Ayai Illusi
Ayai Illusi | |
---|---|
Kelahiran | Zaharuddin bin Kamaruddin 20 November 1962 |
Nama lain | Ayai |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1986-kini |
Pasangan | Siti Hajar Ali |
Saudara | Mohd Halim Kamaruddin (adik) Abdul Rahman Kamaruddin (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock, Balada, Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Antarctic Sound Production (ASP) EMI Music Publishing New Southern Records (NSR) |
Pengkarya berkait | Illusi, M. Nasir |
Laman web rasmi | http://instagram.com/ayaiillusi_official |
Zaharuddin Kamaruddin (lahir 20 November 1962) atau lebih dikenali sebagai Ayai Illusi adalah salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumpulan Illusi pada tahun 1988. Beliau juga adalah abang kepada Mohd Halim Kamaruddin, vokalis gantian untuk kumpulan Ekamatra ketika kumpulan tersebut bertanding di peringkat akhir Juara Lagu 1990.
Bersama kumpulan Illusi, nama Ayai mula meniti di bibir peminat menerusi lagu-lagu hitnya, antaranya ialah Puisi Cinta (1988), Segalanya Ku Terima dan Suara Cinta (1989) serta Inang Bujang Dan Dara (1993). Kemudian, beliau meneruskan kerjayanya secara solo dan sempat menghasilkan satu album studio berjudul Ayai Illusi pada tahun 1995.
Gegar Vaganza
[sunting | sunting sumber]Gegar Vaganza 2014
[sunting | sunting sumber]Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2014 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan | |||
Minggu 1 | Throwback | "Segalanya Ku Terima" | Illusi | tidak diketahui | |||
Minggu 2 | Idola | "Gadis Melayu" | Othman Hamzah | tidak diketahui | |||
Minggu 3 | Kenangan Mengusik Jiwa | "Khayalan" | Black Dog Bone | tidak diketahui | |||
Minggu 4 | Ada Berani? | "Penghujung Rindu" | Jamal Abdillah | tidak diketahui | |||
Minggu 5 | Impian Dan Dedikasi | "Lagu Cinta Lagu Jiwa" | M.Nasir & Mawi | tidak diketahui | |||
Minggu 6 | Berdua Lebih Baik | "Kita Insan Biasa" duet dengan Indah Ruhaila | Jay Jay & Dayangku Intan | tidak diketahui | |||
Minggu 7: Separuh Akhir | Carta Lagu Hits | "Hanya Aku" | Hyper Act | tidak diketahui | |||
Minggu 8: Akhir | Medley | "Jangan Kau Rayu" & "Semangat Lamina" | Rahim Maarof & Lefthanded | Juara | |||
Battle | "Kalau Aku Kaya" battle dengan Rahmat Mega | Awi Rafael & Altimet |
Gegar Vaganza 2023
[sunting | sunting sumber]Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 10 | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan |
Minggu 1 | Kembali Menyengat | "Cinta Beralih Arah" | Aishah | 13th |
Minggu 2 | Ikut Tekak Sendiri | "Bunga Pujaan" | Eddie Silitongga | 10th |
Minggu 3 | Putar Kiri Kanan | "Donde" | Andi Bernadee | 14th |
Minggu 4 | Berdua Bersatu | "Raikan Cinta" | M.Nasir | 3rd |
Minggu 5 | Misteri | "Pusara Di Lebuhraya" | Ekamatra | Tersingkir |
Karier Awal
[sunting | sunting sumber]Ayai memulakan kariernya dalam bidang seni suara pada 1970 sebagai penyanyi radio RTM bersama Orkes RTM kawasan selatan di Johor Bahru di bawah pimpinan Allahyarham Taib Othman yang juga bapa kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama) dan Din (gitar irama).
Selepas 10 tahun menimba pengalaman, Ayai mengorak langkah apabila menyanyi di eksekutif lounge di Jalan Meranti Merah, Tebrau bersama Hasnah Harun dan Allahyarham Harun Jaabar.
Pada 1985, Ayai mula mengenali rapat M. Nasir yang sehingga kini dipanggil Along menerusi kumpulan Anak-Anak Alam yang turut disertai Allahyarham Loloq, Keon, Siso dan Pyan Habib.
Pada masa sama, darah muda penyanyi itu membuak-buak untuk menyertai Bintang RTM namun komitmen tinggi bekerja di kelab membantutkan hasratnya.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Ayai
[sunting | sunting sumber]Karier | Tahun | Judul Album/Single |
---|---|---|
Bersama Kumpulan Illusi | ||
1988 | Dalam Ilusi
| |
1989 | Suara Cinta
| |
1993 | Menggapai Pelangi
| |
Solo | ||
1995 | Ayai Illusi
| |
2013 | Duniaku Dakwahku (feat. Altimet)
| |
2015 | Manusia Sempurna (bersama Awi Rafael)
|
Anugerah & Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Pertandingan | Tahun | Keputusan | Judul Lagu | Kategori | Komposer | Senikata |
---|---|---|---|---|---|---|
Anugerah Juara Lagu | ||||||
1989 | Tempat Kedua | Segalanya Ku Terima | — | Awang | Bob | |
1993 | Tercalon | Inang Bujang Dan Dara | Irama Malaysia | M. Nasir | M. Nasir | |
Gegar Vaganza | ||||||
2014 (Musim Pertama) | Juara | — | — | — | — |