PBKK3183 Nota Interaksi 3 Pendekatan Teori

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 66

TEORI-TEORI

PERSONALITI
 Definisidan Konsep Teori
 Keperluan Teori
 Perspektif Teori
DEFINISI TEORI
1
“TEORI ADALAH KERANGKA
YANG MEMBANTU KITA
MENYELESAIKAN ATAU
MENGUNGKAPKAN PELBAGAI
PERILAKU DAN
MENYATUKANNYA MENJADI
SESUATU YANG BERMAKNA”.
DEFINISI TEORI
2

KARL POPPER (1959: 48)


MENYATAKAN “TEORI ADALAH
JARINGAN UNTUK
MENERANGKAN DAN MEMBERI
MAKNA DALAM MEMAHAMI
KENYATAAN SENARIO YANG
BERLAKU DALAM DUNIA”…
DEFINISI TEORI
3
JONATHAN H. TURNER (1986:5). “ …
TEORI ADALAH PROSES
PENGEMBANGAN IDEA-IDEA YANG
AKAN MEMBANTU KITA
MENJELASKAN BAGAIMANA DAN
MEGAPA SESUATU KEJADIAN ATAU
PERISTIWA BERLAKU...”
DEFINISI TEORI
3
WILLIAM DOHERTY (1993:20)…”TEORI
ADALAH PROSES SISTEMATIK DALAM
MERUMUSKAN DAN
MENGORGANISASIKAN IDEA MENJADI
FENOMENA TERTENTU YANG DAPAT
DIFAHAMI”…
DEFINISI TEORI
4
“ TEORI ADALAH SATU SISTEM YANG
MEMPUNYAI KONSEP YANG DIBINA OLEH
PENGKAJI UNTUK MEREALISASIKAN
MAKLUMAT YANG DIPEROLEH DAN
MEMBANTU DALAM MEMBUAT JANGKAAN
TERHADAP HUBUNGAN ATAU KAITAN YANG
BELUM DIPASTIKAN ANTARA FENOMENA
YANG DIKAJI”
KONSEP TEORI
KONSEP TEORI
 Teori merupakan sebuah rumusan atau
pernyataan yang berasal dari interpretasi
seseorang terhadap fakta-fakta, atau penjelasan
mengenai gejala-gejala yang terdapat dalam
dunia.
 Teori merupakan suatu abstraksi intelektual
hasil dari pendekatan secara rasional
digabungkan dengan pengalaman emperikal.
KONSEP TEORI
 Pada dasarnya tidak ada perbezaan yang nyata antara fakta dan
teori, kerana teori merupakan pernyataan suatu fakta dalam
hubungannya dengan fakta lain.
 Tujuan akhir dari setiap disiplin keilmuan adalah mengembangkan
sebuah teori keilmuan yang bersifat utuh dan konsisten
 Sebuah teori biasanya terdiri dari hukum-hukum. Hukum pada
asalnya merupakan pernyataan yang menyatakan hubungan antara
dua pemboleh ubah variabel. Pernyataan yang memberi makna
kepada sebab dan akibat akan memberikan ruang yang lebih jelas
untuk membuat jangkaan tentang sesuatu fenomena, sifat,
perilaku, dan sebagainya.
KEPERLUAN TEORI
 Fokus utama teori adalah untuk menghasilkan
teori-teori yang menjelaskan cara bertindak balas
yang unik bagi setiap individu terhadap
persekitaran fizikal , sosial, dan budaya.
 Penjelasan tersebut membawa kepada andaian yang
diuji dan disokong oleh bukti-bukti yang
emperikal.
KEPERLUAN TEORI
 Salahsatu kriteria sebuah teori yang baik ialah ia
semestinya satu yang stimulate research, testable.
 Secara idealnya sebuah teori boleh ‘dibentuk’,
‘diubahsuai’, ‘dirungkaikan’ atau ‘dibuang’
berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang terkini.
KEPERLUAN TEORI

