Hukum Memindahkan Zakat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

HUKUM MEMINDAHKAN ZAKAT

Dalam pembahagian zakat, terdapat golongan yang tertentu yang boleh menerima

harta zakat berdasarkan ayat yang telah diturunkan oleh Allah SWT :

  
 
 
  
  
    
     
 

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang


fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang
muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan
pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Justeru, ia bermakna tidak semua manusia yang beragama Islam berhak menerima
harta zakat yang diagihkan. Kerana pihak yang boleh menerimanya telah ditetapkan

oleh Allah SWT.

Dalam pembahagian harta zakat, agama Islam telah mengaturkannya dengan


bijaksana dan tepat. Harta zakat seharusnya dibahagikan ditempat dimana ia telah

dikutip atau diperoleh.

Mengenai pemindahan harta zakat dari suatu daerah ke daerah yang lain, menurut
pengarang Al-Mughni, adalah tidak boleh memindahkan zakat dari daerahnya atau
negerinya ke daerah atau negeri lain, yang dimana jaraknya ialah jarak yang boleh
melakukan solat qasar (sekitar 90 KM).
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz, mengatakan
bahawa zakat yang datang dari Khurasan kemudian ke Syam, seterusnya kembali ke
Khurasan. Diriwayatkan dari Al-Hasan dan An-Nakha’I, bahawa keduanya adalah
makruh melakukan pemindahan harta zakat dari satu negeri ke negeri yang lain

kecuali untuk kaum kerabat.

Justeru, terdapat pelbagai pendapat bagi ulama tentang hukum memindahkan


harta zakat memandangkan harta zakat merupakan amanah dan perlu dibahagikan

mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

PENDAPAT ULAMA TENTANG HUKUM MEMINDAHKAN ZAKAT

IMAM SYAFIE

Menurut Imam Syafie, mengatakan bahawa adalah tidak boleh mengalihkan harta
zakat ke daerah yang lain apabila di daerah tersebut masih ada para mustahik (orang-
orang yang layak menerima harta zakat).

Hal ini adalah kerana apabila harta zakat boleh dialihkan, ia bermakna harta zakat
tersebut boleh diberikan kepada satu asnaf sementara tujuh asnaf yang lain tidak
diberikan walaupun asnaf tersebut lebih fakir dan lebih memerlukan daripada asnaf-

asnaf yang lain.

Maka, ia adalah tidak sependapat dengan orang yang mengatakan harta zakat
boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain yang lebih memerlukan.
Kerana menurut hujah, larangan memindahkan harta zakat adalah lebih banyak

berbanding hujah yang membolehkannya.

IMAM HANAFI
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa hukumnya makruh apabila memindahkan
harta zakat, kecuali apabila memindahkannya adalah untuk kaum kerabat yang

memerlukan.

Ini kerana, hal ini adalah dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim. Begitu juga
kepada golongan yang lebih memerlukan dari penduduk negeri asal atau apabila
dialihkan adalah lebih sesuai untuk kepentingan kaum Muslimin atau negeri perang

ke negeri lslam atau untuk para penuntut ilmu.

MAZHAB HANBALI

Menurut mazhab Hanbali, adalah tidak boleh apabila memindahkan harta zakat dari
satu daerah atau negeri ke daerah atau negeri yang lain, yang mana jaraknya adalah
yang memperbolehkan untuk melakukan solat qasar. Ia adalah wajib untuk
membahagikan harta zakat tersebut di tempat yang wajib atau daerah sekitarnya

yang kurang dari jarak untuk melakukan solat qasar.

ULAMA MALIKI

Bagi ulama mazhab Maliki, berpendapat bahawa wajib membahagikan harta zakat
ditempat dimana harta zakat tersebut dikutip, atau di tempat yang berdekatan
dengan daerah yang dikutip, dimana jaraknya adalah kurang daripada jarak yang
boleh melakukan solat qasar. Kerana ia adalah tempat atau daerah yang sama

dengan tempat atau daerah mengutip harta zakat.

