Termoplastik ialah bahan sintetik yang boleh dibentuk mengikut keinginan ataupun keperluan dalam julat suhu tertentu.Ia juga turut dikenali sebagai plastomer. Proses pembentukan ini boleh dibalikkan, maka bahan mentahnya boleh dipanaskan atau disejukkan berulang kali. Ia mempunyai ciri-ciri fizikal yang berlainan daripada duroplastik dan elastomer di mana ia mudah menjadi lembut apabila dipanaskan kerana takat leburnya yang rendah tetapi akan mengeras apabila disejukkan. Ia bersifat fleksibel, mudah dibentuk, lengai terhadap bahan kimia, dan mudah terbakar.

Senarai produk akhir

sunting