Followers

Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Monday, 31 May 2021

Redmi Note 10 Pro

 8th April - JAKARTA

Sejak pindah dari Moto-G ke OnePlus 2 pada tahun 2015 (link), aku sudah menjadi OnePlus fan siap upgrade ke OnePlus 5t pada tahun 2018! Sejak itu aku sering tunggu waktu nak upgrade kepada model yang baru apabila tiba waktunya dan aku hampir pasti akan upgrade ke model terbaru OnePlus 9 Pro pada tahun ini memandangkan OnePlus 5t yang aku pakai sudah mula nazak apabila phone tiba-tiba mati ketika terima panggilan telefon, dan yang paling stress ialah suara kita orang lain susah nak dengar ketika menjawab panggilan padahal kita dengar suara tiada masalah sama sekali! (怒) Cuma satu hal yang buat aku kurang puas hati dengan OnePlus ialah software update yang cukup lama bagi pengguna model lama~ OnePlus 5t hanya dapat OS 10 pada October 2020; sedangkan waktu itu Android 11 dah ramai orang guna! Hal itu membuatkan aku terfikir, mungkin lebih baik cari phone yang middle range; harga murah tapi berkualiti tinggi~


OnePlus 5t


Hasil pencarian menemukan aku dengan Redmi Note 10 Pro yang baru sahaja di lancarkan di Indonesia pada 30 March yang lalu~ Hasil review di YouTube, banyak mengangkat Redmi Note 10 Pro ini antara yang terbaik di dalam kelas nya kerana memiliki 120Hz frame rate, bateri yang besar dan mempunyai NFS~ Ada juga terfikir nak pakai jenama Pixel tapi sejak tahun lalu, Indonesia sudah mula mempersulit phone yang dibeli di luar negara perlu mendaftar IMEI jadi banyak phone tidak sesuai di guna pakai dengan SIM card di sini~ Aku juga sering ada masalah ketika memakai OnePlus 5t yang aku beli di Malaysia jadi kali ini aku ingin lihat perbedaan kalau pakai phone buatan Indonesia seperti Redmi Note 10 Pro ini= Alhamdulillah, setakat ini belum ada tanda-tanda masalah kritikal, cuma satu benda yang aku rasa sedikit menyesal tak tahu dari awal ialah tiadanya notification light pada phone ini (-_-")


Redmi Note 10 Pro

Phone ini hanya akan keluar notification sekali sahaja dan setelah itu tergantung pada pengguna bila dia akan buka phone untuk lihat sesuatu.. Menurut aku, ini sedikit fatal terutama kes aku yang jarang lihat phone jadi tiada notification light membuatkan aku terpaksa lihat phone lebih kerap semata-mata untuk pastikan tidak ada yang ketinggalan (笑) Mujur "kecacatan" ini ada "ubat" apabila pengguna boleh install app "Always on Edge" untuk mewujudkan notification light ini secara teknologi! (link) Selain dari isu notification light, berikut merupakan 3 item yang menurut aku Xiaomi masih sedikit ketinggalan dari OnePlus 5t

  1. Oxygen OS
  2. Dark mode
  3. Battery

Terkait OS, memang tak dapat dinafikan Oxygen OS memang superior daripada MIUI sebab lebih menghampiri stock Android dan harmony dalam pengendalian dengan app lain.. Rasanya hanya yang dah pernah pakai Oxygen OS sahaja yang boleh rasa perbedaan dia.. Terkait Dark Mode, ini memang sakit hati sebab masih banyak app yang tak sync dengan Dark Mode dari MIUI padahal selama ini tiadak masalah selama aku pakai di OnePlus 5t.. Terakhir tentang battery, 5000mAh memang terbaik sebab 2 minggu pertama pemakaian, dia boleh tahan 2 hari full tapi tak sangka setelah itu hanya boleh tahan seharian padahal cara penggunaan yang sama.. Padahal sewaktu di awal pemakaian OnePlus 5t, aku rasa battery dia boleh tahan lebih dari sehari dengan pemakaian yang sama selama beberapa bulan sebelum prestasi dia mula berkurang.. 

Always On Edge app is the rescue!


Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan Redmi Note 10 Pro walaupun ada kekurangan di atas, tapi prestasi yang aku dapat adalah sesuai harga dan itu paling penting! Semoga tahan lama dan kita lihat apakah phone ini boleh membuatkan aku focus kepada MIUI OS buat tempoh waktu yang lama atau sebaliknya~  


Saturday, 30 January 2016

Phillips QT4022N



Memang tidak dapat dinafikan lagi Panasonic ES-GA21 yang aku beli pada akhir tahun 2010 merupakan pembelian terbaik sebab bukan sahaja membantu melicinkan bahagian muka, tapi juga bahagian-bahagian yang lain memandangkan dia datang dalam bentuk 2 in 1, yakni boleh trimmer sekali.. Cuma sayangnya, trim dia tidak terlalu kuat berbanding bahagian atas.. Seringkali aku hadapi masalah apabila hendak cukur sideburns atau nipiskan sedikit.. Hasil survey di internet menemukan aku dengan Philips QT4022N yang bukan sahaja boleh trim, malah kita sendiri boleh pilih hendak nipiskan pada tahap yang mana! Dengan menggunakan gadget ini, tak perlu cukur misai dan janggut sampai licin, tapi boleh pilih ketebalan yang bersesuaian.. Cuma tak best nya, beg travel jadi lebih berat sebab kena bawa dua gadget size yang sama ini bersama ke mana-mana (笑)


Tuesday, 22 September 2015

Oneplus Two

30 August - SUBANG JAYA

Hasrat ingin memiliki telefon bimbit baru yang high-end sudah aku simpan kesekian lama walaupun telefon Moto G yang aku beli pada May 2015 masih dalam keadaan elok dan tiada cacat cela.. Ciri yang paling buat aku tidak puas hati sepanjang memakai Moto G ialah kualiti gambar yang di ambil agak kabur dan tidak setanding dengan iPhone 4 kendatipun keduanya memiliki 5MP kamera.. Satu lagi ciri yang kurang memuaskan ialah kelajuan pemprosesan yang agak lambat setiap kali mahu membuka aplikasi.. Hal ini masuk akal kerana telefon ini cuma berkapasiti memory 1GB sahaja jadi harus sering menggunakan aplikasi Clean Doctor (笑) 


Mula tertarik dengan Oneplus sejak dari Oneplus One tapi sayang waktu dia dilancarkan, aku sudah pun terbeli Moto G jadi terpaksa menyimpan hasrat pada tahun berikutnya.. Tahun ini aku memang sudah menyimpan target untuk membeli dan kebetulan peluang itu tiba sewaktu aku pulang ke Malaysia pada akhir August sempena menghadiri majlis perkahwinan sepupu di KL.. Tak sangka juga Oneplus Two yang baru sahaja dijual sejak pertengahan August di beberapa negara sahaja malah dalam keadaan terhad boleh sampai di Malaysia menerusi DirectD; kedai yang sama aku beli Moto G pada tahun lepas.. 


Aku sudah jatuh cinta dengan dual SIM phone sejak pertama kali memakai Moto G memandangkan sejak dulu agak leceh nak keluar masuk SIM card Malaysia setiap kali nak transfer duit menggunakan Maybank2U sewaktu berada di luar negara.. Paling leceh bila jalan terpaksa bawa dua telefon; satu peribadi dan satu lagi telefon pejabat jadi dengan adanya dual SIM phone, segalanya menjadi satu.. Dual SIM memang membantu dalam macam-macam hal, tapi tak semestinya dia akan beroperasi dengan baik kerana ada beberapa ketika aku sering tak jumpa signal, malah ada beberepa ketika dia langsung tidak beroperasi (笑)


Sayangnya hal yang sama turut terjadi untuk Oneplus Two kerana sampai sekarang aku masih belum terima network apabila menggunakan SIM card ALTEL di Jepun (-_-") Mujur kualiti kamera dan ketahanan bateri agak baik jadi sedikit sebanyak melegakan juga hati walaupun terpaksa akur kabel USB type-C memang melecehkan.. Lucu apabila tanya orang kedai di Malaysia hatta Jepun sekalipun masih tak ramai yang tahu! Terpaksa beli USB type-C adapter di Amazon bagi membolehkan aku cucuk ke Micro USB supaya boleh guna pakai di Powerbank.. Semoga cepatlah model telefon lain guna pakai USB type-C ini (笑)

Hydrogen OS vs Oxygen OS

Waktu awal membeli Oneplus Two, satu hal yang merisaukan aku ialah apabila dapat tahu model yang aku beli ini ialah model China dan bukannya model international.. Sudahlah dia pakai Hydrogen OS yang agak berbeza dengan Android OS yang aku biasa guna di Moto G, ditambah lagi dengan ada beberapa perkataan Mandarin membuatkan aku rasa seperti kena tipu macam nak serbu DirectD tapi apa boleh buat, beli phone 2 hari sebelum fly pulang ke Jepun (笑) Hasil survey di internet, rupanya boleh tukar ke Oxygen OS tanpa perlu root Android, cara install juga sama seperti install software di PC iaitu memasukkan file yang sudah di download (sini) ke dalam phone..


