Papers by Amirul Dzaed Dzahideen
Qanun Aceh No. 6 Tahun 2014 tentang hukum Jinayat menyebutkan bahawa Aceh merupakan sebahagian da... more Qanun Aceh No. 6 Tahun 2014 tentang hukum Jinayat menyebutkan bahawa Aceh merupakan sebahagian daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia yang memiliki keistimewaan dalam melaksanakan Syariah Islam. Lebih membanggakan, undang-undang jenayah Islam adalah diantara juzuk Syariah Islam yang mesti dilaksanakan di Aceh. Namun begitu setelah disahkan, implementasi hukum Jinayat syariah di Aceh menerima banyak cabaran atau penentangan, ada masyarakat yang menyokong hukum jinayat Syariah Islam mesti diterapkan di Aceh dan ada pula masyarakat yang tidak menyokong. Oleh kerana itu, artikel ini akan membincangkan berkenaan pelaksanaan hukum Jinayat Syar’iyyah di Aceh, sejarah penegakan hukum Islam di Aceh, isu-isu semasa dan beberapa faktor yang menjadi cabaran bagi pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Aceh.
Abstrak Sebagai sebuah negara Islam, prinsip keterbukaan dan kebebasan dalam menganut apa-apa peg... more Abstrak Sebagai sebuah negara Islam, prinsip keterbukaan dan kebebasan dalam menganut apa-apa pegangan masih boleh diamalkan kerana ianya terdapat peruntukan di dalam Bahagian 1, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Hasil daripada perlembagaan ini, wujudlah pelbagai aliran dalam agama yang diamalkan bergantung kepada tahap kefahaman dan keilmuan dalam mentafsir agama itu sendiri yang perlu ditangani oleh pihak berautoriti pada masa kini. Antara aliran yang muncul dalam perkembangan di Malaysia ialah aliran politik, aliran ilmu, aliran mazhab dan aliran ekstrimisme. Aliran-aliran inilah yang membentuk kepelbagaian warna-warni dalam industry kefahaman Islam. Sebagai pihak bertanggungjawab, tugas memberikan pemahaman sebenar antara yang ditekankan dalam 'status quo' mereka. Kajian ini bertujuan mengkaji dan meneliti peranan yang dimainkan oleh pihak autoriti seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Institusi Mufti dengan menggunakan pendekatan Wasatiyyah. Kajian ini adalah berbentuk kajian teks yang akan menumpukan sepenuhnya kepada data-data dan maklumat yang diperoleh daripada karya-karya penulisan sebelum ini. Data ini akan dianalisis bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan kefahaman jelas tentang perbezaan aliran-aliran agama yang terdapat di Malaysia. Selain itu, dapat dijadikan garis panduan para ulama dan intelektual menyusun strategi menghadapi isu ini berlandaskan maqasid syariah secara wasatiyyah. Kata kunci: pihak autoriti, ikhtilaf aliran, prinsip wasatiyyah PendahuluanPerbezaan kefahaman terhadap ajaran Islam telah pun bermula dan berlaku sejak zaman Rasullulah S.A.W ketika hayatnya lagi, hakikatnya pun begitu, perbezaan yang berlaku tidaklah sampai berterusan sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan khilaf. Ini kerana, Muhammad S.A.W masih ada sebagai pengantara antara dua pihak yang bercanggah betepatan dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul baginda. Begitu juga pada zaman para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, sering berlaku perbezaan pendapat terhadap sesutatu masalah, baik dalam soal ibadah, muamalat mahupun perkara penting yang lain, ataupun sesuatu persoalan yang muncul ketika Rasulullah S.A.W ketika hayatnya hidup tetapi belum sempat ditanyakan pada baginda. Biasanya para sahabat akan sering bertanya sesama sendiri terlebih dahulu, sekiranya terdapat sahabat yang telah mengetahui dan pernah mendengar keterangan persoalan tersebut dari nabi S.A.W, sedangkan tidak diketahui oleh
Uploads
Papers by Amirul Dzaed Dzahideen