Pergi ke kandungan

Aina Abdul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aina Abdul
Aina Abdul ketika melakukan konsert mega "A Night With Aina Abdul 3.0" di Axiata Arena, Kuala Lumpur
Kelahiran
Nurul Aina binti Abdul Ghani

(1993-10-25) 25 Oktober 1993 (umur 31)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari
Pusat pendidikanUniversiti UCSI
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • komposer
  • penerbit rakaman
  • pelakon
Tahun aktif2014–kini
IbuZaini binti Abdullah
BapaAbdul Ghani bin Abdullah
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • Indigital
  • Aina Abdul Entertainment
Pengkarya berkait
Laman sesawang
  • "Instagram".
Laman web rasmihttps://www.ainaabdul.my/

Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993)[1] merupakan seorang penyanyi bersuara besar dan popular di Malaysia, komposer dan juga penulis. Beliau juga terkenal dengan gaya fesyen yang berani, luar biasa dan lain dari yang lain. Pernah juga menjadi pelakon dalam sebuah drama iaitu “Seindah Takdir Cinta” yang digandingkan bersama Amyra Rosli. [2][3][4] Kerjayanya dalam industri hiburan bermula setelah beliau menyertai program realiti Mentor Legend, dengan Ella sebagai mentornya, dan Aina dinobatkan sebagai Naib Juara Mentor Legend 2014/15. Single sulungnya yang bertajuk "Ini Yang Kau Mahu" dirakam dan dilancarkan pada tahun 2015.[5] Beliau juga terkenal dengan penggayaan fesyen artistik yang eksentrik[nota 1] yang telah menimbulkan pelbagai respons negatif daripada masyarakat serta media.[6][7][8].

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Aina dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.[9] Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah.[9] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.[9] Setelah memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aina melanjutkan pelajaran di Universiti UCSI, Kuala Lumpur,[10][9] sehingga tamat pengajian pada tahun 2020 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari pada tahun 2021.[11][12]

Bapanya meninggal dunia pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan, ketika Aina baru berusia 15 tahun.[13] Dalam temubual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan bapanya membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran, dan berkata:

Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan dengan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya.[9]

Aina memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi freelance pelbagai dine place serta lounge termasuk No Black Tie.[14] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, diikuti dengan kemenangan di tempat pertama dalam pertandingan Golden Voices of PJ pada tahun 2012.[15]

Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend dan berjaya dinobatkan sebagai naib juara.[16][17] Selepas tamat Mentor Legend, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.[18]

Beliau mengikat kontrak bersama Indigital Music dan muncul dengan single pertamanya, "Ini Yang Kau Mahu" pada September 2015. Pada tahun 2017, Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya yang bertajuk "Reminiscing",[19] diikuti dengan lagu bahasa Inggeris keduanya, "Shadows" pada 2018.[20]

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak sebagai Irma di dalam drama Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016.[21]

Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia dan berjaya merangkul gelaran juara.[22] Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[23][24] Pada 26 Disember 2020, beliau telah dinobatkan sebagai juara Vokal Mania bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.[25][26]

Pada Disember 2020, lagunya yang berjudul "Semalam" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada 14 Mac 2021, tanpa kehadiran penonton disebabkan pandemik COVID-19. "Semalam" mencatatkan detik bersejarah bagi Aina bersama para peminatnya, Ainations setelah berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara di AJL35.

Pada 8 Februari 2021, Aina melancarkan singlenya yang bertajuk "Sepi". "Sepi" menceritakan pengalaman jatuh dan bangun beliau dalam bidang muzik, terutama pengalamannya sebagai penyanyi kelab malam.[27] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, yang mana Aina memilih kelab malam sebagai lokasi penggambaran.[14][28]

Pada September 2021, Aina muncul dengan single yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk lagu; AINA ABDUL. Lagu ini menggabungkan tiga lagu popularnya iaitu "Sumpah", "Semalam" dan "Sepi". Menurut Aina, gabungan lagu ini ialah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini.[29][30] Ini kemudian diikuti dengan pelancaran single bahasa Inggerisnya yang bertajuk "Fool" pada Disember 2021. Lagu ini turut mendapat tempat di Jepun.[31][32]

Pada 16 dan 17 Disember 2021, Aina mengadakan konsert solo pertamanya, A Night with Aina Abdul yang berlangsung di Bsync Live Kuala Lumpur.[33][34] Edisi kedua konsert ini kemudiannya diadakan pada 25 dan 26 Jun 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.[35][36][37]

Beliau kemudian tampil dengan sebuah single berkonsep kerohanian yang berjudul "CahayaMu" pada Mac 2022.[38]

Pada Jun 2022 Aina muncul dengan single bertajuk "Terus Hidup". "Terus Hidup" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil (Stadium Axiata Arena) pada 12 Februari 2023, dan dinobatkan sebagai Juara AJL 37. Aina Abdul turut membawa pulang trofi untuk anugerah Vokal Terbaik AJL37.