IBNU QUDAMAH

Adalah tidak boleh memindahkan harta zakat dari daerah atau negerinya ke daerah
atau negeri yang jaraknya yang boleh melakukan solat qasar. Menurut dalilnya,
adalah sabda Rasulullah SAW kepada Mu’az, “Beritahukan kepada mereka bahawa
adalah diwajibkan zakat ke atas mereka yan diambil daripada orang-orang kaya
mereka untuk disalurkan kepada orang-orang fakir mereka.” Ini adalah dikhususkan
untuk orang-orang fakir di negeri mereka sendiri.
FATWA YAYASAN ZAKAT INTERNASIONAL II

Fatwa Yayasan Zakat Internasional II tentang zakat kontemporari yang telah


diselenggarakan di Kuwait pada 11 Zulkaedah 1409H bersamaan dengan 4 Jun 1989M,
telah menjelaskan bahawa pada hakikatnya, penyaluran harta zakat diserahkan
kepada mustahik, ditempat dimana harta zakat tersebut telah dikutip. Kemudiannya,
baru berpindah keluar dari daerah atau negeri kutipannya apabila masih terdapat
lebihan, kecuali pada masa-masa berlaku bencana, mengikut urutan keutamaan yang

paling memerlukan.

Fatwa Yayasan Zakat Internasional II telah memutuskan akan hal yang berikut:

a) Keadaan yang membolehkan untuk dipindahkan harta zakat ialah dengan


memindahkannya ke medan perang fisabilillah, memindahkan ke yayasan
dakwah, pendidikan, kepada kaum kerabat dan juga memindahkan ke daerah-
daerah yang dilanda bahaya kelaparan dan bencana alam.
b) Memindahkan harta zakat keluar dari tempat kutipannnya diluar daripada
keadaan diatas adalah tidak bererti zakat tersebut tidak sah, tetapi berhukum
makruh.
c) Apa yang telah dimaksudkan dengan tempat pungutan zakat ialah daerah atau
negeri pungutannya, termasuk dengan kawasan atau wilayah disekelilingnya
yang berjarak kurang dari jarak yang boleh melakukan solat qasar.

SYEIKH IBNU JIBRIN

Bagi pendapat Syeikh Ibnu Jibrin dalam Fatwa Azzakah, ketika ada yang bertanya
mengenai hukum memindahkan zakat dari suatu daerah ke daerah yang lain, beliau
mengatakan bahawa boleh hukumnya untuk mengirimkan harta zakat ke negeri lain
dengan alasan ia adalah untuk sebuah kemaslahatan yang jelas. Seperti contohnya,
untuk kemiskinan yang amat sangat, keadaan kaum Muslimin yang sangat

memerlukannya dan sebagainya.

Beliau juga berpendapat bahawa adalah tidak boleh hukumnya, sekiranya


pemindahan harta zakat dilakukan dengan bertujuan untuk mengistimewakan
sesebuah negeri tersebut, sedangkan di dalam daerah atau negeri asal masih

terdapat banyak golongan asnaf yang berhak menerimanya.

DR. YUSUF AL-QARDHAWI

Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah melontarkan pendapat bahawa mengirimkan harta


zakat ke negeri lain yang merupakan bukan tempat tinggal bagi orang yang berzakat
atau negeri yang bukan tempat beradanya harta orang yang berzakat, adalah

diperbolehkan apabila ada alasan munasabah yang membenarkan.

Seperti contohnya, apabila terdapat salah seorang saudara yang berbangsa


Palestine yang sedang bekerja di salah satu tempat, dan dia mempunyai keluarga
yang sedang berada dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan, maka mereka
berhak mendapatkan harta zakat. Bahkan menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi, dalam

keadaan yang seperti itu, adalah lebih utama memberi harta zakat kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai