Syarat Jual Beli
Syarat Jual Beli
Syarat Jual Beli
2). Qabul
Menurut madzhab Hanafi, jual beli dapat terjadi (in’iqad) hanya dengan ijab dan
qabul. Jadi in’iqad adalah keterikatan pembicaraan salah satu dari dua pihak yang
berakad dengan lainnya menurut syari’at atas suatu cara yang tampak hasilnya pada
sasaran jual beli.
Maka, jual beli menurut madzhab ini merupakan atsar syari’ (hasil nyata secara
syari’at) yang tampak pada sasaran (jual beli) ketika terjadi ijab qabul, sehingga pihak
yang berakad memiliki kekuasaan melakukan tasharruf. Untuk mencapai atsar yang
nyata melalui ketersambungan ijab qabul, maka pihak pelaku (aqid) disyaratkan harus
sehat akalnya dan mencapai usia tamyiz.[5]
Pada sasaran ijab qabul harus berupa harta yang dapat diserahterimakan.
Mengenai jual beli dengan cara mu’athah, madzhab Hanafi memperbolehkan secara
mutlak baik itu pada barang berharga besar maupun kecil, kecuali menurut pendapat al-
Karkhi yang hanya memperbolehkan pada barang-barang yang kecil.
Madzhab Maliki
Harus merupaan sesuatu yang dapat menunjukkan ridha (saling setuju) dari
pihak aqad, baik berupa perkataan atau isyarat dan tulisan. Madzhab Maliki
memperbolehkan jual beli dengan cara mu’athah.
d. Madzhab Hambali
Ijab dan kabul dapat dalam bentuk perkataan, perbuatan, isyarat dan tulisan (biasanya
transaksi yang besar nilainya). Namun, semua bentuk ijab dan kabul itu mempunyai nilai kekuatan
yang sama.
Contoh ijab kabul dalam perbuatan adalah seperti yang terjadi di pasar swalayan. Seseorang
mengambil barang, sesudah membayar harganya kepada kasir sesuai dengan harga yang tercantum
pada barang tersebut. Kehendak penjual dan pembeli sudah terpenuhi. Cara seperti inilah sekarang
yang sering kita jumpai di dunia dagang pada saat ini. Di dalam fiqih jual beli semacam ini disebut
: mab’ulma’atoh (Jual Beli dengan saling memberi).[7]
Ijab dan qabul berperanan sebagai sighah akad iaitu ungkapan-ungkapan yang menunjukkan
persetujuan dan persepakatan dua pihak yang berkontrak. Para fuqaha’ berbeza pendapat dalam
memberikan definisi ijab dan qabul.
Sighah akad ialah apa jua cara yang digunakan untuk berakad sama ada berupa perkataan,
perbuatan atau sebagainya. Perlu kita fahami bahawa apa yang tersirat dalam hati seseorang tidak
akan diketahui oleh orang lain. Ia hanya dapat diketahui jika ia dikeluarkan dalam bentuk perkataan,
perbuatan dan sebagainya.
Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. mengenai saling merelakan dalam ijab dan qabul yang membawa
maksud :
Akad ini membawa maksud dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Akad akan sah sekiranya kata-kata
yang dikeluarkan oleh pihak yang berakad dapat difahami dengan jelas. Para fuqaha berpendapat
apa jua lafaz boleh digunakan ketika berakad dengan syarat setiap perkataan itu dapat difahami
dengan jelas.
Sebagai contoh dalam penggunaan lafaz hibah (pemberian percuma/hadiah) dalam akad jual beli.
Ahmah berkata “saya hibahkan buku ini kepada awak dengan harga RM20” ianya adalah merupakan
akad jual beli kerana pemberian itu disertai dengan bayaran dan bukanlah akad hibah.
