Pergi ke kandungan

ARA General Belgrano (1896)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Argentina
Nama: ARA Belgrano
Bersempena dengan: Manuel Belgrano
Pembina: Orlando, Livorno
Dilancarkan: 25 Julai 1897
Disiapkan: 8 Oktober 1898
Diperolehi: 1897
Struck: 8 May 1947
Takdir: Dilupus sebagai besi lusuh, 1953
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kelas-Giuseppe Garibaldi armoured cruiser
Sesaran: 7,069 long ton (7,182 t)
Panjang: 344 ka 2 in (104.9 m)
Lunas: 50 ka 8 in (15.4 m)
Draught: 23 ka 4 in (7.1 m)
Installed power: 13,000 ihp (9,700 kW)
Jana kuasa:
  • 2 gandar, enjin marin wap menegak tiga
  • 8 dandang tiub air Belleville
Halaju: 20 knot (37 km/j; 23 mph)
Anak kapal: 520
Persenjataan:
  • 2 × 1 - Armstrong 10-inci (254 mm) guns
  • 14 × 1 - 6-inci (152 mm) guns
  • 2 × 1 - 3-inci (76 mm) guns
  • 10 × 1 - 6-pounder guns
  • 4 × 1 - 18-inci (457 mm) torpedo tubes
Perisai:

ARA General Belgrano merupakan penjajap berperisai Tentera laut Argentina. Kapal ini dibina di Itali bersama tiga kapal lain bagi Tentera laut Argentine (Garibaldi, Pueyrredón dan San Martín) dan dianggap sebagai sebahagian dari kapal Itali kelas S. Kapal ini dilancarkan pada 1896 dan berkhidmat dengan Tentera laut Argentina sehingga ia dibersarakan pada 8 May 1947.

Kapal perang ini dibina di Cantiere Navale Fratelli Orlando, di Livorno, di mana lunasnya diletakkan pada 1896 dan dilancarkan pada 25 Julai 1897. Ia dibeli pada tahun 1898 oleh kerajaan Argentina, yang sedang bertikai dengan Chile. Selepas menguji mesin dan artileri, ia mula berkhidmat pada 8 Oktober 1898, berlepas pada hari yang sama memasuki pelabuhan Genoa, di bawah pemerintahan Komander Emilio Barilari, tiba ditempat tujuan mereka di Mar del Plata, pada 6 November tahun itu.

Selepas pertikaian dengan Chile, 20 Januari 1899 ia membawa Presiden Argentina Julio Argentino Roca dan Presiden Chile Federico Errazuriz Echaurren bagi menandatangani perjanjian damai, Selepas melawat Santa Cruz, Rio Gallegos, Puerto Harberton dan Ushuaia, tiba pada 15 Februari 1899 di Punta Arenas di mana kedua persiden menandatangani perjanjian perdamaian antara kedua negara.

Pada tahun 1902 ia digantung perkhidmatan dan selepas dilengkapi dengan peralatan telegraf pada 1907, ia diterima masuk semula pada 1908. Pada tahun 1912, ia dilengkapi dengan kemudahan radio. Pada tahun 1927 dia memulakan permodenan pengkalan tentera laut Puerto Belgrano, tetapi sebelum berakhir permodenan, berlepas ke Eropah, melawat Genoa, daru 7 hingga 16 Oktober, di mana awak kapal menghadiri pendedahan peringatan Jeneral Belgrano. Kemudian ia melawat Sepanyol dan kembali balik ke Geneva bagi meneruskan kerja permodenan, termasuk penukaran dandang bagi menggunakan gasolin, pemasangan layar baru dan pertiukaran arteleri.

Pada penghujung permodenan, 25 Oktober 1929 ia tiba di Buenos Aires Argentina pada 24 November. Pada tahun 1933 ia ditaraf sebagai Pengawal Pantai dan dihantar ke Mar de Plata bagi kegunaan membawa dan menyokong kapal selam. Pada 8 May 1947, selepas 50 tahun perkhidmatan, di dibersarakan. Ia ditunda ke Buenos Aires, dan dipecahkan di Creek.

  • Gardiner, Robert, penyunting (1985). Conway's All the World's Fighting Ships, 1906–1921. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. m/s. 400. ISBN 9780870219078. OCLC 12119866.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • (Sepanyol) Burzaco, Ricardo. Acorazados y Cruceros De La Armada Argentina. Eugenio B, Buenos Aires, 1997. ISBN 987-96764-0-8
  • (Sepanyol) Arguindeguy, Pablo. Apuntes sobre los buques de la Armada Argentina (1810–1970). Comando en Jefe de la Armada, Buenos aires, 1972. ISBN n/d


Templat:Giuseppe Garibaldi class cruisers