Bahasa merupakan kaedah untuk berkongsi maklumat dari segi aplikasi terminologi dalam sukan dan i... more Bahasa merupakan kaedah untuk berkongsi maklumat dari segi aplikasi terminologi dalam sukan dan ianya dapat digunakan untuk meningkatkan pemahaman, pelaksanaan dan kepekaan pemain. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan pengunaan terminologi sukan dan PdPc mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) dalam meningkatkan tahap penggunaan kemahiran Bahasa Inggeris-Lisan (BI-L) dalam kalangan murid tingkatan satu dan dua SMK. Dato' Mahmud Paduka Raja 2 (SMKDMPR2), Tanah Merah Kelantan. Kajian berbentuk separa eksperimen yang menjadikan program intensif PdPc BI-L selama lapan minggu berdasarkan analisis kajian sebelum dan kajian selepas. Analisis ujian-t dan kolerasi digunakan bagi mengenalpasti perbezaan dan hubungan keberkesanan program yang dijalankan dalam kajian. Hasil kajian mendapati program intensif BI-L yang dijalankan menunjukkan seramai N=223 sampel (84.5%) mencatatkan peningkatan peratus lulus dalam ujian lisan Bahasa Inggeris pada ujian post test berbanding 105 sampel (39.8%) lulus dalam ujian lisan Bahasa Inggeris pada ujian pre test. Ini menunjukkan peningkatan peratus lulus sebanyak 44.7% dalam kedua-dua ujian yang dijalankan. Analisis kolerasi menunjukkan nilai (N=264: r = 0.632, sig = .003). Nilai kolerasi adalah rendah tetapi kajian ini mendapati nilai signifikan adalah sederhana = .003. Manakala analisis ujian-t menunjukkan nilai (N=264: t =-14.251, sig. = .001). Kajian menunjukkan berlaku perbezaan yang signifikan dalam penggunaan BI-L dalam kalangan murid tingkatan satu dan dua dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) PJ. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui penerapan BI-L mata pelajaran PJ dapat membantu meningkatkan kemahiran lisan Bahasa Inggeis dalam kalangan murid tingkatan satu dan dua. Implikasi dan cadangan kajian dikemukakan bagi membuktikan bahawa PdPc PJ mampu meningkatkan kemahiran BI lisan murid di sekolah. Justeru itu, satu modul ringkas dikemukakan untuk rujukan kepada guru PJ.
Pengajaran abad ke-21 merupakan aspirasi kementerian pendidikan bagi meningkatkan lagi prestasi p... more Pengajaran abad ke-21 merupakan aspirasi kementerian pendidikan bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ini memberi satu tamparan yang hebat dari segi bebanan kerja yang berat kepada warga pendidik. Tambahan lagi, pelajar sering membuat spekulasi awal bahawa mata pelajaran Sejarah sangat membosankan. Pelajar sering tidur sewaktu di dalam kelas setiap kali mata pelajaran Sejarah. Sebaik sahaja mata pelajaran dijadikan mata pelajaran wajil lulus SPM, segalanya sekadar menemui jalan buntu. Setelah setahun berlalu, pelopor beransur menemui cara yang dapat meringankan beban guru untuk membuat bahan pengajaran dan pembelajaran berteraskann abad ke-21. Segala beban guru dapat diringankan apabila alat bantu mengajar yang mudah dan menjimatkan kos diperkenalkan. Perancangat menjurus format SPM turut dipraktikkan ditambah dengan program peningkatan prestasi calon untuk SPM. Pelopor akhirnya telah mencipta satu amalan terbaik abad ke-21 yang dipanggil "JAWABLAH SAYANG". Inovasi ini telah mendatangkan banyak perubahan serta mendorong pelajar untuk lebih berminat dan aktif di dalam kelas. Prestasi ujian pertengahan turut meningkat dengan baik Kata kunci: Jawablah Sayang, pengajaran abad ke 21, pelajar RUJUKAN [1] EdgeProp. 2020.
This work is licensed under CC BY 4.0 yang telah dimodifikasi supaya bertepatan dengan kajian yan... more This work is licensed under CC BY 4.0 yang telah dimodifikasi supaya bertepatan dengan kajian yang dijalankan. Analisi dijalankan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Vol. 21 (SPSS) dan dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan dapatan kajian. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya mendapati ketagihan internet dalam kalangan pelajar di IPG berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharapkan dapat memberi input yang baik kepada semua pihak bagi merangka tindakan untuk kesejahteraan masyarakat dengan membentuk generasi baharu yang prihatin terhadap pemilihan dan penggunaan sumber maklumat di internet secara berkesan.
