Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Penampilan
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia | |
---|---|
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia | |
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang | |
Jenis | Perintah |
Dizahirkan | 24 Oktober 1977 |
Negara | Malaysia |
Status | Masih lagi dikurniakan |
Sultan | Al-Sultan Abdullah |
Gred |
|
Singkatan darjah | SDSA, SSAP, DSAP, SAP, AAP |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang |
Lebih rendah | Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia |
SDSA SSAP DSAP SAP AAP Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia ialah suatu anugerah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Pahang. Keahlian Darjah Kebesaran ini akan dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Pengganti Sultan.
Peringkat Darjah
[sunting | sunting sumber]Darjah Kebesaran ini dianugerahkan khas oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan (atau pengganti Sultan). Darjah Kebesaran ini terdapat lima peringkat iaitu
- Peringkat Utama: Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
- Peringkat Pertama: Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Peringkat Kedua: Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Peringkat Ketiga: Setia Ahmad Shah Pahang
- Peringkat Keempat: Ahli Ahmad Shah Pahang
Tatacara darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Kekananan
- Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia ini adalah terkanan kepada Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia.
Kelayakan
- Orang Lelaki atau Perempuan boleh diterima menjadi ahli mana-mana Peringkat Darjah Kebesaran ini, yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada negeri.
- Orang-orang daripada luar negeri yang fikirkan layak oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, patut dianugerahkan kehormatan menjadi ahli Darjah Kebesaran ini akan diberi gelaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Kehormat atau Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang Kehormat atau Setia Ahmad Shah Pahang Kehormat atau Ahli Ahmad Shah Pahang Kehormat mengikut penganugerahannya.
Penggunaan Huruf- huruf Ringkas
- Sesiapa yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Yang Amat Di Mulia boleh meletakaan huruf-huruf S.D.S.A., S.S.A.P., D.S.A.P., S.A.P., A.A.P., di hujung namanya mengikut penganugerahannya pada tiap- tiap masa.
Mohor
- Cap Mohor Darjah Kebesaran ini hendaklah bercorak seperti Lencana Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia , Peringkat Pertama - Sri Sultan Ahmad Shah Pahang.
Pendaftar
- Pendaftar Darjah Kebesaran hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Pengganti Sultan dan hendaklah merakamkan semua perjalanan mengenai Darjah Kebesaran ini di dalam satu daftar yang diuntukkan bagi maksud tersebut.
Pembatalan Darjah Kebesaran
- Jika berlaku perlucutan atau pembatalan mana-mana ahli Darjah Kebesaran ini, maka ahli hendaklah mengembalikan tanda-tanda kemuliaan untuk perkhidmatan bagi Darjah Kebesaran ini kepada Pendaftar.
Pengembalian Tanda Kemuliaan akibat Meninggal Dunia
- Jika berlaku kematian mana-mana ahli biasa Darjah Kebesaran ini serta segala tanda-tanda kemuliaan dari Negeri ini yang dipakainya hendaklah dikembalikan kepada Pendaftar oleh waris atau wakil dari ahli tersebut, melainkan mereka telah menerima sepucuk surat daripada Menteri menyatakan adalah dengan limpah kurnia Raja Pemerintah membenarkan penyimpanan tanda-tanda kemulian tersebut oleh waris ahli yang meninggal sebagai tanda penganugerahan dan penghargaan Diraja.
Tanda Kemuliaan Ahli Kehormat yang Meninggal Dunia
- Tanda kemuliaan Ahli Kehormat yang meninggal dunia tidak perlu dikembalikan tetapi, warisnya dikehendaki menghantar sepucuk surat menyatakan perkara kematian ahli tersebut kepada Pendaftar.
Penerima terkenal
[sunting | sunting sumber]Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
[sunting | sunting sumber]Penerima membawa gelaran Dato' Sri.
- Noorainee Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 (2014)[1]
- Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Arif Bendahara (2020)[2]
- Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Panglima Raja (2020)
- Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja (2020)
Setia Ahmad Shah Pahang
[sunting | sunting sumber]- Ziana Zain (2005)[3].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Noorainee ketuai senarai penerima darjah kebesaran Pahang 2014
- ^ BERNAMA (15 Ogos 2020). "8 anakanda Agong terima darjah kebesaran Pahang". Berita Harian. Kuantan. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
- ^ "Seri Paduka Dahului penerima anugerah". Berita Harian. October 24, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2005-10-24.