 Menyeluruh. Teori yang mempunyai kepelbagaian data


adalah lebih baik daripada teori yang hanya memberi
penjelasan yang terbatas kepada aspek tertentu sahaja.
 Tepat dan boleh diuji. Teori yang baik perlu mengandungi
konstruk dan definisi yang jelas. Di samping itu, kenyataan
yang ada hubungan antara satu sama lain dan konsisten
serta berkait secara logik juga perlu ada.
KEPERLUAN

TEORI
Ekonomi. Teori yang baik juga sepatutnya bersifat
ekonomikal, iaitu ia perlu mengandungi hanya
konstruk yang relevan, kenyataan yang berkait antara
satu sama lain dan andaian yang perlu sahaja untuk
penjelasan terhadap fenomena tersebut. Konstruk
yang tidak relevan akan membazirkan usaha dan masa
penyelidik untuk mengkaji hubungan yang tidak
mempunyai makna.
KEPERLUAN TEORI
 Kesahan Emperikal. Teori yang baik perlu ada data yang
menyokongnya.
 Kesahan emperikal ditentukan dengan cara menguji hipotesis, iaitu
dengan melakukan pemerhatian untuk menentukan sama ada
andaian pengkaji adalah tepat.
 Membina teori yang menpunyai kesahan emperikal bukan sesuatu
yang mudah. Ini kerana teori tidak boleh dianggap sebagai suatu
yang sempurna dan ia diuji hanya berasaskan kepada hipotesis
yang dibuat.
 Kesahan emperikal diukur melalui keberangkalian aras signifikan.
Kesahan dan kebolehpercayaan tinggi sekiranya pekali (p)
keberangkalian mencapai (0.5 dan ke atas ) membuktikan dapatan
yang berlaku bukan kerana kebetulan.
KEPERLUAN TEORI
 Nilai huristik. Teori yang baik juga perlu mempunyai nilai
yang huristik. Nilai huristik dalam teori akan mendorong dan
merangsang paa penyelidik untuk menjalankan kajian yang
lebih mendalam.
 Nilai aplikasi. Teori yang baik akan membawa kepada
pendekatan yang baru terhadap penyelesaian masalah yang
dihadapi dalam kehidupan manusia. Terhasilnya dapatan kajian
atau teori yang dapat membantu manusia mengatasi masalah
merupakan antara aspek yang diberi perhatian oleh ahli
psikologi personaliti.
KEPERLUAN TEORI
 Secara umumnya terdapat dua pendekatan teori yang
menjadi pegangan para pengkaji iaitu teori induktif dan
deduktif.
 Teori Induktif terhasil daripada data yang diperoleh
melalui pemerhatian yang emperikal. Ia menjelaskan
hubungan antara fenomena yang dikaji dan mengandungi
logik yang tidak diterima dalam kadar yang minimum.
 Contohnya konsep hukum kesan (law of effect)- tingkah
laku hasil dari ganjaran dan dendaan.
PERSPEKTIF
TEORI
 PSIKOANALITIK
 NEO-PSIKOANALITIK
 PSIKOSOSIAL
 TRAIT
 KOGNITIF TINGKAH LAKU
 BUKAN BARAT (NON WESTERN)
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Psikoanalisis adalah satu pendekatan teori yang
terawal dalam kajian-kajian personaliti.
Diperkenalkan oleh tokoh Sigmund Frued akhir abad
19. Sigmud Frued telah membina dan mengasaskan
apa yang dikatakan sebagai teori personaliti pertama
yang komprehensif berdasarkan kerjanya seama
hampir 40 tahun.
 Pandangan Frued tentang pentingnya unsur tidak
sedar dianggap unik dan ganjil bagi sesetengah
pengkaji.
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Pandangan tentang tingkah laku yang menekankan
proses sedar, dianggap tidak lengkap oleh Frued.
 Frued berpendapat bahagian tidak sedar
mengandungi sebahagian besar entiti yang boleh
mempengaruhi tingkah laku sedar seperti emosi
yang terpendam, kesukaan.
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Psikoanalisis Frued memberikan keutamaan kepada desakan
bawah sedar yang sentiasa mendorong naluri biologi manusia
kearah keinginan seks, agresif, dan konflik pada peringkat
awal kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan.
 Psikoanalisis berpandangan kesan pengalaman yang dilalui
oleh individu akan memberi impak ke atas personaliti dan
juga kepada masyarakat umum.
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Pada dasarnya Frued yang menjadi pengasas
pendekatan ini berjaya dalam mendefinisikan
personaliti manusia dan menjadi pencetus kepada
satu aliran pemikiran khususnya tentang sifat
semula jadi manusia.
PERSPEKTIF NEO-
PSIKOANALITIK
PERSPEKTIF NEO-
PSIKOANALITIK
 Sebahagian ahli teoris yang setia dan komited dengan