Satu benda yang pernah aku rasa sewaktu beli Moto G dan kini terjadi lagi ialah kurangnya phone case untuk model jarang-jarang lebih-lebih lagi Oneplus Two yang baru beberapa hari mula dijual di Malaysia.. Sehari sebelum pulang, adik aku rajin pula bawa ke kedai Ustaz phone accessories di Damansara tapi sayang di sana juga tidak ada.. Tapi aku tidak pulang dengan tangan kosong kerana dapat pasang tampered glass pada skrin pada harga RM10 (笑) Hasil survey di Amazon aku beli phone case yang menerbangkan produk dari China dan mengambil masa lebih 10 hari! Hasilnya agak memuaskan walaupun aku tertipu diri sendiri sebab ingat dia ada magnet (-_-") 



 

Wednesday, 31 July 2013

Sharp FU-Z31Y

Sejak di Jpon lagi sudah terdetik di hati untuk membeli 空気清浄機 (Air purifier) memandangkan Jpon ketika ini juga sering menghadapi masalah dengan udara kurang sihat daripada China.. Banyak kali juga survey di internet nak angkat sekali dengan 加湿器 (Humidifier) atau tidak memandangkan kelembapan yang rendah ketika musim sejuk membuatkan kulit cepat kering~ Entah kenapa aku sering sahaja mencari alasan lain untuk tidak membelinya sehinggalah bila diterbangkan pula ke Indonesia, yang sememangnya terkenal dengan udara kurang sihat dek asap kenderaan, jerebu dan sebagainya..


Idea untuk membeli 空気清浄機 muncul kembali apabila salah seorang client seronok bercerita tentang kehebatan teknologi "plasmacluster" keluaran Sharp yang membebaskan ion positif dan negatif ke udara dan sekaligus membersihkan udara kotor~ Banyak juga model plasmacluster ini, teringin nak angkat yang ada 加湿器 tapi harga melebihi 4万円 agak sakit juga.. Akhirnya terpaksa berpuas hati dengan model FU-Z31Y yang memiliki sensor bau, pre-filter, HEPA filter dan juga deodorizer filter.. Alhamdulillah, sejak memasang didalam bilik, aku sudah jarang bersin, malah pernafasan juga agak lancar :)

p/s Paling best ialah mesin ini merupakan hadiah daripada Boss yang kesian tengok aku sering bersin ketika di dalam office (笑)

Tuesday, 28 May 2013

Logicool Wireless Touch Keyboard K400

Pertama kali diperkenalkan dengan keyboard berserta touch mouse ialah sewaktu pergi ke rumah Boss, rakan JAD sewaktu musim panas tahun 2008.. Bukan sahaja kagum dengan keyboard jenis combo begini, ditambah pula dengan skrin 40 inci TV disambung pada PC, siap ada XBOX menjadikan ruang tamu bilik betul-betul Home Entertainment! Teringin nak angkat sejak dulu lagi tapi harga pada ketika itu melebihi 5000円 membuatkan aku fikir elok tunggu dahulu.. Waktu pindah rumah baru pada April 2010, teringin nak beli juga sebab leceh nak kena bangun dari katil semata-mata nak pasang movie lain dan sebagainya, tapi sayang harga dia masih belum jatuh pada waktu itu.. 


Masuk tahun ini, Logicool mengeluarkan pula model baru K400r yang membolehkan ia digunakan untuk Windows 8.. Ingatkan harga K400 akan turun sebab dah ada model baru, tapi sangkaan aku meleset bila harga K400r jauh lebih murah sebab rating di Amazon begitu rendah sehinggakan ramai pembeli mengesyorkan pengguna lain untuk angkat K400 sebab model baru agak leceh~ Oleh sebab butang keyboard lama sudah berat, aku nekad untuk angkat K400 dan akhirnya terjumpa juga yang agak murah di Amazon~ Bolehlah malas-malas atas katil tanpa perlu bergerak ketika menonton movie di PC dan sebagainya cuma sayang, keyboard ini terlalu kecil dan tidak sesuai jika ingin digunakan untuk bermain game PC (-_-")

p/s Puas hati sebab boleh akses PC dari atas katil tanpa perlu bangun ;p

Sunday, 24 March 2013

iOS 6.1.2 Untethered Jailbreak

Sudah lebih setahun berlalu selepas aku jailbreak iOS 5.0.1 (link) jadi sudah tiba masanya untuk aku update iOS baru iaitu iOS 6~ iPhone aku telah selamat di-jailbreak ketika aku berada di Malaysia bulan lepas; secara jujurnya aku benar-benar merindui iOS 5 memandangkan buat masa ini iOS 6 banyak cacat cela khususnya dari segi penggunaan map.. Jailbreak menggunakan perisian evasi0n (link) sebaik sahaja nampak lampu hijau hasil maklum balas baik daripada pengguna iPhone lain.. Siapa sangka sudah banyak kali juga aku terpaksa restore iPhone sebab banyak repo masih belum sesuai digunakan dalam iOS 6 ini..

Macho tak wallpaper? (笑)

Paling menyakitkan hati ialah bateri cepat kong setelah aku update iOS.. Awalnya aku ingatkan ada masalah pada iOS membuatkan aku survey Cydia dan install pelbagai perisian yang membolehkan aku periksa status bateri seperti Battery Detective.. Sangkaan aku meleset apabila yang masalah bukannya iOS tapi Rebtel app yang terpasang sepanjang masa kendatipun aku sudah padam dalam multitasking.. Crash Reporter juga menunjukkan Rebtel sering membuatkan iPhone kerap bertukar jadi Safe Mode (-_-") Mujur Rebtel ada versi windows jadi aku masih boleh telefon rumah di Malaysia tanpa ada masalah~ 

Berikut merupakan tweak Cydia yang aku pasang buat masa ini:
  1. Activator
  2. AdBlocker
  3. AndroidLock XT
  4. AppInfo
  5. AppList
  6. AppSync for iOS 6
  7. Arsenal Battery 125yrs
  8. Arsenal Lockscreen HD
  9. Arsenal Logos Zeppelin
  10. Arsenal Notification Center
  11. Auxo
  12. Barrel
  13. BatteryDetective
  14. biteSMS
  15. BytaFont
  16. CallBar
  17. CameraTweak Cracked
  18. Crash Reporter
  19. Fast Copy
  20. iCleaner
  21. iFile
  22. Lockscreen Clock Hide
  23. My3G
  24. NCSettings
  25. PasswordPilot
  26. Plugication
  27. Qarmic Sans Font
  28. Ryu From Street Fighter Hadoken Theme
  29. Silent Camera Theme
  30. Slide to Unlock Killer
  31. WinterBoard
  32. Zephyr
  33. Zeppelin
  34. Instahancer
p/s Semoga iPhone dapat bersabar beberapa bulan lagi bagi melengkapkan tempoh penggunaan selama 3 tahun supaya aku boleh tukar 機種 (model) lain ;) Makin banyak update, iPhone makin lembap pula.. #sigh