Kecemerlangan Aina Abdul diteruskan menerusi konsert berskala besar pertama beliau, A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang bertemakan Aina Abdul.

Oktober 2023 memperlihatkan Aina muncul dengan album sulung berjudul IMAJI menampilkan 14 buah lagu. Lagu "Jangan Mati Rasa Itu" menjadi single pertama yang diperkenalkan dan turut layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Minggu pertama 2024 Aina menggegarkan Kota Singa melalui konsert pertama beliau di Singapura, A Night With Aina Abdul Live In Singapore. Aina juga menyertai artis-artis terkenal seperti M. Nasir, Sheila Majid dan Misha Omar di dalam Konsert Resonance for a Reason with Malaysian Philharmonic Orchestra pada 9 November 2024 [39].

Profil vokal

[sunting | sunting sumber]
  • Jenis suara: Mezzo Soprano
  • Julat vokal yang disokong secara konsisten: E3-Eb5-B5
  • Aina mengaplikasikan teknik “chest dominant mix” dalam nyanyian. Oleh itu bunyi yang dihasilkan berintensiti tinggi
  • Aina juga sering menyanyi menggunakan note E5 & F5 , antara lagu yang mencapai note F5 ialah “Semalam , Sumpah , Sepi , Nafas Cinta , Terus Hidup & single terbaru Jangan Mati Rasa Itu “

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian luar negara

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2022, Aina Abdul terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[40]

Single bahasa Inggeris Aina bertajuk "Fool" yang dilancarkan pada tahun 2021 telah mendapat tempat dan permintaan di stesen radio Jepun.[31][32]

Aina muncul menerusi konsert berskala antarabangsa beliau di Singapura pada 6 Januari 2024, A Night with Aina Abdul in Singapore.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Penggayaan fesyen Aina yang dilihat bersifat eksentrik dan luar biasa sering menjadi bualan netizen di ruangan media sosial dan juga tajuk utama di laman portal berita hiburan. Pada Mei 2022, netizen mengkritik cara pemakaian Aina yang dilihat mirip rahib atau biarawati gereja. Namun beliau menegaskan bahawa beliau hanya menghargai cara penampilan tersebut sebagai fesyen sahaja.[41] Selain itu, Aina juga acap kali dituduh sebagai seorang mangsa fesyen sehingga dikritik berpenampilan menyerupai plastik sampah pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) oleh usahawan kontroversi, Nur Sajat pada Ogos 2022.[8] Pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 (ABPBH35) pada Julai 2023, Aina mencuri tumpuan ramai dengan penampilan busana oversize rekaan Behati dan tiba di acara tersebut menggunakan lori berkaca lutsinar.[42]

Sebagai salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-34, Aina membuat persembahan lagunya bertajuk "Sumpah" dengan menampilkan persembahan berdarah. Persembahan ini telah mencetuskan kontroversi di media sosial yang mengatakan lagu ini mengetengahkan tema bunuh diri.[43][44] Walau bagaimanapun, beliau menafikan dan menegaskan bahawa persembahannya bermaksud "hati yang terluka" dan disokong oleh kebanyakan netizen.[45]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Singles
Tahun Tajuk Lirik Komposer
2015 "Ini Yang Kau Mahu"[46] Aina Abdul Aina Abdul
2017 "Reminiscing" Aina Abdul Aina Abdul
"Bukan Khayalan" Aina Abdul Aina Abdul
"Mimpi Kita" Aina Abdul Aina Abdul
"Ribut Hati" (OST Tombiruo: Penunggu Rimba) Raymund Wee Gabriel Lynch
2018 "Shadow" Aina Abdul Aina Abdul
"Same Kind" (bersama Altimet dan Baraka Blue) Aina Abdul Aina Abdul
2019 "Sumpah" Aina Abdul Aina Abdul
"Ghost" (feat. Spuds) Aina Abdul Aina Abdul
"Kasih Suci" (OST Bu, Kasih Suci) Aina Abdul Aina Abdul
2020 "Semalam" (OST Mencari Kiblat Cinta) Aina Abdul Aina Abdul
"Syahdu di Pagi Syawal" (lagu raya) Aina Abdul Aina Abdul
"Maybe" Aina Abdul Aina Abdul
"Kelip-Kelip" Aina Abdul Aina Abdul
"Nafas Cinta" (feat. Khai Bahar)