sistem psikoanalisis berubah


kerana terdapat
beberapa aspek yang agak berlawanan
terhadap pendekatan PSIKOANALISIS.
 Carl Jung dan Alfred Adler merupakan pengikut Frued
yang setia bertukar arah dan menawarkan satu pandangan
tersendiri terhadap personaliti.
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Alfred Adler dikatakan orang yang pertama menolak
pandangan Freud tentang seks dan menekankan semula jadi
manusia menerima yang bersifat sosial.
 Karen Horney, Eric Fromm dan Stairy Stack Sullivan antara
kumpulan neo-psikoanalisis lebih kontemporari dalam
pendekatan psikoanalisis. Kesemua ahli teori telah membuat
penyesuaian dan meluaskan teori freud dengan cara yang
tersendiri.
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Frued menekankan tentang peranan naluri (instincts) sebagai
faktor utama menggerakan motivasi manusia untuk
bertingkah laku . Manakala kumpulan Neo Psikoanalitik
menampil sesuatu yang lebih optimistik dan gambaran yang
lebih positif terhadap semula jadi manusia. Manusia
dimotivasikan oleh tanggung jawab sosial dan pencapaian
keperluan.
 Ahli Neo-Psikoanalitik menolak kepercayaan sesuatu yang
berlaku adalah sebab musabab dari pengalaman lampau
seseorang individu pada awal kanak-kanak
PERSPEKTIF TEORI
PSIKOANALISIS
 Ahli teoris Neo-Psikoanalisis mempunyai pandangan
yang berlainan antara satu sama lain terhadap sesuatu
isu tetapi bersatu dalam berkongsi perbezaan terhadap
dua isu utama Psikoanalisis Frued;
 Pertama, Frued sangat menekankan tentang naluri
(instinct) sebagai pencetus tingkah laku manusia.
Kedua, Frued menekankan personaliti individu yang
terbentuk adalah gambaran dari sebab musabab
pengalaman lampau zaman kanak-kanak.
PERSPEKTIF
PSIKOSOSIAL
PERSPEKTIF
PSIKOSOSIAL
 Salah satu pendekatan teori yang memiliki pengaruh yang
kuat terhadap personaliti. Pendekatan yang bertitik tolak dari
Psikoanalisis Frued. Berbeza dengan Frued Psikososial
membincangkan tahap perkembangan manusia mulai dari
lahir sehingga lanjut usia.
 Menumpukan perbincangan dalam aspek kehidupan sosial
dan fungsi budaya yang dianggap lebih realistik berbanding
aspek bawah sedar Psikoanalitik Frued.
PERSPEKTIF PSIKOSOSIAL
 Perkembangan Psikologi terhasil dari interaksi
antara proses kematangan atau keperluan biologi
dengan tuntutan-tuntutan masyarakat sehari-hari.
 Ahli teori psikososial percaya perkembangan
personaliti di sepanjang usia dan bukan terhenti
pada peringkat awal kanak-kanak dan masa remaja.
PERSPEKTIF
PSIKOSOSIAL
 Mengambil dasar psikoanalisis dan menerima struktur
mental yang diketengahkan Frued menjadikan ahli teori
dalam kumpulan Fruedian @ Neo Fruedian akan tetapi
menambahkan dimensi sosial pada konsep dinamika dan
perkembangan personaliti manusia.
 Meminggirkan idea naluri@instinct dan alam bawah sedar
dalam kebanyakan hal.
PERSPEKTIF
PSIKOSOSIAL
 Psikososial memberi nafas baru dalam Psikoanalisis
dengan memberi perhatian yang lebih kepada
peranan ego berbanding id dan superego.
 Psikososial mendefinisikan ego dengan peranan dan
kualiti yang lebih luas berbanding dalam
Psikoanalisis Frued seperti, kepercayaan dan
penghargaan, autonomi dan kemahuan, ksungguhan
dan kompetensi, identiti dan kesetiaan, keakraban
dan cinta, generalisasi dan pemeliharaan serta
integriti.
PERSPEKTIF
TRAIT
PERSPEKTIF TRAIT
 Pendekatan Trait terhadap pembentukan personaliti kearah
mengesahkan dan memerihalkan sifat-sifat atau ciri-
ciri individu yang mengarahkan perilaku.
Pendekatan ini menekankan trait diri sendiri lebih banyak
menyumbang kepada perkembangan keperibadian.
 Trait adalah kunci kepada struktur dalam diri manusia.
Trait adalah sistem neuropsikik dengan kebolehan
menyebabkan berlaku rangsangan dan membimbing
bentuk tingkah laku penyesuaian yang konsisten
PERSPEKTIF TRAIT
 ‘Trait’ merujuk kepada ‘personal character’atau sesuatu
kelebihan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Perspektif Teori Trait melihat dan menggambarkan ia sebagai
sebahagian daripada personaliti.
 Kita cenderung untuk membuat kesimpulan mudah berdasarkan
“outstanding characteristic” atau “features”.
 Ahli Fizik Greek Hippocrates(460-377 b.c) lebih dari 2000
tahun sebelum kajian tentang teori.
PERSPEKTIF TRAIT

