Pergi ke kandungan

Laluan Kelana Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aliran Kelana Jaya)
LRT Laluan Kelana Jaya
5
Rapid KL
Bombardier Innovia ART 200 tren 2-gerabak di stesen Kelana Jaya.
Umum
Nama asalLRT Laluan Kelana Jaya
Jenistransit aliran ringan berkapasiti sederhana
SistemRapid KL - LRT KL System 2 (LRT2)
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal KJ1  Gombak
 KJ37  Putra Heights
Stesen37 [2]
PerkhidmatanGombak - Ara Damansara
Gombak - Ara Damansara - Putra Heights
Penumpang harian225,053 (2015)
Penumpang82.144 juta (2015)[1]
( 0.2%)
Nombor laluan5 (Merah Delima)
Laman sesawangmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka01 September 1998 (1998-09-01) (Disambungkan 30 Jun 2016 (2016-06-30))
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail
CiriLandasan bertingkat, bawah tanah, dan aras tanah
DepotDepoh Subang
Stok kereta apiSet tren INNOVIA ART 200 Mark II 2-gerabak & 4-gerabak
Perbezaan panjang tren
Teknikal
Panjang aliran46.4 km (28.8 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanLandasan keempat
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan

Laluan Kelana Jaya (bahasa Inggeris: Kelana Jaya Line) ialah salah satu dari dua buah laluan transit aliran ringan (LRT) berkapasiti sederhana di Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang dikendalikan oleh Rapid Rail, di samping Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.

Laluan Kelana Jaya asalnya dikenali sebagai PUTRA LRT. PUTRA ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini. Berikutan dengan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, laluan ini kini dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dikendalikan oleh anak syarikatnya iaitu Rapid Rail.

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
  • 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
  • 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
  • November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Laluan Kelana Jaya.
  • 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Laluan Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga 71 juta untuk Laluan Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[3]
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[4] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Laluan Kelana Jaya (dan Laluan Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[5][6]
  • 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
  • 22 Julai 2015 – Berlaku kebakaran kecil pada bahagian brek kepada dua set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerabak, satu set berhampiran stesen Setiawangsa menuju ke stesen Gombak pada jam 8:12 pagi, manakala satu set lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca daripada kegagalan brek. Tiada kecederaan penumpang dilaporkan.

Landasan dan stesen

[sunting | sunting sumber]
Stesen KLCC adalah salah satu dari lima buah stesen bawah tanah sepanjang Laluan Kelana Jaya. Stesen bawah tanah ini dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan.
Stesen LRT Kuala Lumpur Sentral.
Stesen Universiti pada waktu malam.

Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Gombak hingga ke Putra Heights yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 46.1 km ini ialah sistem transit aliran deras tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia yang menggunakan pergerakan tujahan kuasa magnet, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km).

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya bertingkat, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.

Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur bertingkat dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:

  • Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
  • Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
  • Tren tidak melangkau stesen.
  • Stesen dibina dengan platform lurus.
  • Lima stesen bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.

Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup terhad untuk menjaga keselamatan.

Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2017, kod stesen dinama semula dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.