(OST Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Aina Abdul Aina Abdul
2021 "Trulooks" (Jingle for Cosmetic Product) Aina Abdul Aina Abdul
"Sepi" (OST Sepi Tanpa Cinta) Aina Abdul Aina Abdul
"Syukur Lebaran" (lagu raya) Aina Abdul Aina Abdul
"Warna Warni" (feat. Daniesh Suffian Official Theme Song For Tonton TV3) Aina Abdul Aina Abdul
"Nada Kalbu" (OST Masih Ada Rindu) Aisha Retno, Aina Abdul Farouk Roman, Aina Abdul
"Tunggu Kamu" (feat. Lah Ahmad) Aina Abdul Aina Abdul
"Aina Abdul" Aina Abdul Aina Abdul
"Fool" Aina Abdul Aina Abdul
2022 "CahayaMu" Aina Abdul Aina Abdul
"Gema Raya" (lagu raya) Aina Abdul Aina Abdul
"Terus Hidup" Aina Abdul Aina Abdul
"Kasih Merintih" (OST Trinil) Aina Abdul Aina Abdul
2023 "I Lost Me" Aina Abdul Aina Abdul
"Shoot" Aina Abdul Aina Abdul
"Blue" Aina Abdul Aina Abdul
"Berkunjung Di Hari Raya" (lagu raya) Aina Abdul Aina Abdul
"Puas Sudah"' Aina Abdul Aina Abdul
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" (feat. Khai Bahar) Aina Abdul Aina Abdul
"Jangan Mati Rasa Itu" Aina Abdul Aina Abdul
2024 "Hati Ini Telah Dilukai 2.0" (feat. Ajai) Ajai, Nasser Abu Kassim Ajai
"Raya Lagi Happening" (feat Syafiq Kyle) Aina Abdul Aina Abdul
"Kembara Nabawi" Alan OTwo, Anep OTwo, FJ Muzik N/A
"Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (feat. Fabio Asher)" Melly Goeslaw Andi Rianto, Azlin Hilda
"Kamu" Aina Abdul Aina Abdul

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Seindah Takdir Cinta Irma TV3 Drama pertama

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2014 Mentor Legend Peserta

(Bunga Raya)

TV3 Naib Juara
2020 Immortal Songs Malaysia Ep.5 (Datuk Khatijah Ibrahim) Juara
The Masked Singer Malaysia (musim 1) Astro Warna Juara
Vokal Mania TV3 Juara Idol
2021 Malaysia Hari Ini Artis Jemputan TV3 Bersama Khai Bahar
All Together Now Malaysia Juri Astro Ria Persembahan bersama Ernie Zakri, Syamel, & Khai Bahar Lagu Ya Habibi Ali Baba
I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 Artis Jemputan TV3 Episod 5
Meletop Artis Jemputan AME2020 Astro Ria Feat Ernie Zakri Lagu Semalam, Gundah & Bang Bang
2022 Meletop Artis Jemputan Bersama Khai Bahar Battle
Big Stage Musim 4 Juri Jemputan Minggu 2 & Akhir
Meletop Artis Jemputan Lagu Terus Hidup
Konsert Semangat Lebaran Kita (Preshoot Raya) Bersama Ernie Zakri, Amir Masdi, Shiha Zikir, Zaiton Sameon & Khai Bahar
ABPBH34 TV3 Lagu Sumpah & Semalam feat. Man Kidal
Meletop Artis Jemputan AME2021 Astro Ria Lagu Ke Hujung Dunia tribute to arwah Siti Sarah
Gegar Vaganza Artis Jemputan Duet Bersama Jaclyn Victor Lagu Cinta
Meletop Duet Bersama Amir Masdi Lagu Senja Nan Merah
2023 Anugerah Ikon Sukan (AIS) TV9 Lagu Gemilang
Meletop Raya Astro Ria Bersama Hafiz Suip Nyanyi Lagu Anugerah Aidilfitri
NONA: Kisah Selebriti TV3
Meletop Astro Ria Perkenalan Juri Big Stage
Big Stage Musim 5 Juri Tetap Minggu 1 - Minggu 10
2024 Konsert Minggu Ini Artis Utama RTM
RTM Orchestra: Big Band Project Artis Jemputan Bersama Jaclyn Victor

