Al-Jayyani
Al-Jayyānī | |
---|---|
Kelahiran | 989 |
Meninggal dunia | 1079 |
Latar belakang akademik | |
Pengaruh | Euclid, al-Khwarizmi |
Karya akademik | |
Era | Zaman Kegemilangan Islam |
Minat lain | Matematik, ilmu falak |
Dipengaruhi | Alfonso X |
Abū ʿAbd Allāh Muḥammad ibn Muʿādh al-Jayyānī[1] (989, Cordova, Al-Andalus – 1079, Jaén, Al-Andalus) ialah seorang ahli matematik, ulama, dan qadi dari Al-Andalus (kini Sepanyol).[2] Al-Jayyānī menulis ulasan-ulasan penting terhadap Elemen karya Euclid dan beliau menulis karya pertama diketahui mengenai trigonometri sfera sebagai satu disiplin yang bebas daripada ilmu falak.
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Tidak banyak yang diketahui tentang hayatnya. Kekeliruan terjadi terhadap identiti al-Jayyānī bagi nama sama yang disebutkan oleh ibn Bashkuwal (meninggal dunia pada 1183), ulama al-Quran, ahli filologi bahasa Arab dan pakar dalam faraid. Tidak diketahui samada mereka adalah orang yang sama atau tidak.[3]
Kitab Qiyas al-Qissi al-Majhulah fi al-Kurrah
[sunting | sunting sumber]Al-Jayyānī menulis Kitab Qiyas al-Qissi al-Majhulah fi al-Kurrah (Buku tentang lengkok yang tidak diketahui bagi sfera), yang dianggap sebagai "karya pertama mengenai trigonometri sfera dalam bentuk modennya,[4]Templat:Fv meskipun trigonometri sfera dalam bentuk Hellenistik kunonya telah ditangani oleh ahli-ahli matematik terdahulu seperti Menelaus dari Alexandria, yang membangunkan teorem Menelaus untuk menangani permasalahan sfera.[5] Bagaimana pun, E. S. Kennedy mengutarakan bahawa adalah mungkin matematik pra-Islam menghitung magnitud rajah sfera, secara prinsip, dengan menggunakan jadual perentas dan teorem Menelaus, aplikasi teorem itu kepada permasalahan sfera adalah amat sukar secara amali.[6] Karya Al-Jayyānī mengenai trigonometri sfera "mengandungi rumus bagi Segi tiga bersudut tepat khas, hukum sinus umum, dan penyelesaian bagi segi tiga sfera dengan cara segi tiga kutub." Karya ini kemudiannya mempunyai "pengaruh yang kuat terhadap matematik Eropah", dan "takrifan nisbahnya sebagai nombor" dan "kaedah penyelesaian segi tiga sfera apabila semua sisi tidak diketahui" mungkin mempengaruhi Regiomontanus.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Latin forms include Abenmoat, Abumadh, Abhomadh, or Abumaad, corresponding to either Ibn Muʿādh or Abū ... Muʿādh.
- ^ Calvo 2007.
- ^ Dold-Samplonius & Hermelink 1970.
- ^ a b O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F., "Abu Abd Allah Muhammad ibn Muadh Al-Jayyani", arkib MacTutor History of Mathematics, Universiti St Andrews.
- ^ O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F., "Menelaus of Alexandria", arkib MacTutor History of Mathematics, Universiti St Andrews. "Book 3 deals with spherical trigonometry and includes Menelaus's theorem."
- ^ Kennedy, E. S. (1969), "The History of Trigonometry", 31st Yearbook, National Council of Teachers of Mathematics, Washington, D.C.: 337 (cf. Haq, Syed Nomanul, The Indian and Persian background, m/s. 68, in Seyyed Hossein Nasr, Oliver Leaman (1996), History of Islamic Philosophy, Routledge, m/s. 52–70, ISBN 0-415-13159-6)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Calvo, Emilia (2007). "Ibn Muʿādh: Abū ʿAbd Allāh Muḥammad ibn Muʿādh al‐Jayyānī". Dalam Thomas Hockey; dll. (penyunting). The Biographical Encyclopedia of Astronomers. New York: Springer. m/s. 562–3. ISBN 978-0-387-31022-0.CS1 maint: ref=harv (link) (PDF version)
- O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F., "Abu Abd Allah Muhammad ibn Muadh Al-Jayyani", arkib MacTutor History of Mathematics, Universiti St Andrews.
- Dold-Samplonius, Yvonne; Hermelink, Heinrich (1970). "Al-Jayyānī, Abū'Abd Allāh Muḥammad Ibn Mu'ādh". Complete Dictionary of Scientific Biography. Encyclopedia.com.CS1 maint: ref=harv (link)
Templat:Al-Andalus-scientist-stub
Templat:Europe-mathematician-stub