Pergi ke kandungan

Bangsa Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinding utara Medinet Habu ini sering digunakan untuk menggambarkan kempen Mesir melawan Bangsa Laut, kemudiannya ia dipanggil Pertempuran Delta (s. 1175 SM),[1] semasa pemerintahan Ramses III. Walaupun tulisan hieroglif tidak menamakan musuh-musuh Mesir dan hanya mengatakan mereka dari "negeri-negeri utara", penyelidik perasan persamaan antara gaya rambut dan aksesori yang dipakai oleh askar-askar tersebut dengan ukiran-ukiran lain di mana nama mereka disebut.

Bangsa Laut atau Orang Laut merupakan sebuah gabungan pelaut yang dipercayai telah menyerang Mesir Purba dan tempat-tempat lain di Mediterranean Timur sebelum dan semasa keruntuhan Zaman Gangsa Lewat (1200–900 SM).[2][3] Berikutan penciptaan konsep ini pada abad ke-19, pencerobohan Bangsa Laut telah menjadi salah satu peristiwa yang paling terkenal dalam sejarah Mesir, kerana hubungannya dengan—menurut Wilhelm Max Müller—"soalan-soalan etnografi yang teramat penting dan sejarah primitif bangsa-bangsa klasik".[4][5]

  1. ^ Paine, Lincoln (2015-10-27). The Sea and Civilization: A Maritime History of the World (dalam bahasa Inggeris). Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 76. ISBN 978-1-101-97035-5.
  2. ^ Killebrew 2013, halaman 2. Pertama kali dicipta pada tahun 1881 oleh ahli kaji Mesir dari Perancis G. Maspero (1896), istilah "Bangsa Laut" yang agak tidak tepat ini merangkumi etnonim Lukka, Sherden, Shekelesh, Teresh, Eqwesh, Denyen, Sikil / Tjekker, Weshesh dan Peleset (Filistin). [Nota kaki: Istilah moden "Bangsa Laut" merujuk kepada orang dalam beberapa teks Kerajaan Baru Mesir yang dikatakan berasal dari 'pulau' (jadual 1–2; Adams dan Cohen, jilid ini; lihat, misalnya, Drews 1993' (jadual 1–2; Adams dan Cohen, jilid ini; lihat, contohnya, Drews 1993, 57 untuk ringkasan). Penggunaan tanda petikan yang dikaitkan dengan istilah "Bangsa Laut" dalam tajuk kami bertujuan untuk menarik perhatian kepada sifat bermasalah istilah yang biasa digunakan ini. Penamaan sebagai berasal dari "laut" hanya sesuai dengan orang Sherden, Shekelesh dan Eqwesh. Selepas itu, istilah ini sewenang-wenangnya digunakan bagi beberapa etnonim lain, seperti orang Filistin, yang digambarkan dalam kemunculan terawal mereka sebagai penceroboh dari utara semasa pemerintahan Merenptah dan Ramesses Ill (lihat, contohnya, Sandars. 1978; Redford 1992, 243, n. 14; untuk ulasan terkini tentang kesusasteraan primer dan sekunder, lihat Woudhuizen 2006). Mulai sekarang, istilah Bangsa Laut akan muncul tanpa tanda petikan.]"
  3. ^ Drews 1995: "Tesis bahawa sebuah "penghijrahan Bangsa Laut' yang hebat berlaku sekitar 1200 SM kononnya berdasarkan inskripsi-inskripsi Mesir, satu dari pemerintahan Merneptah dan satu lagi dari pemerintahan Ramesses III. Namun dalam inskripsi itu sendiri, tiada penghijrahan sebegitu. Selepas mengkaji apa teks-teks Mesir kata tentang "bangsa laut" ini, seorang pakar kaji Mesir (Wolfgang Helck) baru-baru ini menyatakan bahawa walaupun beberapa perkara tidak jelas., 'eins ist aber sicher: Nach den ägyptischen Texten haben wir es nicht mit einer "Völkerwanderung" zu tun' ['Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti: menurut teks Mesir ini bukannya "penghijrahan"'] Oleh itu, hipotesis hijrah bukannya berdasarkan inskripsi itu sendiri tetapi pada tafsirannya".
  4. ^ Müller 1888.
  5. ^ Hall 1922.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Sumber utama: terbitan-terbitan awal mengenai teori ini

[sunting | sunting sumber]

Sumber sekunder

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]