Memaparkan catatan dengan label ADVERTORIAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADVERTORIAL. Papar semua catatan

Online Revolution bermula Hari Ini!

Salam..

Yay! Harini bermulalah Online Revolution yang merupakan impian semua Online Shophaholic.
Ia berlangsung selama 4 hari je tau.
Bermula 11/11-14/11/2017.

Kaklong menulis ni pada pukul 12.45 pagi tau.
Pagi-pagi lagi dah ushar barang-barang kat Lazada. Hebat tak kaki shopping online ni 😁

Nah Kaklong screenshot website Lazada tersebut.
Tau tak produk pertama yang Kaklong beli kat Lazada ialah smartphone pada bulan March yang lepas.
Kaklong ada buat video unboxing smartphone Xiaomi Redmi 4A kat Channel Kaklong.
Sila la ushar. Hihi..

Nak juga tunjuk nostalgia lamaku..

Smartphone tu dibeli dari Official Store Xiaomi kat Lazada.
Tu yang rasa confident je beli tu..

Kaklong beli smartphone murah-murah je tau.
Walaupun murah namun kualiti gambar dia cukup cantik.
Love it!

Walaubagaimanapun bukan semua barang Kaklong beli online.
Pakaian Kaklong tak boleh beli online sebab body I ni "beautiful" sangat.
KAlau beli juga, confirm salah saiz.

Barang-barang yang Kaklong suka beli secara online ialah gadget dan aksesori dia, barangan elektrik dari official shop dekat Lazada, peralatan rumah yang susah nak dapat, beg, kosmetik , produk kecantikan dan bahan bacaan.

Barang-barang macam ni beli online senang sikit kerana tak perlu buang masa ke hulu ke hilir untuk cari yang okay dari segi kualiti dan harga. Dah jimat banyak masa kat situ.

Walaupun dua hari juga la nak decide beli yang mana satu, at least dah jimat duit minyak dan jimat duit parking dan jimat masa cari parking dan jimat masa berfikir kat mana nak beli barang ni.. Lagipun dapat bertenang lama sikit sebelum decide nak beli.

Satu lagi, barang-barang yang besar macam kipas siling, keyboard piano, wardrobe DIY tu semua (ya, Kaklong beli tu semua online) dorang akan hantar order tu ke rumah. Lagi baik hati dorang angkut ke tingkat 14 rumah Kaklong ni.

Senang sikit.
Tak perlu angkut barang ke kereta, lepas tu angkut pula ke rumah flat ni.
Cuma pilih pilih pilih je kat rumah.... PAstu sampai depan pintu.
Haven giler.. πŸ’•πŸ’•

Itulah 3 sebab Kaklong jatuh cinta pada shopping online..
Ada lagi sebab-sebab lain, antaranya kalau beli kat MArketplace Lazada,barang yang salah hantar, rosak, defect dan sebagainya boleh terus return dan wang kita dipulangkan, sama macam kes Kaklong return barang Lazada.
Tak perlu risau kan..

Okay la..
Sempena Online Revolution kali ni Kaklong dah plan nak beli apa.
Kalau tengok dalam gambar pertama tu, nampak kan ada satu benda dalam shopping cart.
Hahaha.. Awal-awal lagi dah letak.

Apakah bendanya itu..?

Nak bread maker jenama Philips
Dah lama dah mengidam nak beli Bread Maker jenama Philips
Amboi, mengadakan...
Nak jenama Philips tapi tak mampu. Hahaha...

Tengok la harga asal dia tu RM759.. *gulp*
NAseb baek offer separuh harga.
Tiba-tiba rasa mampu pula. :D

Tujuan nak beli bread maker ni ialah sebab nak buat roti la, apa lagi kan..
Kaklong rasa roti-roti yang dibeli kat kedai tu manis-manis la..
Ada sesetengah jenama pula rasa pahit-pahit.

Nak buat sendiri, tak pandai malas nak uli
Dengan adanya bread maker ni syok la saya meroti. Yay!

Okay la..
Banyak pula tulis ni, nanti terlepas jualan murah-murah gila tu..

Cepat korang. 4 hari je ni..

P/S: Sapa ada blog tu, join Blogger Contest ni. Mana tau rezeki korang. πŸ˜‰




Hadiah Birthday from Ayuni Rafilah

Salam..

Eh, Kaklong wujud lagi la..
Hehe,, Mesti la wujud..

Saje je diam..
Fokus kat keje yang bertimbun-timbun ni..
Dah beres dah sebahagian kerja.. Bole la luangkan masa tulis blog.

Bulan lepas birthday Kaklong tau..
Kaklong sedih sangat sebab Cik ABang tak bagi pun Kaklong hadiah..
Siap nanges2 lagi..

Ye la..

