Angklung

Alat muzik adat resam bangsa Sunda, berasal daripada Jawa Barat

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Angklung
Angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara
NegaraIndonesia
KriteriaTradisi dan Ekspresi Lisan, Seni Persembahan, Adat resam, ritual dan perayaan, Pengetahuan dan amalan berdasarkan lingkungan dan alam semesta, dan Kemahiran dalam kraftangan tradisional
Rujukan393
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2010 (sesi 5th)
SenaraiRepresentative List

Angklung Tradisional (Skala Pentatonik – Slendro: Angklung Kanekes, Angklung Dogdog Lojor, Angklung Gabrag, Angklung Badeng, Angklung Bungko, Angklung Badud, Angklung Buncis, and angklung Calung) and Angklung Moden (Skala Diatonik/Kromatik – Slendro, Pelog dan Madenda: Angklung Padaeng)

Pada 18 November 2010, UNESCO secara rasmi mengiktiraf angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara Indonesia.[1] Walaupun UNESCO telah mengiktiraf Angklung sebagai Warisan Budaya Tak Benda Indonesia, Angklung mempunyai kewujudan yang meluas di beberapa Negara Asia Tenggara seperti di Thailand, Filipina, dan Malaysia.

Asal-usul angklung

sunting

Muzik Angklung bermula dan berasal dari Masyarakat Sunda yang kebanyakannya mendiami Jawa Barat dan Banten. Angklung telah memainkan peranan penting dalam Budaya Sunda dan telah lama dimainkan oleh orang Sunda sejak berkurun lamanya.[2] Ia diciptamula sebagai muzik persembahan untuk tokoh rakyat yang mereka panggil dewi sri (dalam Kepercayaan Orang Sunda dahulu kala) di Tanah Sunda, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Alat muzik bukan sahaja terhad kepada kerohanian rakyat, tetapi juga satu bentuk hiburan tradisional.

Angklung tertua yang masih hidup ialah Angklung Gubrag, dibuat pada abad ke-17 di Jasinga, Bogor. Angklung antik lain disimpan di Muzium Sri Baduga, Bandung.[3] Tradisi angklung tertua disebut angklung buhun (angklung kuno) dari Kabupaten Lebak, Banten.[4] Angklung buhun adalah sejenis angklung kuno yang dimainkan oleh orang Baduy di pedalaman wilayah Banten semasa upacara menuai seren taun.

Melihat ke zaman kontemporari, Pada tahun 1938, Daeng Soetigna (Sutigna), dari Bandung, mencipta angklung yang berasaskan tangga nada diatonik dan bukannya skala pélog atau sléndro tradisional. Sejak itu, angklung kembali popular dan digunakan untuk pendidikan dan hiburan, malah mungkin mengiringi alat muzik Barat dalam sesebuah orkestra. Salah satu persembahan pertama angklung dalam sebuah orkestra adalah pada tahun 1955 semasa Persidangan Bandung. Pada tahun 1966, Udjo Ngalagena, murid Daeng Soetigna, membuka Saung Angklung (Rumah Angklung) sebagai pusat pemeliharaan dan pengembangannya.[3]

Angklung di Malaysia

sunting

Angklung diperkenalkan ke Malaysia beberapa masa selepas berakhirnya Konfrontasi, yang mana instrumen itu mendapat populariti.[5]

Divisi Budaya Duta Besar Indonesia untuk Malaysia memberikan pelatihan pembuatan angklung bernada seperti di Bandung, namun hasil yang dihasilkan berbeza dengan angklung bernada di Indonesia pada umumnya, hingga mengambil bibit buluh dari Madiun dan Ponorogo hingga menghasilkan nada angklung terbaik.[6]

Aneka angklung

sunting
  • Angklung Reyog, Muzik khas suku Ponorogo pengiring Reog Ponorogo, Jawa Timur [7]
  • Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
  • Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
  • Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
  • Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
  • Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat

Permainan

sunting

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

 
Angklung sedang dimainkan oleh kanak-kanak Sunda pada tahun 1918.

Rujukan

sunting
  1. ^ ""Indonesian Angklung", Inscribed in 2010 (5.COM) on the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity". UNESCO. Dicapai pada 5 January 2021.
  2. ^ Spiller, Henry (2004). Gamelan: The Traditional Sounds of Indonesia, Volume 1. ABC-CLIO. m/s. 140. ISBN 9781851095063. Angklung has become a veritable symbol of Sundanese culture
  3. ^ a b Awi-Awi Mandiri, The Spirit of Angklung, 2018
  4. ^ "Website Resmi Pemerintah Provinsi Banten". bantenprov.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada Oct 2, 2011. Dicapai pada Jan 6, 2021.
  5. ^ Koh, Lay Tin (17 April 1999). "Angklung". National Library Board Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2008. Dicapai pada 2 September 2009.
  6. ^ "Melirik Malaysia rasa Ponorogo - Kota Reyog". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-13. Dicapai pada 2016-04-27.
  7. ^ [1]