Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia?

Assalamualaikum...

Entry di bawah ni 2 minggu lepas punya cerita sebenarnya. Tapi terlupa nak publish. Tgk2 ada dalam draft. Baru nak share..

----------------------------------------------------

Semalam, berjumpa seorang sahabat dan sangat tertarik dengan kata-katanya, "Kita sepatutnya memperalatkan dunia untuk mendapatkan Allah, bukannya memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia."

Ya, sangat betul. Tersentak hati bila mendengar kata-kata itu. Sekarang ni ramai yang memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia. Bagaimana tu? cuba fikir-fikir balik. Masa bila kita ingat Allah? Masa dekat nak exam, masa tu lah kita tingkatkan amal ibadat dan mendekati Allah. Masa sakit, masa tulah berdoa bersungguh-sungguh. Masa nak dapatkan sesuatu, tekun beribadah tetapi untuk apa? Adakah hanya untuk mendapatkan kejayaan dunia, kesihatan, gaji besar, duit banyak? Lalu untuk apa?

Kadang-kadang diri sendiri pun terleka. Ibadat menjadi rutin harian tanpa roh di dalamnya. Maka, apakah nilainya ibadat itu? Setiap hari keluar bekerja, untuk dapat duit yang duit itu digunakan untuk barang-barang untuk keluar bekerja seperti baju, duit minyak, beg etc. Jadi, apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman? Cuma kerana kita meluangkan sedikit masa untuk Allah?

Memang Allah suka dengar hambaNya berdoa. Malah, Allah yang Maha Pengasih akan memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.Tapi kena ingat bahawa, Allah tidak menjadikan manusia dengan sia-sia.

persoalan yang kena sentiasa ada dalam minda kita iaitu dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, apa tujuan hidup di muka bumi?

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama[485] mereka sebagai main-main dan senda gurau[486], dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. (Surah Al-An'am : 70)

Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini...

[+/-] Read more...

Thursday, May 19, 2011

Keperluan atau kehendak

Assalamualaikum..

Dalam hidup ni, lebih banyak benda yang kita belanja ikut kehendak berbanding keperluan kan? Maka, jadilah kita sentiasa berada dalam keadaan tidak cukup. contohnya, beli kereta untuk zaman sekarang ni dah kira keperluan sebab kenderaan awam agak sukar digunakan. Tapi perlukah beli kereta mewah macam bmw ke mercedes ke. cukuplah kereta family biasa kan. sebab tu makin banyak duit masuk, makin banyak la pula hutangnya. Bak kata pepatah, makin besar periuk makin banyak la keraknya. best ke kerak tu? tak best pun. nak makan pun keras. huhuhu.

sekarang ni macam agak sedang berkira-kira nak membeli smartphone dan tablet pc. tapi perlukah? beli tepon biasa pun macam cukup kan. bukan nak pakai sangat pun macam-macam application tu. mengada je lebih. huhuhu. tapi on the other hand, macam ada juga application yg perlu untuk business. dan dan pula handphone buat perangai. tiba-tiba sim card tak detect. bila recharge tak mau charge. pastu keluar error pelik2. aduuuhhh... tak sampai setahun lagi pakai handphone ni. membazir betul.

takde la nak beli sekarang pun. kewangan pun tak stabil. banyak lagi benda yang PERLU beli daripada sibuk nak kehendak. Tapi kalau nak beli telefon baru pun, lebih pentingkan pada ciri-ciri yg saya mahukan iaitu :
1) boleh dual sim card (skrg dah ada 2 nombor, malas nak bawa 2 handphone) - ada ke smartphone dual simcard?
2) Ada application Al-Quran, Hadith dan mathurat Kubra
3) boleh simpan phonebook banyak2
4) boleh simpan sms banyak2 dan bila sms lama2 tu boleh delete sendiri
5) boleh buat group phonebook banyak2
6) automatic save send sms
7) boleh access internet
8) camera & video (rasa sekarang ni semua phone pun ada)
9) ada memory yg agak besar

sebenarnya benda yg kecil2 je. tapi sbb phonebook dan sms yg saya banyak guna, mesti ada je yang tak kena yang mungkin orang tak aware sangat pun.

tapi macam teringin juga nak tablet pc. nampak cam comel je dan mudah dibawa ke mana2. masa baring menyusu muadz pun boleh check email.

kenapa tak yg boleh dua2 contoh cam galaxy tab tu?
saya tak suka bila handphone tak rupa handphone. huhu. macam besar je nak dibawa. pastu bila cakap nak kena pakai earphone plak. tak best la. nak rasa macam handphone. lagipun kalau setakat nak jalan kejap2 pegi surau, malas la nak membawa besar camtu.

Abis tu sekarang ni tepon pun boleh access internet dan macam2?
tepon kecik sangat plak. huhuhu. lagi satu, bukan sekadar access internet. saya suka membuat kerja2 lain juga. contoh dalam words, excel, pdf. kalau masuk phone kecil sangat nak buat keje copy & pastenya. huhuhu.

Banyak songeh? hehehe. mestilah. tapi nak belinya belum tentu. sekadar berfikir. bersyukur seadanya. buat masa ni masih belum keperluan mendesak. masih boleh hidup seadanya. nanti bila bisnes kencang, di mana2 nak check order masuk ke tak, mungkin masa tu dah jadi keperluan.

tapi kadang masa kat surau, masa tu la ada je terpikir benda.  tapi risau juga, bila dah ada nanti sibuk dengan hp plak masa kat surau. sekarang ni masa mengepam tu la masa nak beruzlah dengan Allah. tak nak diganggu walaupun kadang2 fikiran dan emosi terganggu. tapi bila mengadu pada Allah insyaAllah tenang semula

Pendek kata, berfikir sebelum membeli. Jangan ikut nafsu. Baru je terdengar peringatan ni semalam.