Abstrak: Kemahiran Insaniah atau juga dikenali sebagai kemahiran generik merupakan satu kemahiran... more Abstrak: Kemahiran Insaniah atau juga dikenali sebagai kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan ini negara sedang bergerak ke arah transformasional bagi menyaingi negara-negara maju dan moden dalam semua aspek termasuk pendidikan. Justeru, bidang pendidikan di semua institutsi pendidikan memerlukan setiap guru pelatih memiliki pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka bersaing dalam pasaran global untuk mendepani teknologi terkini. Institut Pendidikan Guru yang merupakan pusat utama latihan perguruan melahirkan guru merupakan watak utama dalam menggalas tugas menyemai kemahiran insaniah kepada murid bermula di awal persekolahan. Justeru, setiap guru pelatih harus mengungguli kemahiran insaniah ini sebagai 'key competencies' mereka dalam menggerakkan wawasan kerajaan dalam mewujudkan kemenjadian murid. Guru pelatih keluaran IPG perlu bersiapsiaga dengan kemahiran insaniah sebagai nilai tambah (value-added) untuk meneruskan legasi dan 'survival' dalam mendokong usaha murni kerajaan. Kajian ini memfokuskan sejauhmanakah kesediaan kemahiran insaniah guru pelatih Elektif Pendidikan Jasmani di empat buah Institut Pendidikan Guru iaitu Kampus Ipoh, Kampus Sultan Abdul Halim, Kampus Dato' Razali Ismail dan Kampus Perlis. Sampel kajian terdiri daripada guru pelatih Elektif Pendidikan Jasmani semester tujuh dan sedang menjalani latihan praktikum di sekolah. Seramai 83 orang guru pelatih terdiri daripada 51 lelaki dan 32 perempuan telah dipilih secara rawak. Kajian ini berbentuk tinjauan dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan min dan peratus. Nilai min yang tinggi menunjukkan kesediaan yang tinggi dan nilai min yang rendah menunjukkan kesediaan yang rendah Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan guru pelatih ini memiliki tahap kemahiran insaniah yang tinggi terhadap tiga daripada empat kemahiran insaniah yang dikaji iaitu kemahiran menggunakan komputer (min: 4.29), Kemahiran bekerja dalam kumpulan (min:4.18) dan Kemahiran menyelesaikan masalah (min:4.07). Namun, tahap Kemahiran berkomunikasi masih lagi pada tahap sederhana iaitu (min: 3.77).. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati bahawa guru pelatih IPG memiliki kesediaan yang tinggi terhadap kemahiran insaniah yang dikaji. Keupayaan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris masih lagi peringkat sederhana dan mencadangkan program bimbingan dan program tambahan perlu dirancang dan dijalankan dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah tersebut. Kata Kunci: Guru Pelatih Elektif Pendidikan Jasmani, Kemahiran Insaniah, Kemahiran menggunakan komputer; Kemahiran bekerja dalam kumpulan; Kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berkomunikasi.
