Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...
Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

RESIPI~MELTY HERSHEY

Monday, January 20, 2014
Bahan A:
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nakguna yg perisa strawberi pun boleh/nutella,apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo

Bahan Hiasan:
Gula-gula M&M,coklat chips,kekacang,cheddar cheese (disagat/diparut)

Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut.Masukkan susu pekat.Putar hingga rata.Masukkan pula
  UHT whipping cream.Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan.Tabur coklat chips.Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali,tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

LAVA CHESSE MELELEH

sikan resipi lava Mama ingin kongsikan lava chesse meleleh yang mn dapat tempat dalam hati peminat dan pencinta kek....sumber resipi dn gmbar dari google...
bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota:
1.Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
2.Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10'


Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
tips nak bagi lagi cair tambahkan sikit2 susu cair uht dan whip cream sampai meleleh

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

OPERA CAKE RECIPE

Tuesday, January 3, 2012


Jaconde cake (almond sponge cake)

200g ground almound ( I used ground hazelnut)
150g castor sugar
6 eggs
50g  butter (melted)
60g all purpose flour
4 egg whites
60g icing sugar

Coffe Syrup

100ml hot brewed coffee
100g sugar
- stir until dissolve and put aside.

Coffee Ganache

250g white choc
250ml whipping cream
10g instant coffee
- Heat the cream till boiling point, turn-off heat. Add in instant coffee. Pour it over white choc & stir well.

Chocolate Ganache

250g dark chocolate
250ml whipping cream
1 tbsp butter (for shiny & glossy-optional)
- Same way as the above method.

Jaconde Cake

1. Beat the egg white till soft peak. Add icing sugar and beat till stiff and glossy.
2. Beat ground almond, castor sugar and 3 eggs on medium speed till light & fluffy about 3 minutes. Beat in the remaining 3 eggs while continue beating another 3 minutes.
3. Drop 2 big spoons of the batter into melted butter. Stir well and set aside.
4. Add in flour, beat on low speed until it dissappear.
5. Using rubber spatula, gently fold the meringue onto the almond mixture then fold in the melted butter.
6. Divide the batter between the pans & spread evenly.
7. Bake for 8-10 minutes or till lightly browned and springy to touch.

The Assembling

1. Take one layer and brush with coffee syrup. Spread coffee ganache onto layer.
2. Repeat the process untill finished. Refrigerated about 20 minutes to firm the structure.
3. Pour the chocolate ganache over the cooled cake. Set aside in the refrigerator for an hour.
4. Cut the crust sides of the cake with long thin knife that's just been dipped into hot water & wiped.

Simple cheese cake

Wednesday, November 16, 2011

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Kek Coklat Kukus Lembab

Tuesday, November 15, 2011

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....

TRiFFLe Yang sonang Bah...

Tuesday, September 13, 2011
 ‎1 cwn kastard, 1tin susu cair, 1tin susu pekat, 2tin air,1 tin koktail, secubit garam...untuk lapisan atas 1 kotak jelly nona...


CARA: sejat koktail..ambik air..satukan semua bahan..kacau atas api sampai likat..dalam 20 min..memang nampak cair..tp bila sejuk ok laa..bila sejuk bancuh jelly ikut arahan pd kotak..bila jelly sejut sikit tuang atas kastard..tabur buah koktail

KEK COKLAT TANPA MENTEGA

Saturday, July 30, 2011

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Ais Krim Pelangi

Sunday, July 17, 2011

BAHAN
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1/2 tin susu pekat
1 tin air suam
1/2 tin susu cair @ susu segar
1 sudu teh esen vanila

-putar semua bahan diatas sehingga kembang & gebu....
-kemudian bahagikan kepada 4 bahagian (1) kuning (2) pink (3)hijau (4) ungu
-kemudian masukan kedalam bekas berselang seli ( seperti buat kek mable)....
-bila sudah siap masukkan kedalam peti sejuk & biarkan ia beku...
- SIAP....
(resepi Ana Ina share oleh AzNie RozIma )

BISKUT FRAMBOZEN KENARI

sumber :KR Zuraini Alias

r
Dari My HappY Oven...bislutnya sangat rangup dan paling top tempahannya...
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster

Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )
Bahan Taburan :
Badam hiris
Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.

