Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Tuesday, 21 August 2018

Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)




VAT / TVA di Paris

Kalau ada niat nak shopping di Paris, jangan lupa ambil tips penting ni sebab kita boleh dapat lebih penjimatan. Tips nya satu je, jangan lupa claim balik VAT yang kita dah bayar.

VAT (Value Adde Tax) atau kat Paris ni di sebut TVA (Taxe Sur La Valeur Ajoutée) adalah sama je macam GST kat Malaysia. (Ops...sekarang Malaysia dah tak ada GST!!)

Jadi bila dah bayar tax (VAT / TVA ) masa berbelanja kat Paris nI, jangan lupa tuntut ye sebelum balik. 

Mat Drat share info ringkas je.. Mat Drat rujuk dari artikel INSIDR ye.

.

.

Syarat nak claim VAT / TVA di Paris

Untuk layak tuntut VAT ni, dia mesti
  • Bukan warga Europe
  • Umur lebih 15 tahun
  • Belian mesti melebihi €175 dalam satu store dalam hari yang sama
  • Hanya layak untuk barang retail atau 'non-commercial' personal purchases
  • Kadar VAT antara  2% hingga lebih dari 30%.

Cara Tuntut VAT (Prosedure)

Cara Tuntut VAT (Prosedure)
Kredit :Photo credit: bbrvic.com


  1. Bawa borang tax refund (Detaxe form) dan juga resit belian ke CDG Airport.
    • Borang tax refund (Detaxe form) boleh minta terus kat store / kedai yang kita beli barang tu. 
    • Isi siap-siap borang tu sebelum ke airport. Senang nanti, tak buang masa.

  2. Cari kaunter Detaxe (Tax Refund) bila sampai di CDG airport. Ada 2 option sama ada nak berurusan di kaunter atau di mesin layan diri.
    • Kaunter Travelex. Kita berurusan dengan petugas. Urusan manual.
    • Mesin PABLO pula mesin ayan diri. Scan borang dan resit sendiri.

  3. Tuntut Pembayaran bila selesai urusan ke-2 di atas. Boleh pilih samada nak Pembayaran secara tunai atau Pembayaran transfer online.

  4. Pembayaran secara tunai
    • Kalau nak tunai segera, akan ambil masa agak lama di 'queau' untuk dapat berurusan di kaunter. Kalau tak ramai yang beratur, tu rezeki.
    • Borang Detaxe dan resit akan disemak serta merta di kaunter.
    • Perlu bawa sekali boarding pass, passport dan mungkin barang tersebut untuk diperiksa.
    • Jadi datang awal ke airport kalau nak tuntut VAT secara tunai.

  5. Pembayaran transfer online
    • Borang refund (detaxe form) yang telah di stamped atau scanned, perlu dimasukkan di post box yang disediakan di terminal.
    • Nanti kat borang, pilih (tick) pemilihan cara bayaran balik VAT tu secara pindahan ke akaun bank. 
    • Pastikan maklumat bank ada yang diminta dilengkapkan.
    • Cuma kena tungu agak lama sikit untuk mereka proses permohonan ini. 
    • Tapi pilihan cara ini, kita tak ada lah kita nak beratur di kaunter di CDG.

Lokasi Kaunter Tuntut Refund VAT (Prosedure)

Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)
Photo credit: movingtraveler.blogspot.fr



Lokasi kaunter Detaxe (Travelex) di CDG Airport :
  • Terminal 1: same level as the CDGVAL, hall 6
  • Terminal 2A: Departures level, gate 5
  • Terminal 2C: Departures level, gate 4
  • Terminal 2E: Departures level, gate 8
  • Terminal 2F: Arrivals level
  • Terminal 3: Departures level, airside

Lokasi kaunter Detaxe (Travelex) di Orly Airport :
  • West Terminal: Arrivals level, gate E
  • South Terminal : Departures level, gate G

Lokasi kaunter Detaxe di major department store :
Tax refund juga boleh dutuntut terus kalau kita membeli di 




TIPS :

1. Letak barang yang dibeli di  bahagian atas dalam beg yang senang dicapai untuk semakan petugas.
2. Isi borang sebelum tiba di airport
3. Kaunter Travelex biasanya sangat ramai orang dan perlu beratur panjang. Jadi option terbaik adalah di mesin layan diri PABLO.

?utm_source=Partner%20blogger&utm_medium=Website&utm_campaign=mat-drat

Artikel asal (dengan ubah suai dan izin) https://insidr.co/tax-refund-cdg/


Klook.com



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

.

Wednesday, 15 August 2018

PERCUTIAN KE PARIS : Tips Dan Panduan Melancong

Percutian Ke Paris - Tips dan Panduan




Bonjour..... 
Kali ni Mat Drat menulis sedikit mengenai tips percutian ke Paris. Yang nak melancong ke Paris tu boleh la baca sikit. Harap-harap apa yang Mat Drat kongsikan ni bermanfaat. 

Dahulu Mat Drat dah pernah kongsi pengalaman percutian Mat Drat ke Paris dalam trip Percutian Barcelona-Paris-Doha, tapi memandangkan waktu tu baru je menjadi 'blogger', cara berkongsi info dan maklumat pun macam kelam kabut je. Kali ni kasi 'molek' sikit....

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat




.............................................
Edited 01.02.2019

Entry pertama Travelog London dah ready untuk dibaca. 

Jemput singgah baca, Mana tahu ada nak buat trip Paris-London.

Ni Trip London - Edinburgh Mat Drat Sept 2018.

PERCUTIAN KE LONDON


.........................................................




PERCUTIAN BAJET KE PARIS

Entry ni kira perkongsian pengalaman percutian bajet ke Paris la walau pun sebelum ke Paris, Mat Drat di Barcelona dalam 'percutian tak bajet'.