Tuesday, 4 December 2012

Intel SSD 330 Series


Sejak update Kaspersky Internet Security (KIS) 2013, PC aku mula beroperasi agak lembab dan kerap hanging buat seketika.. Paling menambahkan geram ialah lagging ketika tengok highlight bola sepak.. Timbul hasrat untuk format PC setelah menggunakannya lebih 2 tahun.. Alang-alang nak format, ak buat keputusan drastik untuk beli SSD (Solid-State Drive) yang diakui ramai lebih laju daripada HDD biasa.. Kebetulan Amazon ada jual murah jadi aku tidak lepaskan peluang untuk beli 120GB pada harga sekitar 7千円 (RM 280)~ Setelah install windows di SSD, anda boleh lihat sendiri beza pada windows experience index aku sebelum dan selepas ;) 


p/s Cuma yang peliknya, PC masih lagging bila tengok video di internet.. Mungkin memang ada masalah pada KIS kot (-_-") Sekarang guna Norton Internet Security 2012.. Mujur tiada lagging cuma rating KIS lagi bagus daripada NIS (-_-") 

Thursday, 23 August 2012

Zojirushi ET-VT22

Mula berminat nak angkat oven sejak kali pertama memakan roti paratha bakar di rumah Kumin pada April 2009 ketika 花見 (Spring blossom) yang lepas (link).. Siapa sangka roti paratha bila dibakar dengan oven selama 7 minit boleh 変身 (Transform) menjadi roti Nan (笑) Cuma lepas itu hajat untuk beli asyik tertangguh memandangkan tak terfikir apa lagi yang akan ak gunakan selain untuk bakar roti paratha sahaja waktu itu.. Niat untuk beli mesin ini datang semula bila berada di dalam situasi tidak boleh memasak di dalam rumah sekarang~ 


Setelah survey pelbagai jenis oven toaster di internet, ak tersangkut dengan produk Zojirushi ET-VT22 yang kebetulan ada diskaun pada waktu itu di Amazon.. Meskipun belum lagi beli roti paratha di baticrom, buat masa ini ak gunakan oven toaster untuk bakar kentang goreng yang dijual dalam paket kecil di pasaraya~ Ini merupakan kali pertama ak menggunakan oven sendiri, jadi tak biasa sangat cara penggunaan dia~ Mujur buku manual ada ajar apa kebolehan mesin ini selain bakar roti paratha (笑)


Agak gelojoh ketika membeli mesin membuatkan ak terlupa untuk berbincang dengan pekerja staff di kedai barangan elektrik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.. Kononnya kalau berminat nak buat kek atau biskut, orang lebih biasa gunakan mesin yang tukar suhu dan bukannya kuasa watt seperti mesin yang ak beli ini (-_-") Malah kebanyakan buku masakan juga menggunakan oven yang mempunyai pembolehubah suhu jadi agak pelik kalau tulis dalam unit watt~ (笑)

p/s Memang tak rajin lagi nak buat biskut atau kek (笑) 

Thursday, 5 January 2012

iOS 5.0.1 Untethered Jailbreak

iPhone ak telah selamat di-jailbreak-kan pada hari pertama ak membelinya di Bic Camera iaitu August 2010.. Sejak dari hari itu, ak menggunakan iOS 4.0.1 tanpa update kerana tiada pengalaman jailbreak sendiri di samping risau bila mendengar kes-kes yang menimpa 後輩 (Junior) seperti hilang semua contact, iPhone terus jahanam sehingga terpaksa tukar baru dsb.. Untuk itu ak terasa seperti "ketinggalan" apabila ada beberapa fungsi baharu diperkenalkan di dalam iOS4~5 yang ak tidak dapat rasa termasuklah beberapa app dan tweak.. Pernah juga cuba untuk jailbreak kepada iOS 4.3 tapi malangnya sudah terlewat kerana iTunes sudah update (-_-") 

Sewaktu iOS 5 keluar, ramai juga yang update walaupun ketika itu timbul khabar angin kononnya cepat makan bateri dsb.. Dengan lajunya jailbreak tethered juga muncul yang membolehkan pengguna mengakses cydia cuma kekurangan dia ialah pengguna perlu cucuk iPhone ke PC untuk reboot sekiranya iPhone tersebut habis bateri atau jadi sengal sehingga terpaksa reboot ;) Penantian hampir 3 bulan berbaloi apabila diberikan khabar gembira bahawa pihak Dev team telah mengeluarkan iOS 5.0.1 untethered pada 27 December yang lepas! Ingatkan nak terus cuba tapi di sarankan oleh seorang otai supaya tunggu dahulu kerana ada user yang komen jailbreak tersebut masih belum stabil..

Setelah diberi lampu hijau, ak telah jailbreak iPhone sendiri buat pertama kali menggunakan Redsn0w pada pagi penghujung tahun 2011.. Terlebih dahulu ak telah pastikan beberapa kali untuk backup iPhone tersebut menggunakan iTunes.. Oleh kerana selama ini ak hanya guna perisian CopyTrans untuk penghantaran lagu dsb, ini juga merupakan kali pertama ak sync apps dan file lain tapi ak terlupa nak sync file lagu dan video menyebabkan habis hilang semuanya selepas jailbreak (-_-") Berikut merupakan langkah-langkah untuk jailbreak iPhone anda.. (link)

  1. Download Redsn0w 0.9.10b3 menerusi link ini untuk pengguna windows manakala link ini untuk pengguna mac
  2. Unzip file tersebut dan letakkan di desktop
  3. Buka file Redsn0w dan tekan butang Jailbreak 
  4. Pastikan iPhone anda sudah terpasang di PC dahulu baru matikan iPhone. Kemudian, tekan butang Next pada file Redsn0w tersebut
  5. Anda dikehendaki meletakkan iPhone anda dalam mode DFU. Redsn0w akan meminta anda melakukan perkara seperti dibawah:
    a) Tekan butang Power selama 3 saat
    b) Tekan butang Power dan Home secara serentak selama 10 saat
    c) Lepaskan butang Power tapi KEKALKAN menekan butang Home selama beberapa saat sehinggalah Redsn0w mengenalpasti iPhone anda..
  6. Pada ketika ini, iPhone anda seharusnya sedang reboot. Pastikan anda tidak menekan butang Home
  7. Redsn0w sedang menyediakan data untuk jailbreak
  8. Anda dikehendaki memilih jailbreak option yang terpapar di skrin PC. Pilih "cydia" dan tekan "Next"
  9. iPhone anda akan kembali reboot dan Redsn0w akan upload RAM disk yang baru berserta kernel
  10. Anda akan diberitahu apabila proses jailbreak telah selesai. Tekan butang "Finish" untuk keluar daripada aplikasi tersebut     
  11. iPhone anda akan reboot sekali lagi (Mungkin mengambil masa hampir 5 minit) dan apabila selesai, anda akan mendapati app cydia di dalam iPhone.

Alhamdulillah, proses jailbreak berjalan dengan lancar tanpa cacat cela meskipun ini merupakan kali pertama ak jailbreak iPhone sendiri.. Selesai jailbreak, ak restore iPhone melalui iTunes untuk mendapatkan semua app dan kandungan iPhone seperti notes, contacts dsb.. Agak sengal bila ak restore sekali lagi dan jailbreak buat kali ke-2 kerana menyangkakan segala app hack akan kembali semula~ Rupa-rupanya pengguna tiada cara lain selain terpaksa install segala app hack melalui installous~ Jangan risau tentang save data dalam app hack tersebut kerana selepas anda sudah install, segala save data akan turut di restore seperti sedia kala! Pengguna juga disarankan supaya menggunakan perisian AptBackup dalam cydia jika nak dapatkan kembali apa yang telah kita letak di dalam iPhone.. Jenuh nak cari semula satu-satu sebab tak buat (-_-") 


p/s iPhone sudah berwajah baru ;) 

Tuesday, 15 November 2011

Torne

Jpon memang kaya dengan rancangan berinformasi dan menarik membuatkan ak sering menghadap tv hampir setiap hari.. Rancangan seperti しゃべくり007, 一分間の深い話, 世界番付, ホンマデッか!?TV dsb merupakan rancangan wajib yang ak tonton setiap minggu.. Ak begitu minat dengan rancangan yang di hoskan oleh Ikegami Akira terutamanya tentang isu-isu dunia melalui kaca mata dia.. Cara penyampaian Ikegami Akira yang bijak berkata-kata membuatkan suatu isu yang sukar itu menjadi mudah untuk difahami~ Cuma rancangan sebegini biasanya mengambil masa yang lama (2~3 jam) dan ak pula sukar untuk duduk lama di hadapan TV.. Paling sukar hendak tonton rancangan yang bermula jam 1900 memandangkan biasa pulang rumah sekitar jam 2000 dan ke atas.. 


