Mahkamah Agung United Kingdom
Mahkamah Agung United Kingdom | |
---|---|
Supreme Court of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland | |
Maklumat umum | |
Ditubuhkan | 1 Oktober 2009 |
Bidang kuasa | United Kingdom |
Lokasi | Middlesex Guildhall, United Kingdom |
Koordinat | 51°30′1″N 0°7′41″W |
Tapak web | supremecourt |
President of the Supreme Court of the United Kingdom | |
Penyandang terkini | Brenda Hale, Baroness Hale of Richmond |
Sejak | 5 September 2017 |
sunting · sunting di Wikidata |
Mahkamah Agung United Kingdom didirikan oleh Bahagian III Akta Pindaan Perlembagaan 2005. Lord Chancellor telah mengumumkan bahawa ia akan bermula beroperasi pada Oktober 2009 apabila premis barunya siap direnovasi[1]. Penubuhan mahkamah ini dianggarkan sebanyak £56.9 juta.[2]
Ia akan mengambil alih fungsi kehakiman House of Lords, yang kini dipunyai Lords of Appeal in Ordinary (Law Lords), satu kumpulan kecil ahli House of Lords. Ia juga akan mendapat beberapa fungsi Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi. Mahkamah ini akan menjadi mahkamah agung (mahkamah rayuan tertinggi) dalam semua perkara berkenaan undang-undang Inggeris, undang-undang Wales dan undang-undang Ireland Utara.
Akan tetapi ia tidak akan ada kuasa keatas kes-kes jenayah di Scotland, di mana Mahkamah Tinggi Justiciary akan tetap menjadi mahkamah jenayah yang tertinggi. Tetapi ia masih akan mendegar rayuan dari Mahkamah Sesyen sivil, sepertimana House of Lords mendegarnya hari ini.
Ia juga akan menentukan isu-isu devolisi, iaitu, kes dimana kuasa-kuasa ketiga-tiga kerajaan devolusi seperti pentadbiran Ireland Utara, kerajaan Scotland dan kerajaan Dewan Wales atau undang-undang yang dibuat oleh Dewan Ireland Utara, Parlimen Scotland dan Dewan Kebangsaan Wales dipersoalkan. Isu-isu ini kini didengari Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi.
Mahkamah agung yang wujud kini di UK
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Agung baru tidak harus dikelirukan dengan Mahkamah Agung England dan Wales, yang diciptakan pada kurun 1870-an dibawah Akta-akta Kehakiman, dan dengan Mahkamah Agung Kehakiman Ireland Utara, kedua-duanya punyai mahkamah rayuan, Mahkamah Tinggi Keadilan dan Mahkamah Mahkota. Apabila peruntukan-peruntukan Akta Pindaan Perlembagaan 2005 berkuatkuasa dan membentuk Mahkamah Agung United Kingdom, mahkamah-mahkamah agung kini akan dinamakan semula sebagai Mahkamah Senior England dan Wales dan Mahkamah Kehakiman untuk mengelakkan keliruan.
Mahkamah Tinggi Justiciary, Mahkamah Sesyen, dan Pejabat Akauntan Mahkamah membentuk Kolej Keadilan (Mahkamah-mahkamah agung Scotland).[3]
Bidang kuasa
[sunting | sunting sumber]Peranan utama Mahkamah Agung UK adalah untuk mendengar rayuan daripada mahkamah-mahkamah tiga sistem keadilan United Kingdom: England dan Wales, Ireland Utara dan Scotland. Fokus mahkamah adalah pada kes-kes yang membangkitkan perihal undang-undang yang penting dari sudut awam. Seperti Jawatankuasa Rayuan House of Lords, rayuan daripada pelbagai bidang undang-undang akan dipilih untuk didengari - termasuk pertikaian komersial, hal-hal keluarga, penilaian semula tindakan pihak berkuasa dan isu-isu di bawah Akta Hak Asasi Manusia 1998. Mahkamah juga akan mendegar sesetengah rayuan jenayah, tetapi tidak dari Scotland sebab tiada kebenaran merayu dari Mahkamah Tinggi Justiciary (mahkamah jenayah tertinggi Scotland).
Mahkamah Agung juga akan mendegar isu "devolusi" seperti yang didefinasikan Akta Scotland 1998, Akta Ireland Utara 1998 dan Akta Kerajaan Wales 2006. Ini semua menyentuh prosiding undang-undang mengenai kuasa ketiga-tiga pentadbiran devolusi iaitu Pentadbiran Ireland Utara dan Dewan Ireland Utara, Kerajaan Scotland dan Parlimen Scotland, Kerajaan Dewan Wales dan Dewan Kebangsaan Wales. Isu devolusi kini didengari oleh Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi dan kebanyakannya adalah berkenaan ketentuan dengan European Convention on Human Rights, yang dikuatkuasakan Akta Hak Asasi Manusia 1998.