Mentor Legend

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan Aina dalam Mentor Legend:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 TIADA
Minggu 2 Pengenalan "Hurt" Christina Aguilera Selamat
Minggu 3 Solo & Duet "Sesal Separuh Nyawa"
"A Woman's Worth" (duet bersama Ella)
Alyah
Alicia Keys
Selamat
Minggu 4 "Secangkir Madu Merah" (duet bersama Tuah) Amelina & Sheeda Selamat
Minggu 5 "Beribu Sesalan"
"Halo" (duet bersama Sarah Fazny)
3 Suara
Beyoncé Knowles
Selamat
Minggu 6 Separuh Akhir: Medley "As Long As You Love Me"
"Problem"
"Ghazal Untuk Rabiah" (duet bersama Hazama)
Backstreet Boys
Ariana Grande
M. Nasir & Jamal Abdillah
Selamat
Minggu 7 "Berhenti Berharap"/"Fighter"
"Stay"/"If I Were A Boy"
Sheila on 7/Christina Aguilera
Rihanna/Beyonce Knowles
Selamat
Minggu 8 Grand Finale "Layar Impian" (duet bersama Ella)
"Menghitung Hari"/"Mencintaimu"
Ella
Krisdayanti
Naib Juara

Konsert & Showcase

[sunting | sunting sumber]
Tahun Konsert Show Tarikh Tempat
2016 Aina Abdul & The Ground Passenger Showcase 1 27 Jun No Black Tie, Kuala Lumpur
2021 A Night with Aina Abdul 1.0 2 16 Dis The Platform, Menara Ken TTDI
17 Dis
2022 A Night with Aina Abdul 2.0 2 25 Jun Istana Budaya, Kuala Lumpur
26 Jun
2023 A Night with Aina Abdul UniEdition 1 17 Jun Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, KL
A Night with Aina Abdul 3.0 1 18 Nov Axiata Arena, Bukit Jalil
2024 A Night with Aina Abdul, Live in Singapore 1 6 Jan The Theatre at Mediacorp, Singapore
Aina Abdul bersama MPO 2 10 Mei Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur
11 Mei
Aina Abdul’s Lounge 2 23 Ogos Liberal Latté, KL
25 Ogos
Aina Abdul: Imaji Tour 2 14 Dis Arena Gemilang, DeTAR Putra (UNIMAS), Kuching, Sarawak
27 Dis Zepp KL
2025 Aina Abdul : Imaji Tour 1 11 Jan Dewan Mu'adzam Shah (UUM) Sintok, Kedah

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 World Championship of Performing Arts (WCOPA) @ Los Angeles, A.S. Vocalist of The World Dirinya Sendiri Menang
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya Sendiri Finalis
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Wanita Popular Dirinya Sendiri Finalis
Anugerah Juara Lagu Ke-34 Terbuka "Sumpah" Finalis
2021 Anugerah Telenovela (2018) OST Filem Terbaik "Tombiruo" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular "Nafas Cinta" feat Khai Bahar Menang
Anugerah Juara Lagu ke-35 Terbuka Penyanyi untuk lagu Semalam Naib Juara
Anugerah Juara Lagu ke-35 Terbuka Komposer untuk lagu Semalam Naib Juara
Anugerah Juara Lagu ke-35 Terbuka Penulis lirik untuk lagu Semalam Naib Juara
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Anugerah Vokal Terbaik AJL36 Dirinya sendiri menerusi lagu "Sepi" Menang
Anugerah Juara Lagu ke-36 Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL "Nafas Cinta" feat Khai Bahar Menang
Anugerah Industri Muzik (AIM23) Vokal Wanita Terbaik "Nada Kalbu" Finalis
Anugerah Industri Muzik (AIM23) Kolaborasi/Duo Terbaik "Tunggu Kamu" feat Lah Ahmad Finalis
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Terbuka Penyanyi untuk lagu Terus Hidup Menang
Anugerah Vokal Terbaik AJL38 Dirinya sendiri menerusi lagu "Terus Hidup" Menang
Terbuka Komposer untuk lagu Terus Hidup Menang
Terbuka Penulis lirik untuk lagu Terus Hidup Menang
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 OST Terbaik "Nafas Cinta" feat Khai Bahar Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Menang
Ekstra: Lagu Paling Boom Terus Hidup Menang
2024 Anugerah KNKV Viral Award 2024 Anugerah Diva Terulung Dirinya sendiri Menang
Gempak Most Wanted Awards 2023 Anugerah Lagu/Audio Tergempak "Jangan Mati Rasa Itu" Menang
Anugerah Juara Lagu ke-38 Terbuka Penyanyi untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" Tempat Ketiga
Komposer untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" Tempat Ketiga
Penulis lirik untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" Tempat Ketiga
Anugerah Vokal Terbaik AJL38 Dirinya sendiri menerusi lagu "Jangan Mati Rasa Itu" Menang
Anugerah Pilihan Alha Alfa Dirinya sendiri Menang
Anugerah Ikon Melodi 2024 Terbuka Dirinya sendiri Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Menang
Ekstra: Lagu Paling Boom "Jangan Mati Rasa Itu" Finalis
Bintang Paling Popular Dirinya sendiri Menang
NONA Superwoman Award 2024 NONA Celebrity Award Dirinya sendiri Menang