Kaklong tunggu kot hadiahnya..
Pastu sampai sudah takde..
Ishhhh...
Tak sukanya..

Sejak kecik lagi Kaklong memang tak dapat hadiah..
Anak sulung kan, ibu ayah banyak benda nak buat, adik-adik pun kecik-kecik..
Dah kawen ni ada kekasih hati, of course la berharap nak hadiah..

Pada hari jadi tersebut kitorang pi tengok wayang Ghost in The Shell.
Itu tiket free tau, jadi itu bukan hadiah dari Cik Abang la.
Itu hadiah dari TGV.

Mana hadiahnya?
Hadiah tu Kaklong dapat keesokan harinya..
Ape la..
Keesokan hari tu bukan birthday Kaklong.
Bagi hadiah buat apa?
Tapi amik.. Hahaha

Esok hari tu juga Kaklong dapat surprise dari Encik Poslaju..
Apakah surprise itu..?

A post shared by KakLong (@kaklongchan) on

Handbag cute dari Sis Ayuni Rafilah 
TQ so much.. <3

Ayuni ialah rakan blogger Kaklong. KOrang pi la jenguk blog dia..
Dia dah mekap blog tersebut..
Cikit punya kiyut lagi..

Ayuni juga ada kedai online tau, namanya Magic Pocket
Macam-macam ada jual kat situ..
Murah-murah pula tu..

Beg tu dah selamat menemani Kaklong berjalan-jalan..
Suka sangat..

Wassalam...

Cara Menjimatkan Kos Poslaju untuk Peniaga Online

Salam...

Siapa sini berniaga online angkat tangan...?

Bagus... Sama la kita...

Korang pos barang guna kurier mana ya..?

Poslaju.... Yay, sama lagi... ^_^

Poslaju.com

Kebanyakan peniaga online guna Poslaju sebagai kurier tetap..
Sebabnya banyak cawangan jadi in case korang berpindah atau on the road pun bole cari cawangannya kat mana2 untuk pos barang (macam Kaklong la hahaha..).

Satu lagi dorang akan hantar ke mana-mana ceruk pun.
Sebab ada kes yang kurier telefon suruh amik sendiri..
Kaklong pernah kene dah dengan Kangaroo. Dia kol suruh amik sendiri. Dah la cara kol tu macam orang pasar je.. Kaklong ingat makcik mana la kol..

Kepada korang yang duduk bahagian customer service, cara yang betul untuk kol orang, mula2 sekali bagi salam atau greet pastu tanya ni Encik X ke, pastu perkenalkan diri tu siapa pastu baru la bagitau tujuan kol.. Takde la terpinga2 macma Kaklong.. Ni tetibe kata "Asma ke ni? Ada barang kat ofis mari la amik." Aku macam terpinga2 disitu.. Ofis dia pun tak tau kat mana, penat giler cari kat tengah2 shoplot yang duduk belakang2..

Nationwide lagi best, senyap terus sampai seminggu, peram barang Kaklong kat situ..
Bila call, dia cakap dah sampai kat ofis, boleh datang amik..
Aik, gitu je..
Kalo tak kol tak bagitau la ek..
Bagus2, amalkan selalu..

Kos poslaju juga lebih murah berbanding kurier lain..
Tapi jangan tak tau, untuk barang ringan je Poslaju murah.
Untuk barang berat, kurier lain lagi murah dari Poslaju tau..
TAk caya gi check balik..

Okay la..
Panjang pulak mukadimah..

Harini Kaklong nak share Cara Nak Jimatkan Kos Pos Korang..
Ada ke cara nak jimatkan kos pos?
Ada.. Percaya la.. Kaklong dah setahun duk amalkan..
Saved banyak juga la kat situ..

Sape belom tau, ni la caranya..

Jangan pos direct kat Poslaju, tapi pos melalui easyparcel

klik gambar
Easyparcel ni bukan kurier tapi dia orang tengah antara kita dan courier

Yang bestnya, perkhidmatan dia ni PERCUMA je..
Lagi best, semasa daftar dia akan bagi kita kredit bernilai RM25 untuk try test.
Yaaa... RM25..
Dapat hantar 4 barang dalam semenanjung secara percuma.. Best kan.

Kaklong dulu pun ragu2 juga, pastu try je la..
The worst scenario pun, tak keluarkan 1sen dan bole abaikan je sebab tak best..

Alih2 best la pula.. Haha..

Kalo nak, daftar kat sini

Cara menggunakan easyparcel:

1) Booking penghantaran melalui website dia

2) Tunggu kurier amik barang kat rumah /alamat pengirim

3) Kurier datang amik.. Abes citer...

Haaa? Itu je ke..
Macam tipu je kan.. Hahahhaa... Betul... Tak tipu..
Kan Kaklong tengah duk guna ni...

