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan keputusan positif palsu; juga kerana keputusan yang negatif tidak semestinya memberikan jaminan yang positif kepada pesakit.[3] 90% kes bertahan lebih daripada 5 tahun.[3]

Gangguan gejala somatik dianggarkan menjejaskan 6% daripada populasi.[3] Perkadaran wanita dan lelaki ialah pada 10:1.[3] Gangguan ini selalu bermula pada fasa akhir perkembangan kanak-kanak.[2] Keadaan ini disifatkan oleh orang Mesir Purba dan kemudiannya berlaku pada tahun 1900-an sebagai histeria.[5] Nama semasanya diperkenalkan pada 2013 dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental edisi kelima (DSM-V).[3]

  1. ^ a b c d e Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. Fifth). American Psychiatric Association. 2013. m/s. 311-315. doi:10.1176/appi.books.9780890425596.156852. ISBN 978-0-89042-555-8.
  2. ^ a b c d LaFrance WC (July 2009). "Somatoform disorders". Seminars in Neurology. 29 (3): 234–46. doi:10.1055/s-0029-1223875. PMID 19551600.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n D'Souza, RS; Hooten, WM (January 2020). "Somatic Syndrome Disorders". StatPearls. PMID 30335286.
  4. ^ a b c d e Kurlansik, SL; Maffei, MS (1 January 2016). "Somatic Symptom Disorder". American family physician. 93 (1): 49–54. PMID 26760840.
  5. ^ Sadock, Benjamin J.; Kaplan, Harold I.; Sadock, Virginia A. (2007). Kaplan & Sadock's Synopsis of Psychiatry: Behavioral Sciences/clinical Psychiatry (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 634. ISBN 978-0-7817-7327-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-28. Dicapai pada 2021-02-17.