Bila mana dunia berada dalam hati manusia....

[+/-] Read more...

Thursday, March 10, 2011

Berbeza pendapat

Assalamualaikum..

Setiap manusia memang dilahirkan berbeza. Dengan perbezaan pendapat, perbezaan ilmu dan kefahaman. Tapi kenapa ada setengah kita, bila berjumpa dengan sesuatu dengan berbeza pendapat, cepat membuat conclusion bahawa orang itu cuba memburukkan kita, cuba menjatuhkan kita, bersifat dengki dengan kita. Sedangkan mungkin dia tak berniat pun sedemikian rupa. Dia mungkin cuma berkongsi apa yang dia tahu dan faham. Terlampau cepat kita memasukkan unsur negatif dalam diri. Terlalu cepat kita membuat keputusan berdasarkan sesuatu perkara,

Benar, perbezaan pendapat mungkin kerana kita mendapat pelbagai ilmu dari sumber yang berbeza. Jadi, seharusnya kita berkongsi apa ilmu yang kita tau tetapi bukan mengharapkan orang lain menerima bulat-bulat.

Dalam Islam sendiri ada banyak perbezaan pendapat. Bukan di zaman sekarang sahaja, dari zaman Rasulullah sendiri. Tetapi adakah Rasulullah melarang? Tidak, Rasulullah membuka pintu ijtihad para sahabat. Cuma aqidah yang tak boleh berbeza pendapat. Aqidah tetap satu! Tetapi untuk perkara-perkara furu'(bercabang), boleh aje nak berbeza pendapat. Tetapi, jangan lupa, mesti berlandaskan Al-Quran dan sunnah ya.

Sebab itu dalam Islam ada 4 mazhab yang besar. Dan imam-imam mazhab ini sendiri berguru sesama mereka dan menghormati sesama mereka. Tiada pun yang bergaduh. Yang bergaduh lebih-lebih tu kadang-kadang pengikut-pengikutnya sahaja. Setiap imam mazhab tu bukan calang-calang orangnya. Dah kaji beribu hadis dan ayat al-quran. Mereka sendiri berkata, kalau ada jumpa hadith yang lebih kuat dan sahih daripada yang mereka jadikan sumber, boleh tolak hadith yang mereka pegang. Tapi kita ni setakat tau 2-3 hadith tak payah la nak sibuk kata imam ni lagi bagus dari imam tu. atau imam ni yang terbaik etc. Cukup kita berpegang pada apa yang kita yakin. Tapi kenalah mendalami ilmu tu juga. Keyakinan perlu dibina, bukan diperolehi sekelip mata.

Maka, marilah kita raikan mereka yang berbeza pendapat. Kalau rasa pendapatnya kurang tepat, apa kata kita cuba perbetulkan. Kalau mereka tidak mahu menerima, terpulang pada diri masing-masing, yang penting kita dah cuba sehabis daya. Tak perlu dipersendakan atau berkata yang tidak baik tentang mereka. Semoga kita terpelihara dari penyakit-penyakit hati.

[+/-] Read more...

Thursday, January 20, 2011

Semakin busy?

Assalamualaikum...

Semalam team kecil kami dipanggil leader. akan ada pertambahan kerja. agaknya sebab dia orang tengok kami ni kurang kerja kot. huhuhu. jadi, lepas ni mungkin akan bertambah busy dengan kerja office.

bagaimana dengan business? I'll try to do my best. Bila la nak boleh dapat jadi full time business ni. huhuhu. tapi dah janji dengan hubby. selagi pendapatan business ni tak melebihi gaji sekarang dan tak tetap, takkan berhenti kerja. Maknanya, contoh kalau gaji sekarang RM2000(bukan nilai sebenar), kena dapatkan RM2500 sebulan selama lebih kurang 6 bulan baru boleh berhenti kerja.

denan itu, kenalah kerja kuat tapi masa amatlah mencemburui saya. sangat cemburu dengan mereka yang dah berjaya. of course bukan dengan mudah. business ni memang kena kerja kuat. kalau tak, tak dapat hasil.

Antara hikmahnya juga Allah jadikan Rasulullah seorang peniaga sebelum berkahwin dengan Saidatina Khadijah. Sebabnya banyak nilai-nilai yang boleh belajar. Antaranya sabar. Memang kena sangat banyak bersabar. Dengan pesaing lagi, dengan cemuhan lagi, dengan customer lagi. kadang2 dah tulis tapi kena beritahu lagi sebab tak semua orang aware.

Dengan business ni juga belajar cara berinteraksi dengan orang. Bagaimana berinteraksi supaya customer, sahabat dan juga musuh semuanya berpuas hati dengan kita. dan juga mendidik sifat amanah. Amanah pada diri, amanah pada Allah.

nak sebut pasal hadis 9 dari 10 punca rezeki dari perniagaan, check2 rupanya hadis tu adalah hadis dhaif(lemah). tak kisah la, yang penting business ni memang banyak melatih diri bekerja kuat. bukan sekadar menunggu kerja datang. tapi, mampukah?

InsyaAllah. Try my best in everything.

[+/-] Read more...

Friday, December 24, 2010

Cuti lebih penat dari kerja?