Pelantikan dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Pelantikan

[sunting | sunting sumber]

Kempen Kerajaan

[sunting | sunting sumber]
  • Wakil Malaysia membuat persembahan di ABU Song Festival (2023)
  • Duta Tudung "Face Of Galeri Hajra" (2023)
  • Duta Air Minuman “Spritzer” (2024)

Pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Pengiktirafan lain

[sunting | sunting sumber]
  • Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award (2024)
  • Visual Icon Of The Year - SEBA (2023)
  1. ^ Definisi Eksentrik - aneh (bkn perlakuan, idea dll): orang yg ~; keeksentrikan perihal (sifat atau keadaan) eksentrik. Sumber daripada DBP
  1. ^ Tiga Artis Mentor Legend Promosi 'Single' Baharu mStar Online. 11 September 2015. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  2. ^ Najiy Jefri (2 September 2020). Aina beri kejutan Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Mac 2020). Kecaman satu rahmat Harian Metro. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  4. ^ Bertahun tunggu untuk sampai tahap ini Berita Harian. 2 September 2019. Dicapai pada 25 Disember 2019.
  5. ^ Rudy Imran Shamsudin (8 Disember 2015). Aina bimbang peminat keliru[pautan mati kekal] Harian Metro. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  6. ^ Mahmud, Farihad (25 Julai 2023). "Aina bersikap terbuka teguran fesyen pelik". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  7. ^ Saizali, NurEmira (21 Julai 2023). "Baju saiz gergasi, Aina Abdul naik lori". Kosmo!. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  8. ^ a b Tahir, Sudirman (22 Ogos 2022). "Aina Abdul dah macam 'plastik sampah'". HMetro. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  9. ^ a b c d e Izyan Liyana Mohd Darif (11 April 2021). "Ratapan memori Aina Abdul". Sinar Harian. Dicapai pada 11 April 2021. m/s 20–21.
  10. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (15 November 2015). "Aina berbakat cipta lagu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-16. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  11. ^ Siti Athirah Dzulkifly (28 November 2021). "Bukan mudah seimbangkan pelajaran dan kerjaya - Aina Abdul". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 November 2021.
  12. ^ Georgie Joseph (27 November 2021). "Aina Abdul terima Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  13. ^ Zulhilmi Jalil (12 Februari 2020). ""Abah tunggu saya dalam kereta sampai saya habis menyanyi, tapi..." - Aina Abdul terkenang momen arwah bapa hembus nafas terakhir sewaktu..." Astro Gempak. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  14. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (21 Februari 2021). "Pernah lalui jalan sukar, Aina Abdul kongsi kisah sebagai penyanyi kelab malam dalam 'Sepi' - "Saya cuba memberi inspirasi kepada orang ramai"". mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2021.
  15. ^ Subkhir Cheema (31 Disember 2017). Weddings to the big stage, Aina Abdul reminisces her musical journey Eksentrika. Dicapai pada 31 Disember 2017.
  16. ^ Norhadiani Baharom (3 Februari 2015). Mentor Legend: Air mata gembira Aina Diarkibkan 2020-12-02 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 5 November 2015.
  17. ^ Budiey (20 Februari 2015). Azmil, Aina dan Sarah berjaya ke final Mentor Legend Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 November 2015.
  18. ^ Mohd Shahimey Azmi (11 November 2020). Imej pelik, rezeki Aina Abdul Kosmo!. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  19. ^ LISTEN: Aina Abdul reminisces her past with debut English single JUICE Online. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  20. ^ Aida Rashid (14 November 2018). Aina Abdul debuts new single titled Shadows Masses. Dicapai pada 24 Januari 2019.
