Pierre, Dakota Selatan
Penampilan
Pierre, Dakota Selatan Bandar Pierre | |
---|---|
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Dakota Selatan |
Keluasan | |
• Jumlah | 13.07 batu persegi (33.85 km2) |
Aras | 1,450 ft (442 m) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 13,646 |
• Kepadatan | 1,045/batu persegi (403.4/km2) |
Zon waktu | UTC-5 (CST) |
• Musim panas (DST) | UTC-5 (CDT) |
Laman sesawang | https://www.pierre.sd.gov/ |
Pierre (AFA: /pɪər/, Bahasa Lakota: čhúŋkaške) ialah ibu negeri Dakota Selatan, Amerika Syarikat di Daerah Hughes.[1]
Pierre terletak di 44°22′5″U 100°20′11″B. Pierre mempunyai iklim kebenuaan lembap (Köppen: Dfa) bermusim yang agak kering, dengan musim sejuk yang panjang dan kering, serta musim panas yang panas, dan juga pertukaran singkat ke musim bunga dan luruh. Berdasarkan bancian pada tahun 2010, terdapat 13646 penduduk, iaitu 5778 rumah tangga dan 3463 keluarga yang mendiami bandar ini. Pengangkutan awam disediakan oleh Pengangkutan Awam River Cities. Daerah Sekolah Pierre mengurus 3 sekolah rendah, 1 sekolah pertengahan dan 1 sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah T. F. Riggs.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Find a County". National Association of Counties. Dicapai pada 2011-06-07.