Bagi mengatasi masalah ini, ak nekad untuk membeli alat perakam yang membolehkan ak merakam rancangan TV kegemaran.. Masalahnya alat perakam di sini biasanya sekitar 3万円 ke atas; terlalu mahal dari sudut mata seorang pelajar (笑) Lama juga survey di auction tapi biasanya harga tetap akan melambung melebihi 2万円 membuatkan ak terpaksa mencari alternatif lain.. Setelah survey dan membaca review orang lain, ak membuat keputusan untuk membeli Torne, sebuat alat perakam keluaran SONY pada harga kurang daripada 1万円.. Rezeki apabila dapat beli Torne 2nd hand siap dengan remote control pada harga 7500円 setelah survey untuk suatu tempoh yang lama.. Torne perlu digunakan sekali dengan PS3; oleh sebab PS3 ak model lama 40GB, ak terpaksa membeli external HD 320GB bagi memudahkan ak merakam~


Biasanya satu rancangan TV bertempoh 1 jam menggunakan 5GB~ Untuk merakam, pengguna hanya perlu memilih rancangan, dan masukkan dalam list "schedule" dan biarkan PS3 dalam mode standby.. Kelemahan utama Torne ialah tidak boleh merakam rancangan daripada saluran BS dan CS.. Pada awalnya ak agak terkejut apabila TV gagal mendapat siaran BS selepas kabel dicucuk melalui Torne, rupa-rupanya kita hanya perlu cucuk kabel antenna TV sahaja pada Torne dan bukannya gabungan kabel tersebut.. Yang tidak sedapnya ialah ada kekuatan signal TV menjadi lemah bila di lihat pada TV tapi tidak bila dilihat menerusi Torne (-_-") Pastu ada masa Torne tidak merakam rancangan yang kita hendak atas sebab-sebab tertentu bergantung kepada nasib (sigh) 

p/s Nak selamat, better beli terus TV yang dah pasang siap kebolehan ntk merakam dalam dia bagi sesiapa yang nak cari tv baru (笑)     

Wednesday, 17 August 2011

iWALK 1500

Sudah lama ak survey rechargeable battery pack untuk iPhone; jika dahulu battery iPhone 4 mampu bertahan selama 4 hari namun kini ada masa ak perlu 充電 (Charge) setiap hari (Biasanya 2 hari sekali).. Ada beberapa ketika battery pack ini begitu penting khususnya waktu melancong.. Terlalu banyak pilihan di internet menerangkan fungsi-fungsi yang perlu ada untuk battery pack tersebut; priority ak adalah kepada saiz yang kecil dan boleh dibawa ke mana-mana; asalnya nak angkat iWALK 800 tapi bila baca review di Amazon, ramai juga yang tidak puas hati sebab 充電 sekitar 50% sahaja.. 

Siap dapat stand percuma untuk iPhone ;)

Banyak juga point yang diketengahkan oleh user sewaktu nak membeli battery pack untuk iPhone ini.. Jika beli yang multipurpose yakni boleh guna untuk pelbagai gadget, akan ada masalah pada tempat cucuk.. Jika tempat cucuk longgar, pengguna mungkin tidak akan perasan gadget yang digunakan sedang 充電 atau pun tidak o_0 Elok beli kapasiti lebih 1500 mA supaya leh dapat peratusan bateri yang lebih.. Usha iWALK 1500 dah lama sebab harga tidak turun-turun; nasib baik ada orang jual di auction pada harga yang lebih murah (^o^)/  Berikut merupakan spesifikasi iWALK 1500~ 

ikhsan Amazon.uk
p/s Persiapan untuk melancong ;)

Monday, 31 January 2011

PlayStation Move


Sejak mencuba kali pertama ketika Tokyo Game Show tahun lepas, ak dah nekad giler ntk angkat PS Move~ Harga yang agak mahal waktu dia keluar memaksa ak menunggu lama sedikit kerana ak memang menunggu harga value pack beserta dengan game.. Hampir setiap hari kot ak dok usha harga menerusi kakaku.com sehinggalah harga yang tertera di Amazon menunjukkan potongan 20% daripada harga asal, ak terus menekan butang "Buy" serta-merta! Sports Champions value pack pada harga 6355円 walaupon agak mahal namun bagi ak bersesuaian dengan masa yang ak tunggu.. Terkejut gak waktu nk pasang PlayStation Eye, dia xde kasi hook ke ape, jadi sukar nak pastikan kamera tuh stabil di atas TV.. Buat sementara waktu, ak hanya menggunakan alas plastik jer supaya x jatuh.. Puas hati main Sports Champions walaupon agak letih menggerakkan otot.. Lepas nih nk angkat 肉弾 (NIKUDAN) plak ;) Tapi sebelum tuh kene kumpul duit ntk beli controller lagi satu supaya leh main ngan member~ ;)

Monday, 13 December 2010

KIPPAS

8 Disember - SHAH ALAM


Misi hari nih ialah melawat bank Maybank ntk update buku dan sekaligus membuka simpanan ASB yang konon nyer bagus di masa akan datang.. Sebelum nih dah buka Unit Trust bawah Baba, tp hasil desakan abang membuatkan ak akur ntk membuka akaun baru nih.. Tiba di bank sekitar jam 1000, dan segala benda selesai sekitar jam 1030; ghupe nyer x perlu nk bawak salinan IC pon.. Hanya isi borang dan nyatakan berapa banyak wang yg ingin dilaburkan.. Selesai sumer ak gerak pula ke PKNS ntk update pasport yang akan tamat September tahun depan.. Alang2 nk update terus jer 5 tahun dengan bayaran RM300; terpaksa buat gambar skali bernilai RM12 ntk 6 keping dan diperkenalkan dengan mesin KIPPAS (Kiosk Pembaharuan Pasport); kaedah baru ntk update passport dengan hanya menggunakan mesin.. 

Nampak perbezaan dia x??

Mesin nih self-service dan kaedah menggunakan mesin nih telah diterangkan secara terperinci melalui laman web nih.. (link) Selesai mengisi segala butir matlumat yg diperlukan dan membuat bayaran, resit akan keluar dan kita hanya perlu menunggu selama 1 jam sebelum mengambil pasport yg telah siap di kaunter.. Ni merupakan kali pertama ak update pasport; terkejut giler bila dapat buku baru, no passport dah x sama pastu buku lama plak dia dah potong sket.. Selama nih ingatkan dia cuma akan gantikan muka depan jer :p Bila dia dah tukar no passport, memang leceh la lepas nih kene g semula pejabat imigresen di Jpon ntk ubah visa dsb.. Kemungkinan besar kene buat semula 外人証明書 (Alien Card) pon tinggi sebab no pasport pon dah bertukar -_-"

Friday, 3 December 2010

Panasonic ES-GA21

Berbeza dengan kebanyakan orang lain, bulu misai dan janggut di muka ak tumbuh agak awal iaitu sewaktu ak berusia 13 tahun.. Sebagai seorang yg terkenal dengan sikap malas, ak kurang gemar bercukur membuatkan ak sering menjadi target guru2 disiplin di sekolah setiap kali ada spot check -_-" Ingatkan waktu sekolah jer jadi target, perkara yang sama juga turut berlaku sewaktu di kem PLKN apabila ak turut dijadikan target oleh jurulatih; cuma yang xleh blah nyer diorang x amik kesah kalo bela misai, tp janggut memang kene cukur!! (笑) Nak x nak ak terpaksa amalkan sikap bercukur di waktu pagi; awalnye ak buat rutin bercukur 2 hari sekali; kadang2 agak lebat bila ditinggalkan 2 hari membuatkan ak terpaksa merajinkan diri ntk bercukur setiap pagi.. Leceh nyer ialah setiap kali nk bercukur kene sapu krim kt kulit dulu bagi mengelakkan luka ketika bercukur.. Kadang2 pakai sabun jer dah boleh, tp ada skali boleh terluka gak membuatkan ak nekad pakai krim jer..