Pengukuran terhadap prestasi sesebuah organisasi dapat membantu dalam menilai kejayaan sesebuah o... more Pengukuran terhadap prestasi sesebuah organisasi dapat membantu dalam menilai kejayaan sesebuah organisasi dan ini diakui oleh ramai pengkaji terdahulu. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau amalan pengurusan organisasi dan tadbir urus Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia (n=19) didasari oleh model pengukuran Competing Values Approach (CVA) mengikut latar belakang responden dan latar belakang persatuan sukan kebangsaan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang responden kakitangan pengurusan tertinggi yang mewakili 19 buah persatuan sukan kebangsaan di Malaysia dalam kategori sukan teras dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Keputusan ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap keberkesanan yang signifikan bagi faktor Kesepaduan Tenaga Kerja dalam kalangan 19 persatuan sukan kebangsaan [ X² (18, N=18) = 72.411, p<0.05]. Persekutuan Gimnastik Malaysia didapati mencatatkan min tahap keberkesanan pengurusan yang tertinggi mengatasi lain-lain persatuan sukan kebangsaan di Malaysia dalam elemen kesepaduan tenaga kerja. Kajian juga mendapati bahawa kesepaduan tenaga kerja dalam sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam memastikan urus tadbir sesebuah persatuan sukan berjalan lancar. PENGENALAN Peralihan pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi sukan daripada ciri tradisional kepada struktur yang lebih profesional semakin menunjukkan peningkatan. Namun begitu menurut Madela dan Bayle (2005), pendekatan ini kadang-kadang mendatangkan masalah kepada sistem sukan di kebanyakan negara. Proses peralihan pentadbiran ini biasanya akan memberikan kesan yang besar ke atas struktur, strategi dan operasi sesebuah organisasi. Pada masa kini persatuan sukan ditadbir oleh kakitangan pengurusan secara sukarela dan dibantu oleh beberapa kakitangan profesional. Namun begitu corak pentadbiran dalam organisasi sukan ini seolah-olah telah berubah secara berperingkat ke arah sistem yang lebih berorientasikan perniagaan dalam operasi harian mereka. Menurut O'Boyle dan Hassan (2014), organisasi sukan telah berkembang menjadi sebuah organisasi yang sering menghadapi pelbagai cabaran prestasi dan ini memberi kesan kepada sistem tadbir urus pengurusan organisasi. Penilaian terhadap prestasi organisasi sukan telah berkembang dengan peningkatan tekanan daripada pihak berkepentingan, atlet, jurulatih, penaja dan pihak kerajaan. Di samping itu juga isu-isu kewangan dan teknologi moden seperti teknologi interaktif didapati memberi tekanan yang banyak kepada sesebuah organisasi.
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya menulis sepat... more Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya menulis sepatah dua kata dalam e-Prosiding (Abstrak) Penyelidikan Pendidikan 2018. Tahniah kepada penyumbang kertas kerja yang telah memerah keringat untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan. Sempena Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) kali ke-3 bagi tahun 2018. IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor telah menjadi tuan rumah untuk menghimpunkan ahli akademik dalam pelbagai bidang dan latar belakang institusi dengan matlamat yang sama seperti tema persidangan iaitu "Melestarikan Penyelidikan dan Inovasi ke Arah Revolusi Industri 4.0". PPIPK 2018 merupakan platform dalam menghasilkan penyelidik dan ahli inovatif yang cemerlang dan berketerampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap ahli akademik tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia pendidikan. Kecemerlangan dan kehebatan sesebuah persidangan tidak mungkin kita saksikan; tanpa adanya jawatankuasa dan urus setia. Justeru, tidak adil jika kita tidak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Amalan penyelidikan ini akan membantu institusi pendidikan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikannya sebagai sebuah institusi yang cemerlang. Para ahli akademik perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara. Contohnya peka kepada perubahan dunia dan sedar tentang keperluan negara. Seseorang ahli akademik juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai penyelidikan dan inovasi. Sebagaimana yang telah diketahui penyelidikan merupakan wadah untuk perkongsian ilmu dan penemuan baharu dalam amalan dunia pendidikan masa kini. Semua ini pastinya akan dapat menjana kecemerlangan ilmu dan akhlak dalam kalangan warga pendidik. Sehubungan itu, penulisan kertas kerja dan perkongsian idea pada kali ini diharapkan akan dapat meneroka isu-isu terkini dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan sesuai dengan hasrat negara untuk menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Tahniah kepada Jabatan PIPK, IPGKTI, Johor yang berjaya menerbitkan e-Prosiding (Abstrak) Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2018 dan diharap usaha ini dapat diteruskan.
This study aims to determine if there exists significant differences in terms of preparedness of ... more This study aims to determine if there exists significant differences in terms of preparedness of health based physical fitness levels and the preparedness of the mastery of the subject content majoring in physical education among teachers in Kuala Muda Yan District based on gender. The sample size is 200 teachers from Secondary School which teach Physical Education subject. The respondents are 200 male teachers and 50 female teachers. The methodology is by using the ex-post facto' static group comparison using a "Prudential Fitnessgram" battery tests. The descriptive analysis shows the readiness in terms of health based physical fitness and the mastery of the subject content is satisfactory and increased at every level. Inferential analysis of overall readiness of level of physical fitness based on gender showed significant differences where t (248) =22 940, (p<0.05). While the readiness level of the contents of the Physical Education subject as a whole showed a significant difference between male and female where the value of t (248) =-7020, (p<0.05). This study proved that gender should be given due attention in the process of teaching and learning, so that this difference can be reduced or completely resolved.

Uploads
Papers by Dr. Zul Aizam
Books by Dr. Zul Aizam