 Hippocrates membezakan 4 jenis manusia berdasarkan trait


iaitu ‘happy’,unhappy’, temperamental’, dan ‘aphatetic’
 William Sheldon(1889-1977) menyatakan 3 jenis bentuk
badan yang memberi gambaran kepada personaliti yang
berbeza.
 Endormorphic, Mesomorphic, dan Ectomorphic.
PERSPEKTIF TRAIT
 Ahli teori trait membuat andaian bahawa
seseorang mempunyai perbezaan dalam
beberapa dimensi, atau skala keperibadian, yang
masing-masing menunjukkan suatu trait. Justeru,
itu penilaian sesesorang individu mungkin dapat
dinilai berdasarkan skala intelligen, kestabilan
emosi, agresif, dan sebagainya.
 Orang dewasa yang mempunyai psikologi yang
sihat tidak dipengaruhi oleh pengalaman pada
zaman kanak-kanak.
PERSPEKTIF TRAIT

 Antara pendokong-pendokong Pendekatan Trait


ialah Gordon Allport, Raymond Cattel and Hans
Eysenck
PENDEKATAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU
PENDEKATAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU
• Pendekatan teori yang berasal dari teori
tingkah laku yang berkembang kepada tingkah
laku kognitif.
• Mengiktiraf peranan kognitif dalam tingkah
laku dan tidak semata-mata mengandaikan
manusia sebagai satu objek yang boleh
diprogramkan.
• Manusia sebagai ejen yang mempunyai
pemikiran untuk menentukan tingkah laku
mereka.
PENDEKATAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU
• Fokus utama memahami gangguan kepercayaan
dalam diri individu dan seterusnya menukar
pemikiran tidak sesuai menggunakan teknik afekti
dan tingkah laku
• Menekankan kepentingan sistem kepercayaan
dan pemikiran dalam menentukan tingkah laku
dan perasaan
• Pendekatan yang menggunakan kombinasi
kognitif dan tingkah laku untuk membentuk dan
menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki
PENDEKATAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU
• Manusia bukanlah robot tetapi ejen celik akal yang
membentuk tingkah laku dan kehidupannya.
• Hari ini perspektif teori ini telah berkembang pesat
dan terdapat beberapa pendekatan teori yang boleh
diklasifikasikan sebagai teori tingkah laku kognitif :
– Teori Rasional Emotif Tingkah laku – Albert Ellis
– Teori Kognitif – Aaron Beck
– Teori Modifikasi Tingkah Laku – Donald Meichenbaum
PENDEKATAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU
• Faktor yang menyumbang ke arah pembentukan
personaliti manusia (Albert Ellis-1962)
– Faktor Biologi – menyebabkan berfikiran secara tidak
rasional
– Faktor Sosial – hubungan seseorang dengan
persekitaran – konsep kendiri
– Mudah mendapat gangguan – Dryden dan
Ellis(2001) bergantung kepada faktor biologi dan
sosial.
PENDEKATAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU
• Memperkenalkan Model ABC yang
menerangkan bagaimana personaliti
terbentuk mengikut REBT.
– A Peristiwa yang mencetuskan
– B Kepercayaan tentang peristiwa atau
keadaan
– C Kesan atau akibat (emosi dan tingkah
laku)
PENDEKATAN NON
WESTERN
PENDEKATAN NON
WESTERN
 Pendekatan Islam  Pendekatan
 Pendekatan India
Confucious
PENDEKATAN NON
WESTERN
KEPERLUAN –
Aspek spiritual didapati sebagai
pelengkap kepada kelompongan yang
terdapat dalam teori-teori Barat
Ahli teori Barat sendiri berpendapat
sedemikian
KEPERLUAN

