Pergi ke kandungan

Piala AFF 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010
Logo rasmi Piala Suzuki AFF 2010
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Indonesia
 Vietnam
Tarikh1 Disember – 29 Disember 2010
Pasukan8
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Malaysia (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Indonesia
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan18
Jaringan gol51 (2.83 per perlawanan)
Penjaring terbanyakMalaysia Safee Sali (5 gol)
Pemain terbaikIndonesia Firman Utina
2008
2012

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 merupakan edisi kelapan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Suzuki[1] meneruskan tajaan mereka untuk kejohanan rantau ASEAN, diadakan pada 1 hingga 29 Disember 2010.[2]

Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010,[3] di antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia.

Pada peringkat separuh akhir kejohanan, pasukan Filipina, Indonesia, Malaysia dan penyandang juara lalu, Vietnam mara ke separuh akhir. Bagi Filipina, ia merupakan kali pertama Filipina layak ke separuh akhir di bawah bimbingan Simon McMenemy.[4]

Seterusnya, Malaysia layak ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas 14 tahun,[5] manakala Indonesia pula muncul di perlawanan akhir buat kali keempat. Akhirnya, Malaysia berjaya memenangi kejuaraan pertama mereka dengan menewaskan Indonesia. [6]

Tuan rumah

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2009, Vietnam telah mengisytiharkan minat mereka menjadi tuan rumah bagi Piala Suzuki AFF 2010 yang merupakan kejohanan kelapan.[7] Pada 21 April 2009, akhbar Vietnam, VietNamNet telah mengumumkan bahawa Vietnam akan menganjurkan kejohanan bersama dengan Indonesia.[8][9]

Terdapat dua tempat utama; Stadium Bung Karno di Jakarta dan Stadium Nasional My Dinh Stadium di Hanoi dengan dua tempat kedua yang akan digunakan secara serentak dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir bagi peringkat kumpulan. Mulanya, tempat kedua bagi Kumpulan B adalah Stadium Hàng Đẫy di Hanoi. Walau bagaimanapun pada 22 November 2010, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah mengumumkan bahawa ia tidak dapat disediakan tepat pada masanya dan digantikan dengan Stadium Chùa Cuõi aka Stadium Thiên Trường.[10] Bagi kumpulan A, tempat kedua sebenar adalah Stadium Jalak Harupat Soreang di Bandung tetapi pada 24 November 2010, telah diumumkan bahawa ia telah digantikan dengan Stadium Gelora Sriwijaya berikutan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) satu minggu sebelum pengumuman ini.[11] Pasukan yang mara ke separuh akhir juga akan menjadi tuan rumah perlawanan, dalam hal ini, Malaysia yang mara akan menggunakan Stadium Nasional bagi perlawanan mereka di separuh akhir dan perlawanan akhir.


Indonesia Jakarta Indonesia Palembang Vietnam Hanoi Vietnam Nam Dinh Malaysia Kuala Lumpur
Stadium Gelora Bung Karno Stadium Gelora Sriwijaya Stadium Nasional Mỹ Đình Stadium Thiên Trường Stadium Nasional Bukit Jalil
Kapasiti: 88,083 Kapasiti: 40,000 Kapasiti: 40,000 Kapasiti: 30,000 Kapasiti: 87,411

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]

Kejohanan kelayakan dijadualkan dimain dari 22 Oktober hingga 26 Oktober 2010 di Laos. Empat pasukan pilihan lebih rendah iaitu Laos, Kemboja, Filipina dan Timor Leste berlawan bagi mendapatkan dua tempat ke pusingan akhir kejohanan.[3] Walau bagaimanapun, kelayakan dijalankan tanpa kehadiran Brunei, disebabkan penggantungan berterusan FIFA terhadap Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, seterusnya membatalkan penyertaan mereka dari kejohanan tersebut.[12]

Keputusan kelayakan

[sunting | sunting sumber]

Enam pasukan layak secara automatik ke kejohanan akhir, berdasarkan rekod-rekod kejohanan:

Dua pasukan layak melalui kejohanan kelayakan:

Peringkat kumpulan

[sunting | sunting sumber]
Kunci Warna dalam Kumpulan
Mara ke Separuh akhir

Kumpulan A

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mata
 Indonesia 3 3 0 0 13 2 +11 9
 Malaysia 3 1 1 1 6 6 0 4
 Thailand 3 0 2 1 3 4 −1 2
 Laos 3 0 1 2 3 13 −10 1
Indonesia Bendera Indonesia5–1 Malaysia
Asraruddin Omar Goal 22' (g.s.)
Cristian Gonzáles Goal 33'
Muhammad Ridwan Goal 52'
Arif Suyono Goal 76'
Irfan Bachdim Goal 90+4'
Laporan Norshahrul Idlan Goal 18'
Kehadiran: 62,000
Pengadil: Vo Minh Tri (Vietnam)

Thailand Bendera Thailand0–0 Malaysia
Laporan
Laos Bendera Laos0–6 Indonesia
Laporan Firman Utina Goal 28'51'
Muhammad Ridwan Goal 33'
Irfan Bachdim Goal 63'
Arif Suyono Goal 77'
Oktovianus Maniani Goal 82'
Kehadiran: 70,000
Pengadil: Daud Abbas (Singapura)

Malaysia Bendera Malaysia5–1 Laos
Amri Yahyah Goal 4'41'
Amirul Hadi Goal 74'
Norshahrul Idlan Goal 77'
Mahali Jasuli Goal 90+1'
Laporan Lamnao Singto Goal 8'
Indonesia Bendera Indonesia2–1 Thailand
Bambang Pamungkas Goal 82' (pen.)90+1' (pen.) Laporan Suree Sukha Goal 69'
Kehadiran: 65,000
Pengadil: Ryuji Sato (Jepun)

Kumpulan B

[sunting | sunting sumber]
  • Semua perlawanan dimainkan di Vietnam.
  • Semua masa adalah mengikut waktu Indochina (UTC+7)
Pasukan BP M S K JG GB PG Mata
 Vietnam 3 2 0 1 8 3 +5 6
 Filipina 3 1 2 0 3 1 +2 5
 Singapura 3 1 1 1 3 3 0 4
 Myanmar 3 0 1 2 2 9 −7 1
Singapura Bendera Singapura1–1 Filipina
Aleksandar Đurić Goal 65' Laporan Christopher Greatwich Goal 90+3'
Pengadil: Chaiya Mahaprab (Thailand)
Vietnam Bendera Vietnam7–1 Myanmar
Nguyễn Anh Đức Goal 13'56'
Nguyễn Minh Phương Goal 30'
Lê Tấn Tài Goal 51'
Nguyễn Trọng Hoàng Goal 73'83'
Nguyễn Vũ Phong Goal 90+4'
Laporan Aung Kyaw Moe Goal 16'
Kehadiran: 40,000
Pengadil: Pratap Singh (India)

Singapura Bendera Singapura2–1 Myanmar
Aleksandar Đurić Goal 62'
Agu Casmir Goal 90+4'
Laporan Khin Maung Lwin Goal 13'
Pengadil: Ranchang Tao (China)
Filipina Bendera Filipina2–0 Vietnam
Christopher Greatwich Goal 38'
Phil Younghusband Goal 79'
Laporan
Kehadiran: 40,000
Pengadil: Jimmy Napitupulu (Indonesia)

Myanmar Bendera Myanmar0–0 Filipina
Laporan
Pengadil: Pratap Singh (India)
Vietnam Bendera Vietnam1–0 Singapura
Nguyễn Vũ Phong Goal 32' Laporan
Kehadiran: 40,000
Pengadil: Chaiya Mahaprab (Thailand)

Peringkat Kalah Mati

[sunting | sunting sumber]
  Separuh akhir Perlawanan Akhir
                         
A2   Malaysia 2 0 2  
B1   Vietnam 0 0 0  
    A2   Malaysia 3 1 4
  A1   Indonesia 0 2 2
B2   Filipina 0 0 0
A1   Indonesia 1 1 2  

Separuh Akhir

[sunting | sunting sumber]