Senarai stesen

[sunting | sunting sumber]
Kod Nama Jenis platform Kedudukan Ruangan letak kereta Pertukaran/Catatan
 KJ1  Gombak Terminus (Tengah) Bertingkat 1,441 Dahulu dikenali sebagai Terminal PUTRA. Kompleks Parkir Bertingkat LRT Gombak dibina di sebelah dan hanya boleh dimasuki dengan kad MyRapid. Stesen ini akan menganggotai Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak pada 2019 dan dicadangkan untuk dijadikan stesen pertukaran dengan  ECR  East Coast Rail Link Fasa 1 pada 2024.
 KJ2  Taman Melati Sisi Bertingkat Disediakan oleh DBKL
 KJ3  Wangsa Maju Tengah Bertingkat Disediakan oleh DBKL
 KJ4  Sri Rampai Sisi Subpermukaan Tiada
 KJ5  Setiawangsa Tengah Bertingkat 125
 KJ6  Jelatek Sisi Bertingkat 292
 KJ7  Dato' Keramat Sisi Bertingkat Tiada
 KJ8  Damai, Malaysia Tengah Bertingkat Tiada
 KJ9  Ampang Park Tengah Bawah tanah Tiada Stesen sambungan ke  PY20  untuk MRT Laluan Putrajaya.
 KJ10  KLCC Tengah Bawah tanah Tiada Dapat mencapai  MR6  AirAsia-Bukit Bintang untuk KL Monorail dan  KG18A  Pavilion KL-Bukit Bintang untuk Laluan Kajang melalui Pavilion Kuala Lumpur, di samping  MR7  Raja Chulan untuk KL Monorail melalui Laluan Pejalan Kaki 1.2 km KLCC-Pavilion.
 KJ11  Kampung Baru Tengah Bawah tanah Tiada
 KJ12  Dang Wangi Tengah Bawah tanah Tiada 350 meter jalan kaki stesen kawasan berbayar keluar ke  MR8  Bukit Nanas untuk KL Monorail.
 KJ13  SP7  AG7  Masjid Jamek Tengah Bawah tanah Tiada Stesen pertukaran dengan  AG7  Laluan Ampang dan  SP7  Laluan Sri Petaling.
 KJ14  KG16  Pasar Seni Tengah Bertingkat Tiada Stesen pertukaran  KG16  untuk MRT Laluan Kajang. Stesen perhubungan melalui jalan kaki of 250 meter stesen kawasan berbayar keluar ke  KA02  Kuala Lumpur untuk Laluan Seremban dan Laluan Pelabuhan Klang dan 2.6 km jalan kaki ke  MR3  Maharajalela untuk KL Monorail. Hab bas di bawah stesen untuk laluan bas ke Kajang, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam dan Klang.
 KJ15  KL Sentral Sisi Bertingkat Tiada Stesen kawasan berbayar keluar ke  KA01  KTM Laluan Seremban dan KTM Laluan Pelabuhan Klang,  KE01  KLIA Ekspres,  KT01  KLIA Transit, 200 meter jalan kaki ke  MR1  KL Sentral untuk KL Monorail dan 650 meter jalan kaki ke  KG15  Muzium Negara untuk MRT Laluan Kajang. Bas pengantara T819 ke  KG13  Pusat Bandar Damansara untuk Laluan Kajang.
 KJ16  Bank Rakyat–Bangsar Sisi Bertingkat Tiada
 KJ17  KD01  Abdullah Hukum Sisi Bertingkat Tiada Stesen kawasan berbayar keluar ke bakal stesen  KD01  Eco City untuk Laluan Pelabuhan Klang. Stesen cadangan akan dibina di sebelah stesen Abdullah Hukum. Sambungan ke  KB01  Mid Valley di Laluan Seremban dibolehkan melalui laluan pejalan kaki (bukan linkway antara stesen). KL Eco City juga akan dibangunkan sebagai hab transit dengan cadangan Laluan MRT Lingkaran.
 KJ18  Kerinchi Sisi Bertingkat Tiada
 KJ19  Universiti Tengah Bertingkat Tiada RapidKL Bus T789 ke Universiti Malaya dan T788 ke  KB01  Mid Valley di Laluan Seremban.
 KJ20  Taman Jaya Sisi Bertingkat Tiada
 KJ21  Asia Jaya Tengah Bertingkat Disediakan oleh MPSJ
 KJ22  Taman Paramount Tengah Bertingkat 68
 KJ23  Taman Bahagia Sisi Bertingkat Disediakan oleh MPSJ
 KJ24  Kelana Jaya Tengah Bertingkat 482 Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke  KJ37  Putra Heights pada Jun 2016.

Dilayan oleh bas dan teksi. Juga terdapat parkir jangka panjang.

 KJ25  Lembah Subang Sisi Bertingkat Tiada Stesen terletak di atas tanjakan landasan masuk depoh Lembah Subang. Bas pengantara T807 ke  KG06  Surian untuk Laluan Kajang.
 KJ26  Ara Damansara Tengah Bertingkat 817 Stesen terminal untuk perkhidmatan waktu puncak antara Gombak dan Ara Damansara.
 KJ27  Glenmarie Tengah Bertingkat 569 Bakal pertukaran ke  BK7  Glenmarie di Laluan Shah Alam.
 KJ28  KD09  Subang Jaya Tengah Bertingkat Disediakan oleh KTMB Stesen kawasan berbayar keluar ke  KD09  untuk Laluan Pelabuhan Klang dan bakal Laluan Skypark.
 KJ29  SS15 Tengah Bertingkat Tiada
 KJ30  SS18 Tengah Bertingkat Tiada
 KJ31  SB7  USJ7 Tengah Bertingkat Tiada Pertukaran dengan  SB7  BRT Laluan Sunway.
 KJ32  Taipan Sisi Bertingkat Tiada
 KJ33  Wawasan Sisi Bertingkat Tiada
 KJ34  USJ21 Sisi Bertingkat 694
 KJ35  Alam Megah Tengah Bertingkat 196
 KJ36  Subang Alam Tengah Bertingkat 115
 KJ37  SP31  Putra Heights Terminus (Tengah dan Sisi) Bertingkat 452 Terminus selatan Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya.

Pertukaran rentas platform ke  SP31  LRT Laluan Sri Petaling.

Stok kereta api

[sunting | sunting sumber]

Laluan ini menggunakan tren Bombardier Innovia ART 200 dan Innovia Metro 300 yang menggunakan motor linear.

  1. ^ "JADUAL 2.9 : BILANGAN PENUMPANG BAGI PERKHIDMATAN SISTEM ALIRAN RINGAN, SUKU KEEMPAT, 2015" (PDF) (dalam bahasa Malay dan English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai pada 31 March 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Kelana Jaya Line". RapidKL. Dicapai pada 2015-04-21.
  3. ^ Bombardier Press release on 71 Million Euro Order by SPNB
  4. ^ Nik Anis & Dharmender Singh (2009-07-28). "Targets set for the six Key Result Areas". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-31. Dicapai pada 2021-10-01.
  5. ^ [ http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/37652-new-lrt-line-extensions-on-display-from-tomorrow Diarkibkan 2009-09-16 di Wayback Machine New LRT Line Extensions on Display from Tomorrow]
  6. ^ [ http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090914120418/Article/index_html Public May Give Feedback on LRT Extension Project]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Rangkaian Transit Rapid KL