Percutian Barcelona tak kira percutian bajet sebab dari KL ke Barcelona naik biz class (Qatar Airways Sponsor) dan menginap 3 malam di hotel 5 bintang yang rate dalam RM 1,500 satu malam.

Tapi percutian Paris ni kira percutian bajet sebab....
- dari Barcelona ke Paris naik low cost airline je..naik Easyjet
- duduk hotel 2 bintang je yang rate dalam RM 180 / nite
- ground transport Mat Drat DIY sendiri. Semua naik tren metro je



INSIDR Tips ke Paris

Okey sebelum tu, baru-baru ni Mat Drat di hubungi oleh INSIDR untuk berkongsi apa-apa contents di laman web mereka kepada pembaca blog Mat Drat ni. 

First time dengar INSIDR ni sebenarnya, biasa lah....kena riki dulu serba sedikit benda-benda baru ni. Dan lepas intai-intai laman web mereka, bagi Mat Drat apa yang dikongsi oleh INSIDR ni boleh dijadikan panduan terutamanya bagi mereka yang nak bercuti ke Europe khususnya ke Paris. Cukup detail dan macam-macam yang mereka kongsikan kalau bab Paris ni. Bandar-bandar lain tu Mat Drat tak habis study lagi apa yang mereka kongsikan.

Tambahan sikit lagi mengenai INSIDR ni, ia ditubuhkan di Paris pada tahun 2015. Sebab tu cerita pasal Paris cukup detail kat INSIDR ni. Walupun baru beberapa tahun, tapi dah keluar kat Guardian, New York Times, Condé Nast Travel dan macam-macam lagi. 


Dan satu lagi, yang hubungi Mat Drat tu pun rupanya awek Malaysia. Ingatkan awek Paris sebab tengok muka dan gaya macam minah Paris....dah berbalas email baru tahu rupanya Malaysia mari. 

Dan nak bagi tahu awal-awal....agak senang nak menulis tips ni semula sebab nak cari info, Mat Drat cari kat INSIDR je...agak lengkap dan detail. Apa yang Mat Drat terfikir nak tulis, ada je boleh rujuk kat sini. (Nanti nak minta izin dengan INSIDR la untuk copy beberapa artikel mereka dlm blog Mat Drat).



👆👆 INSIDR 👆👆




Untuk entry ni Mat Drat kongsi serba sedikit tips asas / panduan yang perlu tahu kalau nak ke Paris. Detail tu nanti Mat Drat share bila-bila berkesempatan.



MASA PALING BEST BERCUTI KE PARIS

Perkara 'wajib' Mat Drat nak kemana-mana, mesti akan google dulu 'Best Time To Visit bla bla bla......",

Dan untuk Paris , yang di cadangkan oleh laman web travel.usnews... Best time untuk bercuti ke Paris adalah antara bulan Jun - Oktober. 

Bagi Mat Drat bulan lain pun best, Paris ni datang bila-bila pun best. Paris ni sentiasa penuh dengan pelancong dan manusia. Tengok kawan-kawan ke sini, tak kira bila.... ramai je orang. Cuma 'winter' 2018 je, tiba-tiba Paris dilanda salji lebat...  Jadi nak dtg waktu winter, fikir banyak kali ye. 

  • Jun-Ogos (Summer)
    • Antara bulan cuaca paling panas 22º -  25º
    • Paling ramai pelancong
    • Kemungkinan hotel rate sedikit mahal
    • Bersedialah untur beratur panjang di sesetengah tempat tarikan pelancong 
  • Sep-Oktober (Autumn / Luruh)
    • Cuaca mulai menurun. Average High; Sept - 21º / Oct - 16º . Kalau average low tu lagi rendah, boleh cecah 10º.  Kira sejuk oo malam...
    • Bulan ni bilangan pelancong mulai agak menurun sebab dah nak sejuk. 
  • Nov-Feb 
    • Paris agak sejuk waktu ni
    • Average High; Nov - 10º / Dis - 8º / Jan - 7º dan Feb - 8º. Ini average high, kalau average low lagi rendah terutamanya malam. Dalam 3º- 5º je. Memang sejuk, nak berjalan pun tak berapa selesa.
    • Walaupun winter, sangat jarang sebenarnya dengar salji turun kat Paris.
    • Terbaca satu Laman web,  sejarah winter di Paris 2001-2015, hanya 3-10 hari je salji turun. Tu pun turun beberapa minit sahajas bukan sepanjang hari. Org kata tak sempat menimbun, dah cair. 
    • TAPI 2018 berlaku sejarah.... PARIS ditimpa salji betul betul. Kelam kabut traffic kat sana sebab mereka tak prepare untuk salji selebat dan sebanyak mcm tu..
    • Kira mid Feb tu start nak panas, dan pelancong mulai nak start ramai semula.
    • Jadi, kalau nak pergi juga waktu ni, Mat Drat cadangkan pergi la hujung-hujung February. 
    • Berjalan waktu winter ni seronok tengok dan main salji je TAPI rugi sebab tak banyak aktiviti boleh dibuat. Kedai-kedai banyak tutup atau tutup awal sebab malam akan teramat sejuks 
  • Mac- Mei (Spring)
    • Bagi Mat Drat, bulan Mac - Mei ni (terutamnya Mei) bulan yang paling bagus bercuti kat sini
    • Cuaca tak panas sangat (below 20º).  Average  High utk bulan Mei pun baru 19º. 
    • Okey la cuaca macam ni, kat Malaysia dah biasa panas, kita pergi la bercuti waktu sejuk sikit. Cuaca macam ni, aktiviti pun tak terbatas. Malam punnak berjalan-jalan kat Paris ni tak ada la menggigil sejuk.
    • Mat Drat hari tu pergi bulan Mei. Nyaman je waktu kat sana. Petang-petang jalan n lepak di area Eiifel Tower baru seronok, panas tak....sejuk sangat pun tak. Masa naik boat cruise kat Seine River makin nyaman je rasa lagi-lagi bila kena tiup angin, tapi kena naik lewat petang la.