Kelebihan easyparcel:

1) Poslaju dan pelbagai kurier dalam  tempat
Bukan sahaja poslaju, ada skynet, GDex, Airpak, Nationwide, DHL dan beberapa lagi yang Kaklong tak ingat nama.

kurier yang available

JAdi in case korang ada 2 barang guna poslaju, dan 1 barang guna Airpak, booking satu tempat je kat sini. Nanti dorang mai amik..

2) Murah
Okay, ni yang best dan menjadi penyebab utama kita perlu join. Kos pos easyparcel ialah RM6 untuk 1kg yang pertama.. Owh yeah bebeh!
Suka tak...?
Sebelom ni RM5 je tau.. Dalam beberapa bulan ni je dah naik kepda RM6. Tapi masih murah.. ^_^

Owh, ni kos untuk semenanjung je tau. Sabah Sarawak kosnya masih sama..

3) Check dan Compare harga sebelom booking


check kos pos kat sini

Tak perlu lagi tertanya-tanya tau teragak2 berapa harganya.. Tekan je berapa kilo berat barang tu nanti terus keluar harga untuk kesemua kurier yang ada dan korang decide la nak guna yang mana satu...

4) Bulk Upload untuk order banyak
Ada 100 order harini? Don't worry.. Korang bole guna sistem bulk upload yang dorang sediakan. Kaklong tak pernah guna ni, sebab setiap kali close sale Kaklong terus booked. Takot terlupa atau tertinggal.. Jadi tak terasa sangat kalo banyak..

5) Tunggu kurier datang amik barang atau hantar sendiri.
Mana-mana pun bole. Kalo senang hantar sendiri, hantar sendiri..
Kalo rasa senang duk rumah je tunggu datang amik, tunggu je kat umah sambil jaga baby..
Ikot kita la mana sesuai..

Kaklong hantar sendiri sebab... owh, sebabnya nanti Kaklong explain kat bawah.

6) Online tracking yang automatik
Semua tracking number dah direkodkan, jadi senang kita copy paste bagi kat customer. TAk perlu taip pastu tersilap satu nombor (kadang2 benda ni jadi kat Kaklong.. Huuuuuu T__T)

chech status barang

Satu lagi kita bole terus tengok proses barang tu serta kat mana dia berada sekarang..
Contohnya kan kita klik satu tracking number, akan keluar macam ni:

Check status dengan lebih detail

Kat sini customer bole tengok bila barang tu dipos, dan proses dia dari pengirim kepada penerima.
Tak perlu copy dan paste kat website poslaju..
Senang kan... ^_^

7) Online Statement
Ni la salah satu benda yang Kaklong paling suka untuk meminimumkan kerja buat akaun.

ini la statement tu
Kalo sebelom ni akaun Kaklong ada satu kolum dimana jumlah barang yang dipos dan kos pos ditulis pada setiap tarikh. Kali ni kolum ni boleh diabaikan kerana ia dah ditulis automatik kat easyparcel..
Senang giler la untuk solopreuner cam Kaklong.. Alhamdulillah.. ^_^

7) Integrated dengan beberapa e-commerce
Ni lagi best dan memudahkan kerja Kaklong..
Disebabkan dia dah synchro dengan e-commerce yang Kaklong guna; secara automatik semua nama, alamat dan no tepon customer akan dia copy terus ke consignment note tu. Tak perlu Kaklong tulis, atau taip atau copy paste lagi... Havennnn...

ini e-commerce yang dia support
Korang ada guna tak e-commerce ni
Kalo ada best dah tu...
Cuma ada sikit setting je, pastu dah bole terus guna,.. ^^

Apapun, kalo yang order melalui Whatsapp dan Facebook tu, nak taknak kene la copy paste juga alamat dorang..
Kalo guna whatsapp nak copy paste camana? Buka je whatsapp kat pc untuk memudahkan proses. Caranya kat sini : https://diariasma.blogspot.my/2017/01/tutorial-cara-buka-whatsapp-kat-laptop.html

Tu yang best la.. Tapi ada la sikit yang kurang best sikit..

Kelemahan easyparcel:

1) Kene print sendiri consignment note
Haaaa... Ni la kelemahan dia.. Korang perlu ada printer untuk print sendiri setiap order yang dah booked.. T___T
Kalo poslaju, 1 order perlu 2 helai kertas A4. Bole print colour ataupun hitam putih, tak kesah..

macam ni..
Kalo dah ada printer okay la kot..
Yang belom ada printer tu korang perlu kira balik costing dia..
Berapa harga printer, berapa harga cartridge, berapa harga kertas dan berapa helai agak2 bole print dan berapa banyak barang korang pos sebulan..
Buat congak2 dan tengok berbaloi ke tak kalo tambah kos printer dalam kos operasi ni..