  21. ^ Bernama, Admin (31 Mei 2016). "Drama Seindah Takdir Cinta (TV3)". MyInfoTaip. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  22. ^ Vivien Lim (12 Jun 2020). "Singer Aina Abdul performs in mask after netizens make fun of her appearance". The Star Online. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  23. ^ Nadia Athira Adam (16 November 2020). Aina Abdul tak kecil hati bakat seni lambat dihargai - "Alhamdulillah perjalanan sekarang lebih mudah" mStar Online. Dicapai pada 3 Disember 2020.
  24. ^ Wawann Mohd (29 November 2020). Vokal Mania: Aina Abdul buat persembahan dari rumah Sinar Harian. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  25. ^ Aina Abdul juara Vokal Mania Kosmo!. 27 Disember 2020. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  26. ^ Khai Azfar (29 Disember 2020). Tahun bertuah! Ini senarai kejayaan Aina Abdul sepanjang 2020 Murai.my Dicpai pada 31 Disember 2020.
  27. ^ Mohd Haikal Isa (6 Mac 2021). "Sepi luar biasa Aina Abdul". Kosmo!. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  28. ^ Fiena Azman (9 Februari 2021). "Dedah pernah 'hilang' suatu ketika dahulu, Aina Abdul kini bangkit dengan karya "Sepi"". Hot FM. Dicapai pada 16 Mac 2021.
  29. ^ Najiy Jefri (17 September 2021). "Aina Abdul gabung tiga lagu dalam single terbaharu". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  30. ^ Najiy Jefri (3 Oktober 2021). "Paduan tiga lagu hit". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  31. ^ a b Farol Hadi (28 Februari 2022). "Aina Abdul terkejut 'Fool' dimainkan radio Jepun, bangga lagu anak Melayu ke udara di bumi 'sakura'". mStar Online. Dicapai pada 25 April 2022.
  32. ^ a b Zai Kamal (1 Mac 2022). "Malaysian singer Aina Abdul's English song gets airplay in Japan". The Star Online. Dicapai pada 25 April 2022.
  33. ^ Khai Azfar (27 Oktober 2021). "Tiket 'Showcase' Pertama Aina Abdul 'Sold Out'!". Murai.my. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  34. ^ Budiey (28 Oktober 2021). "Tiket Persembahan 'A Night With Aina Abdul' Habis Dijual Dalam Tempoh 48 jam". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  35. ^ A. Aided (26 Jun 2022). "Malam Pertama Konsert Aina Abdul Sangat Happening! Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Tahu…". Murai.my. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  36. ^ Asyraf Roslan (26 Jun 2022). "A Night With Aina Abdul 2.0: Pakai busana 'rambut', Aina tak sabar menanti komen netizen". Astro Awani. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  37. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Jun 2022). "Aina diva dalam ciptaan". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  38. ^ Mohammad Shahemy Azmi (9 April 2022). "Saya rasa kosong – Aina Abdul". Kosmo!. Dicapai pada 25 April 2022.
  39. ^ https://lauktambah.com/2024/09/30/konsert-amal-mpo-resonance-for-a-reason-bakal-memukau-penonton/
  40. ^ Sudirman Mohd Tahir (26 Mac 2022). "Giliran wajah Aina Abdul di Times Square, New York". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  41. ^ Tahir, Sudirman (26 Mei 2022). "Aina Abdul suka fesyen walaupun nampak macam 'sister'". HMetro. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  42. ^ Hadi, Farol (21 Julai 2023). "Aina Abdul datang ABPBH35 naik lori berkaca, busana 'oversize' Behati curi tumpuan". MStar. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  43. ^ Najiy Jefri (7 Januari 2020). Aina Abdul mula terasa bebanan AJL34 Harian Metro. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  44. ^ Mohd Al Qayum Azizi (27 Mac 2019). Aina Abdul bangkit dengan 'Sumpah' selepas alami kemurungan mStar Online. Dicapai pada 5 April 2019.
  45. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Mac 2020). Kecaman satu rahmat Harian Metro. Dicapai pada 30 Mac 2020.
  46. ^ Michelle Gun (22 September 2015). Impian tiga gadis terkabul Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]