PENERBANGAN KL - PARIS (KUL - CDG)

  • Nak ke Paris ni ada beberapa pilihan, rasanya boleh pilih ikut yang bersesuaian itinerari macam mana. 
  • Setahu Mat Drat tak ada direct flight, semua kena stopover. 
  • Nak cepat dan tak meletihkan, ambillah yang 1 stopover je. Kalau dah sampai 2 stopover, buang masa nak menunggu flight je. Silap-silap, kalau flight terlepas atau delay.....haru jadinya.
  • Masa penerbangan paling cepat pun dalam 15 jam ++, paling lama bergantung kepada connecting flight yang kita ambil (lagi lama stopover, lagi lama la penerbangan tu)
  • Antara pilihan penerbangan ke Paris yang biasa diambil;
    • KLM        .... stopover di Amsterdam (AMS)
    • Qatar Airways.... stopover di Doha (DOH)
    • Emirates       .... stopover di Dubai (DXB)
    • Etihad          .... stopover di Abu Dhabi (AUH)
  • Malaysia Airlines tak ada penerbangan ke Paris ye. Dulu ada (share kod dengan Qatar Airways rasanya).
  • Di Paris kita akan turun di Charles de Gaulee Airport (CDG)


  • Mat Drat dulu ke Paris dari Barcelona. Dari Barcelona naik Easyjet dan juga turun di CDG.  Waktu tu Qatar Airways sponsor trip Mat Drat dan wife ke Barcelona dan Doha. Lengkap dengan biz class return ticket, 5 star hotel dan tiket VVIP match Barcelona FC. Dah alang-alang sampai Barcelona, Mat Drat lajak ke Paris. Cuma tiket Barcelona ke Paris je kena keluar duit sendiri. Okey la, lain-lain di tanggung....
  • Kalau yang naik flight low cost atau flight dari Europe, perhati betul-betul turun di airport mana sebab Paris ni ada 3 airport yang biasa digunakan.
  • Selain Charles de Gaulee Airport (CDG), yang juga sering digunakan adalah Paris Orly Airport (ORY) dan Paris Beauvais Airport (BVA)

.....





.






TRAVEL INSURAN / TAKAFUL

Nota : ( Edited 13.10.2019)
Mat Drat rasa perlu kongsi juga perkara ni.. Kepentingan Travel Insuran / Takaful yang 'cashless'

Kita pastinya buat segala persiapan untuk mengharapkan perjalanan dan percutian kita lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Jika berlaku juga sesuatu musibah, kita tak boleh elak, tapi sekurang-kurangnya kita ada perlindungan untuk meringankan bebanan kita.


Apa pun, Mat Drat harap semua yang baca blog ni dan bercuti, sentiasa dalam peliharaan Ilahi di dalam perjalanan pergi dan balik serta semasa percutian.


Biasa Mat Drat akan guna Etiqa Takaful bila ke oversea. Rasanya tak pernah ambil insuran/takaful dari airlines atau third party semasa beli tiket tu.


Etiqa Takaful ni rasanya coverage dia lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;

1. TAKAFUL. 
Kita muslim, seboleh-bolehnya ambillah product takaful. Tinggalkan product konventional.

2. Cashless. 
In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. Kat overea, kos hospital dan perubatan sangat lah mahal.
Kalau kena bayar deposit je dulu pun, susah juga nak cari duit on the spot tu.

Dan dah biasa juga rasanya kita dengar dan terbaca kes-kes rakyat kita terpaksa minta bantuan sebab kos perubatan terlalu mahal di oversea.

3. Rebate 25%. 
Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.
Terbaru, Mat Drat baca kisah En Kamarol Khahar, pengalaman ayah beliau dimasukkan ke hospital di Seoul.

Alhamdulillah, urusan beliau sekeluarga dimudahkan kerana banyak pihak hulurkan bantuan (wang ringgit, nasihat dan kepakaran).

Bila baca ni, memang betullah insurance yang 'cashless' ni sangat penting. 




.............................................................................. 





CHARLES DE GAULLE AIRPORT (CDG)

  • Ini airport terbesar di Paris dan antara airport tersibuk di dunia.
  • Biasakan dengan perkataan 'Aéroport de Paris', 'Aéroport Charles de Gaulle' (CDG), 'Paris-Charles de Gaulle', Roissy Charles de Gaulle. Ni semua merujuk ke airport yang sama.
  • Airport ni memang besar, ada 3 terminal. Pastikan kita akan turun di Terminal yang mana satu. Nak balik pun sama, pastikan terminal mana kita akan balik. 
  • Kita ke Paris tak perlukan VISA. Jangan risau. Yang penting sampai di airport, cop passport di imigresen.
  • Pemeriksaan kastam dan imigresen sewaktu ketibaan, Mat Drat tak sure seketat mana... Adakah seketat nak masuk Australia.
  • Ikut  pengalaman Mat Drat dulu, masa masuk Paris tak diperiksa langsung....macam tak percaya je. Tak jumpa pun imigresen atau kastam, mungkin flight dari Europe mereka tak check sangat. Tak pun mereka pantau dari jauh je, danbuat random check. Passport pun tak chop masa masuk. 
  • Dan ikut pengalaman, airport ni memang sangat sibuk....sangat-sangat sibuk. 
  • Oleh kerana sibuk dan besar, jangkakan bagasi dapat diambil dalam 30 minit paling awal...
  • Untuk maklumat detail, boleh rujuk laman web ni  👉http://www.about-paris.com/charles-de-gaulle-airport.htm


AIRPORT TRANSFER KE PARIS CITY

  • Jarak dari Airport ke Paris City dalam 40 km.
  • Untuk lain-lain punya airport transfer (bas, coach atau taxi), boleh rujuk link kat atas tu ye.