TIRAMISU(Hanieliza)

Friday, May 27, 2011
Bahan A
24 keping biskut tiramisu (klu tak de blh pakai kek apollo perisa kopi)
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (sy pakai 1 tub kecil 150g)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko(sy pakai chocolate block parut)

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendidih (sy ganti dgn gelatin 1s/b larut dlm air panas)

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafe.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

resepi ni sy ambil dihttp://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=158627&extra=&page=55

RESIPI ::::GANACHE CHOCOLATE

Tuesday, May 3, 2011
Coklat ganache 1
120ml whip cream
150g dark coklat-dipotong kecil2
20g butter

double boil whipping cream suam2 kuku.matikan api.alih dr air.msuk coklat dan butter.kacau hgga sebati
kalo nk hias buat bunga@corak lain simpan dlm peti smlman


Coklat ganache 2
300gm whip cream
600g coklat masak-dicincang
1/2 cwn sirap glukos/madu
2sd teh butter

panaskan krim putar hgga hmpir didih.curahkan ke dlm mangkuk berisi coklat.biarkn sebntar.kacau hgga sebati.
msuk sirap [email protected] sekali msuk butter.kacau sebati

CHOCOLATE BANANA CAKE

Bhn2 sponge cake..
250 gm tepung optima
6 bj telur A
60 ml air
1 sdb coklat emulco
170 gm gula castor
60 gm mentega - dcairkn

Cara2nya..
1. Pnskn oven 180C n sapu mentega pd loyang 9 inci n lapikkn dgn kertas minyak.
2. Masukkan semua bhn2 kecuali mentega yg telah dicairkn dan pukul dgn kelajuan tinggi sehingga gebu.
3. Akhir skali masukkan mentega, kacau dengan spatula dan bakar slama 25 minit atau sehingga masak.
4. Keluarkan biar sejuk atas jaringan dan masukkan pula dalam peti sejuk selama 1 jam.

Bhn2 chocolate mousse..
375 gm whipping cream
1 1/2 sdk esen vnla
1 1/2 sdb serbuk gelatine - campur dgn 6 sdb air n pnskn dlm microwave slama 20 saat
75 gm serbuk koko + 120 gm gula icing - gaul rata
2 sdb +  coffee expresso + 2 sdb air pns - gaul rata(lganti dgn nescafe)

Cara2nya..
1. Pukul whipping cream shingga gebu kemudian masukkn sume bhn2 utk mousse n pukul lg sampai rata.

Bhn2 chocolate ganache..
35 gm serbuk koko
50 gm gula castor
150 gm whipping cream
80 gm chocolate - dcincang
30 gm mentega

Cara2nya..
1. Masukkn sume bhn2 dlm periuk kecil n masak scara double boiler. Masak shingga ganache pekat n sejukkn sblm dtuang ke atas kek.

Bhn2 banana coklat..
4 bj pisang berangan@montel - hiris stebal 3 cm
2 bj pisang - hiris nipis - utk hiasan

Cara2nya..
1. Potong kek kpd 2 bhgn. Sapu rata 1/3 mousse ke atas lapisan bwh kek.
2. Susun hirisan pisang sampai memenuhi keseluruhan kek.
3. Sapukn 1/3 mousse lg ats susunan pisang shingga rata. Kemudian lapiskn dgn satu lg lpsn kek. Sapu baki mousse td pd seluruh bhgn kek n masukkn dlm peti sejuk dlm 1 jam atau shingga mousse keras.
4. Tuang coklat ganache td n biar mgalir scara semula jd. Hiaskn dgn coklat putih n hirisan pisang mgikut kreativiti msg.

ORANGE CHEESECAKE

Monday, May 2, 2011







Bahan-bahannya ;-)
1-1/2 cawan serbuk biskut digestive atau biskut coklat
1/4 cawan butter atau margarine - dicairkan
24 oz cream cheese - dilembutkan
1 cawan gula
3 biji telur
2 sudu besar tepung
1/4 cawan jus dari buah oren
1-1/4 sudu teh zest kulit oren
11 oz isi oren dlm tin
2 sudu teh tepung jagung
1/2 cawan oren jus

Panaskan oven ke suhu 165'C. Dlm mangkuk campurkan serbuk biskut dan mentega kemudian tekankan pada dasar dan tepi 9 in baking pan yg telah digris.
Simpan dlm fridge sementara membuat fillingnya.

Didlm mixer pukul cream cheese dgn 3/4 cawan gula dgn kelajuan sederhana hingga sebati. masukkan telur,tepung, 1/4 cawan jus dari buah oren & 1 tsp parutan kulit oren gaul sebati.