Bagi Kaklong berbaloi sebab memang dah ada printer kat umah..
Dengan sedikit penambahan kos, dah banyak sangat kerja Kaklong dikurangkan dan risiko pun diminimumkan..

Kerja apa tu?
Kerja tulis alamat, taip tracking number kepada customer dan buat akaun poslaju

Risiko pula, risiko silap tulis alamat, tu je.. Hehehe...
Oooo.. Jangan main2, kalo tersilap satu nombor je terus barang dihantar ke rumah lain..

Dan walaupun kos pos RM6, Kaklong tetap quote RM7.20 kat customer.. Lagi RM1 tu kira dapat cover semua kos print dan packaging.. Kalo yang beli banyak tu senang nak bagi diskaun.

2) Booking sebelom 12 tengahari untuk pickup harini.
Ni tak best..
Semua order yang korang masukkan sebelom 12 tengahari, dorang akan pickup harini..
Yang pukul 12.10 tengahari pickup esok..

Dalam rutin kerja Kaklong consignment note ni Kaklong tulis pukul 2petang dan pos pukul 4ptg.
Memang tak sempat pickup. Jadi solutionnya ialah kitorang gi hantar sendiri pukul 4 ptg tu..

Tapi the bright sight is; tak perlu beratur.. Yay!
Cuma letak je kat situ sebab kita dah bayar kan.. Ewah ewah *joget Hawaii*

Kalo banyak barang terpaksa hantar pukul 6 pula, kitorang lagi la cuma perlu pegi kat luar bangunan dan bagi kat Encik Posmen Kacak dan haritu juga dorang masukkan dalam van dan hantar ke negeri yang terlibat. Yay!

3) Ada kemungkinan kurier tak datang harini, esok baru pickup
Kes ni Kaklong pernah terbaca masa mula-mula kaji pasal easyparcel ni. Ada akak tu marah-marah tulis dia dah janji dengan customer harini nak pos, sampai pukul 6 petang tak datang-datang lagi. Sampai malam pun tak datang..
Kalo perkara ni berlaku kat kita, memang sangat menjejaskan reputasi ye tak..

Suka nak diingatkan, yang datang pickup barang tu ialah kurier yang kita pilih. Kalo Poslaju, van/motor poslaju yang akan datang; kalo pilih nationwide, lori dorang yang akan datang (kot, belom pernah nampak lagi van nationwide, lori je banyak).. Oleh itu kecekapan amik barang tu sangat bergantung kecekapan pekerja yang ditugaskan dalam kawasan tersebut. Ada risiko la kat situ.

Ni adalah salah satu sebab juga kenapa Kaklong lebih selesa gi hantar sendiri..
Takde tertunggu2 atau tertanya2 atau resah gelisah.
Tak rely sangat kat dorang..

Sekarang ni tak tau la ada lagi ke tak kes macam ni.. Kalo korang pernah kene, bole la tulis kat komen..
Kita sama2 amik iktibar.. ^^

4) Kene topup dulu....
Yaaaaaaa...
Sistem dia bukan kita booking kemudian bayar melalui bank transfer atau kad kredit tau.
Kita bayar dulu, kemudian setiap kali create order, dia akan deduct duit dari kredit kita tu..
Macam topup phone..

Macam tak berapa syok la untuk kita yang baru2 nak berniaga dan tak sure bulan ni dapat berapa order..
Minimum topup dia ialah RM100 dan last for sebulan je..
Lepas sebulan, dan masih ada baki RM12 contohnya, kredit tu akan dibekukan..
Kita kene topup lagi RM100 utk aktifkan semula kredit tu...

Ni senarai pakej topup dia:
pakej easyparcel
Kalo nak untung sikit, topup RM500 yang akan last untuk 6 bulan dan dapat free flyers lagi (sampul plastik macam poslaju tapi design lain)

Kalo korang memang banyak duit dan ratus-ratus barangnak dipos sehari better amik pakej VIP ni:
pakej vip easyparcel
Pakej VIP utk berat lebih sekilo ada lagi diskaun sikit dan dapat banyak plastik sampul.
Memang syok, banyak jimat sebab itu kredit kita, bukan deposit.. 
Tapi Kaklong belom sampai lagi tahap tu..
Kita ahli biasa2 je baru.. Huhuuuu...

5) Jangan lupa GST
Harga ni semua belom termasuk 6% GST tau..
JAdi kos pos barang korang sebenarnya bukan RM6; tapi RM6.18.
Nak tulis akaun nanti kene ingat benda ni.. Kalo tak nanti nampak macam banyak je shot tak tau kat mana..

Amacam best tak...

Kalo rasa berbaloi, bole la join dan dapat kredit RM25 percuma. Dapat pos 4 barang tu..
Daftar kat easyparcel.my

Semoga bermanfaat.