Alat pencukur juga terpaksa di tukar setiap bulan akibat rutin bercukur setiap pagi; kt YouTube ada ajar cara yang membolehkan kita xperlu tukar alat pencukur tuh tp mungkin sebab ak pakai yg murah nyer, rasa cam xberkesan jer (笑) Bercukur memang best kalo di umah sendiri, tp bila tengah 出張 (Business trip) @ 旅行中 (On vacation) yang memerlukan kita tergesa2 amatlah x menyenangkan.. Waktu nilah ak diperkenalkan dengan mesin pencukur; dulu teringin gak nk beli tp cuak kalo2 kesan luka lebih mendalam ker sebab ramai orang x sapu ape2 pon kt kulit o_0 Mungkin dok fikir bajet akan datang bila dok beli alat pencukur menimbulkan keberanian dalam diri ntk beli jer mesin pencukur.. Dok usha berapa kali kt Amazon dan baca komen orang ramai telah menemukan ak ngan mesin jenama Panasonic ES-GA21 nih.. Setakat nih ak memang berpuas hati dengan bateri yang tahan lama (lebih seminggu bergantung kepada pemakaian pengguna); cuma yg kureng nyer ialah x bersih sangat cukur dia.. Mungkin salah ak kot x reti guna lagi.. ;) Harga agak mahal, 6千円 lebih tp berbaloi sebab leh guna di Malaysia memandangkan output dia leh sampai 240V.. 

Saturday, 20 November 2010

iPhone Tones

Salah satu aspek menarik bagi telefon bimbit ialah bunyi deringan ketika panggilan masuk @ bunyi mesej yang mana kita leh letak bunyi yang kita minat.. Sejak pakai Nokia, ak suka edit lagu yang ak minat pastu save dalam memory.. Situasi itu berubah bila pakai iPhone yang agak leceh dan buat masa nih hanya leh dikendalikan sekiranye kita dah JB iPhone tuh... Pening kepala gak awal nyer ntk cari format; kalo Nokia nyer, MP3 pon leh jadi ringtone.. tp iPhone nyer setiap satu berlainan format.. Format ntk ringtone ialah .m4r manakala format ntk sms tone ialah .caf~ Kalo sesiapa yang suka pakai iTunes, boleh jer tukar format melalaui situ, tp ntk kes ak yg x suka bukak iTunes, ak kene carik kaedah lain ntk tukar file extension dia.. Setelah puas survey internet, akhir nyer ak berjaya gak jumpa apa yg ak ingini.. 


Ringtone
1) Pilih lagu yang korang minat pastu upload secara percuma melalui laman web nih=

2) Masukkan ke dalam iPhone menggunakan software yg korang guna ntk masukkan lagu ke dalam iPhone (ak guna CopyTrans)


SMStone
1) Disebabkan tone ntk sms biasa nyer lebih singkat, ak cadang korang edit gune software nih yg boleh didapati secara percuma.. (link)

2) Waktu nk save lagu yg dah diedit tuh, make sure korang pilih type "Apple .aif"

3) Name lagu yg dah disave pon xleh sebarangan, sebab korang akan ganti dengan fail yang dah sememang nyer ada kt dalam iPhone tuh..

4) Berikut merupakan apa yg korang kene rename; (korang kene korbankan fail lagu yg dah sememang nyer ada dalam iPhone~)
Tri-Tone: sms-received1
Chime: sms-received2
Glass: sms-received3
Horn: sms-received4
Bell: sms-received5
Electronic: sms-received6

5) Lepas dah save, korang kene ubah file extension tersebut daripada ".aif" kepada ".caf"~ Cara nk ubah korang leh rujuk laman web nih (link) 

6) Last skali ialah cara nk masukkan file tersebut ke dalam iPhone.. Benda nih cume boleh dilaksanakan oleh iPhone yg sudah JB jer.. Ak pakai iPhone Explorer dan ada juga yg pakar pakai SHH.. Walau ape yg korang pakai, berikut merupakan ape yg korang perlu buka..
/Root Directory/System/Library/Audio/UISounds

7) Korang akan jumpa nama file yg sama dengan file yg korang rename.. Nak selamat, elok korang rename file extension asal dalam iPhone tuh kepada ".bak" sebagai backup~

8) Pastu ape yg korang perlu buat hanyalah memasukkan sahaja file yg dah diedit tuh ke dalam iPhone..

9) Respring dahulu dan semak semula kt "General"

ENJOY!

Wednesday, 1 September 2010

Asus UL20FT

28 Ogos - SHIGA

Misi mencari netbook bermula sebaik sahaja ak menghadiahkan kepada adik laptop tablet HP setelah menggunakannya kurang 2 tahun~ Waktu lepak kt JB dulu, member ajak g kedai komputer sekitar UTM konon nyer boleh dapat harga murah.. Sayang model netbook x banyak dijual kt situ (lebih pada laptop -_-") Laptop pertama ak pakai ialah jenama NEC Windows ME, pemberian ayah saudara ntk digunakan waktu masuk JAD.. Memang sadis gile la waktu tuh sebab nk tengok anime pon x lepas; asik2 tersangkut jer.. Member pon gelak bila tgk ak main game PSX gune laptop tuh sebab nak main game2 baru semua x lepas (笑) Setahun lepas tuh, berjaya pujuk Ummi ntk belikan laptop baru kt PC Fair; usha macam2 jenama last2 tersangkut kt Toshiba yang waktu tuh buat promosi baik punye..


Bangga giler pakai Toshiba cuma waktu tuh x sedar bateri dia cume leh tahan 1 jam jer -_-" Ak jenis jarang guna laptop di luar; sentiasa cucuk pada plug jadi x guna sangat bateri.. Salah satu kesalahan ak yg merosakkan bateri ialah mencabut bateri waktu laptop masih terpasang.. Kekerapan melakukan perkara yang sama membuatkan bateri yang sepatut nye leh tahan 1 jam tetiba cuma mampu tahan 10 minit jer (笑)  Laptop Toshiba tuh ak bawak g Jpon; awal nyer x plan langsung nk beli baru tp hasutan house mate yang masing2 menggunakan Windows Vista ketika tuh berjaya membuatkan ak teringin ntk angkat laptop baru.. Usha2 kt Auction sekali tersangkut kt model HP pada harga sekitar 8万円 (RM 3k).. Waktu tuh model HP la model paling murah ak pernah jumpa dalam Auction; disebabkan murah sangat, memang payah gile nk menang bid~


Disebabkan selalu sangat kalah, setiap kali kluar model yang sama ak akan terus bid tanpa membaca apa yang di tulis pada model tersebut.. Sengal gile bila mendapati model yang ak angkat xde webcam! Bateri plak boleh tahan dalam 1 jam setengah jer (笑) Ak sanggup beli webcam lain semata2 ntk skype ngan 家族 (Family) di umah walaupon jarang2~ Satu lagi masalah baru sewaktu menggunakan laptop HP nih ialah xleh layan video HD secara スムーズ (Smooth)= Bila dah guna Vista pada satu tempoh masa yang tertentu, waktu tuh baru la terasa betapa "berat" nyer sistem operasi komputer nih.. Keluar jer Windows 7, terus tukar tanpa berfikir panjang.. Awal2 xde masalah sangat sebab ok jer bila install driver laptop ape sumer.. Masalah terbaru muncul apabila Wireless card rosak; laptop x leh nk detect wireless internet langsung -_-" Terpaksa la beli USB wireless sebab leceh nk beli kabel LAN..


Harapan la nk baiki laptop di Jpon, bawak balik Malaysia ntk di baiki tapi dengar citer amik masa gak.. Konon nyer bayaran yang bakal dikenekan pon tinggi, murah lagi harga USB wireless tuh~  Waktu tuh laptop Toshiba yang dihadiahkan kepada adik dah rosak jadi dia tengah pujuk Ummi ntk beli laptop baru.. Ummi plak amik jalan mudah ntk ak kasi laptop yang ak guna skang dan beli laptop baru bile balik semula ke Jpon ;) Hasil penyelidikan ak mendapati jenama HP merupakan antara jenama paling hampeh dari segi 保守性 (Maintenance) dan jenama yang menjuarai carta ialah ASUS! Ak dah nekad kalo nk cari laptop@netbook baru lepas nih, memang ak angkat jenama ASUS jer.. Alang2 dah ada PC di umah, lagi mudah kalo beli netbook jer; ringan dan mudah di bawa ke mana2.. Antara model2 yang menarik perhatian ak waktu awal2 dulu ialah~