Apabila dibicarakan tentang tulisan ianya adalah jalan yang terbaik dari secara lisan seperti surat
dokumen bertulis dan apa sahaja selagi mudah difahami. Penggunaan tulisan boleh digunakan oleh
kedua-dua belah pihak atau pun sebelah pihak sahaja, walaupun mereka mempunyai kemampuan
untuk bercakap.Sekiranya penerimaan terhadap sesuatu tawaran yang dibuat melalui surat mestilah
dilakukan dengan kadar segera yang munasabah.
Berakad melalui perbuatan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu menggunakan bahasa isyarat dan
unjuk-menunjuk.
Bahasa Isyarat
Berakad dengan menggunakan bahasa isyarat iaitu dengan cara pergerakkan tangan, kepala
ataupun bibir. Sekiranya seseorang itu mampu bercakap, akad tidak akan sah mengikut pandangan
Hanafi, Syafie dan Hambali. Sekiranya seseorang itu tidak mampu bercakap dan tidak tahu menulis,
akad adalah sah dengan menggunakan bahasa isyarat. Sekiranya tidak mampu bercakap sedangkan
berkemahiran dalam menulis, akad adalah sah mengikut pandangan Maliki, Syafi’I, Hanbali dan
kenyakkan para fuqaha dan akad jadi tidak sah sekiranya mengikut pandangan Hanafi.
Unjuk-mengunjuk
Berakad secara unjuk-mengunjuk adalah merupakan salah satu dari berakad mengikut perbuatan.
Unjuk-mengunjuk ialah tingkahlaku yang hanya melibatkan perbuatan tanpa melafazkan perkataan.
Ianya adalah berbeza berbanding bahasa isyarat kerana tindakan mengambil sesuatu dan
memberikanya kepada pihak yang lain.
Contoh yang paling mudah untuk kita fahami ialah seperti kita membeli belah dipasaraya. Kalau
dilihat proses pembelian tanpa menggunakan percakapan ataupun lafaz dan apa yang berlaku
adalah dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Inilah yang dikatakan akad unjuk-mengunjuk kerana
masing-masing sudah saling faham memahami.
Berakad dengan cara berdiam diri bermaksud satu pihak berdiam diri semasa akad jual beli dibuat
dan tidak akan melibatkan kedua-dua belah pihak berdiam diri. Terdapat percanggahan pendapat di
antara para fuqaha kerana dengan berdiam diri tidak mampu menggambarkan kehendak yang
sebenar-benarnya dan mereka berpandangan dari segi hukum asal iaitu tidak sah berakad dengan
cara berdiam diri.
Walaubagaimanapun cara ini boleh digunapakai dalam situasi-situasi yang tertentu dan cara ini
hanya boleh dilakukan oleh pihak yang menerima dan bukan kepada pihak yang membuat tawaran.
Sebagai contoh, jika suatu harta yang telah diwakafkan kepada pihak tertentu dan pihak tersebut
(penerima wakaf) ada semasa akad wakaf dilakukan, maka akad tersebut adalah tetap sah walau
penerima wakaf hanya berdiam diri sahaja.
Bolehkah kita melakukan jual beli tanpa menggunakan lafazh ijab qobul, cuma mengambil barang
dan menyerahkan uang saja? Ada yang dikenal dengan jual beli mu’athoh, tanpa berkata apa-apa
saat ijab qobul. Apakah jual beli mu’athoh itu sah?
Sebagian ulama yaitu Hanafiyah, Malikiyah dan Hambali menyatakan bahwa ada dua bentuk akad
jual beli, yaitu perkataan dan perbuatan. Bentuk perkataan semisal dengan ucapan penjual “saya jual
barang ini padamu”, dan pembeli menerima dengan ucapan “saya beli barang ini darimu atau saya
terima”. Sedangkan bentuk perbuatan dikenal dengan istilah “mu’athoh”. Bentuknya adalah seperti
pembeli cukup meletakkan uang dan penjual menyerahkan barangnya. Transaksi mu’athoh ini biasa
kita temukan dalam transaksi di pasar, supermarket, dan mall-mall. Transaksi mu’athoh bisa dalam
tiga bentuk:
1. Si penjual mengatakan “saya jual”, dan si pembeli cukup mengambil barang dan menyerahkan
uang.
