Mimpi
Mimpi ialah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, atau deria lain ketika tidur,[1] terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.
Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi di dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Namun begitu, ada kekecualian, iaitu dalam mimpi jelas. Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahwa dia sedang bermimpi pada masa itu, dan kadang-kadang mampu mengubah persekitaran dalam mimpinya serta mengawal aspek-aspek dalam mimpi tersebut.
Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi seperti emosi takut dalam mimpi buruk. Bidang sains yang mengkaji mimpi disebut sebagai oneirologi.[2]
Mimpi terjadi pada tahap kecepatan pergerakan mata ketika tidur apabila aktiviti otak adalah tinggi dan seolah-olah dalam keadaan terbangun. Tempoh seseorang bermimpi adalah pelbagai, dengan ada yang sependek beberapa saat hingga sekitar 20-30 minit. Pendapat mengenai makna mimpi adalah bergantung kepada waktu dan budaya. Kebanyakan pengikut teori mimpi oleh Sigmund Freud setuju dengan makna penglihatan dalam mimpi sebagai penampakan daripada hasrat dan emosi yang tersembunyi. Beberapa teori lain menunjukkan bahawa mimpi merupakan suatu tahap pembentukan ingatan, penyelesaian masalah, atau sekadar hasil daripada aktiviti otak.
Tafsiran
[sunting | sunting sumber]Tafsiran mimpi adalah bergantung kepada idea dan pengalaman subjektif. Satu kajian mendapati bahawa kebanyakan orang percaya bahawa mimpi mereka "membawa kepada kebenaran tersembunyi yang bermakna".[3] Selain itu, satu lagi kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan India mendapati bahawa 74% orang India, 65% orang Korea Selatan dan 56% orang Amerika percaya bahawa kandungan impian mereka memberi pemahaman yang bermakna tentang kepercayaan dan keinginan yang mereka tidak sedari.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dream". The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. 2000. Dicapai pada 7 Mei 2009.
- ^ Kavanau, J.L. (2000). "Sleep, memory maintenance, and mental disorders". Journal of Neuropsychiatry and Clinical Neurosciences. 12 (2).
- ^ Morewedge, Carey K.; Norton, Michael I. (2009). "When dreaming is believing: The (motivated) interpretation of dreams" (PDF). Journal of Personality and Social Psychology. 96 (2): 249–264. doi:10.1037/a0013264. PMID 19159131. S2CID 5706448. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-11-14. Dicapai pada 2021-02-01.
- ^ Journal of Personality and Social Psychology, 2009. Vol 96, No 2, 249–264
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mimpi. |
Cari Mimpi dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- (Inggeris) Dreams: The Purpose Of Dreams.
- (Inggeris) Purpose of Dreams Text – Physics Forums Library.