Assalamualaikum..

Semalam saya bercuti sebab mengikut kalender Jepun. Suami juga ambil cuti sebab nak menguruskan beberapa perkara. Muadz terpaksa la hantar ke Taska. Sorry sayang, ummi dan ayah banyak benda nak buat. Nanti Muadz tak boleh rehat. Kat taska boleh rehat dan main dengan kawan-kawan.

Lepas hantar muadz dan breakfast kami ke SSM. Dari jam 10 pagi sampai dekat nak pukul 1 baru habis urusan di situ. aduhai, lama betul. Kemudian kami makan dan solat. Shopping barang di The Store, Plaza Alam Sentral Shah Alam sekejap sebab weekend ni nak berjalan jauh. InsyaAllah nak ke kenduri orang kawen di Perak kemudian terus ke Cameron Highlands. Jadi beli beberapa barang keperluan sikit.

Dah habis tu tengok jam dah pukul 4 lebih. Terus ke pusat zakat dan bayar zakat. Sepatutnya nak ke pos office tapi macam tak sempat je. So teruslah balik rumah. Balik rumah, dua-dua dah sakit kaki. Hubby yang tak berapa sihat, makan ubat batuk dan terus tidur. Sebelum tu sempat pula basuh baju.

Ingat nak rehat juga sebelum ambil muadz tapi kakak call. cakap phone dengan dia sampai dekat nak pukul 6 terus solat dan keluar ambil muadz. mula-mula ingat nak masak untuk makan malam tapi rasa macam tak sempat dan tak larat. So sebelum ambil muadz, singgah pegi beli lauk. balik tu pulak, nak masuk simpang ke rumah dari jalan besar boleh plak accident. hahaha.

tak reti nak explain macam mana tapi kereta ternaik kat bumper jalan dan tak boleh bergerak. punya nak mengelak kereta sampai tak perasan terketepi sangat. ramai juga yang datang membantu. tolak-tolak tarik-tarik kereta tak bergerak.

Tak lama lepas tu hubby datang. terpaksa call kejut dia untuk tolong. dah tak tau nak buat apa dah masa tu.dalam 15-20 minit alhamdulillah kereta dapat berjalan semula. Tiada kerosakan yang teruk. masa tu takut juga kereta rosak. dah la weekend ni nak berjalan jauh. Jadi terpaksa ambil muadz lewat sikit.

By malam dah sakit-sakit pinggul dan kaki. Saya pun tak tau kenapa tapi dari dulu bila berjalan banyak atau berdiri terlalu lama mula sakit tumit dan terus sampai ke pinggul. bila baring terasa sangat sakit. macam ada satu urat yang bersambung.

Malam pula siapkan makanan muadz. nasib baik malam tu muadz mood baik. Main sorang-sorang je. kalau tak biasanya kalau tak nampak ummi dan ayah tak layan mula la bising. Alhamdulillah, malam tadi sempat jemur baju, blender beras untuk masak bubur muadz next time dan buat puree apple.

masa cuti la macam-macam benda nak buat sampai sakit-sakit badan. respect betul orang yang suri rumah sepenuh masa. kerja rumah ni memang tak pernah habis. sentiasa je ada baju yang nak kena basuh, jemur, lipat dan gosok. sentiasa je ada pinggan mangkuk nak kena basuh. sentiasa je ada benda yang nak kena kemas-kemas.

Rasanya duduk kat office lagi selesa. Duduk je mengadap pc sambil buat kerja office dan kerja-kerja lain. :P

[+/-] Read more...

Monday, December 20, 2010

Ziarah 4 baby

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sabtu lepas berjaya ziarah beberapa orang sahabat yang baru dapat baby. 2 di bangi, 2 di KL.

Mula-mula ziarah Kak Hanan, yang melahirkan baby lebih kurang seminggu yang lalu. Dapat baby boy nama Abbas. Semoga sekuat Abbas, bapa saudara Rasulullah. Kemudian ke rumah rizafizah sensei. Dia ni sebenarnya sensei saya masa persediaan sebelum ke Jepun.

Semasa di Jepun, dia dan suami ke sana sambung PhD. bawa sekali anak-anak. Rumah pula dekat dengan rumah saya. Jadi, selalu juga la melepak rumah dia. Yelah, saya masa tu duduk sorang-sorang. Rajin juga pergi masak-masak (dan tumpang makan :P ) kat rumah dia. semalam gi ziarah pun tumpang makan rumah dia. Lama sangat tak jumpa dia dan anak-anak. Sibuk bersembang je. baby dia tak tengok sangat pun. hehehe. Dah besar anak-anak dia, dah masuk anak kelima pun. Anak dara dia pun dah boleh di harap. Baby yang terbaru ni girl, bernama Aisarah. Nama penuh tak ingat pula. hehe.

Kemudian ke KL pula, rumah Kak Anfal. baby girl juga. kat sini tak stay lama sangat. sebab tuan rumah pun berpantang sendirian. tak nak mengganggu lama-lama. lepas itu, lari pula ke rumah kawan hubby di KL juga. Tengok baby dia yang baru lahir. dari pagi sampai ke petang ziarah orang. Excited muadz, bukan tengok baby tapi sebab ramai suka layan dia. huhuhu.

Masa nak balik tu sempat pula singgah tempat sale. nampak macam ada jualan murah. Baju jenama carter's di jual dengan harga RM10? huh, apa lagi. dapat la muadz sepasang baju baru. hubby pun dapat t-shirt baru. Saya? kurang berminat beli baju. Sekarang ni minat nak beli baju yang boleh untuk breastfeeding aje. huhuhu.