Naik Tren dari Airport CDG ke Paris

  • Merupakan pilihan yang paling cepat dan paling senang. 
  • Di sini lebih dikenali sebagai Aeroport. 
  • Perhatikan signboard Paris par Train / Paris by Train untuk ke platform train. 
  • Untuk ke Paris City, kita akan naik tren RER B
  • Harga tiket tren CDG-Paris
  • 10.30€ (adult fare) / 7€ (children 4 – 9) / free (children under 4) . Prices as of September 1, 2017
  • Train akan berhenti di beberapa station utama sebelum tiba di Paris. Di Paris sendiri, ia akan berhenti di 3 station utama di Paris iaitu Station Gare du NordStation Châtelet Les Halles dan Station Saint Michel/Notre Dame  sebelum terus ke station Luxembourg, Port Royal dan seterusnya. Kesimpulannya, memang banyak station la.
  • Lebih separuh perjalanan terpaksa berdiri dalam tren terasa jugak la letihnya dengan bagasi yang agak banyak. Nasib baik masa tu tiba Paris dari Barcelona je, kalau dari Malaysia yang berbelas jam penerbangan....mahu pengsan dalam tren. Waktu nak naik tren tu, tren dah separuh penuh.... jadi memang kena berdiri la. Bagasi pegang dan jaga masing-masing punya..... Boleh kata semua penumpang denganbagasi masing-masing.
  • Mat Drat hari tu berhenti di station Gare du Nord. Kalau yang naik train Eurostar London-Paris pun akan berhenti di sini. Berhenti di Gare du Nord ni sebab nak sambung metro tren ke hotel.
  • Train station RER B ni terletak di Terminal 2
  • Kalau yang turun di Terminal 2, terus sahaja berjalan menuju ikut signboard "Paris par Train/ Paris by Train". 
  • Manakala, jika dari Terminal 1 perlu naik train Airport Shuttle (CDGVAL) yang disediakan ke Terminal 2. Ni tren yang menghubungkan antara terminal, tak perlu bayar.
  • Kat Airport ni nanti ada vending machine warna kuning dan putih. Tak silap yang kuning untuk tiket TGV/Intercity train. Manakala yg putih berkotak tu untuk tiket RER B.
  • Untuk panduan ParisByTrain boleh baca link atas tadi.



Pass Paris Visite / Paris Navigo Pass.

  • Untuk lebih jimat, beli tiket Pass Paris Visite atau Paris Navigo. 
  • Pass Paris Visite sesuai untuk yang kurang seminggu di Paris manakala Paris Navigo lebih sesuai untuk yang nak laam di Paris...lebih seminggu atau mungkin berbulan.
  • Pass ni boleh di beli di mesin di airport juga. Senang beli kat airport sebab sampai Paris boleh terus turun naik tren, tak payah nak pening-pening beli tiket. Mana tahu sampai Paris tengah waktu peak balik kerja ke. Station metro penuh dan padat.
  • Memandangkan Mat Drat berada 3 hari sahaja di Paris,  jadi kat airport ni Mat Drat terus beli Pass Paris Visite di sini. Lebih jimat dan menyenangkan sebab tak perlu beli tiket setiap kali nak naik metro/train bila di Paris nanti. 
  • Oleh kerana tempat yang akan kami lawati hanya berada di Zone 1 - Zone 3 (City Center), jadi kami beli untuk Pass Paris Visite yang cover ke Zone 3 sahaja. Semua area Paris je. Dan dari airport ke Paris City, kami beli tiket asing.
  • Kalau ada yang nak ke Disyneyland Paris atau ke Palace of Varsailes, tu dah masuk Zone 1-5 (Greater Paris Area). Jadi berbaloi terus ambil Pass Paris Visite untuk yang cover sehingga zon 5.
  • Untuk Airport ke Paris City termasuk Zone 1-5. Kalau kat Paris nanti pusing-pusing Paris je (tak keluar dari Zone 3), rasanya lagi jimat ambil Paris Pass Zone 1-3 dan untuk tren airport ke Paris kena beli tiket asing.
  • TAPI kalau kat Paris nanti nak melwat tempat jauh yang masuk zone 5, jadi dari airport terus je beli Pass Paris Visite untuk yang cover zone 5. Airport ke Paris dah tak payah beli tiket asing, boleh guna Paris Pas Visite tu je.
  • Macam Mat Drat beli tiket asing... dapat jimat sikit je (dalam € 6 seorang)
    • € 26.65 pass 3 hari untuk zone 3 
    • € 20.60 tiket tren RER B (return) 
    • Total = € 47.25
    • Kalau beli Paris Pass Visite (Zone 1-5) = € 53.75.


Harga Paris Pass (Transport) 

Paris Visit (Pass Transport) 1 day (zone 1 to 3) / Adult € 12 / Child  € 6
Paris Visit (Pass Transport) 2 day (zone 1 to 3) / Adult € 19.5 
 / Child  € 9.75
Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 3) / Adult € 26.65 
 / Child  € 13.30

Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 5) / Adult € 53.75  / Child  € 26.85



Kalau nak lama kat Paris (lebih seminggu)  lebih jimat beli Paris Navigo Pass.

