Pergi ke kandungan

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
اكتا كسالهن ڤيليهن راي 1954
Tajuk panjang
  • Suatu Akta bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan pasukan penguat kuasa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya; bagi membuat peruntukan mengenai pelantikan ejen pilihan raya dan bagi mengawal belanja pilihan raya; dan bagi membuat peruntukan mengenai petisyen pilihan raya.
Petikan
Jangkauan wilayah
Seluruh Malaysia
Tarikh digubal1954 (Ordinan No. 9 tahun 1954)
1969 (Akta 5 m.b.p. 12 April 1969)
Tarikh kuat kuasa
Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya[a]—30 April 1954, L.N. 250/1958;
Sabah[b], Wilayah Persekutuan Labuan[c]—1 Ogos 1965, P.U. 176/1966;
Sarawak[d]—1 November 1966, P.U. 227/1967
Pindaan
Ordinan Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1955 [Ord. 10/1955]
Ordinan Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1959 [Ord. 10/1959]
Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pindaan) 1961 [Akta 19/1961, s. 10]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1961 [Akta 33/1961]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1964 [Akta 6/1964]
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 7/1964, s. 5]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1966 [P.U. 56/1966]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1966 [P.U. 144/1966]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) 1966 [P.U. 497/1966]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1966 [P.U. 498/1966]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) (Pindaan) 1967 [P.U. 348/1967]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) (Pindaan) 1967 [P.U. 349/1967]
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) (Pindaan) 1968 [P.U. 55/1968]
Peraturan Perintah Mahkamah (Petisyen Pilihan Raya) (Pindaan) 1968 [P.U. 104/1968]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1969 [Akta A5]
Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970 [P.U. (A) 282/1970]
Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971 [Akta 59]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1974 [Akta A245]
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 [Akta 160]
Akta Mahkamah Rendah Perintah (Perluasan) 1980 [P.U. (A) 357/1980]
Ordinan Pemberitathuan di bawah Nama Jawatan 1949 [P.U. (B) 57/1982]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1986 [Akta A640]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1990 [Akta A769]
Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991 [Akta 464]
Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 [Akta A885]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1994 [Akta A890]
Akta Pentafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 [Akta A1177]
Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 [Akta A1204]
Status: Berkuat kuasa

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah akta Parlimen Malaysia bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan pasukan penguat kuasa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya; bagi membuat peruntukan mengenai perlantikan ejen pilihan raya dan bagi mengawal belanja pilihan raya; dan bagi membuat peruntukan mengenai petisyen pilihan raya. Akta ini pertama kali dibuat pada 1954, dan kemudian disemak semula pada 1969.

Terdapat 7 bahagian di dalam akta ini:-

  1. Permulaan dan pentafsiran
  2. Kesalahan pilihan raya
  3. Perbuatan rasuah
  4. Ejen pilihan raya, belanja pilihan raya dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
  5. Pasukan penguat kuasa
  6. Maaf kerana perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
  7. Alasan bagi membatalkan pemilihan
  8. Petisyen pilihan raya

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Catatan—Lihat seksyen 6 Akta A1095.
  2. ^ Catatan—Untuk perluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sabah, lihat P.U. 56/1966, P.U. 144/1966, P.U. 498/1966, P.U. 348/1967.
  3. ^ Catatan—Lihat seksyen 6 Akta A585.
  4. ^ Catatan—Untuk perluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sarawak, lihat P.U. 497/1966, P.U. 349/1967, P.U. 55/1968.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]