Alaa..gambar dalam kamera hubby pula. Lain kali la upload.

p/s- terima kasih kalian kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.

[+/-] Read more...

addicted to chocolate

Assalamualaikum..

Lately ni sangat addicted to chocolate. Agaknya sebab dah perasan diri kurus kot, tu yang suka ati je makan coklat. Dulu memang pun suka coklat. Masa belajar dulu, dalam peti ais mesti ada stok coklat. lepas makan nasi makan coklat sket.

Sekarang ni bila dah start makan coklat terus addicted balik. Lepas makan asyik cari coklat je. huhuhu. buncit la ini macam. suka coklat yang ada biskut dalam dia. macam time out tu. ataupun kit kat tapi kit kat dah boikot sebab barangan nestle.

macam mana nak stop makan coklat ni... kalau dah kenyang pun still boleh sumbat coklat. macam ada perut kedua plak. huhuhu.

isyk.. apa la yang saya mengarut ni.

[+/-] Read more...

Monday, December 13, 2010

Berperang dengan Cik T

Assalamualaikum...

Sekarang ni kami sekeluarga tengah berperang dengan Cik T. Saya malas nak ambil tahu sangat sebenarnya tapi sebab dia dah mengganggu keluarga kami, kadang-kadang saya kena la juga masuk campur supaya keadaan tidak bertambah buruk. Hubby makin lama makin geram dengan dia yang makin lama makin melampau. Saya setuju aje hubby nak hapuskan dia, biar jauh-jauh sket ye.

Mula-mula saya yang gaduh dengan dia dulu tapi sebab saya ni penakut. Hubby pula take over. huhuhu.

Ceritanya bermula macam ni, suatu hari, sedang saya elok memasak di dapur, saya pun buka laci nak ambil sudu. tiba-tiba ada benda melompat. terus saya terkejut, menjerit dan beberapa lama juga fobia nak buka apa-apa laci kat dapur tu. agaknya sebab dalam laci tu ada makanan dan laci tak tutup rapat kot. lepas tu asyik minta hubby bukakan laci kat dapur.

Dah lama takde gangguan, tengah masak saya terdengar ada bunyi kat tempat letak gas. saya cakap dengan hubby, ada dengar bunyi kat situ. cuba check tapi lepas saya naik tidur ye. Malam tu hubby buka laci tong gas memang pun kat belakang tu ada Cik T dan banyak tulang-tulang. hubby kata rupanya cik T masuk rumah melalui tingkap. Tingkap kami memang tak boleh tutup. Sebab ada wayar dan paip untuk mesin basuh yang ada di luar rumah bersambung ke dalam rumah.

Hubby pun beli perangkap gam. letak di bawah almari dapur dan letak makanan. Esoknya tengok perangkap dah ada kat tengah dapur. lantai dapur pula melekit. sah dia dapat lepas lari. Hubby pun tambah lagi gam dan letak. Suatu hari hubby nampak dia keluar, memanjat wayar mesin basuh tu. pandai pula dia memanjat. hubby letak perangkap gam betul-betul dekat tempat turun dia, bawah wayar. dia boleh pula melompat dari rak terus ke wayar. tak lalu lantai dah.

hubby letak pula gam atas kertas kotak dan letak pemberat dan letak kat tingkap tempat dia masuk. dia masuk kot tepi pula. hubby letak kain supaya takde laluan masuk yang lain. dia panjat kot tingkat dua tingkap plak. tingkap dapur kami macam tingkap sekolah dulu. bertingkat-tingkat cermin kaca. pandai pula la cik T ni. hisy.

hampir tiap-tiap malam hubby berperang dengan cik T. kadang-kadang nak naik atas tidur pun berpeluh-peluh. kesian dia. hubby kata ingat nak letak jaring kat tingkap tu supaya dia tak boleh masuk.

Weekend lepas kami pulang ke rumah mak shah alam dan ke ulu yam, rumah mertua. ahad malam balik rumah, macam biasa hubby on pc. bila tak boleh on dia pun check-check wayar kat belakang pc. sekali jumpa tulang belakang monitor. mengamuk la encik hubby. memang cik T ni cari gaduh tau. hubby memang pantang orang using PC dia. anak buah dia pun tak berani usik. isteri dia? guna macam biasa boleh la tapi jangan usik apa-apa. ari tu ada terusik apa ntah, kena juga la isteri kesayangan dia ni. huhuhu.

hubby kata "cik T tu memang nak balas dendam kat abang. abang tau dah." adoi, jadi macam cerita mouse hunt plak dah. hubby kata cerita tu sampai roboh rumah tu kan. jangan jadi sampai camtu ye, bang. huhu.

pagi tadi saya turun bawah, buka je lampu cik T berlari keluar dari belakang keyboard hubby pegi ke dapur. bagitau hubby, terus dia buka pc. takut ada wayar yang kena gigit. huhuhu. memang mencari pasal la cik T ni. hubby dah bertambah geram dah. nak diracun saje. tapi takut plak ntah kat mana-mana matinya.

jangan dia menyerang botol susu dan barang-barang baby sudah. saya plak yang naik angin karang.

[+/-] Read more...

Wednesday, December 8, 2010

Spam SMS

Assalamualaikum..