Untuk maklumat lanjut mengenai Paris Navigo Pass boleh baca kat link ni Paris Navigo Pass. Paris Navigo ni untuk weekly atau monthly, kalau agak lama kat sini, sesuai sangat beli yang ni. 
 


Nota 
Seeloknya aktifkan kad debit sebelum ke luar negara. Kad kredit memang dah auto active, tak perlu diaktifkan.  Senang beli tiket atau perlukankan cash, boleh guna kad kredit atau kad debit. 


Amaran 
Hati-hati penyeluk saku jika berada di tren station atau pun di dalam tren!


Sewaktu melalui pintu laluan tiket untuk ke platform train, isteri Mat Drat di tolak dan seakan dirempuh dari belakang oleh seorang perempuan, sedangkan laluan lain kosong masa tu. Terconfius sekejap masa tu, apasal lah dia ni main rempuh je.  . Terus wife saya check hand beg, Alhamdulillah tiada apa-apa yang hilang. Mungkin inilah contoh cara penyeluk saku yang dikatakan cukup cekap di sini





.

Sim Kad murah di Paris

Sebenarnya hasil pembacaan, Lebara juga antara telco yang menawarkan harga sim kad yang murah di Paris.

Pengalaman beli beli sim kad di kedai telekomunikasi di hadapa, mendatangkan sedikit masalah apabila penjual tidak dapat berbahasa Inggeris. Memang mereka memang tak suka agungkan bahasa Inggersi pun.

Mat Drat minta dia setkan internet di telefon, tapi dia suruh saya ikut instruction di startek pek.  

Jadi, kalau nak beli simkad tu saya rasa lebih baik beli di airport kerana di sana biasanya mereka memang user friendly. Biasa di mana-mana airport, penjual sim kad memang akan bantu setkan sim kad yang kita beli.

Klook.com



Kupon Diskaun Klook (10.01.2019)


Kalau ada yang nak kupon diskaun KLOOK, boleh ambil di link yang Mat Drat share ni. 
Mat Drat akan share dari masa ke semaa kupon diskaun KLOOK di sini
👉👉 KUPON DISKAUN KLOOK  👈👈






Station Gare De Nord

Station Gare De Nord ni antara salah satu station metro di Paris yang integrated dengan lane-lane metro yang lain. Walau pun ia station yang dah lama tetapi tetap antara yang paling menjadi tumpuan. 

Bagi Mat Drat la, Gare De Nord ni station yang cukup besar dan juga serabut dengan orang ramai yang bertali arus. Semuanya berjalan pantas, pagi jalan laju.... balik petang pun jalan laju. Dah jadi budaya mereka, tak seperti di negara kita yang berjalan sambil lewa. 



Klook.com


Jika belum beli Paris Visit Pass, sediakan duit syiling atau kredit kad untuk membeli tiket metro train untuk ke destinasi lain. Kami gunakan Paris Visit Pass jadi senang dah kat station ni untuk ke destinasi lain (tukar tren).




Gare du Nord

Image result for gare du nord paris
Gare du Nord ni memang ramai orang


TRANSPORT DI PARIS

  • Transport utama di Paris sudah pastilah tren Metro. 
  • Jadi nak datang sini study serba sedikit map metro tu, ambik tahu location hotel kat mana dan nearest station metro.
  • Kalau rajin, buat summary siap-siap untuk itinerari kat Paris nak naik tren dari mana ke station mana untuk satu tempat yang di tuju.
  • Plan awal-awal ni bagus, tak lah masa kat station metro tu baru trhegeh-hegeh nak cari map, nak fahamkan map. Kalau kita dah tengok awal, at least sampai sana tak ada lah nak start dari '0'
  • JANGAN lupa intsall app metro Paris. Sangat membantu untuk 
    • tahu nearest station destinasi nak pergi
    • best option line metro. Kat sini banyak line metro
    • mana tahu ada station atau line yang ditutup, kita dah tahu awal-awal.
  • Walau pun dah install app Metro Paris ni, tak salah buat summary kat nota kecil. Mana tahu batteri hp habis ke, tak la kita kelam kabut nak cari best route semula.
  • Tiket tren...macam Mat Drat bagi tahu awal tadi, nak jimat beli Paris Visite Pass atau Paris Navigo Pass. Ikut mana yang sesuai dengan kita.
  • Dan pesanan ikhlas Mat Drat
    • JANGAN buat perangai kat Malaysia, jalan sambil lewa kat station metro dan tak bagi laluan orang di belakang. Mereka di sini jalan cukup laju, semua nak kejar next tren.
    • JANGAN 'kurang sivik'. Nampak ibu mengandung, orang tua bagi la mereka duduk.
  • DAN ingat
    • Kat sesetengah station metro ni ada penyeluk saku. Jadi jaga barang elok-elok. Beg galas elok letak kat depan
    • Pengemis agak ramai (ikut kawasa), sampai dalam tren pun mereka berani mengemis. Kasar pulak tu cara mengemis.  Pengalaman Mat Drat, siap yang pegang tangan Mat Drat minta duit dalam tren...selemba je ngemis macam tu. Ni kes rare la ni...
    • Dan kalau turun di station yang hujung-hujung dan terutamnya belah malam, sentiasa perhati sekeliling. Beringat tak salah.

Untuk tips dan info lanjut mengenai Tren di PARIS boleh baca kat link ni Paris Transport - Trens
 

HOTEL MURAH DI PARIS


Mana nak duduk kat Paris? 
Paris ni terlalu besar dan terlalu banyak hotel, beribu-ribu hotel. Jadi nak pilih hotel atau penginapan tu agak pening jugak asalnya. 

Tapi biasanya nak pilih hotel mana nak duduk tu, faktor di bawah ni boleh diambil kira kot...


