Bicara Tokoh - Hajah Khuzaimah - Pahang

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 25

BICARA TOKOH

(32 tahun 7 bulan dalam perkhidmatan pendidikan)

Pengalaman selaku penjawat awam; Cabaran-cabaran yang dihadapi khasnya yang berkaitan dengan isu-isu integriti; dan Cara menanganinya; serta pencapaian yang diperolehi
Oleh :

Hjh Khuzaimah binti Hj Sulaiman

Sejarah selaku penjawat awam dalam perkhidmatan pendidikan :


Bil

Jawatan

Tempoh 11 th 10 bl 6 th 5 bl 1 th 0 bl 6 th 5 bl 2 th 7 bl 2 th 3 bl 1 th 9 bl

1. Guru Pendidikan Islam 2. Guru Penolong Kanan HEM 3. Guru Penolong Kanan 1 4. Pengetua DG48 5. Pengetua Kanan DG54 6. Pengetua Cemerlang JUSA C 7. Perunding Kanan IAB

PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA

1. Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu dapat kerja kerajaan, ada gaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya panjang umur.
2. Jangan sekali-kali lawan Guru Besar (hormati ketua), Jika lawan ketua kamu akan susah nanti. Berbincang kalau ada masalah. Cakap elok-elok, jangan sakitkan hati orang.

PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA
3. Jangan sesekali ponteng kerja, supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima.
4. Jika kamu sakit atau kurang sihat, kalau masih terdaya ke sekolah, pergi sebab murid kamu akan terbiar kalau tidak ada guru ganti. Kerja guru berbeza dengan kerja pegawai di pejabat, mereka mengadap fail, tapi kamu mengadap murid

PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA
5. Buat baik dengan semua orang, walaupun orang itu berbuat jahat kepada kita. Sidikitpun tidak rugi kalau kita buat baik dengan orang, malah untung.
6. Emak tak ada harta kekayaan nak beri kamu, dengan kelulusan dan kerja yang kamu sudah dapat sekarang, itulah harta dari emak. Ingatlah, setiap harta yang kita miliki biar berkat.

IMPAK MENGHAYATI PESAN IBU


Amanah dan tanggungjawab sebagai guru, tidak berani diabaikan sama sekali. Rasa amat bersalah jika tidak masuk kelas tepat pada waktunya. Pergi juga bekerja walaupun dapat MC. Berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan supaya tidak melepasi tarikh yang ditetapkan, dengan itu tidak akan menyusahkan orang lain.

IMPAK MENGHAYATI PESAN IBU


Belajar memahami, menghormati dan menghargai orang lain (pemimpin/rakan sejawat/staf sokongan/murid). Tidak mudah terpengaruh dengan sikap negatif atau tidak berintegriti rakan sejawat. Bersedia bekerja lebih masa tanpa rasa terpaksa, untuk memastikan matlamat yang disasarkan tercapai sepenuhnya. Belajar bekerja sepasukan untuk mencapai matlamat bersama.

4 kisah teladan zaman silam yang menyentuh hati, menjadi benteng :


Menjadi khadam 4 tahun kerana makan sebiji epal. Khalifah Umar Al-Khatab dengan Pengembala Kambing. Gadis miskin penjual susu kambing. Khalifah Umar Abdul Aziz dengan pelitanya.
1. Sh A. Kadir Jailani b Abu Saleh + Ummul Khair Fatimah bt Sh Abdullah(buta>tak lihat lelaki, pekak>tak dengar yg haram, bisu>tak sebut yg keji & mengumpat orang, kudung>tangan & kaki tak pernah melakukan maksiat atau yg haram) 3. Umar al-Khatab, Ashim + (Asma =gadis miskin) = Laila + A.Aziz b Marwan = Umar A.Aziz

ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 1)


BULAN KE-3 BERTUGAS SEBAGAI GPK HEM ISU 1 : Staf sokongan (PRA) PRA (tukang kebun dan tukang sapu) enggan membantu penyelia asrama menyusun kerusi dan meja di dewan untuk tempat pendaftaran tingkatan 1 dalam masa cuti sekolah dua hari sebelum hari pendaftaran. PRA marah-marah kepada penyelia asrama, sebab itu bukan tugas mereka.

sambungan Isu 1

Penyelia asrama mengadu dan meminta saya arahkan PRA buat kerja berkenaan. Staf sokongan tiada siapa yang hirau : keluar - masuk, buat kerja tak buat kerja, bebas sesuka hati mereka. GPK 1 yang baru naik pangkat menjadi Pengetua di sekolah lain belum berganti. Pengetua tak pernah berada di sekolah sepanjang cuti persekolahan, surat dan apa-apa yang perlu ditandatangani, PAR pejabat akan hantar ke rumah beliau.

Cara menangani
Minta penyelia asrama beritahu semua PRA berkenaan, saya hendak jumpa. Berkenalan dengan setiap individu yang hadir secara baik, set minda sama taraf dengan mereka, tunjukkan keikhlasan/ tidak berpura-pura. Nyatakan hasrat dengan jelas kenapa perlunya bantuan mereka. Selepas selesai kerja pada hari itu, saya belanja makan nasi lemak dan makan bersama-sama dengan mereka.