Jawatankuasa rayuan House of Lords tidak wujud lagi selepas Oktober 2009. Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi akan terus wujud dan berlokasi di bangunan Mahkamah Agung yang baru, disebabkan ia adalah mahkamah rayuan terakhir untuk beberapa negara dalam Komenwel Negara dan Jajahan seberang laut British.
Sebab-sebab menyokong dan membangkang penubuhan
[sunting | sunting sumber]Hujah yang menyokong penubuhan mahkamah adalah bahawa peranan House of Lords sebagai legislatur dan kehakiman harus dipisahkan. Ia dihujah yang ini mengelirukan orang ramai dan bertentangan dengan prinsip pembahagian kuasa. Hujah yang menyokong sistem dulu dikekalkan adalah bahawa ia berkesan dan menjimatkan kos.
Rancangan Kerajaan untuk menubuhkan Mahkamah Agung yang dibuat pada bulan Jun 2003 mengundang kontroversi dan tidak ditanyakan dahulu. Pada tahun 2004, satu jawatankuasa khas dari House of Lords menilai hujah menyokong dan membangkang penubuhan mahkamah baru.[4]
Bangunan
[sunting | sunting sumber]Kuarters baru Mahkamah Agung akan terletak berasingan dari Parlimen di Istana Westminster. Akta Pindaan Perlembagaan 2005 memberikan masa untuk satu bangunan dicari dan dikemaskinikan sebelum Law Lords berpindah keluar dari Istana Westminster. Selepas pencarian dilakukan di banyak tempat, termasuk Somerset House, Kerajaan mengumumkan yang lokasi Mahkamah baru ini adalah di Middlesex Guildhall, di Parliament Square, Westminster.[5] Bagunan ini dijangka siap selepas renovasi pada Oktober 2009.
Perlantikan hakim
[sunting | sunting sumber]Lords of Appeal in Ordinary (Law Lords) yang memegang jawatan pada masa Mahkamah Agung mula berkerja pada Oktober 2009 akan menjadi hakim-hakim pertama Mahkamah yang berjumlah 12 ahli ini, dengan Law Lord yang paling senior kini, Lord Phillips dari Worth Matravers sebagai presiden mahkamah yang pertama.[6]
Akta Pindaan Perlembagaan 2005 membuat peruntukan bagi perlantikan Hakim-hakim Mahkamah Agung. Satu jawatankuasa pemilihan akan didirikan apabila terdapatnya jawatan kosong. Ini termasuk Presiden dan Naib Presiden Mahkamah Agung dan ahli daripada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman England dan Wales, dan Badan Perlantikan Kehakiman bagi Scotland dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman Ireland Utara. Pada bulan Oktober 2007, Kementerian Keadilan mengumumkan yang perlantikan-perlantikan ini adalah secara sukarela sepertimana dahulukala.[7]
Hakim-hakim baru yang dilantik ke Mahkamah Agung selepas pembentukannya tidak akan mendapat kerusi di House of Lords.
Ketua eksekutif pertama adalah Jenny Rowe[8].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Written Statement of the Lord Chancellor and Justice Secretary regarding the Supreme Court". Lords Hansard. 2007-06-14.
- ^ "Written Answer of the Ministry of Justice to question posed by Lord Steinberg (Col. WA102". Lords Hansard. 2008-03-26.
- ^ "Scottish Court Service: An Introduction" (PDF). Scottish Court Service. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-07-04. Dicapai pada 2008-05-23.
The Supreme Courts are made up of the Court of Session, the High Court of Justiciary and the Accountant of Court's Office
- ^ "Lords Select Committee on the Constitutional Reform Bill First Report".
- ^ "Minutes of Oral Evidence Taken before the Constitutional Affairs Committee 17 April 2007". Dicapai pada 2008-05-23.
- ^ "Lord Phillips of Worth Matravers appointed as senior Lord of Appeal in Ordinary".
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-24. Dicapai pada 2007-12-24.
- ^ http://www.justice.gov.uk/whatwedo/supreme-court-chief-exec.htm
- Andrew Le Sueur (ed), Building the UK's New Supreme Court: National and Comparative Perspectives (Oxford University Press 2004) ISBN-10: 0-19-926462-7[1]
- Derek Morgan (ed), Constitutional Innovation: the creation of a Supreme Court for the United Kingdom (A special issue of the Legal Studies[2] Diarkibkan 2008-05-02 di Wayback Machine, the Journal of the Society of Legal Scholars).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Mahkamah-mahkamah United Kingdom
- Mahkamah-mahkamah England dan Wales
- Mahkamah-mahkamah Ireland Utara
- Mahkamah-mahkamah Scotland
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ministry of Justice, Supreme Court site
- Constitutional Reform Act 2005 full text (Office of Public Sector Information)
- "Grand designs". BBC News. 2007-03-07. Dicapai pada 2007-03-07.
Koordinat: 51°30′01.3″N 0°07′41.3″W / 51.500361°N 0.128139°W