Curahkan adunan kedlm crust dan bakar selama 1 jam. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk di atas redai selama 1 jam sementara tu buat toppingnya.

Dlm periuk kecil campurkan 1/4 cawan gula, tepung jagung, jus oren & 1/4 tsp parutan kulit oren masak atas api sedang hingga mendidih dan pekat. Ketepikan biarkan sejuk.

Susun isi oren atas kek kemudian curahkan topping diatas oren dan kek rata2. Sejukkan dlm fridge sekurang kurangnya 12 jam atau semalaman

APAM POLKA DOT

Sunday, May 1, 2011
Ini yang Achik Yuni buat ...cantikkan?


Hah anak-anak seronok betul menolong buat kan dot-dotnya...berebut-rebut...macam warna yang menjadi pilihan masing-masing...Tapi mama takut la nak taruk warna terang-terang...so pilih warna smooth je la...

Bahan2nya :

3 biji telur sejuk dari peti ais
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar @ 150ml air + 5 scoop susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalete
filling blueberry @ stock jam dalam peti ais ikut suka
Pewarna

Caranya :
1) Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan
maxima 6-8 minit sampai kembang.
2) Bhagian adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
3) Masukkan setiap warna dalam piping bag @ plastik bersih
4) Picitkan adunan separuh kedalam mangkuk kertas
5) Letakkan filling secukupnya nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer
6) Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan....

~Lemon Cheese Cake ~

Friday, April 29, 2011
Ehsan google niihh...
Annie Syeema cakapkan...
Simple je resepi nie :)

Sediakan basic cheese cake
~ Butter + guna oreo / digestive /biskut marie pun boleh..
...* Sejukkan dalam fridge 15minit.

BAHAN A
*260g cream cheese
*65g gula
BAHAN B:
20g tepung gandum
BAHAN C :
2 telur kuning
1/2 telur putih
1 biji lemon ( amik air jer ) tak mau masam , kurangkan..ainie suke msam.hehe
BAHAN D :
100g whip cream
BAHAN E :
1/2 telur putih
20g gula

~ Pukul cream cheese + gula hingga sebati
~ Masuk tepung + Bahan C
~ Campur Bahan D
~Pukul Bahan E dalam bekas asing ( jadikan meringue )
dan campur kan dlm adunan , gaul sebati.Masukkan dlm base cis kek.
Bakor selama 75minit / smpai masak..guna kaedah water-bath..seksa dia dlm suhu 150C.
selamat mencuba-cuba . . hehe kalau mama buat nnti baru kita upload gmbarnya yer...

Hah jangan tak cuba resipi ni...Cik Ainie ni ada bakery tau...mesti sodap bah ini...mama sendiri tak sabar nak merasa ni...

Donut Gebu With Filling Kiwi...so yummy

Thursday, April 28, 2011

Kek Puding Kastad Bercoklat


Bahan kek span ;-)
130 gm tepung berserbuk penaik
11O gm gula kastor
60 gm mentega
5 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil esen vanila
CopyFromFamiliazamDotCom
Bahan Puding ;-)
410 gm susu cair
400 ml air
120 gm gula kastur
50 gm tepung kastard

30gm serbuk coklat
1/2 sudu besar serbuk agar-agar

Cara membuatnya ;-)
Panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
Lenserkan acuan bulat berukuran 22 sm dan alaskan dengan kertas minyak.
CopyFromFamiliazamDotCom
Kek
1. Putar telur, gula kastor, tepung dan soda bikarbonat hingga naik.
2. Masukkan mentega dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam dua acuan bulat.
4. Bakar dalam ketuhar hingga masak. Sejukkan.

Puding
1. Masak agar-agar, susu, air, gula kastor,serbuk coklat dan tepung kastard hingga pekat. Padamkan api.
2. Letakkan sekeping kek di dalam acuan dan ratakan puding di atasnya.
3. Tangkupkan dengan sekeping kek lagi. Simpan dalam peti sejuk hingga puding keras. potong dan hias ikut citarasa sendiri.

Royal Icing Recipe

Friday, January 21, 2011

Sumber : Chef Razak
Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :

4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)

Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi
3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.

Haa...to all body outside there if u dare to make it ur own fancy cookies...here is icing that u can use to deco your any kind of your biscuit/cookies..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails