Papers by Liley Afzani Saidi
The purpose of this study was to examine the level of depression faced by bullying staff before a... more The purpose of this study was to examine the level of depression faced by bullying staff before and after the counselling session and also identify the symptoms of depression. By using single case study based on a purposive sampling method, the combination from quantitative and qualitative methods were performed in this study using the Beck Depression Inventory (BDI II), Mental Health Screening Status Form (MSE) and verbatim based on counselling process. Four screening tests were performed to client which is pre-session testing, post-test after the second session, post-test after the fourth session and third post-test after the sixth session. Six sessions were conducted against the client during the review period and BDI II screening tests are used to identify depression levels after undergoing counselling sessions. The purposed to use MSE for this process is to see the changes that are happening to the client, especially in relation to physical and personal appearance. The verbatim...
Novaco Anger Scale and Provocation Inventory (NAS-PI) adalah salah satu alat ukur yang digunakan ... more Novaco Anger Scale and Provocation Inventory (NAS-PI) adalah salah satu alat ukur yang digunakan bagi mengukur tahap kemarahan seseorang individu. Merujuk kepada (NAS-PI) terdapat dua bahagian inventori yang mengukur aspek kemarahan dan dalam kajian ini, hanya inventori Provocation Inventori (PI) digunakan kepada responden. Terdapat 25 item yang terdapat dalam (PI) dan inventori ini diedarkan kepada 110 orang responden yang berumur 12 tahun hingga 49 tahun yang terdiri daripada pelajar dan juga pekerja dalam sektor awam dan swasta. Alat ini digunakan bagi mengkaji hubungan antara faktor jantina, pekerjaan, peringkat umur yang mana adakah ianya mampu menyumbang kepada emosi marah kerpada seseorang individu berdasarkan kepada situasi yang berlaku kepada individu. Ujian reliabiliti alat ukur ini berada pada 0.83 dan ini menunjukan alat ini sesuai digunakan bagi mengukur tahap kemarahan individu berdasarkan situasi yng berlaku.
KESAN PENYELUDUPAN DADAH OLEH WARGA ASING DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG TERHADAP ... more KESAN PENYELUDUPAN DADAH OLEH WARGA ASING DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIO EKONOMI 0. Pengenalan Masalah penyeludupan dadah merupakan masalah global yang melibatkan pelbagai pihak dan kebanyakkan kes penyeludupan melibatkan kumpulan-kumpulan penjenayah dalam peringkat antarabangsa. Merujuk kepada kes penyelupan dadah di peringkat Malaysia, kebanyakkan kes penyeludupan berlaku antara sempadan dua negara atau melibatkan laluan yang boleh menghubungkan antara pelbagai negera. Kes penyeludupan ini bukan sahaja melibatkan isu keselamatan negara namun proses ini adalah melibatkan aspek globalisasi yang dipengaruhi oleh pelbagai aspek dan juga faktor dunia. Dalam konteks ini globalisasi boleh dimaksudkan sebagai istilah "dunia tanpa sempadan" yang boleh dikelaskan kepada pengamalan liberal demokrasi, keterbukaan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi serta kemajuan teknologi maklumat serta pemodenan infrastruktur termasuk aspek pengangkutan, perhubungan komunikasi dan hubungan (Michael & Neil, 2005; Casimano et al. 2003) Isu penyeludupan dadah di Asia Tenggara merupakan kes penyeludupan kedua terbesar selepas kes penyeludupan senjata (UNODC, 2000; Interpol, 2002). Jenayah penyeludpan dadah kebiasaannya terjadi dalam bentuk terancang yang melibatkan sempadan negara melalui jalan darat, laut dan juga udara. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (2011), terdapat dua kategori utama penyeludupan utama penyeludupan dadah haram di Asia Tenggara, pertama penyeludupan dadah jenis tradisional, kedua adalah dadah jenis sentetik. Oleh itu, penyeludupan dadah ini telah mula mendapat perhatian dunia dan lebih menarik, isu penyeludupan ini mengakibatkan hubungan antara negara serantau dilihat lebih sensetif dan perihatin akibat isu penyeludupan dadah. Malaysia secara khususnya telah mempelkenalkan beberapa dasar dalam membantu menangani masalah penyeludupan dadah
Abstrak : Artikel ini menerangkan secara terperinci mengenai aspek hubungan antara emosi dan stre... more Abstrak : Artikel ini menerangkan secara terperinci mengenai aspek hubungan antara emosi dan stress yang berlaku di tempat kerja yang mana ianya mempengaruhi perkembangan individu bagi produktiviti kerja. Selain itu, ianya juga memfokuskan kepada beberapa aspek penting seperti konsep sifat kepada pembentukan stress (nature of stress), kaitan antara punca stress dengan bentuk personaliti yang ada pada seseorang individu iaitu dengan menekankan kepada bentuk personaliti A yang mempunyai kaitan khusus dalam penyumbang kepada tekanan dan ketidakstabilan emosi di tempat kerja. Selain itu juga, aspek seperti penilaian kompetensi turut dibicangkan bagi melihat apakah punca-punca kepada stress dan apakah impak stress dan emosi kepada kesihatan dan prestasi pekerjaan. Kegagalan mengawal emosi dan stress juga mampu membentuk situasi burnout yang akhirnya akan memberi impak kepada diri individu. Oleh itu artikel ini secara khususnya membincangkan pelbagai aspek yang khusus bagi mengenalpasti akibat ketidakstabilan emosi dan stress di tempat kerja mampu memberi kesan psikologi dan psikososial kepada individu dalam kehidupan seharian.
Uploads
Papers by Liley Afzani Saidi