PENCAPAIAN :
Objektif pertemuan tercapai 100% Selepas peristiwa itu : hubungan kami semakin akrab tugas hakiki mereka dijalankan dengan baik dan tidak perlu diarah-arah lagi Sekolah semakin bersih dan ceria 1994 Johan 3K peringkat Negeri, tempat ke-6 peringkat kebangsaan 2004 Johan 3K Kebangsaan kategori kebersihan & kesihatan

ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 2)


BULAN KE-3 BERTUGAS SEBAGAI GPK 1 ISU 2 : Akademik Tidak Terurus Guru-guru berada dalam zon selesa Aliran sains tulen batch pertama terabai Peralatan dalam makmal tidak lengkap, Fizik, Kimia, Bio T5 belajar teori sahaja Pengetua yang bersara belum berganti Sekolah telah naik gred A, tetapi masih belum mempunyai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang

Cara menangani
Mohon kepada Jabatan Pelajaran Negeri menempatkan GKMP dengan kadar segera Semua guru dan semua ketua panitia diberi bimbingan khusus berkaitan dengan pengurusan matapelajaran dan pengurusan dalam bilik darjah berasaskan pekeliling-pekeliling yang berkaitan. Sebuah bilik gerakan diwujudkan.

.sambungan

Cara menangani

Kursus Bina Semangat diadakan untuk semua guru, di luar kawasan sekolah. Pemantauan terancang dilaksanakan bagi buku rekod mengajar guru dan buku latihan murid. Pencerapan dilaksanakan ke atas guru : mengajar dalam bilik darjah, makmal sains, bengkel dll. Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak mereka.

PENCAPAIAN :
Mendapat 4 orang GKMP serentak. Guru-guru keluar dari kepompong zon selesa, mereka mula peka dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bilik gerakan beroperasi dengan sewajar -nya, dokumen kemaskini dan teratur. Menjadi Johan Pengurusan Akademik peringkat negeri 1995. Keputusan peperiksaan PMR dan SPM meningkat.

ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 3)


BULAN KE-8 SEBAGAI PENGETUA ISU 3 : Pengurusan Kewangan Tidak mengikut Prosidur Sekolah gred A Laporan Audit bersyarat/berteguran Kutipan yuran sekolah/ yuran asrama/ sewa kantin tidak diurus dengan baik Terdapat guru tingkatan buat kutipan yuran tidak serahkan ke pejabat

sambungan Isu 3

Pengurus kantin semasa tidak bayar sewa sepanjang tahun sebelumnya, pengurus kantin 10 tahun dulu tidak bayar sewa hingga meninggal dunia Kutipan yuran asrama bank in hanya 4 kali sahaja dalam setahun Yuran asrama yang belum dikutip tidak ada apa-apa tindakan susulan Pengetua tandatangan apa sahaja yang dikemukakan oleh kerani, tanpa soal.

Cara menangani
Teliti satu persatu teguran audit Semak semua dokumen pengurusan kewangan khususnya yang berkaitan dengan teguran audit Kenalpasti punca teguran Taklimat khas kepada semua guru yang terlibat dengan kutipan wang Buat perbincangan khas dengan pengurus kantin semasa & kemukakan cadangan penyelesaian hutang sewa

.sambungan

Cara menangani

Hantar surat peringatan hutang lapok pengurus kantin terdahulu hingga 3 kali Mohon hapuskira hutang lapok Memastikan kerani kewangan menjalankan tugas ikut prosidur sebenar Memastikan semua bayaran asrama yang tidak dikutip sejak beberapa tahun diambil tindakan susulan Memastikan pada akhir tahun kewangan semasa, teguran audit tidak berulang.

PENCAPAIAN :
Semua guru tingkatan tahu dan faham prosidur kutipan wang yuran Kerani kewangan dapat kerjasama guru Permohonan hapuskira hutang lapok : lulus Yuran asrama tertunggak dapat dikutip sepenuhnya Pengurus kantin semasa menjelaskan hutang dahulu dan bayar sewa semasa Laporan audit tidak lagi bersyarat Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan peringkat kebangsaan 2006

Integriti
Integriti adalah Kejujuran dan Keikhlasan
Jujur dan ikhlas dapat diungkapkan sebagai:

Buat sesuatu dengan betul walaupun tidak ada sesiapa yang nampak.

Agama Islam merangkumi 3 tingkat :


1. Islam
2. Iman

: anda melakukan 5 Rukun Islam


: anda percaya 6 Rukun Iman

3. Ihsan : (Islam + Iman)

Anda beribadah* kepada Allah seolaholah anda sedang melihat-Nya, jika anda tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat anda.
(* beribadah/buat baik/buat yang betul/buat apa saja)

Kesimpulan Bicara
Untuk menjiwai integriti : sebagai individu : kita semestinya berpegang teguh kepada ajaran agama, menghayati nilai-nilai murni, mematuhi etika kerja, sentiasa bermuhasabah diri dan tidak hanya menyalahkan orang lain. sebagai pemimpin : kita dituntut menjadi teladan yang baik, beri arahan tidak bercanggah dengan peraturan, jauhi cakap tak serupa bikin dan tidak malu minta bantuan orang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran.

Sekian, Terima Kasih

Selamat Maju Jaya

Anda mungkin juga menyukai