Antonov An-225
An-225 Mriya 100 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat kargo |
Pengeluar | Antonov |
Direka oleh | Antonov |
Penerbangan sulung | 21 Desember 1988 |
Status | Hancur |
Pengguna utama | Antonov Airlines (1) |
Dikeluarkan | 1988 |
Jumlah dibina | Satu |
Dibangunkan dari | Antonov An-124 |
Antonov An-225 Mriya (Bahasa Ukraine: Антонов Ан-225 Мрія) merupakan pesawat terbesar di dunia yang dibuat oleh Perusahaan Antonov. Nama belakang pesawat ini, Mriya (Bahasa Ukraine: Мрія) bererti "mimpi" atau "inspirasi". Walau bagaimanapun, pesawat ini musnah pada Febuari 2022 akibat serangan Rusia terhadap lapangan terbang Hostomel dalam serangan Rusia ke atas Ukraine.[1] Susulan itu, pihak Rusia merancang untuk membayar pampasan untuk membina semula Antonov An-225.[2]
Ketika dahulu, pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat angkasa ulang alik Buran sebagai pengganti Myasishchev VM-T. Namun, seiring dengan pembubaran Soviet pada 1991 yang membawa kepada penghentian Buran pada 1993, pesawat ini tidak beroperasi selama hampir 8 tahun. Pada 2001, pesawat ini kembali digunakan sebagai kapal pengangkut berat dengan nombor penerbangan UR-82060 (sebelumnya СССР-82060).
Pada asalnya, unit kedua pesawat pernah diusahakan. Namun hanya satu yang berjaya selesai dan digunakan (UR-82060), sedangkan yang kedua dijadualkan siap pada 2008 lalu ditunda. Pada Ogos 2009, pesawat kedua masih tidak siap lalu ditinggalkan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "AN-225 Destroyed by Russian forces at Gostomel". airlineratings.com (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2022.
- ^ Kulisch, Eric (2022-02-27). "The 'Dream' is dead: Air cargo wonder destroyed in Ukraine". FreightWaves. Dicapai pada 2022-02-28.