Sebelum ni selalu dapat spam email, hari ni tiba-tiba dapat Spam SMS pula. Kandung SMS

Ini Ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah 0178936809 ayah ada mslah di balai police. tak payah call. sekejap ayah call balik.
- dari +6285216744603

Pertama yang terfikir di minda, nombor apa pula yang dipakai ni. pelik sangat nombornya.

Kedua, buat apa ayah pegi balai polis? Settlekan saman ke? sejak bila pula ayah ada saman. Setahu saya, ayah tak pernah dapat saman. kalau dapat pun, orang lain yang bawa kereta masa tu. (Sebab tu dia selalu bising kalau anak-anak dia dapat saman. huhu)

Ketiga, kenapa ayah pakai nombor maxis dan pre-paid. Setahu saya, ayah setia pada celcom. huhu. dan memang tak pakai prepaid. Phone ayah hilang? beli aje lah sim card post paid yang baru. dan bagitau kami seperti yang pernah buat sebelum ni. (bukan sim card atau phone hilang tapi dia saje beli nombor baru sebab jumpa nombor cantik. :P )

Keempat, kenapa contact saya? mestilah pertama sekali akan minta bantuan isteri dia, iaitu mak saya. Ayah tentu tahu kerja saya bukan boleh keluar sesuka hati. lagipun mana la saya tahu nak beli prepaid kat mana di tengah-tengah cyberjaya ni. saya tahu jalan pegi dan balik aje. :P Baik dia minta tolong adik yang kat rumah(tapi dia takde duit pula). kalau macam tu minta tolong kakak sulung yang memang dah sah-sah ada jual prepaid kat kedai dia (dia ada jual lagi ke ek?)

Saya ni kadang-kadang lurus bendul juga. jadi dalam hati berdebar-debar la juga takut ayah dalam kesusahan. dalam pada fikir tak logik tu, terfikir juga nak minta tolong hubby masukkan duit dalam nombor tu. huhuh. tapi sebelum bertindak, forward msg tu kat nombor ayah dan tanya betul ke dia ada bagi msg tu. Alhamdulillah, ayah reply kata jangan layan. dia dah 2 kali dapat message yang sama (dan rasanya dia hantar kat anak-anak dia yang lain juga kot warning tu).

Alhamdulillah, mak dan ayah saya tidak dalam kategori susah dari segi kewangan (tapi kami tak pernah rasa kami mewah atau banyak duit sebab tak pernah dimanjakan dengan wang. nak beli apa-apa kumpul duit sendiri dan beli. benda yang mengarut tak payah beli. :P ) Jadi, agak sukar nak percaya dia minta bantuan kami dari segi kewangan. Tapi kalau orang yang ayahnya kesusahan dan situasi dalam sms tu logik pada ayah dia mungkin akan tertipu.

Jadi, sebelum apa-apa, sila confirmkan dengan ayah anda dahulu ye.

Alhamdulillah, terselamat dari penipuan. Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni ye. dekat jepun dulu pun ada kes makcik-makcik call dan mengaku diri mak diorang yang dah lama lost. tiba-tiba dapat tahu pasal anak dia. tapi dia dalam kesusahan dan perlukan bantuan wang. berjuta-juta yen juga orang yang terpedaya tu.

[+/-] Read more...

Monday, October 18, 2010

Sticky Post : Rahsia Tangisan Bayi

Post ini akan distickkan buat beberapa ketika. Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya projek yang dirancangkan hampir siap. Insya-Allah saya akan melancarkan buku Rahsia Tangisan Bayi tidak lama lagi. Buku ini berbentuk ebook (digital book), boleh download dan terus baca setelah urusan jual beli selesai. Kalau nak print dan baca pun boleh.

Buku ini ini menerangkan sebab bayi menangis, cara memahami maksud tangisan serta cara menanganinya. Ebook ini bertujuan membantu ibu-ibu baru (khususnya) untuk memahami tangisan bayi mereka. Tapi kalau ibu-ibu lama nak cuba pun boleh juga. InsyaAllah akan lebih mudah mengurus anak lepas ni.

Kalau Muadz nangis tak berenti tu saya guna juga cara-cara yang ada dalam buku ni. Alhamdulillah, setakat ni saya boleh faham kenapa dia nangis, kadang-kadang je mati akal. Tapi biasanya terpaksa tak layan sangat  dan biar ayah dia layan sebab kalau tak, tak boleh nak buat kerja.

Sekarang ni dia dah kenal orang. Kalau orang yang dia tak kenal tu dia pandang je dan buat muka blur, senyum pun tak nak. Weekend lepas dengan tok mak dia asyik nak menangis. Kesian tok mak. Tapi mungkin juga sebab dia tak berapa sihat.

Memang seronok bila anak nak dengan kita. Senyum-senyum dengan kita. Kadang-kadang tengah menyusu, dia berhenti, pandang dan senyum. Terasa sangat bahagia masa tu. Tapi, ummi tak boleh buat kerja lain la, sayang. Kesian ayah kena take over kerja rumah.


Ops, ni dah lari topik ni. Sebenarnya nak promosikan Rahsia Tangisan Bayi tu. Baru mula nak berkecimpung dalam perniagaan internet. Kalau nak tahu lebih lanjut, layari Rahsia Tangisan Bayi. Jemputla download buku percuma tu dulu. Nanti ada maklumat terbaru saya akan beritahu kemudian.

[+/-] Read more...

Friday, August 27, 2010

sedikit busy..

Assalamualaikum...