Wassalam..

DUAL DRIVE for SMARTPHONE at LAZADA

Salam

ONLINE REVOLUTION akan berakhir esok..
Esok tau..

Cepat-cepat shopping kat LAZADA sekarang..

Okay, sebelom gi shopping, ni ada satu lagi benda yang Kaklong nak share ngan korang..
Haritu fevret Box of Joy Kaklong ialah Manual Chopper kan..
Ni ada satu lagi fevret aka sangat berguna buat Kaklong iaitu:

Dual Drive jenama SanDisk!

Nampak macam flash drive / thumbdrive biasa kan..
Tapi sebenarnya ia sedikit luar biasa..
Hew hew..

Kalo korang tengok betul-betul kan, kat sebelah kanan tu ialah usb drive yang boleh sumbat kat laptop seperti pendrive biasa..

Namun kat sebelah kiri tu pula, bentuk dia pun similar dengan usb cuma lebih kecil khas untuk sumbat kat phone..
Pendek kata rupanya sama dengan charge smartphone korang..
Woooo..

Apa fungsinya?

Erm.. sudah gaharu cendana pula..

Fungsinya of course la untuk transfer file seperti lagu dan gambar dari lappy ke phone dan vice versa

Kaklong suka sangat..
Memandangkan Kaklong busy buat bisnes online sejak 6 tahun lepas (nak masuk 7 tahun); tiap kali amik gambo dengan phone, perlu transfer ke lappy sebab nak update blog..
Terpaksa transfer guna email atau whatsapp atau fb (mana-mana yang convenient at that time), pastu download balik..
Sedar tak sedar, banyak juga guna kuota internet..
Tu yang 7GB, baru 15 hari dah abes kuota *sob sob*

Haa, pastu bila banyak donlod gambo dan lagu mula la phone berat kat..
Scroll satu2 check nak buang yang mana satu..
Akhirnya semua sayang nak buang..

Pasni, takyah buang dah..
Transfer je dalam lappy..
Kalo lappy berat sangat transfer ke external hard disk..
Walaupun confirm tak tengok balik gambo2 tu, tapi tetap sayang nak buang betul tak..

Dual Drive yang Kaklong dapat ni khas untuk Android..
Saiznya 64GB.. Wooo banyak jugak tu..

TAdi tengok offer kat LAZADA RM59. Harga asalnya RM89.
Ada banyak saiz juga tau, palig kecik 16gb, paling besar 128gb.
Alang-alang korang amik la yang paling besaq

Kalo nak beli, terus KLIK SINI, Kaklong dah carikan dah..

Ingat tau, esok last sale..

Bye

Manual Chopper Tefal : my favourite product from Lazada Box of Joy

Salam..

Ingat tak Box of Joy dari Lazada yang Kaklong dapat haritu?

Harini nak show off produk yang paling Kaklong suka dalam banyak-banyak barang dalam kotak tu.. πŸ˜ƒ

Yang paling Kaklong suka ialah:

Manual Chopper dari Tefal!

Apa benda ni?
Jom tengok muka dia..


Ini ialah alat untuk potong sayur, bawang, dan buah-buah...
Biasanya kita amik masa juga nak potong.
Selain guna pisau, bole juga guna food processor atau blender (kalo nak bagi lumat)

Kali ni ada satu lagi cara yang kita bole guna, iaitu pakai manual chopper ni..

 Tengok, nak potong kasar bole, potong halus pun bole

Yang paling best tak perlu guna elektrik dan senang nak basuh..

Haven sangat!

Kaklong ada buat video ringks cara nak menggunakannya..
Tengok kat bawah ni ya..


Nak beli? Klik je SINI


Ingat tau sale kat Lazada berlangsung sehingga 12.12 ni..
Tinggal berapa hari je lagi..

Jom shopping kat LAZADA.COM.MY

Bye

Dapat Box of Joy dari Lazada sempena Online Revolution!

Hai.

Dapat surprise dari Lazada.
Apa tu? Apa tu?

Jeng jeng jeng!

 ada beg dari MILO, sepaket maggi OatMee dan produk Tefal..

Ada lagi dalam kotak tu tau..
Jom kite buka nak..?

Woah! Banyaknyaaaaa

Ada:
Cereal dari Cerelac
Baby Panda dari PAndaFood
MamyPoko BabyWipe
White Coffee Pandan dari Nescafe
Just Milk dari Nestle
Shampoo dari L'oreal Professionnel  Paris
Mythic Oil dan 3 sample hari gel dari L'oreal juga
Flash Drive for Android Smartphone

Best kan.. :D

Apakah halnya semua ni?