 Kajian di hemisfera Barat dan di Eropah melaporkan


lebih daripada 80 peratus penduduknya mengakui
kepatuhan kepada agama dunia teistik utama (Judaisme,
Kekristianan, atau Islam).
 Penulis percaya bahawa keberkesanan rawatan psikologi
dapat ditingkatkan dengan mengakses sumber rohani
yang terdapat dalam agama-agama theistic.
PENDEKATAN NON
WESTERN
KEPERLUAN –
 Kepercayaan kepada agama menjadi panduan serta
pegangan bagi individu di sebelah negara Timur
 Perbezaan agama, adat dan budaya menyebabkan
teori Barat tidak begitu serasi dengan klien di
negara Timur khususnya negara Asia
PENDEKATAN NON
WESTERN(ISLAM)
• Islam merupakan satu sistem yang memandu
manusia dalam semua aspek kehidupan.
• Kehidupan individu muslim bermula dari
kelahiran hingga ke saat kematian harus
berlandaskan ajaran Islam.
• Islam bersifat syumul merangkumi aspek
beragama, akidah, fekah, muamalah,
muasyarah, ekonomi, perubatan, psikologi,
dan sebagainya.
PENDEKATAN NON WESTERN(ISLAM)
• Ahli psikologi Barat telah mengemukakan
banyak teori tentang manusia dan
personaliti dan tingkah laku, dimana ada
antaranya yang bertentangan dengan Islam.
• Disiplin psikologi dari Barat telah
mengenetepikan paradigma Tuhan,
sebaliknya lebih memusatkan kepada
paradigma hidup yang tidak mementingkan
pengertian dan kualiti spiritual.
PENDEKATAN NON WESTERN(ISLAM)
• Konsep manusia yang terdapat dalam disiplin psikologi
dari perspektif Islam bukanlah bererti bahawa disiplin
Barat ditolak secara total tetapi apa yang seharusnya
dilakukan ialah menyerapkan nilai spiritual pada
konsep manusia khususnya dalam bidang psikologi
berkaitan personaliti yang terdapat dalam teori
tersebut.
• Manusia perlu dilihat sebagai makhluk Allah S.W.T yang
mempunyai jasad dan roh. Bukan semata-mata dilihat
dari sudut pemikiran dan falsafah yang mengandaikan
manusia itu sebagai objek atau mesin yang dapat
melakukan dan dilakukan apa sahaja.
PENDEKATAN NON
WESTERN(ISLAM)
• “Personaliti” merujuk kepada perkataan
Arab ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’, yang dimiliki
oleh seseorang individu.
• Akhlak bermaksud budi pekerti, perangai,
tingkah laku(tabiat) dan adat kebiasaan.
(M.Ali 1984)
• Akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak
yang baik dan akhlak yang buruk.
PENDEKATAN NON
WESTERN(ISLAM)
• Personaliti dikatakan juga sebagai sifat yang ada pada
seseorang seperti cara berfikir, berpersepsi, beremosi,
dan lain-laian yang membolehkannya dibezakan dengan
yang lain.
• Personaliti bermaksud susunan dinamik dalam diri
individu manusia yang menentukan watak tersendiri
sewaktu menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Individu dilihat sebagai keseluruhan yang sepadu
(jasmani, mental dan rohani) dan akhirnya membentuk