ACER Ferrari One 


Ak kurang minat jenama ACER kerana ACER terletak dalam kategori kedua cepat rosak selepas HP dalam survey~ Tp ACER Ferrari One nih memang mempunyai ciri2 tersendiri yang boleh memukau sesiapa sahaja yang melihatnye.. Berlatar-belakang kan imej Ferrari, pastu memory RAM 4Gb, bateri leh tahan dalam 5 jam.. Memang antara netbook yang ak kejar sejak dulu lagi cume malang nyer harga dia x turun2 tp menaik plak.. Dulu sekitar 6万円 jer, tp skang nk dekat 7万円 o_0

ASUS UL20A


Ciri2 yang ak kejar ntk netbook; saiz 12 inci sama seperti laptop HP yang ak pakai seblom nih.. Keyboard yang kerek pastu kritikan yang positif daripada ramai pihak membuatkan model nih terletak dalam senarai teratas dalam misi netbook ak.. Lama giler ak dok usha UL20A kt Auction yang 中古 (2nd Hand) nyer sekitar 4万円 jer.. Sering kali kalah jer bila main bidding.. Last2 ak stop jap sebab fikir x perlu pon ada netbook; kalo g 学会 (Conference) jauh2 ke ape boleh pinjam sementara laptop kt 研究室 (Lab)~

iPad


Harga yang x banyak beza ngan UL20A membuatkan ak berminat gak nk memiliki nyer.. Syok jer gune waktu 学会 @ waktu ゼミ (Seminar).. Bateri pon leh tahan sampai 10 jam! Layan aa pakai touch screen jer sumer; cume bile memikirkan ntk jangka masa panjang, lagi elok kalo ak beli netbook bagi memudahkan ak membuat kerja2 berkaitan MS Office, layan internet menggunakan flash dsb.. Angkat iPhone sebagai ganti iPad (笑) 

Awal2 tuh memang xde masalah; segala nyer bermula kembali baru2 nih waktu g 電気学会 (IEEJ Conference) tempoh hari.. Dah isi macam2 movie dalam laptop 研究室 tuh, sekali waktu nk pasang kt umah member, boleh plak dia wat hal xleh on -_-" Bagai dah tiba "seru" ntk angkat netbook baru, terus usha kt kakaku.com kategori netbook seblom angkat.. Teringin nk angkat UL20A tp teringat komen pengguna yang x puas hati sebab xde HDMI pada netbook tersebut.. Sape sangka ASUS memperkenalkan model yang sebiji ngan UL20A cuma kali nih dia tambah HDMI dan tukar sedikit di dalam motherboard --> ASUS UL20FT! Dok tunggu nak kluar yang 中古 kt Auction memang harapan aa membuatkan ak terfikir nk terus beli baru jer kt internet alang2 ntk kegunaan jangka masa panjang...

IdeaPad U160


Tersangkut seketika ngan model IdeaPad U160 waktu usha kt kakaku.com; ciri2 yang dimiliki juga agak menarik sebab WiMAX pasang siap, HDMI, RAM 3Gb, 11 inci, dan harga x ubah sangat ngan ASUS UL20FT.. Waktu usha sendiri kt LABI, dari segi 感覚 (Sense) ak rasa lagi best guna UL20FT ;) Touch pad UL20FT lagi besar dan Windows Experience Index lagi tinggi~  

ASUS UL20FT


Waktu usha kat kakaku.com, harga yang paling murah boleh didapati ialah daripada Amazon.. Setelah berbincang ngan member2, ak bersetuju ntk teruih angkat UL20FT sewaktu menunggu waktu berbuka di 新大久保 (Shin-Okubo) dengan menggunakan iPhone (笑) Netbook nih juga sebagai persiapan ntk berangkat ke 韓国 (South Korea) lepas nih.. Buat masa skang, ak masih blom pasang 電源 (Power) kt netbook bagi menunggu kedatangan RAM 2Gb tambahan.. (笑)


Thursday, 19 August 2010

携帯電話 (Handset)

Kehidupan manusia zaman kini khususnye remaja memang x leh dipisahkan dengan 携帯電話 (handset).. Ak mula pakai handset sewaktu menjalani PLKN dengan Nokia 3310 kepunyaan abang sebagai handset pertama.. Pakai pon sebab senang nk simpan no member2 kem dan sebagai keperluan kecemasan ntk telefon keluarga kerana kemudahan telefon awam di kem tuh amat x mencukupi (masih dalam pembinaan -_-") Tamat PLKN, ak guna duit gaji tuh beli handset 中古 (2nd hand) member nyer Nokia 2100; ntah kenapa bateri cepat bengong membuatkan ak kembali pakai Nokia 3310 buat seketika sewaktu masuk program JAD.. Beberapa bulan lepas tuh ak angkat Nokia 6600 (sabun) di Low Yat pada harga nk dekat RM 1k ketika tuh o_0 Sepanjang 3 tahun menuntut di JAD, ak menggunakan Nokia 6600 sehinggalah hari ak fly~ Handset nih ak pass kt ahli keluarga ntk diguna; konon nyer dah hancur sebab terjatuh -_-"

 
CASIO W53CA
Sejak awal2 lagi dah diberitahu ntk ikat kontrak dengan Softbank kerana pakej panggilan percuma bersama pengguna Softbank daripada jam 0100~2100 dan perkhidmatan SMS percuma.. Sengalnye waktu nk g kedai Softbank awal2 tuh, kitorang gagal ikat kontrak sebab kekurangan dokumen2 penting terutamanya Alien Card.. Kecewa giler lantas pergi ke kedai AU; tetiba AU leh kasi lepas plak tanpa dokumen2 yg diminta pihak Softbank ;) Disebabkan kegunaan handset memang penting waktu tuh lebih2 lagi internet pon blom masuk, nk x nak ak buat gak kontrak dengan AU.. Handset pertama ak beli ketika sampai di Jpon ialah W53CA jenama CASIO sewaktu mendaftar ntk AU.. Bangga giler dapat handset nih yg berharga 0円 kerana ikat kontrak 2 tahun bersama AU.. Semua handset AU xleh un-lock ntk diguna pakai di luar negara -_-"


Sengal nyer hanya pakai x sampai setengah tahun pon seblom berpindah kepada Softbank pada awal Julai 2008 atas desakan rakan2 JAD yg lain pada waktu tuh (笑) Disebabkan ak langgar kontrak 2 tahun, ak dikehendaki membayar sekitar 2万円 (RM 750) -_-" Waktu nk tukar kepada Softbank, ak mempunyai pilihan ntk membeli iPhone 3G yang bakal memasuki pasaran Jpon buat pertama kali pada bulan tersebut.. Namun, ak dinasihati oleh pekerja Softbank ketika tuh yang menyarankan ak amik model lain memandangkan waktu tuh, plan iPhone masih blom ditetapkan dan dijangka bil internet jer dah nk dekat 1万円! Dok usha2 model lain, skali tertarik gile dengan Nokia N95 (X02NK) model X-series dalam katalog Softbank..

Nokia N95
Jenama Nokia memang agak jarang di Jpon, sampai skang kalo member nampak ak pakai handset nih, orang akan ingat ak beli di luar negara sedangkan dah terpampang perkataan Softbank kt handset tuh (笑) Ak angkat handset nih pada harga sekitar 4.6万円 (RM 1.7k) kalo x silap tanpa mengikat kontrak 2 tahun.. Waktu tuh memang bangga gak pakai handset nih sebab kamera 5.1MP disamping leh pakai WiFi.. Main2 pakai 3G ntk usha 地図 (Map) sekali bil handset naik lebih 5,6千円 membuatkan ak stop terus pakai 3G; sejak daripada tuh bil handset ak hanyalah sekitar 2~3円 jer sebulan~ Pengalaman memakai jenama Nokia sejak dari Malaysia lagi memudahkan ak menyesuaikan diri dengan cepat.. Serta-merta download macam2 apps dan cipta ring tone sendiri; kalo handset Jpon memang x lepas nyer, semua kene bayar (笑)  