Pilih Hotel di Paris 

Rasanya kalau cari hotel tu, faktor paling utama orang pilih adalah 
  1. Berdekatan dengan station metro. 
    • Nak senang cari lah hotel berhampiran station Gare du Nord atau pun station Gare de L'East, ni kira station utama. Jimat banyak masa bila nak travel tak ada nak tukar tren banyak kali.
    • Tapi kalau nak jimat, cari la dekat dengan station metro lain pun okey. Tapi elok tengok map dulu, jangan jauh sangat dari pusat PARIS nanti buang masa dalam tren je.
  2. Senang mencari makanan halal. 
    • Kat Paris ni kira banyak juga restoran halal, tapi di kawasan-kawasan tertentu la. 
    • Rakyat Paris kan ramai yang dari Algeria dan negara Afrika lain, jadi muslim agak banyak.
  3. - Dekat dengan Eiffel Tower
    • nak cari hotel dekat dengan Eiffel Tower, kena booking awal-awal la...kalau lambat, yang murah-murah memang tak dapat lah. Kalau ada pun agak mahal.
    • Memang seronok, buka tingkap je, nampak eiffel tower.... tapi untuk ni kena bayar lebih la.

Pilih hotel tu kena tengok juga kawasan hotel tu kawasan apa.... Ada tempat yang Mat Drat lalu, agak kurang selesa apabila lihat terlalu ramai golongan pengemis dan tempat macam kurang selesa. 


Station Gare de I'Est

Masa Mat Drat  berjalan di sekitar station Gare de l'Est, siap cakap kat isteri.... nasib baik tak ambik hotel area sini!. Entah, rasa cukup tak selesa melihat gelagat orang di kawasan sekitar sini. Rasa macam crowded sangat pun ye.

Tapi kawasan ni memang ramai yang suka sebab kira dekat dengan Pusat Bandar Paris, tu yang jadi agak crowded.

Image result for gare du est paris
Gare de I'Est

Image result for gare du est paris
Gare de l'Est .  
Ni rasanya station dah lebih 100 tahun kalau tengok kepada bangunan dia




Hotel di Gare de Nord dan Gare de l'Est





- 3 star
- rating 7.0


  Hotel Alane, Paris 

- 3 star
- rating 7.0







.


.

Victoria Hotel

Lepas  baca review-review beberapa hotel, akhirnya Mat Drat pilih Hotel Victoria. 

Mat Drat pilih Victoria Hotel sebabnya
  • hanya murah , € 65 semalam. Hotel bawah € 100 kira hotel murah la.
  • antara yang direkemenkan bagi kategori hotel murah di bawah RM250 semalam. 
  • berhampiran metro station, 200 meter je dari Station Mercedet-Poisoniers
  • terletak di kawasan ramai muslim, senang nak cari makanan halal
  • hotel-hotel yang lagi okey tapi dibawah €100/nite kebanyakannya penuh waktu Mat Drat cari. (Hotel yang dekat dengan station metro)
  • wifi percuma /.
  • boleh tinggal luggage lepas check out dan sebelum check-in.
  • ada kedai runcit sebelah hotel

Hotel yang Mat Drat menginap ni cukup simple, tapi padanlah dengan harga. 
  • Tak ada lift, naik tangga kecil.
  • Bilik agak sempit, cukup-cukup untuk 2 orang tapi okey je. Kira boleh la sebab bilik hanya untuk tidur sahaja, banyak masa akan di habiskan berjalan-jalan di Paris. Nak solat pun, solat atas katil je!!
  • Wifi di tingkat 4, sekejap okey...sekejap tak okey. 
  • Bilik air kecik sangat tapi kira boleh la untuk rate yang kurang RM 250 se malam kat Paris ni. 
  • Yang penting, restoran halal ada tiga berdekatan dan di bawah juga ada satu kedai runcit (sebelah sahaja).

....................................................
Edited : 02.01.2019



Mat Drat check di google map, booking.com tak ada link nak booking online.

Mat Drat hari tu booking melalui satu laman web tempahan hotel di Europe tapi pembayaran masih melalui booking.com (masa nak check-in pun nama di masukkan bawah guest booking.cim)




Nanti Mat Drat share 2 hotel lain paling dekat dengan station Station Mercedet-Poisoniers


....................................................



Tangga kecil sampai ke tingkat 4



Hotel Murah (Budget) Di Station Mercedet - Poisoniers 

Mat Drat suka kawasan ni sebab senang nak makan
- Ada 3 restoran HALAL yang Mat Drat jumpa

  1. Grec Algerian
    • Makanan Algerian (ada nasi, kebab dll)
    • Harga tak mahal
    • Sepinggan boleh makan berdua, portion besar
    • Buka 11:00 am
    • Suka makan kat sini sebab sepanjang masa dia pasang ayat suci Al Qurran
    • Lokasi 
      • terletak di Boulevard Barbes
      • 100 meter je dari station Mercedet Poisoniers
      • Antara station metro dengan Victoria Hotel
      • Google Map Grec Algerian

  2. Fast Food Chez l'Ami
    • Sajikan fast food (kebab, tacos dan cheese nan)
    • Ada logo halal besar 
    • Lokasi 
      • terletak simpang Boulevard Barbes / Rue Marcedet
      • Keluar station, akan jumpa restoran ni
      • Berhampiran hotel (sebaris ) dengan The Playce Hotel
      • Sebaris dengan Grec Algerian, bertentangan dengan Extra Doner
      • Google Map Chez l'Ami

  3. Extra Doner
    • Keluar sahaja station metro akan jumpa
    • Ada tulisan Halal, dan San Alcohol (Tiada Alchohol)
    • Mat Drat tak makan di sini
    • Lokasi
      • Keluar sahaja station metro akan jumpa
      • Bertentangan dengan Chez l'Ami
      • Sebaris Hotel De France 18




2 hotel yang paling dekat dan harga murah




- 4 star hotel
- rating bagus, 7.8 
- boleh dpt below RM 400
- 200 mtr dari station metro 
- sebelah SuperMarket



- rating bagus, 6.8 
- boleh dpt below RM 300
- 150 mtr dari station metro 







Hotel murah di Paris -Hotel bawah RM250 / malam

Di Paris, penginapan dalam range RM 250 semalam boleh di kira sebagai budget hotel. Mungkin hanya dapat 1 star hotel * atau 2 star ** sahaja. 



Jika ambil hotel dalam range ni, jangan harapkan macam-macam seperti 3-star atau 4-star hotel. 

Apa yang penting, kena baca review mereka-mereka yang pernah menginap di hotel tersebut.



Antara hotel yang Mat Drat 'intai' hari tu... Harga ni berubah-ubah, yang ni ikut masa Mat Drat survey dulu.

Hotel murah/budget ( RM 250 ke bawah)



Hôtel Victoria

1-star


2-star




-Walking distance dari 
Eiffel Tower
- Ada beberapa jenis bilik










( Gare de Nord )

3-star


Porte de Vincennes 

2-star






Kalau nak hotel mahal sikit je ( RM 250 ke atas)








TEMPAT MENARIK DI PARIS

PERCUTIAN KE PARIS




Nanti Mat Drat share senarai tempat menarik di Paris di entry berikutnya. Nak kena cari info terkini dan juga cari gambar-gambar Mat Drat punya trip dulu.



Masa trip singkat kat Paris hari tu 3H2M, tempat menarik yang sempat Mat Drat pergi dan aktiviti yang sempat di buat



- Eiffel Tower ('Layan sunset')

- Eiffel Tower (naik tower)
- Musee de Lourve
- Seine River Cruise
- Pont de Art
- Sacre de Coure
- Champ Elsyee
- Arc de Triumph
- Arc de Triomphe
- Jardine des Tuileries
- Placa de la Concorde





Kalau .....

  1. Mat Drat dapat tambah sehari lagi hari tu, nak je Mat Drat ke Palace of Versailes. Ni jauh sikit dan kira satu hari akan habis untuk travel ke sana dan juga masa melawat.
  2. Dapat tambah 2 hari lagi, nak ke Mont Saint Michel. Tahu tempat ni 'lepas setahun dua balik dari Paris. Memang lawa dan epik 'gile' tempat ni. Macam cerita dongeng je...
  3. kalau datang sini dengan anak-anak la, mesti nak pergi ke Disneyland Paris. Dah alang-alang kan....kena la pergi.
Yang berkesempatan, pergi la ke Mont Saint Micheal.... tak ramai rasanya orang kita sampai sebab sebelum ke PARIS, Mat Drat baca blog-blog tak jumpa pun yang ke sini.

Untuk panduan, boleh baca dulu beberapa artikel dari INSIDR.







Tapi secara kasarnya, boleh je baca dulu perkongsian Mat Drat sebelum ni...tak banyak info berubah rasanya kecuali harga tiket. 
























Tips Beli Tiket Tak Perlu Beratur 

Mat Drat ada share cara macam mana Mat Drat tak payah beratur berjam-jam nak naik Eiffel Tower, dan tak beratur panjanggggggg nak masuk Musee De Lourve kat Paris tu.







Hati-Hati Scammer 
Dan ingat, kat tempat tumpuan pelancong ni selalu juga ada scammer /  'kaki-kaki' pow pelancong. Macam-macam cara mereka buat. Ingat lagi macam mana 2 pompuan kena scam depan Sacre-Coeur. Hu hu hu...


Bukan nak takutkan, tapi tak salah beringat.









Filming location
Mat Drat ke Paris ni siap tuju spot filming location yang Mat Drat minat... Eiifel Tower tu dah pasti la... banyak sangat filem dan drama yang ada Eiffel Tower ni. Paling diingati 'An Evening in Paris...flem Hindustan lama.

4 movie tempat lain yang Mat Drat ingat
- Pont de Art dalam Now You See Me
- Musee de Lourve dalam Da Vinci Code
- Place de la Concorde dalam The Devil Wear Prada
- Station Gare de Nord dalam Jason Bourne




Now You See Me Mark Ruffalo Pont  De Art
Scene movie Now You See Me 
di  Pont  De Art

Now You See Me Mark Ruffalo Pont  De Art
Now You See Me : Mat Drat di  Pont  De Art


Scene dari movie Da Vinci Code 
di Musee de Lourve


Tempat yang sama, masa dan pelakon berbeza
- Musee de Lourve







Scene  movie The Devil Wears Prada.... 

Ada sikit sama la.... 
Prada dan fountain yang sama.





Boleh rujuk senarai yang di beri oleh INSIDR. Sangat membantu dan info sentiasa di kemaskini.



















TEMPAT MAKAN HALAL DI PARIS

Nanti Mat Drat share semula beberapa tempat makan halal di Paris di entry berikutnya. Nak kena cari info dan update apa-apa yang baru.



Tapi sebelum tu boleh baca di entry Mat Drat sebelum ni...






👇👇👇




Makan kat Paris ni macam kat negara Europe lain, portion dia agak besar. Kira satu set tu boleh makan untuk berdua. Tapi ni Mat Drat punya perut la... Kalau yang makan agak banyak tu, mungkin kena order sorang satu.


INSIDR pun ada share beberapa posting mengenai tempat makan. Cuma bab makanan halal Mat Drat tak jumpa lagi. Nanti Mat Drat email direct kepada mereka untuk buat satu entry khas mengenai tempat makan halal di PARIS.



