Paul Kruger

Presiden Republik Afrika Selatan (1825-1904)

Stephanus Johannes Paulus "Paul" Kruger (10 Oktober 1825 - 14 Julai 1904) adalah seorang ahli politik Afrikaner yang bertindak sebagai Presiden Republik Transvaal (atau juga dikenali sebagai "Republik Selatan Afrika") dari tahun 1883 hingga 1900. Beliau antara tokoh politik dan ketenteraan yang dominan di Afrika Selatan abad ke-19, lagi-lagi sebagai pejuang utama bagi pihak masyarakat Boer kedua-dua negaranya dan Negara Bebas Oranye menentang Britain semasa Perang Boer Kedua tahun 1899–1902.

Paul Kruger
Paul Kruger as an old man with a grey beard wearing a black top hat as well as pirate style earrings
Kruger pada tahun 1900
Presiden Republik Transvaal ke-3
Dalam jawatan
9 Mei 1883 – 31 Mei 1902
Naib Presiden
Didahului olehTriumvirat
Digantikan olehSchalk Willem Burger (pemangku)
Ahli Triumvirat
Dalam jawatan
8 Ogos 1881 – 9 Mei 1883
Berkhidmat with Marthinus Pretorius dan Piet Joubert
Didahului olehThomas Burgers (sebagai Presiden)
Maklumat peribadi
Lahir
Stephanus Johannes Paulus Kruger

(1825-10-10)10 Oktober 1825
Steynsburg, Cape Colony
Mati14 Julai 1904(1904-07-14) (umur 78)
Clarens, Switzerland
Tempat semadiHeroes' Acre, Pretoria
Pasangan
  • Maria (née du Plessis)
  • (1842–1846, kematian)
  • Gezina (née du Plessis)
  • (1847–1901, kematian)
Anak17
TandatanganTandatangan

Kruger seorang tokoh yang kontroversi di mana para pengagumnya melihatnya sebagai pahlawan rakyat yang tragik, dan pengkritik menganggapnya sebagai seorang berpendirian keras kepala demi mencapai tujuan yang dilihat tidak adil.

Awal hidup

sunting

Stephanus Johannes Paulus Kruger dilahirkan pada 10 Oktober 1825 di Bulhoek, sebuah ladang di daerah Steynsburg, Jajahan Tanjung. Beliau anak ketiga dan anak lelaki kedua kepada Casper Jan Hendrik Kruger (1801–1852), seorang petani, dan isterinya Elsje Steyn; (1806-1834).[1] Keluarga mereka keturunan Afrikaner kacukan Jerman, Perancis Huguenot dan Belanda. [1] [2] Nenek moyang ayahnya telah berada di Afrika Selatan sejak tahun 1713 setelah Jacob Krüger berhijrah dari Berlin untuk memulakan hidup baharu di Cape Town sebagai askar Syarikat Hindia Timur Belanda. Selama generasi berikutnya, nenek moyang ayah Kruger berpindah ke kawasan pedalaman. [1] Keluarga ibunya tinggal serba mewah di Afrika Selatan sejak 1668;[1] abang Elsje, Hermanus Steyn merupakan presiden Republik Swellendam yang memberontak menentang Syarikat pada tahun 1795. [3]

Paulus dibaptiskan di Cradock pada 19 Mac 1826. [1] Tidak lama kemudian, ibu bapanya memperoleh ladang milik mereka ke arah barat laut di Vaalbank, berhampiran Colesberg, di timur laut terpencil Cape Colony. [2] Ibunya meninggal ketika berusia lapan tahun; bapanya Casper segera berkahwin semula dan mempunyai lebih banyak anak dengan isteri keduanya, Heiletje du Plessis). [1] Stephanus hanya mendapat pendidikan selama tiga bulan di bawah seorang pengajar, Tielman Roos, serta agama Calvinis dari ayahnya.[1]

Dalam perjalanan dura

sunting

Pada tahun 1835 Casper Kruger, ayahnya, dan saudara-saudaranya Gert dan Theuns memindahkan keluarga mereka ke timur dan mendirikan ladang berhampiran Sungai Caledon, di kawasan timur laut jauh Jajahan Tanjung. Pada ketika ini, banyak orang Boer tidak senang dengan penyerahan jajahan ini kepada pihak British sejak Perjanjian London 1814 yang mengenakan bahasa Inggeris sebagai satu-satunya bahasa rasmi serta menghapuskan perhambaan pada tahun 1834 menyebabkan penghijrahan besar-besaran orang Belanda tanah di seberang sungai Oranye dan Vaal. [4] Walau bagaimanapun, keluarga Kruger menjalinkan hubungan baik malah bekerjasama dengan pihak Inggeris. [1]

Para voortrekker bersaing tanah dan kuasa wilayah dengan dan orang-orang ke tenggara. Pada 16 Oktober 1836, Kruger yang berusia 11 tahun mengambil bahagian dalam Pertempuran Vegkop, di mana La'ger Potgieter, lingkaran gerabak yang dirantai bersama, tidak berjaya diserang Mzilikazi dan sekitar 4,000,6.000 pahlawan Ndebele Zulu yang turut bersaing mendapatkan tanah.[4] [1] Kruger yang berusia 11 tahun pada ketika itu mengikut anak-anak kecil yang lain membuat peluru, sementara wanita dan anak lelaki yang lebih besar membantu orang-orang yang bertempur, di antaranya ada sekitar 40; beliau masih dapat mengingat pertempuran dengan terperinci meskipun pada usia tuanya. [1]

Pada 1837 hingga 1838, keluarga Kruger termasuk dalam rombongan Voortrekker mengembara timur ke Natal. Di sana, mereka diekori rombongan Dingane yang sebelum ini telah membunuh beramai-ramai orang Boer, Sotho dan Khoekhoe yang telah dibatalkan perjanjian petempatan mereka dengan raja tersebut,[4] keluarga Kruger menyaksikan keadaan ngeri pembunuhan ini yang menimpa tidak kira lelaki, wanita atau anak-anak. Keluarganya berjaya menepis serangan rombongan ini meloloskan diri.[5]

Kerjaya politik

sunting

Senja usia

sunting

Beliau meninggal dunia akibat pneumonia di Clarens pada 14 Julai 1904 ketika berusia 78 tahun.[6]

Mayatnya pada mulanya disemadikan di Den Haag, namun pihak British memberi keizinan agar mayatnya disemadikan di Afrika Selatan. Suatu pengebumian rasmi yang akhir dilakukan di Perkuburan Jalan Gereja Pretoria (kini diberi nama Heroes' Acre) pada 16 Disember 1904.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j Meintjes 1974.
  2. ^ a b Kruger 1902.
  3. ^ Meintjes 1969.
  4. ^ a b c Meredith 2007.
  5. ^ Davenport 2004.
  6. ^ Meintjes 1974, m/s. 267.
  7. ^ Davenport 2004; Meintjes 1974, halaman vii; Picton-Seymour 1989, halaman 164.