Lately ni sedikit busy. terasa masa di office ni dah tak cukup dah nak siapkan semua benda. sebelum ni rasa banyak je masa free. sebabnya? tengah menyelesaikan projek khas. nak tau apa dia? tunggu.....

tapi memang agak kelam-kabut nak siapkan projek ni. kerja office still nak kena buat macam biasa. sebab tu blog agak lambat sket nak terupdate. sedangkan banyak je benda nak update sebenarnya. nak blog-hopping atau blog shopping pun dah tak sempat. memang mengejar masa je kerjanya.

balik rumah nak kena kelam-kabut siapkan kerja rumah pulak. huhu. kelam-kabut je la kerjanya saya lately ni. nasib baik takde darah tinggi. hari tu ada baca kebanyakkan ibu-ibu memang akan sedikit kelam-kabut bila dah ada anak. melainkan kalau ada pembantu rumah. jadi jangan stresskan diri bila tengok rumah tunggang-langgang. walau bagaimanapun sentiasa berazam untuk selesaikannya. yang penting kena selesaikan perkara yang urgent+important dulu. kemudian baru selesaikan benda yang urgent+less important, less urgent+important dan akhir sekali less urgent+less important.

p/s - maaf kalau entry kurang bermotif. saje nak lepas tension. owh..stok ESP dan PD saya dah nak habis. baca sini.
- lately ni ada beberapa website yang saya tak boleh akses antaranya genkimomma.com. kawan sebelah pun tak boleh akses tapi kawan lagi seorang boleh pula akses. argh..geram betul.

[+/-] Read more...

Tuesday, August 10, 2010

Muadz dah sihat, ummi pula...

Assalamualaikum..

Semalam bawa Muadz pergi klinik lagi. Bawa jumpa doktor yang sama sebab nak confirm betul dah sihat dan tak perlu makan ubat, sambil tu boleh inject untuk 3 bulan sekali. Alhamdulillah, doktor kata stop semua ubat, antibiotik esok(hari ni) last. lepas tu tak payah dah. Alhamdulillah.

So kami pun proceed minta doktor bagi injection untuk 3 bulan. dah terlewat seminggu lebih dah sebab Muadz tak sihat. Alhamdulillah, sekali lagi Muadz tak nangis pun kena inject. seronok sengih-sengih nak main je. Setakat ni setiap kali inject Muadz ok je. cuma masa inject untuk sebulan dia nangis kejap. nangis terkejut sebab kena inject time dia tidur. dah tu, penat ummi dengan nurse kejutkan, siap basuh muka pun tak nak bangun. cucuk je la. bangun nangis kejap lepas tu tidur balik. lawak betul la Muadz ni. harap-harap dia tak demam balik.

tapi start malam tadi ummi dan ayah dah start sakit tekak. pagi ni hidung dah start berair. kepala pun macam berat je. aduh, dah berjangkit dekat ummi pula. free nutriferon ari tu ada tinggal 2 batang lagi. so kami ambil sorang satu, hari ni minum air nutriferon. ummi plak bawa bekal performance drink dalam botol mineral ke office.

aduh, duduk dalam air-cond ni makin menjadi-jadi pula selsema. ayah la ni, sibuk suruh ummi selsema supaya boleh bagi antibodi kat Muadz. Ummi dah la cepat berjangkit kalau selsema lepas tu susah nak baik pula tu. sampai merah-merah hidung melecet pun tak baik-baik juga. nak beli trial pack nutriferon tu macam mahal la pula...

[+/-] Read more...

Wednesday, April 14, 2010

Persediaan sebelum cuti panjang

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni sibuk buat persediaan diri dan untuk baby, hari ni buat persediaan di office pula. Beberapa hari lepas dah hantar borang cuti tapi takde tarikh lagi kat leader. Kot-kot emergency tak sempat apply cuti, jadi bagi siap-siap. Untuk apply secara online insyaAllah boleh je buat kat rumah lepas bersalin nanti.

Hari ni, mengemas kini mailbox di office. Bagi kosong sikit mailbox tu supaya kalau cuti 2 bulan nanti takde la jadi over-flood. Setiap hari biasa mesti banyak je update, jadi kenalah bersedia. Takut ada email yang penting tak sampai pula. Dan dah set "out of office" kat outlook. Set start 1hb 5 tapi kalau dah ada tanda-tanda sikit-sikit nanti ubah la. Fail-fail dalam PC pun dah susun sikit-sikit.

Semalam hubby beli air zamzam dan letak terus dalam beg emergency. Nasib baik ada encik hubby, saya tak teringat pun. Cuba cari kurma tapi tak jual pula di Giant. Nanti la cuba cari di tempat lain.

Macam-macam juga nak kena ready ye. Harapnya tiada kerja yang pending di saat-saat akhir.

Last blogged at Meniti Hari : LittleWhiz sale

[+/-] Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Sunyi sepi...

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari saya membiarkan blog ini tak berupdate. Bukan blog ni sahaja, blog yang lain juga. Kebelakangan ni agak sedikit busy dengan pelbagai perkara yang perlu difikir dan diuruskan lebih-lebih lagi minggu ni. Isnin lepas kami suami isteri ambil cuti. Bagi kebanyakkan orang, mungkin cuti = rehat tapi bagi kami cuti = menyelesaikan segala yang tertangguh. Masa rehat sementara mungkin masa tidur.

Mujur suami sangat memahami dan sudi memberi sokongan padu. Takpelah penat sikit sekarang, nanti kat syurga kita rehat banyak-banyak, insyaAllah. Terima kasih, suamiku. Mahalnya harga syurga Allah, kan.