Antara sharing di INSIDR page











TEMPAT SHOPPING DI PARIS

Dan akhir sekali, Mat Drat akan share tempat shopping di Paris.  



Paris ni orang kata pusat fesyen dunia. Jadi nak menyopping fashion terkini, brand yang selalu di idamkan, boleh la ke sini.



Yang ingat filem The Devil Wears Prada... jangan lupa datang sini bergaya macam tu...





Champs-Élysées 

Champs-Élysées pastinya tempat utama, tak kira lah nak shopping ke atau nak window shopping je. 
Mat Drat ada share dulu pengalaman 'bershopping' kat sini.


Souveniour murah 



1. Sacré  Couér 

Kalau nak cari souveniour murah, kedai-kedai masa mendaki nak ke Sacré  Couér tu banyak kedai souvenior. Memang murah. Borong lah kat sana.



2. Penjaja Afrika

Kalau jumpa mat-mat afrika yang jual souvenior macam key-chain, beli dengan mereka pun okey. Memang murah. Jangan segan untuk tawar dengan mereka...tawar je, kita Malaysian kan terkenal dengan orang yangs uka menawar harga.



Mat Drat pun ada share satu kedai yang agak murah untuk beli luggage beg incase kalau sampai sana tak cukup luggage beg. Biasalah, dah shopping kan...


Penjaja-penjaja souveniour di jalan atau berdekatan Eiffel Tower, pemerhatian Mat Drat harga sedikit mahal. Kalau nak beli banyak, Mat Drat cadang beli di area Sacré  Couér atau masa jumpa mat-mat Afrika.





Tax Refund

Jangan lupa tuntut tax refund (VAT / TVA) jika layak. Boleh baca di perkongsian Mat Drat





















Penjaja-penjaja souveniour di jalan atau berdekatan Eiffel Tower, pemerhatian Mat Drat harga sedikit mahal. Kalau nak beli banyak, Mat Drat cadang beli di area Sacré  Couér atau masa jumpa mat-mat gelap.




Mat Drat share link dari INSIDR je la dulu.... banyak tips dan panduan yang mereka share, antara yang agak menarik bagi Mat Drat



















Sim Kad murah di Paris

Sebenarnya hasil pembacaan, Lebara juga antara telco yang menawarkan harga sim kad,  caj panggilan dan data internet yang termurah di Paris. 

Pengalaman Mat Drat beli sim kad di kedai telekomunikasi di hadapan Victoria Hotel agak mengecewakan. Pemilik kedai ( remaja berkulit hitam) agak kasar dan kurang mesra. Bila di minta tolong setkan telefon untuk membolehkan panggilan dan melayari internet, tapi dia suruh try sendiri ikut instruction di startek pek. 

Instruction dalam bahasa France, sampai hari terakhir di Paris... Mat Drat tak dapat guna sim kad Lebara ini untuk melayari internet. 

Mat Drat cadangkan beli sim kad di airport lebih baik dari beli di kedai. Beli di airport biasanya mereka memang user friendly. Ikut pengalaman beberapa kali membeli sim kad di luar negara.

Masa kat CDG Airport hari tu, Mat Drat rushing nak kejar tren dan nak kejar itinerari  untuk hari tu....tak sempat nak pusing-pusing dalam airport cari telco punya kaunter.






















Info Lain Yang perlu diketahui

Bahasa
Orang France dan pastinya di Paris ni agak kurang yang menggunakan atau faham Bahasa Inggeris. Mereka kuat jati diri dengan bahasa mereka.

Jadi ambil tahu beberapa perkataan basic dalam bahasa France untuk memudahkan (menambah mesra) dalam perbualan dengan penduduk di sini, mungkin di kedai, di hotel atau di restoran

5 perkataan yang WAJIB tahu
  1. Bonjour - Hello
  2. Oui - Yes
  3. Non - No
  4. Où est…? - Di mana ......?
  5. Merci - Terima Kasih. 
Paling kurang pun, hafal la 2 perkataan ini.... Bonjour dan Merci !!


Applikasi Handphone Utama yang pelu di install
Bagi Mat Drat, sebelum ke sini install la 5 app ni kat hp. InsyaAllah akan berguna dan mungkin satu dua sangat berguna.

  1. Paris Metro - Official metro Map and train times
    • Senang nak tengok maps dan jadual tren
  2. Next Stop Paris RATP
    • Menyenangkan nak ke tempat-tempat menarik, ada guide naik tre mana dan turun di mana
  3. Currency Converter
    • Ada kala kita perlukan untuk keputusan pantas, terutama masa nak shopping atau membeli sesuatu
  4. Google Translate
    • Download la siap-siap untuk versi offline, jadi walau handphone tak ada data ia masih boleh digunakan.
    • Masa di hotel (terutama hotel yang 1,2 3 bintang), mungkin staff front desk tidak berapa menggunakan bahasa Inggeris jadi boleh gunagoogle translate je.
    • Kita sebut (walau dalam bahasa France) tapi sebutan berbeza, mereka tak faham. 
  5. Google Map
    • Sangat berguna juga terutama kita akan perlu banyak berjalan di Paris.
    • Boleh guna google map ni untuk jadikan panduan untuk ke sesuatu destinasi.




Ingatan
Lagi sekali Mat Drat ingatkan dan pesan.
  1. Jaga barang-barang, di sini agak ramai pencopet terutama di kawasan tumpuan pelancong.
  2. Berhati-hati dengan scammer di tempat tumpuan pelancong
  3. Pengemis di sini agak ramai terutama di station metro
  4. JANGAN lupa aktifkan debit kad sebagai persedian




Rasanya ni dulu, nanti Mat Drat update apa-apa yang perlu.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

.