photo anigif_zps7d2f0644.gif

22 July, 2011

Cara Membuat Selusuh

Sumber : 
- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan malam Jumaat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air berkenaan tidak diperolehi.
- Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yang diperbuat khas daripada kelapa dan seeloknya dibuat sendiri.

Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : 
"Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". 
Kemudian ditiup pada air/minyak dan perlu di minum 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
5. Sapukan air/minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7x)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin.

Cara B

1. Beristighfar (3x)
2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
3. Al Fatihah (1x)
4. Selawat (11x)
5. Alam Nasyrah (7x)
6. Al-Ikhlas (3x)
7. Al Falaq (3x)
8. An Naas (3x)
9. Al Fatihah (1x). Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

1. Al Fatihah. 
Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak 3x.
2. Selawat Syifa (7x)
3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3x)
4. Surah al-A'raf ayat 54 (3x)
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Kalau air akar fatimah???
Sama jugak fungsinya, cuma rendam dalam bekas berisi air sehingga kembang kemudian minum airnya. Boleh mula minum seawal kandungan 7 bulan, namun ada yang kata bila dah minggu ke-36 baru boleh minum. Wallahua'lam.

Semua kuasa Tuhan, tak salah kita ikhtiar.


P/S: Air selusuh = Air bacaan doa yang dibuat oleh ustaz/suami moga senang bersalin.





 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T