Tengah pening sebentar. Entah untuk apa entry ini ditulis. Cuma sekadar memaklumkan saya masih di sini, belum bersalin lagi. :P Ada sesiapa yang rindukah? Harap baby dapat tunggu sehingga akhir bulan. Banyak benda ummi nak uruskan ni.

Semalam pergi check-up. Alhamdulillah, baby dan ummi sihat. Next check-up adalah 2 minggu lagi. Alhamdulillah, berat tak naik. Rasa dah terlebih-lebih naik dah, so kena maintain sket. Tapi masalahnya berat baby pun tak naik juga. Macam kecik je baby, ok ke? Kalau ikut yang dikira guna mesin tu dalam 2.2kg. Is it normal? Bukan biasa 2.5 ke atas ke?

Maaf membuang masa anda membaca entry tidak bermakna ini. Sekadar merehatkan minda seketika.

[+/-] Read more...

Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah... Akhirnya...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...akhirnya, berakhir sebuah penantian. Sangat excited tapi terpaksa menunggu juga. Nak tahu apa dia? Disebabkan hari ni dah hari jumaat, tunggu hari isnin la jawabnya. Sabar ye. Nanti saya update.

Excited mode. \:D/

[+/-] Read more...

Thursday, February 4, 2010

mimpi mainan tidur

Assalamualaikum...

Saje nak share mimpi malam tadi. Malam tadi mimpi dah bersalin. Pegi check-up pastu tiba-tiba doktor kata dahkena bersalin dah ni. So dengan terpinga-pinganya ikut aje la. Tapi yang peliknya memang tak sedar langsung masa melahirkan. Diberi pengsan kot. Bersalin secara c-zer. Sedar-sedar je baby dah selamat keluar dan dah minum susu formula sebab saya pengsan agak lama.

Terus nangis sebab nak sangat bersalin normal. Pastu nangis lagi sekali sebab baby dah minum susu formula. tak dapat nak exclusive breastfeed baby. then terus paksa baby minum susu ibu.. huhu. Mula-mula baby susah nak minum, lama sikit baru ok. masa bersalin tu takde siapa pun yang tau kecuali hubby. Keluar hospital terus menuju ke rumah mak. Semua orang pun terkejut sebab due lambat lagi.

Then, baru terfikir, eh, barang baby satu apa pun tak beli lagi. maternity leave pun tak apply kat office. tukang urut tak call lagi dan macam-macam lagi la. Bila terjaga terus pegang perut. Sebelum ni ada baca di sebuah forum ada ibu yang tiba-tiba baby dalam perut hilang. Sebelum tu kisah tu pun pernah masuk paper. Tapi bila dalam forum tu ada la 2-3 orang mengalami nasib yang sama rupanya. Apa yang terjadi wallahua'lam.

Hubby kata, dah tak sabar sangat nak jumpa baby la tu. Inilah akibatnya hari-hari asyik baca pasal penjagaan baby, barang-barang baby etc. [-( Sampai masuk dalam mimpi.

Apa-apa pun harap segalanya berjalan dengan lancar. baru dapat berita ada seorang sahabat baru melahirkan. dari bulan 12 sampai bulan 7 nanti berderet-deret ada sahabat yang melahirkan. meriah betul dengan baby.

[+/-] Read more...

Monday, February 1, 2010

melahirkan anak sulung..

Assalamualaikum...

Baca-baca dari forum, biasanya anak pertama susah sikit nak lahir dan biasanya lahir lambat sikit dari tarikh due. So setelah berfikir-fikir, malas la pula nak apply cuti awal-awal.

Tapi weekend hari tu sembang-sembang dengan mak, mak kata kak long dulu lahir awal. siap tak cukup bulan lagi. masa 7 bulan dah lahir. kami adik-beradik memang semua lahir awal dari due kecuali yang no 2.

tanya kak long pula, dia pun sama. anak first lahir awal 2 minggu. yang kedua sampai dah terlebih due. mak kata lagi, arwah nenek dulu pun macam tu. katanya maybe ada juga sebab faktor keturunan sebab makcik(kakak mak) pun macam tu. tiba-tiba risau pula.

InsyaAllah, harapnya takde apa-apa. Harap dapat melahirkan dengan selamat dan normal. Kalau boleh tak nak kena induce. rasa macam cepat je, dah 27 minggu rupanya...

[+/-] Read more...

Tuesday, December 29, 2009

Bercuti di rumah...

Assalamualaikum..

Semalam saya bercuti bersama hubby di rumah. Biasa orang ambil cuti pergi berjalan-jalan tapi kami duduk di rumah. ;)) Sebabnya, hampir tiap-tiap weekend tiada di rumah. Malam pun kadang-kadang tiada di rumah. (Busy mengalahkan menteri la tu kononnya. :P ) Jadi tiada masa nak memanjakan rumah(ada ke istilah ni?) Hubby pun dah asyik perli, oven dah beli, mixer dah ada tapi kek sebiji pun tak pernah buat lagi.

Ahad lepas sengaja pulang awal dari rumah mertua walaupun isnin cuti sebab nak berehat dan menikmati duduk di rumah. Pasangan yang pelikkah kami ini? Sebulan ada 4 kali sahaja weekend, sekali ke pulang ke rumah mak, sekali ke rumah mak mertua. 2 kali lagi kadang-kadang balik juga atau ada urusan lain. Jadi memang sangat jarang berada di rumah. Dah jadi macam rumah tumpangan pula. Balik untuk masak dan berehat sahaja.

