Pergi ke kandungan

Dunkerque

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dunkirk
Dunkerque
NegaraPerancis
KawasanHauts-de-France
JabatanNord
ArrondissementDunkirque
InterkomunalitiDunkerque grand littoral
Pentadbiran
 • Datuk Bandar (2008–2014) Michel Delebarre
Keluasan
1
37.34 km2 (14.42 batu persegi)
Penduduk
 (1999)2
70,850
 • Kepadatan1,900/km2 (4,900/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
59183 /59140, 59240, 59640
Ketinggian0–17 m (0–56 ka)
(purata 4 m atau 13 ka)
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.

Dunkirk (Perancis: Dunkerque, disebut: [dœ̃kɛʁk]; Belanda: Duinkerke(n) [ˈdœynkɛrkə(n)] ( listen); Flemish: [ˈdyŋkarkə] ( listen)) adalah Komune di Jabatan Nord di utara Perancis. Ia terletak 10 kilometer (6 batu) dari sempadan Belgium. Populasi bandar (komune)pada bancian 1999 adalah 70,850 penduduk (71,300 penduduk menurut anggaran Februari 2004). Populasi kawasan bandar metropolitan adalah 265,974 orang menurut bancian1999.


Nama dan bahasa

[sunting | sunting sumber]
Evolusi linguistik di Dunkirk

Nama Dunkirk terhasil dari Flemish Barat "dun(e)" (gumuk) dan "kerke" (gereja - menurut English Scot "kirk"). Sehingga pertengahan abad ke-20 bandar tersebut terletak dalam kawasan Flemish Perancis; masakini dielek Flemish tempatan, variati bahasa Belanda, masih dijumpai tetapi kebanyakannya telah digantikan dengan bahasa Perancis.

Persisiran Dunkirk

Zaman Pertengahan

[sunting | sunting sumber]

Dunkirk pertama kali disebut pada tahun 1067 sebagai Dunkerk (Belanda: “Gereja Dune” atau "Dune punya Gereja").

Tapak Privatir

[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini merupakan pertikaian antara Sepanyol, England, Belanda dan Perancis.

Pada permulaan Perang Lapan Puluh tahun, Dunkirk jatuh ke tangan pemberontak Belanda sekejab, dari 1577 hingga 1583. tetapi pada tahun terakhirPutera Parma menubuhkan kembali pemerintahan Sepanyol di situ dan menjadikannya sebagai tapak operasi Tentera Lut menentang Belanda, pada mulanya dengan skuarden kecil kapal perang diraja dan kemudiannya dengan bilangan privateer yang semakin meningkat pada mana pihak berkuasa Habsburg di Negeri Rendah ("Low Countries") mula mengeluarkan "surat Marque" - melancarkan kerjaya selama beberapa abad Dunkirkers yang terkenal (dikenali dalam bahasa Belanda sebagai 'Duinkerker kapers' (kaper = peribadi)): pemilik kapal peribadi yang mengoperasi seluruh armada privateer bagi memintas saudagar dari negara yang bermusuhan dengan Habsburgs Sepanyol.

Pada tahun 1600 berlaku Pertempuran Nieuwpoort, salah satu pertempuran utama dalam Perang Lapan Puluh tahun, merupakan sebahagian usaha ketenteraan utama Belanda bagi sampai dan menakluk Dunkirk melalui jalan darat. Bagaimanapun, sungguhpun Maurice dari Nassau pada masa itu mengalahkan Sepanyol, dia gagal tiba ke Dunkirk disebabkan laluan bekalan yang lampau tegang, dan aktiviti lanun dari bandar tersebut berterusan tanpa berkurangan.

Penduduk Dunkirk kehilangan pelabuhan induk seketika, apabila bandar tersebut ditakluk oleh Perancis pada tahun 1646, tetapi kembali ditawan oleh Habsburgs pada1652.

Pada tahun 1657,akibat perperangan antara Oliver Cromwell Commonwealth dan Kerajaan Sepanyol, Dunkirk ditawan oleh pasukan Inggeris, dan diserahkan kepada England dalam tahun berikutnya semasa aman (lihat Pertempuran Dunes (1658)).

Ia jelas menjadi milik Perancis apabila Charles II dari England menjualnya kepada Perancis bagi £320,000[1] on 17 October 1662.

Semasa pemerintahan Louis XIV dari Perancis, sejumlah besar perompak pedagangan ("commerce raider") kembali menubuhkan pangkalan mereka di Dunkirk; Jean Bart yang paling terkenal, dikenali bagi menyerang kapal Belanda. Lelaki Bertopeng Besi turut ditawan di Dunkirk.

Semasa abad ke-18 privateer dan lanus Sweden, Lars Gathenhielm, dan isterinya dan rakan kongsi Ingela Hammar, diketahui menjual kebanyakan rampasan dari kapal yang dirompak jauh di timur di Dunkirk.

Lihat Perjanjian Paris (1763) bagi perincian mengenai persefahaman abad ke-18 antara Perancis dan England yang menghadkan hak Perancis bagi membina kubu di Dunkirk (akibat kebimbangan British yang ia akan digunakan sebagai tapak penjajahan).

Dunkirk semasa Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Pada May 1940, semasa Pertempuran Perancis, Pasukan Expeditionary British (Perang Dunia Kedua) di Perancis, tersekat daripada Tentera Perancis yang lain oleh kemaraan Jerman. Dikepong oleh Jerman, mereka berundur ke kawasan sekitar pelabuhan Dunkirk. Pasukan darat Jerman dengan mudah mampu memusnahkan Pasukan Expeditionary British, terutamanya bilamana ramai tentera British, ketika terburu-buru berundur, telah meninggalkan peralatan berat mereka di belakang. Selama beberapa tahun, ia dianggap bahawa Adolf Hitler yang memerintah Tentera Jerman untuk menghentikan serangan, cenderung kepada pengeboman oleh Luftwaffe. Bagaimanapun, menurut Diari Perang rasmi Kumpulan Tentera A, komandernya, Generaloberst Gerd von Rundstedt, memerintahkan pemberhentian itu. Hitler sekadar mengesahkan perintah tersebut beberapa jam selepasnya. Ketenangan dalam serangan ini memberikan pihak British beberapa hari untuk pemindahan melalui laut. Winston Churchill memerintah sebarang kapal atau bot yang ada, kecil atau besar, untuk mengambil tentera yang tersadai, dan 338,226 orang (termasuk 123,000 tentera Perancis) dipindahkan - mukjizat Dunkirk, sebagaimana digelar Churchill. Ia mengambil sejumlah 900 kenderaan bagi memindahkan pasukan Berikat. Lebih dari 40,000 kenderaan termasuk sejumlah besar peralatan ketenteraan dan bekalan ditinggalkan di belakang; nilainya kurang berbanding nilai orang yang terlatih bagi bertempur. Pemindahan British dari Dunkirk melalui Selat English diberi nama kod Operasi Dynamo. 40,000 tentera Berikat (sesetengah terus berjuang selepas pengunduran rasmi) ditawan atau terpaksa kembali pulang melalui pelbagai laluan termasuk Sepanyol yang berkecuali.

Peta Dunkirk dikepong, semasa cubaab Berikat untuk menawan kembali Dunkirk pada tahun 1944

Bandar itu kembali direbut pada tahun 1944, dan Division Infantri kanada ke-2 cuba membebaskan bandar itu pada bulan September, ketika pasukan Berikat berpusu-pusu ke timur laut selepas kejayaan mereka dalam Operasi Overlord/Pertempuran Normandy. Bagaimanapun, pasukan Jerman enggan melepaskan kawalan mereka pada bandar Dunkirk, yang telah diubah menjadi kubu, dan garison di situ di "kabur" oleh pasukan Berikat, terutama Brigade Perisai Czechoslovak Pertama. Kota tersebut yang berada di bawah pemerintahan Laksamana Friedrich Frisius Jerman akhirnya menyerah tanpa syarat kepada komander pasukan Czechoslovak, Brigade Jeneral Alois Liška, pada 9 May 1945.[2]

Semasa pendudukan Jerman, sebahagian besar Dunkirk dimusnahkan oleh pengeboman pihak Berikat;bedilan kepongan Dunkirk di arah pada hari-hari terakhir perperangan oleh juruterbang dari Skuardon RAF No. 652, dan Skuardon RAF No. 665.

Dunkirk selepas perang

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2002, kapal pengangkut kereta Norway Tricolor berlanggar dengan kapal Kariba yang didaftarkan di Bahamasand tenggelam di Pelabuhan Dunkirk, menyebabkan bahawa pelayaran di Selat English.

Templat:Blazon-arms

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Dunkirk memiliki pelabuhan ketiga terbesar di Perancis, selepas Le Havre dan Marseilles. Ia juga merupakan bandar industri, banyak bergantung kepada industri keluli, pemprosesan makanan, penyulingan minyak, pembinaan kapal dan kimia.

Masakan Dunkirk berkait rapat dengan masakan Flemish, kemungkinannya hidangan yang paling terkenal adalah Coq à la bière, di mana ayam dalam sos bir (arak) berkrim.

Prototaip meter

[sunting | sunting sumber]
Menara loceng ("belfry") bebas - hujung utara pengukuran meridianal 1792-9

Pada Jun 1792 pakar astronomer Perancis, Jean Baptiste Joseph Delambre dan Pierre François André Méchain mula mengukur jarak antara Dunkirk ke Barcelona, dua bandar yang terletak sekitar longitude yang sama dan juga longitude melalui Paris. Menara loceng dipilih sebagai titik rujukan di Dunkirk.

Menggunakan ukuran ini dan latitude kedua bandar mereka dapat mengira jarak antara Kutub Utara dan garis Khatulistiwa dalam ukuran unit klasik Perancis dan dengan itu menghasilkan prototaip pertama meter yang ditakrifkan satu per sepuluh juta jarak tersebut.[3] The definitive metre bar, manufactured from platinum, was presented to the French legislative assembly on 22 June 1799.

Tarikan pelancong

[sunting | sunting sumber]
Tour du Leughenaer (the Liar's Tower)
Gereja Saint Eloi
Dewan Bandaran Dunkirk
  • Musée Portuaire mempamerkan imej mengenai sejarah dan gambar masakini pelabuhan itu.
  • Musée des Beaux-Arts memiliki himpunan ukiran dan lukisan Flemish, Itali dan Perancis.
  • Pesta Dunkirk

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Dunkirk memiliki sambungan feri dengan Dover, England. Stesyen kereta api Gare de Dunkerque menawarkan sambungan ke Calais, Lille, Arras and Paris, dan beberapa destinasi daerah regional.

  1. ^ "Correspondence and papers of the first Duke of Ormonde, chiefly on Irish and English public affairs: ref. MS. Carte 218, fol(s). 5 - date: 26 December 1662" (Description of contents of carte papers). Oxford University, Bodleian Library, Special Collections and Western Manuscripts: Carte Papers. 2006. Dicapai pada 2007-10-17. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ "(Czech) Czech army page" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-03-25. Dicapai pada 2009-03-25.
  3. ^ Adler, Ken (2002). The measure of all things – The seven year odyssey that transformed the world. ISBN 0-349-11507-9. Unknown parameter |published= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]