Assalamualaikum semua,
Tabaski di Dakar tahun 2015. Mungkin ada yang bertanya "Apa itu Tabaski?"
Tabaski adalah Hari Raya Aidiladha dalam bahasa Wolof, bahasa tempatan di Senegal.
Pada tahun ini kami sekeluarga dapat merayakan Hari Raya Aidiladha bersama-sama. Pada tahun lepas, encik suami terpaksa bekerja di New york. Saya dan anak-anak terpaksa beraya tanpa beliau : (
Alhamdulillah tahun ini, kami sekeluarga beraya dengan memakai pakaian tempatan Senegal.
Pada mulanya, saya nak jahit sendiri baju kami sekeluarga. Tapi, akhirnya saya menukar fikiran bila timbul keinginan untuk mencuba tukang jahit tempatan yang banyak ada di sini.
Saya bergambar dengan Madam Fall, si tukang jahit.
Nama baju yang dipakai oleh anak-anak dara saya dan juga saya dikenali sebagai "Robe". Ia adalah dress panjang menggunakan kain yang dipanggil "Embroid". Dress ini dijahit dengan lining penuh untuk baju dan juga bahagian skirt.
Bunga-bunga pada dress ini dijahit sulam menggunakan tangan. Kalau nak diikutkan, untuk orang perempuan Senegal, kebiasaanya mereka akan memakai kain lilit di bahagian kepala yang dipanggil "Foula". Malangnya, saya tak sempat hendak menempah Foula kerana dimaklumkan oleh tukang jahit bahawa kain yang hendak digunakan sudah tidak mencukupi.
Baju Aira dan juga Alya menggunakan kain "Embroid". Baju Aisya pula menggunakan kain "Banzin" putih yang digabungkan bersama kain "Embroid".
Untuk baju Encik Suami dan juga Mahathir pula dikenali sebagai "Boubou". Baju untuk lelaki adalah seperti baju melayu iaitu terdiri daripada baju dan seluar. Pada bahagian leher dan hujung tangan pula disulam dengan mesin. Kain yang digunakan untuk baju Encik Suami dan juga Mahathir adalah jenis "Swiss Cotton".
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami sekeluarga di Senegal.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
Bon Fete Tabaski!