Jadi semalam saya masak special sikit untuk hubby (takde la special sangat pun). Saya masak apple crumble. Saya guna resipi lain, tapi kalau nak tau rupanya klik pada tulisan apple crumble tu ye. Semalam juga bertungkus-lumus mengemas dan mencantikkan rumah. Mulanya cadang nak buat kek coklat tapi hubby minta buat malam ni sebab kawan-kawan hubby nak datang rumah malam esok. Kalau buat semalam macam lama la pula. Selain tu, akan buat triffle juga.

Harapnya menjadi la. Dah lama tak membuat. semalam buat apple crumble pun tak berapa nak menjadi tapi still sedap. Weekend ni kenduri kahwin abangku di shah alam pula. Khamis ambil cuti untuk bantu di sana sebab 1hb tu terpaksa bekerja. New Year di office.. Ada kerjakah? :-b

Tambahan sket. Ahad lepas kami jalan-jalan sambil dating mencari baju mengandung dan beberapa barang. Hubby telah membelikan eyetune, urut mata dari ogawa. Memang dah lama dia nak belikan sebab isteri dia ni asyik sakit kepala dan mata sebab hari-hari terpaksa mengadap PC. Kebetulan Ogawa tengah buat sale, harga asal RM600++ jadi RM180. Apa lagi, lepas try dan berbincang kami pun rembatla satu. Thank you, dear.



[+/-] Read more...

Thursday, December 17, 2009

kelemahan komunikasi tanpa suara

Assalamualaikum...

Dah beberapa kali nak tulis tentang ini tapi asyik terlupa. Tapi sebab hari ni ada kejadian yang sama berulang kembali, jadi teringat nak tulis. Kadang-kadang tulisan ni boleh menyebabkan salah faham. Sebab kita tak dengar intonasi dan cara orang tu bercakap. Seseorang tu mungkin tulis mengikut cara dia, tapi bila orang lain baca jadi bunyi lain pula. Yang bergurau boleh jadi marah, yang pernyataan boleh jadi pertanyaan. Tak kiralah dalam chat, email atau blog sekali pun. Kalau ada yang selitkan icon mungkin boleh la juga agak.

Saya dan suami sendiri pun pernah salah faham dalam message. dia ingat saya marah sedangkan nada saya biasa. atau kadang-kala dia ingat saya merajuk, bila jumpa dan cakap balik baru dia kata 'oh, macam tu ke cara bacanya.' kalau hal yang kecik-kecik takpelah juga, yang bahayanya bila jadi gaduh atau ada pihak yang berkecil hati. Sedangkan niat kita bukan begitu. Lebih-lebih lagi buat orang yang tak berapa kenal dengan kita.

Saya pernah banyak kali salah faham bila chat sebab cara penggunaan yang berbeza. contohnya bila orang tulis 'haa' bagi saya orang itu tak faham. macam bertanya haa? gitulah gayanya. jadi saya akan explain sekali lagi. rupanya baru saya faham yang dia tulis 'haah' (ini gaya saya tulis untuk mengiyakan.) cuma kadang-kala kalau terlupa saya ulang juga. huhu. mesti pihak yang satu lagi tu confuse. macam tak reti bahasa plak dia ni. kemudian ada orang guna 'hahaha' untuk gelak biasa. bagi saya itu gelak cam jahat sket la atau untuk cover malu, kalau 'ahahaha' untuk gelak besar(gaya kurang sopan sket :)) ). untuk gelak biasa saya guna 'hehehe'(konon sopan la tu. lebih kurang camni ;)) ).

kadang-kadang bila tulis dalam chat, email kita gunakan intonasi yang berbeza. mungkin kadang-kadang gaya bahasa seseorang tu ganas tapi sebenarnya cara dia cakap lembut je. cuma mungkin dia tak jumpa perkataan yang sesuai, atau cara yang sesuai.

Teringat dulu masa kat Jepun, ada junior tanya saya nak masak apa dan macam mana. Saya jawab belasah aje la. Dia terkejut. Dia kata ganasnya akak ni. ops...ahahaha.

Jadi, berhati-hati juga la dalam kita menulis. Lain orang lain intonasi bacaannya. Untuk sesuatu yang umum atau orang yang tak berapa kenal gunalah bahasa yang molek-molek sket. Peringatan untuk saya juga yang selalu tersalah faham. Tapi kadang-kadang bila dengan hubby seronok pula bila dia baca intonasi lain dan kita baca intonasi lain. Then, gaduh-gaduh manja siapa yang betul. (Biasanya bila baca sms) :P

p/s - kes hari ni tidak melibatkan saya. bukan saya yang salah faham atau disalah faham. saya cuma tumpang membaca. :)

[+/-] Read more...

Tuesday, October 13, 2009

asam kurangkan mual?

Assalamualaikum..

Ramai yang beri pendapat bila rasa mual makan asam. Boleh kurangkan rasa mual. Tapi saya ni lain pula kes. Memang hilangkan mual sekejap. Lepas tu muntah angin tak berenti. Kesimpulannya, mungkin saya memang tak sesuai makan asam walaupun sikit je. Lain orang lain ragam kan. Tak tahu nak makan apa lagi yang boleh kurangkan mual.

Semalam makan kueh teow kung fu. Kata orang, makan benda bersup berselera sikit. Boleh la makan. Tapi cepat dia masuk, cepat juga dia keluar. Nampaknya tak berkesan juga untuk saya. Harapnya selepas 3 bulan ni, saya kembali normal. Ada juga orang yang tak kembali normal kan.

p/s - sekadar bebelan kosong...

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License