492 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Ekspedisi pertama Raja Darius I dari Parsi terhadap Yunani bermula di bawah pimpinan jeneral serta menantunya, Mardonius. Darius menghantar Mardonius untuk mewarisi Artaphernes, satrapnya (gabenor) di Ionia, dengan tugas khas untuk menyerang Athens dan Eretria.
- Tentera Parsi di bawah Mardonius menewaskan Thrace dan Macedon.
- Mardonius hilang banyak armadanya dalam ribut berhampiran dengan Gunung Athos dan terpaksa membatalkan rancangannya untuk menyerang Athens dan Eretria.
Sicily
[sunting | sunting sumber]- Apabila Camarina, tanah jajahan Syracuse, memberontak, Hippocrates, penzalim Gela, masuk campur dalam perang terhadap Syracuse. Selepas menewaskan tentera Syracuse di Sungai Heloros, beliau mengepung kota itu, tetapi dipujuk oleh campur tangan angkatan tentera Corinth, sebuah kota di tanah besar Yunani, untuk berundur sebagai pertukaran untuk pemilikan Camarina.