Pakai Nokia N95 nih memang best waktu nak taip SMS kepada member2 Malaysia, tp bila nk hantar email kepada member2 Jpon, leceh giler dengan tulisan kanji ape sumer.. Walaupon boleh WiFi, nk tunggu data tuh proses mengambil masa yang agak lama sebab internet handset nih ibarat tengah guna kt komputer  (Saiz data adalah sama) -_-" Paling sengal bila ak try guna 3G di Malaysia; dah siap bayar sekali xleh guna sebab x 設定 (Setting) handset (笑) Memandangkan dah 設定 semua kepada Softbank, ak amik risiko main tukar2 sendiri tp gagal gak.. Malang nyer dah balik Jpon dapat masalah lain plak sebab x tukar 設定 semula (Seblom nih main tukar2 terus lupa nk bubuh ape balik).. -_-" Lepas tuh memang dah nekad nak angkat handset baru, dan model yang ada dalam kepala otak ak waktu tuh hanya satu, iPhone 4!! Sejak kt Malaysia lagi dah barua kt semua nk bawak balik handset baru ntk raya tahun nih ntk "menunjuk" kt ahli keluarga sebab time2 tuh mesti Malaysia lom kluar lagi handset nih~ (笑)

iPhone 4
Disebabkan ak 機種変更 (Change model) dan bayar secara 一括 (Sum up), ak x terikat kepada kontrak selama 2 tahun membuatkan ak x perlu bayar ±1万円 (RM 370) waktu nk balik Malaysia kelak.. Hmm, ntah nasib apa semua handset yang ak pakai di Jpon mempunyai kamera 5.1MP (笑) Barua sangat, kan dah dpt balasan x dpt pulang beraya tahun nih sebab ada 学会 (Conference) -_-" 


p/s Sehingga kini ak masih gunakan handset CASIO tuh sebagai Alarm Clock sebab handset tuh leh berbunyi dengan sendiri meskipun dah tutup 電源 (Power) seblom masuk tido..   

Wednesday, 18 August 2010

iPhone family

予約 (Booking)
Kalo diikutkan cerita, kaunter tempahan iPhone 4 dibuka pada 15hb Jun (Selasa).. Ak rancang nk g 予約 di ビックカメラ京都 (Bic Camera Kyoto) pada hujung minggu sebab ak akan bayar secara tunai bagi memperoleh point= Alang2 hari Sabtu tuh memang ada program di 奈良 (Nara) jadi dalam perjalanan leh singgah jap di 京都 ntk 予約 yg pada sangkaan ak hanya mengambil masa beberapa minit jer.. Siapa leh sangka kaunter tempahan di tutup serta-merta pada hari Jumaat memandangkan bilangan tempahan melampaui jangkaan pihak Softbank! Dah kecah banyak giler pasal iPhone 4 kt facebook skali orang lain dah tempah, ak plak gagal tempah; memang kene gelak aa waktu tuh (笑) Sikap optimistik ak mengatakan ada hikmah disebalik kejadian; hasilnye bila iPhone 4 dilancarkan, muncul satu masalah besar yg dipanggil "death grip" konon nyer bila tutup satu bahagian, signal terus hilang!


Kes nih dikatakan terlalu serius sehinggakan dengar cam ramai giler yang komplen.. tp bila tanye kt member2 yg dah pakai iPhone 4 di Jpon, macam xde ape2 masalah pon.. Bile Steve Jobs buat press conference pada 16hb Julai (Jumaat) menerangkan pasal isu signal dan juga pemberian casing secara percuma, ibarat dah terima "wahyu" ntk beli iPhone 4, ak terus tekad ntk 予約 (笑) Ak g 京都 pada 24hb Julai ntk 予約 alang2 dalam perjalanan menuju ke 大阪 (Osaka) ntk menyaksikan WWD hari tuh.. Ingatkan 予約 skejap jer, tp boleh tahan gak macam2 kene soal dgn proses penerangan secara terperinci memandangkan ak bukan pengguna iPhone sebelum nih.. Agak melegakan apabila diberitahu jumlah yang perlu ak bayar ialah 41880円 (RM 1554) daripada harga asal 46080円 (RM 1710).. Pemotongan harga daripada SB point = 1050円 dan diskaun tukar handset = 3150円~ Sedihnye bila diberitahu hanya 5% point yg diberikan oleh ビックカメラ kalo beli secara 一括 (Cash)~ Konon nyer iPhone 4 akan diterima dalam tempoh sebulan tempahan dibuat -_-"


購入 (Purchase)
Rezeki apabila ak menerima panggilan daripada pihak Softbank yang mengatakan iPhone 4 ak telah sedia ntk diambil pada pagi 14hb Ogos (Sabtu)~ Pihak Softbank memberi masa dalam tempoh 10 hari ntk mengambil gadget tersebut, tp dengan semangat nyer ak cakap nk amik petang tuh gak alang2 nk g 大阪 ntk berbuka puasa petang tuh.. Ak bayar menggunakan gift card 11500円 yg diterima hasil pertukaran エコポイント (Eco-point) dan selebih nye menggunakan wang peribadi.. Hasilnye jumlah point yg diberikan hanyalah 3% kerana menggunakan gift card.. Ak dah 覚悟 (Preparedness) awal2 lagi kene bayar bil telefon lebih kurang 5000円 (RM 185) sebulan gara2 memakai iPhone berbanding ±2000円 (RM 74) hasil penggunaan Nokia N95= Siapa sangka petang tuh jugak iPhone ak digunakan sebagai alat GPS ntk mengesan umah 後輩 (Junior) yang mengadakan majlis berbuka puasa tuh (笑)


Jailbreak
Bak kata member yg x mau dikenali, "iPhone x best kalo x jailbreak"~ Siapa sangka malam selepas berbuka puasa tuh jugak iPhone ak di-jailbreak oleh otai iPhone dalam sekelip mata menggunakan website www.jailbreakme.com! Ini semua gara2 teringin nak layan teknologi FaceTime menggunakan 3G daripada menggunakan WiFi= Setelah install perisian My3G, perasaan bangga xleh blah bila berjaya main FaceTime ngan mamat yg dok seblah jer (笑) Buat masa nih, skype iPhone xleh nk buat video call jadi ak pon x pasti bila la nk main FaceTime lagi lepas nih.. -_-" Alang2 dah jailbreak, banyak gile apps yang ak install antaranye i-KeyHoleTV yang membolehkan ak layan TV menerusi iPhone dengan menggunakan 3G..


Free Case
Pihak Apple akan memberikan casing percuma kepada pembeli produk iPhone 4 sebelum hujung bln 9; ntk tempah casing tersebut, kene install dulu App yang boleh diambil daripada App Store~ Yang x best nyer, casing yang ak minat xde plak dalam senarai pilihan yg diberi -_-" Produk Otterbox Defender kegemaran ak masih xde dalam pasaran Jpon membuatkan ak terpaksa pilih daripada 7 produk yg disediakan seperti di bawah..

Apple Bumper (Black)
Incase Snap Case (Smoke or Clear)
Griffin Motif (Diamonds/Smoke)
Griffin Reveal Etch (Black/Black Graphite)
Speck Fitted Case (Black Tartan)

Hasil penyelidikan melalui internet, ak berpuas hati dengan rating dan video yang ditunjuk di YouTube mengenai produk Griffin Motif ~ Sengal nyer bila dapat email daripada pihak Apple yg mengatakan casing tersebut konon nyer akan diterima pada awal bulan 10 -_-" x sanggup tunggu nyer pasal, ak angkat screen protector secara percuma menggunakan point card ビックカメラ pada keesokan hari nyer (笑)


p/s Dah terbeli Otterbox Defender ntk 3GS tp last2 x angkat pon handset tuh ;p Try pasang kt iPhone 4 tp x muat gak~ Sape nak angkat? Ak jual murah nyer~ (笑)

Tuesday, 15 June 2010

iPhone 4

15 Jun - KUSATSU



Gadget terbaru Apple yang bakal dilancarkan di 5 buah negara terpilih pada 24hb nih tentunya melegakan hati ramai pihak termasuk ak yang telah menunggu selama lebih setahun untuk memiliki paling koman pon handset baru bagi menggantikan Nokia N95~ (link) Ramai gak terkejut apabila Jpon terpilih antara 5 buah negara terawal tersebut; dengar citer dia pilih ikut hasil jualan terbanyak di sesebuah negara tersebut dan ternyata usaha pihak Softbank yang semangat giler promosi iPhone 3GS sepanjang 11 bulan nih membuahkan hasil yang bernilai ntk dikongsi bersama para penggemar jenama Apple di Jpon.. Alang2 dah buat entri mengisahkan iPhone 4, kene la tulis sedikit perbezaan besar dia dengan model LAMA 3GS sebagai ulangkaji~ Jadual di bawah di ambil daripada laman web nih=




iPhone 4 iPhone 3G S
Processor Apple A4 600MHz, Cortex-A8 architecture
Operating system iOS 4 iPhone OS 3
Capacity 16GB or 32GB 8GB, 16GB or 32GB
Display 3.5-inch Multi-Touch display with 960 X 640 resolutions 3.5-inch Multi-Touch display with 480 x 320 resolutions
Primary camera 5-megapixel with flash and auto-focus function 3-megapixel with auto-focus function
Secondary Camera VGA resolution Nil
Video recording 720p at 30fps with optional iMovie VGA at 30fps
Connectivity Quadband GSM, pentaband HSPA Quadband GSM, triband HSPA
Sensors Accelerometer, compass, gyroscope Accelerometer, compass
FaceTime video calling Yes Nil
Available colors White and Black White and Black
Battery life Up to 7 hours talk time on 3G, 14 hours on 2G Up to 10 hours data on WiFi
Up to 40 hours audio
Up to 10 hours video
Up to 5 hours talk time / data on 3G, 12 hours on 2G Up to 9 hours data on WiFi
Up to 30 hours audio
Up to 10 hours video
Dimensions 115.2 x 58.6 x 9.3mm 115.5 x 62.1 x 12.3mm
Weight 137 grams / 4.8 oz. 135 grams / 4.76 oz.