Kalo korang nak tau, ni semua kerja Lazada la ni.
Dorang tengah melancarkan kempen ONLINE REVOLUTION bermula dari 11.11 sehingga 12.12

Moto kempen ni ialah Brand for All dimana mereka telah kumpulkan produk keperluan dan bagi macam-macam offer sehingga 12hb Dec ni. Suka tak?

Yang Kaklong dapat ni adalah antara produk yang dorang offer
Tadi Kaklong tengok ada macam-macam diskaun..

Dari barang keperluan dapur, barangan bayi, produk penjagaan diri, makanan malah gadget yang canggih pun ada baq hang!
Ada tu sampai diskaun 70%, siap free shipping lagi..
Gila ke apa?

Gila tak gila.. Yang penting banyak jimat tuuuuuuu...
Takyah berkejar-kejar sebelom kedai tutup..
Tengah-tengah malam sebelom tido pun bole shopping, waktu lunch hour pun bole shopping..
Sampai masa dorang hantar ke kat umah..
Haven tak haven...
Muahahahhaaaa...

Eh, jangan cakap banyak la..
Jom jom gi Online Revolution kat lazada.com.my 
Ingat, sampai 12.12 je tau..
Banyak lagi masa tu...

Okay, untuk permulaan nak share kat korang voucher yang Kaklong dapat ni..


Korang order je apa2 pastu masa checkout taip kod ni kat ruangan voucher/coupon : AFFbk31ik
Nanti dapat diskaun RM11..
Okay la tu kan, dari takde..

Kaklong pun nak gi shopping lagi ni..

Bye

Rangkaian Produk SimplySiti

Hai..

Korang pernah tak try produk Simplysiti?


Siapa yang tak tau, SimplySiti ni ialah jenama rangkaian kecantikan penyanyi tersohor Malaysia, tidak lain tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza. Bukan sahaja dalam bidang nyanyian, berbekalkan semangat beliau yang sentiasa ingin pergi lebih jauh dalam pelbagai bidang, maka terhasillah jenama kecantikan SimplySiti. Ini merupakan salah satu daripada pencapaian terbesar Dato CT tau..

Walaupun baru mencecah 4 tahun dalam pasaran, dengan tagline "It's All About You" atau Segalanya Tentang Anda", SimplySiti sudah pun mempunyai rangkaian produk kecantikan, makeup dan juga wangian yang unik dan tersendiri. Semestinya produk SimplySiti direka khas dengan formula bersesuaian untuk pelbagai jenis kulit, terutama kulit wanita Asia.

Mesti korang nak tau kan, produk apa je yang SimplySiti keluarkan..


Rangkaian produk kecantikan wajah SimplySiti merangkumi Clear Solution, Dermagic, New Age+ dan banyak lagi. Produk SimplySiti Clear Solution direka khas untuk individu yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Kandungan bahan termasuk minyak Tea Tree dan enzyme papaya yang bertindak mengurangkan produksi minyak pada muka serta meredakan kemerahan. 

Bagi produk Dermagic pula, ia diformulakan dengan Endorphin Tumbuhan supaya kulit kusam nyata lebih bermaya. Untuk anti penuaan, rangkaian SimplySiti New Age+ menjadi pilihan utama kerana ia dirumuskan dengan Vita Source, Matrixyl 3000, Argireline dan Syn-Glycan.


Untuk peminat makeup, rangkaian produk makeup SimplySiti mempunyai pelbagai pilihan dari produk untuk muka, mata dan bibir. Dari bedak asas hingga ke krim muka, warna pipi berfungsi pelbagai, set countouring dan banyak lagi, 

SimplySiti ada semuanya. Produk makeup lain termasuk eyeliner tahan lama, maskara anti gumpalan dan juga lipstik anti penuaan diformula khas dengan minyak Argan. 

Uuu.. best kan..

Jom dapatkan SimplySiti Malaysia secara online sekarang.

Kaklong ingat nak beli serum dia la... Macam murah je.. ^_^

Korang pernah try tak?

WePrint Machine : Idea Bisnes yang Tak Banyak Kerja?

Hai

Masih tercari-cari bisnes apa nak buat?

Meh Kaklong share satu peluang nak?
Peluang ni masih baru sangat, tak ramai buat, jadi siapa yang buat awal2 ni memang beruntung la..

Of course, peluang bisnes ni memerlukan modal permulaan..
Namun yang bestnya, tak banyak kerja dan tak perlu sentiasa berada disamping bisnes tu 24jam.

Memang sesuai untuk solopreneur

Sapa yang tak tau, solo-preneur ni ialah usahawan yang suka bergerak secara solo..
Ala-ala The Lone Ranger gitew..

Okay, mula-mula kita kene pikir apakah masalah orang ramai dan apa yang dapat kita lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Yang pasti, hampir semua orang ada phone kan..
Agak-agak ada berapa ribu gambar yang tersimpan dalam phone tu, dan apa yang dorang buat dengan gambar-gambar tu?

Nak buang sayang..
Apa kata kita sediakan perkhidmatan print gambar nak tak?

Ala, lecehnya..
Kene ada laptop utk transfer gambar, kene ada printer untuk print gambar..
Pastu kene tunggu orang datang amik gambar dia yang dah siap diprint..
Kene letak sorang jaga kedai..
Kene ada kedai..

Lecehnya!

Erm..
Yeke...?

Sebelum korang ketinggalan, meh Kaklong perkenalkan teknologi terbaru:
The Lastest Trend : WePrint Machine

Ini ialah mesin cetak gambar segera terbaru (new instant photo printing machine) yang bole cetak imej direct dari phone yang pertama seumpamanya di Malaysia..

Korang bayangkan vending machine / mesin gedegang yang bole beli air tin tu kan;
Mesin WePrint ni pun macam tu juga, cuma bezanya dia print gambo jadi takde la bunyi gedegang yang epik sangat tu..

Dengan mesin ni korang tak perlu tunggu customer datang pastu transfer gambar pastu cetak apa semua tak payah..
Semuanya customer tu buat sendiri..
Layan diri baq hang...

Macam mana nak print?
Senang je..

Customer korang cuma perlu ada app Wechat dalam phone dia, settled!
Ni step by step melalui gambar..

Kalo rasa tak faham, tengok video pendek ni.. 


Senang kan.. Seminit je dah siap...

Kat mana nak letak machine ni..?

Kepada korang yang ada buat servis photobooth tu, better korang suggest sekali machine ni.
Tetamu yang excited amik gambar dengan props korang yang kiyut miyut tu, bole dorang print out terus gambar-gambar tu..
Sapa kata takde orang nak?
Kalau mesin ni dah depan mata, on the spot bole print, siapa tak nak?

Kaklong sendiri pun ada annual family dinner tau..
Kitorang para sepupu pernah bawak laptop, printer semua tu sebab nak print gambar on the spot..
Ye la kita kan sekali sekala je jumpa, bila lagi nak hantar gambar2 tu kan..
Kalo siap on the spot senang..
Masalahnya kan, pada hari tu pula printer jammed.
Hadoi, ntah mende2..
Takde la gambar kitorang tahun tu..
Mak ayah bukan main excited ingatkan terus dapat gambar..
Masing-masing hampa dan tahun seterusnya baru dapat gambar untuk tahun lepas..
Kalau ada mesin ni, settled!
Yang buat service event dan dinner tu bole sediakan  mesin ni..
Sangat diperlukan!

Paling best letak kat hotel, chalet, kawasan pelancongan camtu..
Bukan semua pelancong ada kamera canggih-canggih kan..?
Cam Kaklong semua gambar dalam phone, pastu mula la banyak sangat dah berat phone..
Nak gi print asyik tak ingat je..
Korang letak kat lobby ke, restaurant ke, cafe ke, sambil lepak-lepak dorang print tak ingat dunia..
Percaya la cakap Kaklong..
Kitorang banyak merungut, "takde ke servis print gambar siap terus? Kan best kalo ada."

PAstu sape yang ada kedai runcit, kedai topup, kedai fotostat, kedai jamu, kedai alat tulis, kedai apa-apa pun bole, korang taruk kat depan kaunter. 
Kalo kedai tu kat area sekolah/kolej/universiti lagi best..
Budak-budak sekolah ni mesti seronok print gambar bff dorang, marka dorang, crush dorang. 
Pastu nanti dorang selit kat file dan kat meja..
Kaklong sokmo wat gitu dulu.. opss..

Sebab kan, gambar dia bukan yang biasa-biasa tau.
Korang boleh pilih design..
Cantek kan..

Tak caya ek..
Meh tengok Kaklong punya..
Kaklong guna gambar dari phone yang berbeza..
Pertama phone Kaklong sendiri (Lenovo), kedua phone abang (samsung note 2) dan satu lagi phone adik (lenovo pixel kecik).

Hasil dia berbeza depend pada kualiti kamera phone tu sendiri..
Tapi memang sangat hampir dengan kualiti gambar asal..

Selain dari bole print gambar biasa, dia juga bole print kat macam-macam permukaan seperti kertas magnet (untuk buat fridge magnet bergambar), bole print kat phone cover (buat cover phone bff, Uuuu, bestnya!)  dan juga buat button badge..

Ni pula keychain gambar Kaklong.
Haha.. Itu posing trademark tu, posing lain tak reti.. :P
Puas hati sangat..!
Comel kan.. ^__^

Kaklong ada buat video pendek pasal 4 item ni kat Channel Kaklong.
Senang-senang, gi la jenguk..