Separuh Akhir Pertama

[sunting | sunting sumber]
Malaysia Bendera Malaysia2–0 Vietnam
Safee Sali Goal 60'79' Laporan
Kehadiran: 53,000
Pengadil: Sun Baojie (China)
Filipina Bendera Filipina0–1 Indonesia
Laporan Cristian Gonzáles Goal 32'
Kehadiran: 70,000
Pengadil: Masoud Moradi (Iran)

Separuh Akhir Kedua

[sunting | sunting sumber]
Vietnam Bendera Vietnam0–0 Malaysia
Laporan
Kehadiran: 40,000
Pengadil: Kim Sang-woo (Korea Selatan)
Malaysia menang dengan agregat 2-0.
Indonesia Bendera Indonesia1–0 Filipina
Cristian Gonzáles Goal 43' Laporan
Kehadiran: 88,000
Pengadil: Ali Abdulnabi (Bahrain)
Indonesia menang dengan agregat 2-0.

Perlawanan Separuh akhir pertama sepatutnya dimainkan di Filipina. Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan satu stadium yang melepasi piawai AFF, kedua-dua Perlawanan Separuh akhir telah dianjurkan oleh Indonesia.[13]

Perlawanan Akhir

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan Akhir Pertama

[sunting | sunting sumber]
Malaysia Bendera Malaysia3–0 Indonesia
Safee Sali Goal 61'73'
Ashaari Shamsuddin Goal 68'
Laporan
Kehadiran: 90,000
Pengadil: Toma Masaaki (Jepun)


Perlawanan Akhir Kedua

[sunting | sunting sumber]
Indonesia Bendera Indonesia2–1 Malaysia
Mohammad Nasuha Goal 72'
Muhammad Ridwan Goal 87'
Laporan Safee Sali Goal 54'
Kehadiran: 90,000
Pengadil: Peter Green (Australia)
Malaysia menang 4–2 secara agregat
 Piala Suzuki AFF 2010 
Bendera Malaysia
Malaysia
Juara Pertama
Kasut Emas Pemain Terbaik Permainan Bersih
Malaysia Mohd Safee Mohd Sali Indonesia Firman Utina  Filipina

Penjaring gol

[sunting | sunting sumber]
5 gol
3 gol
2 gol

1 gol

Gol sendiri

Statistik pasukan

[sunting | sunting sumber]

Jadual menunjukkan prestasi keseluruhan pasukan.

Ked Pasukan BP M S K JG GB PG
Perlawanan Akhir
1  Malaysia 7 3 2 2 12 8 +4
2  Indonesia 7 6 0 1 17 6 +11
Separuh Akhir
3  Vietnam 5 2 1 2 8 5 +3
4  Filipina 5 1 2 2 3 3 0
Tersingkir di Peringkat Kumpulan
5  Singapura 3 1 1 1 3 3 0
6  Thailand 3 0 2 1 3 4 –1
7  Myanmar 3 0 1 2 2 9 –7
8  Laos 3 0 1 2 3 13 –10

Liputan media

[sunting | sunting sumber]
Penyiar Piala AFF 2010 di Asia Tenggara
Negara Stesen Rangkaian Stesen Televisyen Stesen Radio
 Brunei Radio Televisyen Brunei RTB1 Nasional FM
 Kemboja Radio dan Televisyen Kebangsaan Kemboja Televisyen Kebangsaan Kemboja Radio Kebangsaan Kemboja
 Indonesia Media Nusantara Citra RCTI Trijaya FM
 Laos Radio dan Televisyen Kebangsaan Laos Televisyen Kebangsaan Laos Radio Kebangsaan Laos
 Malaysia Radio Televisyen Malaysia TV1 Hot FM
 Myanmar Radio dan Televisyen Myanmar Televisyen Myanmar Radio Myanmar
 Filipina ABS-CBN Studio 23 DZSR Sports Radio 918
 Singapura Media Corporation of Singapore, SingTel MediaCorp Saluran 5, mio TV 938LIVE
 Thailand Channel 7 (Thailand) CH7 NBT Network 1 Radio in Thailand
 Timor-Leste Radio-Televisão Timor Leste Televisão Timor Leste Radio Timor Leste
 Vietnam Televisyen Vietnam VTV2 Voice of Vietnam

