Kem Kepimpinan Cilik 2020
Kem Kepimpinan Cilik 2020
Kem Kepimpinan Cilik 2020
KERTAS KERJA
KEM KEPEMIMPINAN CILIK
SK LUBOK KELUBI
2020
1.0 PENDAHULUAN
Kem Kepimpinan Cilik ini merupakan anjuran Unit KOKURIKULUM SK Lubok Kelubi.
Program ini merupakan program tahunan yang meletakkan sasarannya adalah pemimpin-
pemimpin tertinggi unit kokurikulum.
Usaha melahirkan pemimpin yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan yang
tinggi adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah. Oleh itu, komitmen dan kerjasama
daripada semua pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat dan tentunya pelajar itu sendiri amatlah
perlu untuk melahirkan pemimpin yang serba boleh. Sehubungan itu, pihak sekolah amnya dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling khasnya bertanggungjawab dalam membina aspek
kecemerlangan sahsiah, kepimpinan dan kerohanian pemimpin-pemimpin ini di samping
mencorakkan generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik. Keseimbangan kecemerlangan
seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti selaras dengan status
mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa
hadapan.
Pengisian program yang tersusun akan membantu pemimpin cilik ini menyedari
kepentingan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri
pemimpin yang sewajarnya dan diaplikasikan dalam tugasan harian. Justeru itu, adalah diharapkan
penglibatan dan sokongan daripada semua pihak terutama pentadbir SK Lubok Kelubi, guru-guru
dan pihak PIBG serta pelajar-pelajar sendiri dapat merealisasikan hasrat yang murni ini.
2.0 RASIONAL
Usaha yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk melengkapkan diri
dengan keyakinan dan kemahiran yang akan memudahkan mereka untuk menunaikan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah, dan seterusnya akan meningkatkan
mutu kepimpinan mereka.
1
[KERTAS CADANGAN PROGRAM 2020
3.0 MATLAMAT
Tujuan kem kepimpinan ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, berketrampilan, mempunyai daya kepimpinan dan jati diri positif yang mampu
menangani masalah dan cabaran hidup seterusnya.
Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk
kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip kepimpinan dan pengurusan
masa, serta membina sahsiah yang berkualiti selari dengan perkembangan semasa.
Dalam masa yang sama juga ia memberi maklumat dan pendedahan tentang komunikasi
berkesan dalam kepimpinan.
4.0 OBJEKTIF
3
[KERTAS CADANGAN PROGRAM 2020
12.0 PENUTUP
Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan memberi sedikit sebanyak pendedahan dan
pengalaman baru yang berguna kepada para peserta untuk mereka gunakan semasa menjalankan
tugas masing-masing.
PN. ROHANA BINTI ABU HASSAN PN. NOR ZAKIAH BINTI MOHD SARIF
Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
PENGERUSI PROGRAM PENASIHAT PROGRAM
SK Lubok Kelubi SK Lubok Kelubi
Hulu Langat Hulu Langat
Tarikh: Tarikh:
Cop Sekolah
4
[KERTAS CADANGAN PROGRAM 2020
LAMPIRAN I
5
[KERTAS CADANGAN PROGRAM 2020
LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM
MASA PERKARA
2.40 petang
STESEN 1 – PEMIMPIN IDOLA ( 3 UM)
(30 minit)
LAMPIRAN III
7
[KERTAS CADANGAN PROGRAM 2020
KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN CILIK