Tepat jam 1700 hari nih, seluruh kedai Softbank membuka kaunter tempahan bagi orang2 yang ingin menjadi yang terawal memiliki iPhone 4 nih~ 料金プラン (fee plan) telah mula dilancarkan sejak semalam; Steve Jobs (CEO Apple) hari tuh cakap harga iPhone 4 16GB ialah USD 199, jadi ramai dah budget harga kt Jpon sekitar 2万円 (RM 700) jer.. Ternyata sangkaan kitorang meleset apabila harga nye ikut harga 3GS iaitu 46080円 (RM 1640)~ Semestinye harga nih hanya ntk mereka yang berminat ntk 新規加入 (New subscriber); yakni mereka yang berminat nak buat no. handset baru= Oleh kerana ak berminat ntk 機種変更 (Change model) demi mengekalkan no. lama yang ak sedia guna skang, bayaran dia ternyata berlainan~ Semangat giler ak p kedai Softbank pagi tadi ntk bertanyakan perihal bayaran dan jawapannye ialah 53280円 (RM 1893)~ Memandangkan Nokia N95 ak akan genap 2 tahun bermula 4hb Julai membuatkan ak sanggup tunggu seketika sebab ingatkan ade diskaun= Mungkin sebab ak berminat ntk memiliki iPhone 4 secara 一括支払い (Summing up payment) dan bukannyer 月々分割 (monthly) membuatkan xde diskaun pon! -_-" Kire nyer x payah ler ak tunggu 4/7 baru nk g 予約 (book) iPhone 4 (笑) 


Sebut pasal diskaun, dengar citer corak diskaun tetap sama seperti yang Softbank letak ntk 3GS yang mana kalo kita amik Value Program, diskaun bulanan yang bakal diterima ialah sebanyak 1920円 (RM 68) manakala kalo kite amik 標準 (standard) price plan, diskaun nyer adalah sebanyak 1440 円 (RM 51) jer.. Hmm.. bergantung kepada penggunaan seseorang jugak sebab kalo memang kaki internet, elok amik Value Program sebab dah kompem gune sampai unlimited nyer! Staff Softbank tuh sempat mengingatkan ak yang x semestinye 予約 hari nih leh kompem dapat 24hb sebab ia bergantung kepada berapa banyak model iPhone 4 yang ditempatkan dalam setiap kedai tersebut.. Kemungkinan besar ada juga yang dapat pada bulan berikut nyer dsb~ Oleh kerana ak dah rancang nk bayar secara 一括, elok beli kt kedai elektronik seperti Bic Camera supaya leh dapat point= Hmm.. Bic Camera plak paling dekat di 京都 (Kyoto), malas nyer nk p sana semata2 nk 予約 jer.. kene la tunggu hari Sabtu atau Ahad ntk 予約 alang2 nk join program SOS (Sense Our Soul) hujung minggu nih  ;)

p/s Masih terkejut Jpon leh menang lawan Cameroon malam semalam.. bukan main happy lagi member2 lab sebab ada yang sampai layan match kt lab o_0~

Friday, 28 May 2010

iPad vs iPed

28 May - JAPAN

Persaingan teknologi semakin sengit dewasa kini terutama dunia gadget yang terus-menerus memberi tumpuan kepada teknologi 'touch screen'.. Waktu iPhone baru nk stat jual kt Jpon (2 tahun lepas), ramai yang menyangkakan gadget nih x akan laku kerana leceh nk tulis tulisan 漢字 (kanji) dsb; tp skang nih telefon yang membuatkan syarikat Softbank laku besar ialah iPhone sehinggakan syarikat2 lain mula menghasilkan telefon bimbit menggunakan teknologi yang sama.. Ak pon turut sama kagum dengan 'touch screen' dan sanggup tunggu kemunculan iPhone 4G yang konon nyer bakal kluar bulan depan sebab dah nak 2 tahun guna Nokia N95 ;) Layan giler bila usha telefon bimbit terbaru keluaran Nokia, Nokia N8 yang memiliki kamera 12MP tp kecewa kerana pasaran Jpon dah x jual jenama Nokia dah.. -_-" Sejak mula pakai telefon bimbit, sampai skang masih merupakan penggemar Nokia, adakah sudah sampai masa nye ntk ak memberi peluang kepada jenama lain khususnye Apple?? Hari nih, produk terbaru Apple; iPad mula di jual di Jpon dan Eropah.. Seperti di ketahui, iPad boleh dibahagi kepada 2 iaitu iPad Wifi dan iPad Wifi+3G.. Senarai harga iPad yang dijual di Jpon adalah seperti di bawah.. (link)


Skang nih ak cume memiliki PC setelah menghadiahkan laptop kepada adik.. Sejak bulan 3 lagi dah survey Netbook kerana memikirkan lepas nih akan kerap 上京 (off to Tokyo) @ g oversea ntk 学会 (Academic Conference) dsb (笑) Kalo g 東京 (Tokyo) naik bas amik masa sekitar 5~6 jam.. nak tido dalam bas memang susah sebab ade penyakit susah nk tido dalam kenderaan, nk baca buku pon xleh sebab driver bas kedekut x nak pasang lampu (笑), tensen jer tgk member2 yang layan internet menerusi iPhone dalam bas membuatkan ak pon teringin giler nk memiliki satu tp x sanggup nk bayar bil telefon lebih 5~6千円 setiap bulan :p (bangga bayar bulanan sekitar 2千円 ) Konon nyer kalo dah guna iPhone pon best, pakai iPad lagi best sebab ia memberi 'dunia baru' kepada pengguna dengan skrin lebih besar dan corak penggunaan yang lebih luas.. Sekitar awal bulan 4 ari tuh dah nk angkat dah Netbook jenama Asus tp x jadi sebab nk tunggu iPad kluar ntk buat perbandingan.. Hari ni iPad baru kluar, ingatkan nk tunggu beberapa hari seblom buat keputusan, tiba2 kluar plak ulasan berita seperti di bawah yang menceritakan mengenai 'pesaing' iPad buatan China..


Tabik spring pada orang Cina; diorang memang bijak bab2 meniru benda nih.. Jpon pon x lama lagi dah boleh angkat bendera putih kot bab2 tiru-meniru nih~ (ke dah lama angkat??) Padanlah dunia besar skang dah mula memberikan tumpuan kepada China dan India dengan pelaburan yang besar ke atas negara2 tersebut kerana disebut2 bakal menerajui kuasa ekonomi dunia di masa akan datang.. Harga yang dijual sekitar 1万円 (Rm 380) dah boleh membuatkan ak pening nak angkat yang mana satu @_@ Bila diselidiki lebih dalam, 6 bulan yang lepas dah pernah ada produk [P88] buatan China gak yang menggunakan perisian windows XP dan fungsi dia lebih kurang sejibik cam iPad! (link) Lawak gak bila baca artikel pasal P88 nih sebab konon nyer pengeluar P88 mungkin sanggup membawa kes ke mahkamah kerana iPad meniru P88; alasan dia P88 mula berada di pasaran lebih awal daripada iPad.. (笑)

p/s dok usha yahoo auction tp masih x jumpa lagi iPed.. camne nak carik ek??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC