Huguenot
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Ogos 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Huguenot (disebut [yɡ(ə)no terdekat u.gĕ.no]) adalah gelaran yang diberi kepada sebilangan rakyat Perancis yang memeluk agama Protestan yang wujud terutamanya pada abad ke-16. Nama Huguenots berasal dari perkataan bahasa Jerman Eidgenosse yang bermaksud "para sahabat yang terikat dengan sumpah". Bangsa ini telah berkembang dengan pesatnya pada akhir 1550-an tetapi akibat perang dan tekanan pihak Katolik mereka telah dibuang dari negara mereka sendiri. Pada akhir abad ke-18, mereka telah dipanggil Protestan Perancis atau Calvinis.
Latar belakang
suntingSejarah Huguenot berkait rapat dengan perkembangan agama Protestan di benua Eropah. Apabila Martin Luther memperkenalkan ajaran Protestan di Jerman pada 1517, ia mendapat sambutan yang agak baik daripada rakyat Perancis. Malangnya, gereja Katolik telah bertindak pantas untuk membendung penularan ajaran tersebut. Pada 1523, buat pertama kalinya seorang Protestan telah dikenakan hukuman iaitu dibakar sehingga mati diikat pada salib kerana mengamal ajaran sesat.
Undang-undang ketat ini telah berjaya membendung ramai rakyat Perancis dari menukar ke agama Protestan secara besar-besaran. Oleh itu sehingga 1550an, hanya 10 peratus rakyatnya telah menganut agama Protestan. Namun demikian, ini tidak mematah semangat mereka. Pada 1559, suatu sidang agama diwakili 15 gereja Protestan telah berkumpul di Paris untuk menubuhkan sebuah organisasi Huguenot kebangsaan. Hasilnya, ajaran Protestan telah berkembang dengan pesat sekali dan dalam masa 2 tahun terdapat 2000 gereja Protestan di seluruh Perancis. Walaupun begitu, kebangkitan Protestan telah mencetuskan kebimbangan pihak Katolik dan mengakibatkan beberapa Perang Keagamaan berlaku.
Penindasan dan penghijrahan beramai-ramai
suntingSuatu pembunuhan beramai-ramai tercetus dari malam 23–24 Ogos 1572 di ambang perayaan memperingati Bartholomaeus si Hawari setelah suatu arahan membunuh beberapa tokoh kelompok agama ini oleh Raja Perancis, Charles IX atas desakan ibunda beginda, Catherine de Médicis. Masyarakat bermazhab Katolik setempat mula merusuh sehingga keganasan merebak di beberapa kawasan dan kota di serata Perancis termasuk Aix, Bordeaux, Bourges, Lyons, Meaux, Orleans, Rouen, Toulouse dan Troyes.[2]
Sebanyak kira-kira hingga 2,000[3] atau 3,000[4][5][6] orang penganut Protestan yang terkorban di Paris ditambahkan dengan sebanyak 3,000[7] hingga 7,000 orang[8] lagi di provinsi-provinsi Perancis.
Pergelutan ini memaksa golongan ini sama ada memasuki mazhab Katolik secara terpaksa mahupun berhijrah beramai-ramai bagi mengelakkan penindasan sistematik oleh Kerajaan Perancis - lebih dua pertiga penduduk tersebut memeluk mazhab Katolik secara terpaksa manakala selebihnya keluar ke negara-negara jiran berfahaman Protestan seperti Republik Belanda, England dan Wales, sesetengah kawasan pulau Ireland, Kepulauan Selat Inggeris, Scotland, Denmark, Sweden, Switzerland serta beberapa kerajaan dalam Empayar Suci Rom dan Kerajaan Prusia. Ada juga yang berlayar jauh ke Jajahan Tanjung Belanda di selatan benua Afrika, Hindia Timur Belanda, Kepulauan Caribbean serta beberapa jajahan Belanda dan Inggeris di benua Amerika Utara.[9] Kebanyakan generasi penghijrah di kawasan baru ini lama kelamaan berasimiliasi dengan masyaraakt dan budaya setempat tanah baru mereka.
Rujukan
sunting- ^ "Cross of Languedoc". The National Huguenot Society. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Parker, G. (ed.) (1994), Atlas of World History, Fourth Edition, BCA (HarperCollins), London, m/s. 178;
- ^ Alastair Armstrong: France 1500–1715 (Heinemann, 2003) pp.70–71;
- ^ "This Day in History 1572: Saint Bartholomew's Day Massacre". History.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2010. Dicapai pada 2 Ogos 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Parker, G. (ed.) (1998), Oxford Encyclopedia World History, Oxford University Press, Oxford, ISBN 0-19-860223-5 hardback, pp.585;
- ^ Chadwick, H. & Evans, G.R. (1987), Atlas of the Christian Church, Macmillian, London, ISBN 0-333-44157-5 hardback, pp. 113;
- ^ Alastair Armstrong: France 1500–1715 (Heinemann, 2003) pp.70–71
- ^ Moynahan, B. (2003) The Faith: A History of Christianity, Pimlico, London, ISBN 0-7126-0720-X paperback, pp.456;
- ^ Calvin, Claude (1945). The Calvin Families. University of Wisconsin. m/s. 47–53, 57–71.
Bacaan lanjut
sunting- Baird, Charles W. "History of the Huguenot Emigration to America." Genealogical Publishing Company, Published: 1885, Reprinted: 1998, ISBN 978-0-8063-0554-7
- Butler, Jon. The Huguenots in America: A Refugee People in New World Society (1992)
- Cottret, Bernard, The Huguenots in England. Immigration and Settlement, Cambridge & Paris, Cambridge University Press, 1991.
- Diefendorf, Barbara B. Beneath the Cross: Catholics and Huguenots in Sixteenth-Century Paris (1991) excerpt and text search
- Gilman, C. Malcolm. The Huguenot Migration in Europe and America, its Cause and Effect (1962)