Haaa.. satu lagi..
Sorry, tiba-tiba terfikir..
Korang tau kan dobi layan diri..?
Dalam kedai tu takde orang, ada mesin je pastu orang termenung tunggu baju..

Apa kata buat kedai print layan diri iras-iras dobi tu?
Kelasssss kau jahhh...
Letak la 3 4 biji mesin ni untuk permulaan..
Pastu upgrade lagi beberapa biji sampai penuh kedai..
Kan best tu..

Perlu ke jaga kedai tu hari-hari?
Tak perlu pun..
PAsang cctv dan monitor dari rumah sambil main game..
Perghhhh!
Haven baq hang...

Pastu kat mana lagi nak letak?
Kat mall, kat pusat bowling, pusat snuker, karaoke box, tempat orang main game capcom tu..
Area tu memang juicy!
Uuuu..
Kalo ada kat mall, hari-hari Kaklong print gamaknya..

Kaklong ni suka buat scrapbook tau..
Tu yang excited sangat tengok benda camni?
Tak caya?
Nanti Kaklong tunjuk scrapbook Kaklong..

Kat Mana nak Beli WePrint Machine?

LibertyPrinting.Com.My ada sediakan pakej lengkap untuk machine ni.
Atau KLIK SINI Kaklong dah direct korang terus ke mesin tu...

Owh, baru-baru ni dorang ada buat press release tau...

Latest trend in instant photo printing -  WePrint.

Kuala Lumpur, 27 June 2016 – WePrint, the high quality instant photo printing machine connected via WeChat app, has been gaining popularity in exhibitions and roadshows since it was brought into Malaysia in 2015. 

Simple and easy steps to print
All you have to do is: open WeChat app on your smartphone, scan the QR code shown on the machine, upload selected photo from your phone, insert the ID code shown on screen. A high quality hard copy will be printed in just 60 seconds!

The First WeChat Instant Printing Machine in Malaysia
“WePrint is the very first WeChat instant printing machine in Malaysia. Many Malaysians have already seen it in some of the major shopping malls or exhibitions. Since entering Malaysia in 2015, we have created much awareness in hundreds of roadshows and exhibitions, having thousands of followers on Wechat, printing thousands copies of photos in any one event. From these events and the database collected, this machine is showing itself to be a business tool with great profit potential.” said Json Tan, Managing Director of WePrint. 

Indeed, beyond being an instant photo printing machine, WePrint is a great marketing tool for any business. It is designed to help advertisers recruit WeChat followers through on-ground events and activities. Businesses will not only be able to advertise on screen but also incorporate brand or product in a pre-designed photo template. The public will be exposed to the advertisement while waiting for their photos to be printed as well as bring a copy of the printed photo with brand message or product information home with them. 

“WePrint is a powerful marketing tool with great business potential.  Catering to the needs of different businesses, we have sold to retail outlets the machines to entertain their guests, provided rental or leasing services to event management companies, charged advertising fees to different advertisers. Most important, it is a viable advertising tool for almost any type of business, such as F&B, entertainment, beauty, bridal, hotel, supermarket, tourism, advertising, media, jewelry, telecommunication, automotive, property, electronics, gym, education, charity etc.” Json remarked further.

Ideal for any corporate or private functions
For any corporate or private functions, WePrint is always a crowd pleaser, attracting people from all walks of life to print their favourite photos onto different material, including photo paper, magnetic paper, button badge and phone casing. For the advertisers, they can use the machines to attract followers, collect database, and engage the followers more effectively through this popular social media platform - WeChat.  

“I am glad that WePrint has been gaining popularity in exhibitions and roadshows.  We are able to garner numerous enquiries leading to closed deals when we participate in these events as business people saw how it is able to attract the crowd. Recognized brands across different industries such as One Utama, Neway, Celcom, GSC, Acson, Revlon have engaged us for their events in Klang valley and other states, some on a long term basis.” Json added.

“We believe that this is the right time for us to expand this business further by partnering with distributors nationwide to bring this powerful marketing tool to every corner of Malaysia.” Json ended the interview with a positive note. 
Visit www.libertyprinting.com.my to find out more about WePrint.

About Liberty Printing
Liberty Printing is a heat transfer printing machine and material supplier in Malaysia. WePrint machine is exclusively imported, managed and distributed by Liberty Printing since 2015. 

Pikir masak-masak, tapi jangan lama sangat tau.
Lepas dah grab dan letak kat satu tempat, habaq kat Kaklong..
Tulis je kat komen bawah ni dimana lokasi WePrint tersebut dan Kaklong akan maklumkan kepada Kelab Zombie Selfie Malaysia dan kami akan hantar rombongan gi serang machine korang tu..

Best of luck ya..

Bye