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada perlawanan akhir pertama antara Indonesia dengan Malaysia, penyokong Malaysia mengganggu pemain pasukan Indonesia dengan sinar penunjuk laser hijau, terutamanya kapten Firman Utina dan penjaga gawang Markus Haris Maulana. Perlawanan dihentikan pada minit ke-53 selama 8 minit selepas pemain Indonesia membantah dengan keluar padang.[14][15] Pemain Indonesia yang boleh dikatakan kehilangan konsentrasi tewas perlawanan ini 3-0.[16] Pada perlawanan kedua di Jakarta, penyokong Indonesia membalas dengan menyinar laser hijau ke arah penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat.[17][18][19][20]

  1. ^ "Suzuki renew its title sponsorship of AFF Cup". AseanFootball.org. 2010-08-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-19. Dicapai pada 2010-08-07.
  2. ^ "December 2010 event calendar". World Sports Group. Dicapai pada 2010-01-20.
  3. ^ a b "Participating teams at 2010 AFF Suzuki Cup". Dang Cong San Vietnam. Dicapai pada 2010-01-28.
  4. ^ http://www.affsuzukicup.com/_webapp_740273/Hard_work_pays_off,_says_McMenemy Diarkibkan 2010-12-11 di Wayback Machine Hard work pays off, says McMenemy ]
  5. ^ "Football: Malaysia Edge Vietnam To Enter AFF Cup Final After 14 Years". Bernama. Dicapai pada 2010-12-18.
  6. ^ Indonesia 2 Malaysia 1 - Malaysia claim first title Tapak rasmi Piala Suzuki AFF
  7. ^ "VFF asks to host AFF Suzuki Cup 2010". Vietnam Net. 2009-02-17. Dicapai pada 2009-02-17.
  8. ^ "Vietnam co-hosts 2010 AFF Cup with Indonesia". Vietnam Net. 2009-04-21. Dicapai pada 2009-04-21.
  9. ^ "Vietnam, Indonesia to co-host 2010 regional football cup". Sài Gòn Giải Phóng. 2009-04-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2009-04-20.
  10. ^ "AFF Suzuki Cup 2010: SVĐ Thiên Trường được chọn là sân thi đấu thứ hai tại bảng B". VFF.org.vn (dalam bahasa Vietnamese). Vietnam Football Federation. 2010-11-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-24. Dicapai pada 2010-11-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Jakabaring as secondary venue in Indonesia". AseanFootball.org. ASEAN Football Federation. 2010-11-24. Dicapai pada 2010-11-24.
  12. ^ "Fifa suspend Brunei". The Straits Times. 2009-09-30. Dicapai pada 2010-01-28.
  13. ^ "Press statement from AFF - Confirmed venues for knock-out stages". AFFSuzukiCup.com. 2010-12-09.
  14. ^ "Fan laser beams mar Malaysia win over Indonesia". Jakarta Globe. 2010-12-27. Dicapai pada 2010-12-28.
  15. ^ "Malaysia stride towards cup win". FIFA.com. FIFA. 2010-12-26. Dicapai pada 2010-12-28.
  16. ^ "Safee strikes twice as Malaysia take three-goal lead in first leg final". AseanFootball.org. AFF. 2010-12-27. Dicapai pada 2010-12-31.
  17. ^ Triyadi, Bogi (2010-12-29). "Ada Laser di GBK" (dalam bahasa Indonesia). Liputan 6. Dicapai pada 2011-01-20.
  18. ^ "Laser pointers not a problem". NST.com. New Straits Times. 2010-12-30. Dicapai pada 2011-01-20.
  19. ^ Purwadi, Didi (2010-12-31). "Che Mat Mengaku Tidak Terganggu Sinar Laser". Republika.co.id (dalam bahasa Indonesia). PT Republika Media Mandiri. Dicapai pada 2011-01-20.
  20. ^ Wiradinata, Avandi (2010-12-31). "Kiper Malaysia Sindir Markus Horison soal Laser" (dalam bahasa Indonesia). Bola Inilah. Dicapai pada 2011-01-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]