keperibadian individu. (Uthman 1985)
PENDEKATAN NON
WESTERN(ISLAM)
• Personaliti diukur daripada tingkah laku dan akhlak.
• Asas pembentukan personaliti berkait rapat dengan kejadian
manusia sebagai hamba yang istimewa. Personaliti yang
sempurna bergantung kepada hubungan dan takwa kepada
Allah S.W.T.
• Persoalan ini banyak dicatatkan dalam Al quran dan Hadis.
• Firman Allah dalam Surah Al Sham, ayat 9, bermaksud
“sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan
jiwanya”
• Hadis , Saad Bin Hisham berkata “Aishah r.a : Akhlak
Rasulullah SAW adalah Al Quran” Riwayat Ahmad : Baqi
Musnad al Ansar
PENDEKATAN NON
WESTERN(ISLAM)
• Hasil perbincangan dirumuskan bahawa personaliti
bermaksud keperibadian, tingkah laku , perangai
atau perwatakan seseorang yang terhasil daripada
faktor dalaman dan luaran individu (jasmani dan
rohani) yang secara umumnya memperihalkan sifat-
sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu
sehingga dapat menampilkan ciri-ciri keperibadian
tersendiri yang boleh membezakannya daripada
orang lain.
• Al Quran dan Sunnah merupakan sumber utama
personaliti
PENDEKATAN NON
WESTERN
(KONFUSIONISME)
PENDEKATAN NON WESTERN
(KONFUSIONISME)
• Berasas daripada pemikiran confusionisme
• Menegaskan pendidikan adalah proses untuk
memupuk kesempurnaan tingkah laku
manusia (personaliti).
• Menekankan pendidikan merupakan alat yang
penting untuk mengekalkan nilai dan norma
masyarakat dan seterusnya mengekalkan
kebudayaan masyarakat yang penting.
PENDEKATAN NON WESTERN
(KONFUSIONISME)
• “pendidikan adalah satu proses
memupuk personaliti iaitu
kesempurnaan tingkah laku
manusia yang boleh dicapai
melalui amalan-amalan seperti
bersopan santun, bertimbang
rasa, ikhlas, menghormati orang
tua, menyayangi orang yang
lebih muda serta taat kepada
pemimpin negara’’…
PENDEKATAN NON WESTERN
(KONFUSIONISME)
PENDEKATAN NON WESTERN
(INDIA)
PENDEKATAN NON WESTERN
(INDIA)
• Rabindranath Tagore
• …‘Pendidikan merupakan proses
yang bertujuan untuk melahirkan
manusia yang berfikiran
sempurna dan berupaya
mencapai segala aspek kehidupan
termasuk fizikal, intelek, moral
dan rohani. Seorang yang
berpendidikan sedia berkhidmat
untuk masyarakat dan negara’….
KESIMPULAN

 Setiapindividu mempunyai pandangan yang


berbeza
 Setiapmasyarakat mempunyai budaya dan
pegangan yang tersendiri
 Personalitidibentuk hasil daripada gabungan antara
pelbagai faktor termasuk pengaruh persekitaran
TUTORIAL & ISL
Sediakan peta minda yang Mendapatkan bahan
sesuai untuk daripada buku, jurnal
menggambarkan dan artikel berkaitan
teori personaliti serta
perspektif teori dalam
memperinci aspek
teori-teori personaliti perbezaan perspektif
teori

Anda mungkin juga menyukai