Philo Farnsworth
Philo Farnsworth | |
---|---|
Fail:Philo Farnsworth by James Avati.jpg | |
Kelahiran | Philo Taylor Farnsworth 19 Ogos 1906 |
Meninggal dunia | 11 Mac 1971 | (umur 64)
Dikebumikan | Provo City Cemetery, Provo, Utah, A.S. |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Terkenal kerana | Pencipta televisyen elektronik pertama, lebih 300 paten A.S. dan luar negara |
Pasangan | Elma "Pem" Gardner |
Laman web rasmi | philotfarnsworth.com |
Philo Taylor Farnsworth (19 Ogos 1906 – 11 Mac 1971) ialah seorang pencipta berbangsa Amerika Syarikat yang dikenang kerana mencipta sistem televisyen elektronik sepenuhnya yang pertama, termasuk peranti penerimaan imej elektronik pertama yang berfungsi (tiub kamera video), di samping menjadi tokoh pertama yang menunjuk cara televisyen elektronik sepenuhnya kepada orang awam.
Pada akhir hayatnya, Farnsworth juga mencipta sejenis peranti pelakuran nuklear kecil yang dikenali sebagai fusor.
Ciptaan
[sunting | sunting sumber]Televisyen elektronik
[sunting | sunting sumber]Ketika berusia 14 tahun, Farnsworth merumuskan prinsip kamera televisyen pembelah imej, lalu berjaya menghasilkan produk televisyen sedemikian yang berfungsi ketika berusia 21 tahun. Anak ladang ini mengilhamkan baris-baris imbasan dalam tiub sinar katod (CRT) dari memerhati kerja membajak ladang secara ulang alik di kampung halaman. Ketika memfailkan tuntutan mahkamah berkenaan paten terhadap RCA pada tahun 1935, guru kimia sekolah tingginya, Justin Tolman, menghasilkan semula lakaran papan hitam yang dibuat oleh Farnsworth ketika berusia 14 tahun. Farnsworth berjaya menuntut royalti tetapi tidak pernah menjadi kaya-raya. Tiub kamera video yang dibangunkan hasil kerjasama Farnsworth dan Zworykin, digunakan dalam semua kamera televisyen sehingga akhir abad ke-20, ketika munculnya teknologi alternatif seperti peranti terganding cas.
Farnsworth membangunkan alat "image oscillite", iaitu penerima tiub sinar katod yang boleh memaparkan gambar yang dirakam oleh pembelah imej.
Fusor
[sunting | sunting sumber]Ciptaan Farnsworth–Hirsch Fusor ialah perkakas rekaan Farnsworth yang bertujuan menghasilkan pelakuran nuklear. Lain dari kebanyakan sistem pelakuran terkawal yang memanaskan plasma terbendung magnet secara perlahan, alat fusor ini menyuntikkan ion bersuhu tinggi terus ke dalam kebuk tindak balas, dan dengan itu mengelakkan kerumitan yang besar.
Apabila alat Farnsworth–Hirsch Fusor diperkenalkan buat julung kalinya kepada dunia penyelidikan pelakuran pada akhir 1960-an, Fusor ini merupakan alat pertama yang boleh menunjukkan apa-apa bentuk tindak balas lakuran dengan jelas.
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Saat menghembuskan nafas terakhir, Farnsworth memegang 300 paten dari dalam dan luar A.S. Ciptaan-ciptaannya menyumbang kepada pembangunan radar, cahaya malam inframerah, mikroskop elektron, alat pengeram bayi, gastroskop, dan teleskop astronomi.[1][2]
Paten
[sunting | sunting sumber]- U.S. Patent 1,773,980: Sistem televisyen (difailkan 7 Januari 1927, dikeluarkan 26 Ogos 1930)
- U.S. Patent 1,773,981 : Sistem penerimaan televisyen (difailkan 7 Januari 1927, dikeluarkan 26 Ogos 1930)
- U.S. Patent 1,758,359 : Sistem pengayun elektrik (difailkan 7 Januari 1927, dikeluarkan 13 Mei 1930)
- U.S. Patent 1,806,935 : Injap cahaya (difailkan 7 Januari 1927, dikeluarkan 26 Mei 1931)
- U.S. Patent 2,168,768 : Kaedah televisyen (difailkan 9 Januari 1928, dikeluarkan 8 Ogos 1939)
- U.S. Patent 1,970,036 : Alat fotoelektrik (difailkan 9 Januari 1928, dikeluarkan 14 Ogos 1934)
- U.S. Patent 2,246,625 : Sistem pengimbasan dan penyegerakan televisyen (difailkan 5 Mei 1930, dikeluarkan 24 Jun 1941)
- U.S. Patent 1,941,344 : Sasaran pembelah (difailkan 7 Julai 1930, dikeluarkan 26 Disember 1933)
- U.S. Patent 2,140,284 : Cahaya ayunan unjuran (difailkan 14 Julai 1931, dikeluarkan 13 Disember 1938)
- U.S. Patent 2,059,683 : Pengayun imbas (difailkan 3 April 1933, dikeluarkan 3 November 1936)
- U.S. Patent 2,087,683 : Pembelah cahaya (difailkan 26 April 1933, dikeluarkan 20 Julai 1937)
- U.S. Patent 2,071,516 : Penjana ayunan (difailkan 5 Julai 1934, dikeluarkan 23 Februari 1937)
- U.S. Patent 2,143,145 : Kaedah pengunjuran (difailkan 6 November 1934, dikeluarkan 10 Januari 1939)
- U.S. Patent 2,233,887 : Projektor imej (difailkan 6 Februari 1935, dikeluarkan 4 Mac 1941)
- U.S. Patent 2,143,262 : Cara multipaksi elektron (difailkan 12 Mac 1935, dikeluarkan 10 Januari 1939)
- U.S. Patent 2,174,488 : Pengayun (difailkan 12 Mac 1935, dikeluarkan 26 September 1939)
- U.S. Patent 2,221,473 : Penguat (Amplifier) (difailkan 12 Mac 1935, dikeluarkan 12 November 1940)
- U.S. Patent 2,155,478 : Cara menghasilkan imej pijar (difailkan 7 Mei 1935, dikeluarkan 25 April 1939)
- U.S. Patent 2,140,695 : Pembelah storan cas (difailkan 6 Julai 1935, dikeluarkan 20 Disember 1938)
- U.S. Patent 2,228,388 : Penguat sinar katod (difailkan 6 Julai 1935, dikeluarkan 14 Januari 1941)
- U.S. Patent 2,233,888 : Penguat storan cas (difailkan 6 Julai 1935, dikeluarkan 4 Mac 1941)
- U.S. Patent 2,251,124 : Tiub penguat sinar katod (difailkan 10 Ogos 1935, dikeluarkan 29 Julai 1941)
- U.S. Patent 2,100,842 : Tiub storan cas (difailkan 14 September 1935, dikeluarkan 30 November 1937)
- U.S. Patent 2,137,528 : Pengayun multipaktor (difailkan 27 Januari 1936, dikeluarkan 22 November 1938)
- U.S. Patent 2,214,077 : Penjana arus imbasan (difailkan 10 Februari 1936, dikeluarkan 10 September 1940)
- Paten A.S. 2,089,054: Punca cahaya pijar (difailkan 9 Mac 1936, dikeluarkan 3 Ogos 1937)
- U.S. Patent 2,159,521 : Pengayun serapan (difailkan 9 Mac 1936, dikeluarkan 23 Mei 1939)
- U.S. Patent 2,139,813 : Elektrod pemancar sekunder (difailkan 24 Mac 1936, dikeluarkan 13 Disember 1938)
- U.S. Patent 2,204,479 : Cara dan kaedah menghasilkan penggandaan elektron (difailkan 16 Mei 1936, dikeluarkan 11 Jun 1940)
- U.S. Patent 2,140,832 : Cara dan kaedah mengawal pengganda elektron (difailkan 16 Mei 1936, dikeluarkan 20 Disember 1938)
- U.S. Patent 2,260,613 : Pengganda elektron (difailkan 18 Mei 1936, dikeluarkan 28 Oktober 1941)
- Paten A.S. 2,141,837: Multistage multipactor (difailkan 1 Jun 1936, dikeluarkan 27 Disember 1938)
- U.S. Patent 2,216,265 : Pembelah imej (difailkan 18 Ogos 1936, dikeluarkan 1 Oktober 1940)
- U.S. Patent 2,128,580 : Cara dan kaedah mengendali pengganda elektron (difailkan 18 Ogos 1936, dikeluarkan 30 Ogos 1938)
- U.S. Patent 2,143,146 : Pengulang (difailkan 31 Oktober 1936, dikeluarkan 10 Januari 1939)
- U.S. Patent 2,139,814 : Tiub sinar katod (difailkan 2 November 1936, dikeluarkan 13 Disember 1938)
- U.S. Patent 2,109,289 : Osilograf unjuran berkuasa tinggi (difailkan 2 November 1936, dikeluarkan 22 Februari 1938)
- U.S. Patent 2,184,910 : Tiub nyahcaj elektron katod sejuk (difailkan 4 November 1936, dikeluarkan 26 Disember 1939)
- U.S. Patent 2,179,996 : Pengganda elektron (difailkan 9 November 1936, dikeluarkan 14 November 1939)
- U.S. Patent 2,221,374 : Alat unjuran sinar X
- U.S. Patent 2,263,032 : Tiub nyahcas elektron katod sejuk
- U.S. Patent 3,258,402 : Alat nyahcas elektrik untuk menghasilkan interaksi antara nukleus
- U.S. Patent 3,386,883 : Kaedah dan alat menghasilkan tindakbalas pelakuran nuklear
- U.S. Patent 3,664,920 : Kurungan elektrostatik dalam reaktor lakuran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUtah-bio
- ^ "About the statue of Philo T. Farnsworth, given by Utah to the National Statuary Hall Collection". Dicapai pada 2008-04-08.