2. Si pembeli mengatakan “saya beli”, dan si penjual menyerahkan barang dan menerima uang.
3. Si penjual dan pembeli tidak mengatakan ucapan apa-apa, si pembeli cukup menyerahkan uang
dan si penjual menyerahkan barang. (Lihat Al Mulakhosh Al Fiqhiy, 2: 8)
Ulama Syafi’iyah melarang bentuk perbuatan dalam ijab qobul. Mereka beralasan bahwa perbuatan
tidak menunjukkan adanya ‘iwadh atau timbal balik. Sehingga jual beli mu’athoh semacam ini
menurut ulama Syafi’iyah tidaklah sah. Asy Syairozi mengatakan, “Tidaklah sah akad jual beli kecuali
adanya ijab dan qobul. Adapun akad mu’athoh tidaklah sah dan tidak disebut jual beli.” Imam Nawawi
menegaskan tentang perkara ini, “Pendapat yang masyhur dalam madzhab Syafi’i, jual beli tidaklah
sah kecuali dengan adanya ijab dan qobul. Sedangkan jual beli mu’athoh tidaklah sah baik bentuknya
sedikit maupun banyak.” (Lihat Al Majmu’, 9: 115-116).
Pendapat terkuat dalam hal ini adalah ijab qobul boleh dan sah dengan perbuatan dengan alasan:
Pertama, Allah membolehkan jual beli dan tidak membatasinya dengan bentuk akad tertentu. Allah
Ta’ala berfirman,
ٍ ع ْن ت َ َرا
ض َ ً ارة ِّ َيَا أَيُّ َها الَّذِّينَ آ َ َمنُوا ََل تَأ ْ ُكلُوا أ َ ْم َوالَ ُك ْم بَ ْينَ ُك ْم بِّ ْالب
َ اط ِّل إِّ ََّل أ َ ْن ت َ ُكونَ تِّ َج
ِّم ْن ُك ْم
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian saling memakan harta sesamamu dengan jalan
yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka (saling ridho) di
antara kalian” (QS. An Nisa’: 29). (Lihat An Niyat, 2: 59-60)
Sehingga dari sini mengenai jual beli yang berlaku di pasar, supermarket, dan mall tanpa adanya
ucapan apa-apa, cukup saling ridho dengan si penjual menyerahkan barang dan si pembeli
menyerahkan uang, maka itu sudah dianggap sah.
1. Jual beli melalui mesin yang sudah berisi minuman penyegar, aqua, atau minuman bersoda
dengan cukup memasukan sejumlah uang pecahan ke dalam mesin.
5. Sahnya jual beli melalui tulisan seperti email, surat, sms. (Lihat Syarh ‘Umdatul Ahkam, 2: 782
dan Shahih Fiqh Sunnah, 4: 259)
Untuk lafazh ijab qobul sendiri tidaklah disyari’atkan dengan lafazh tertentu. Karena bukanlah maksud
ta’abbud (ibadah) dengan menggunakan lafazh tertentu. Segala lafazh yang menunjukkan lafzah ijab
qobul, maka itu sah. (Syarhul Mumthi’, 8: 105-106).
Semoga bermanfaat.
Segala puji hanya milik Allah Ta’ala, shalawat dan salam semoga dilimpahkan kepada nabi
Muhammad, keluarga dans ahabatnya.
Hubungan interaksi antara dua orang, terlebih-lebih akad perniagaan, biasanya diungkapkan dengan
rangkaian kata-kata, yang disebut dengan ijab dan qabul. Ijab-qabul tersebut berfungsi untuk
mengekspresikan akan maksud dan keinginan kedua belah pihak.
Ijab ialah perkataan yang diucapkan oleh penjual, atau yang mewakilinya dalam mengutarakan
kehendak hatinya yang berkaitan dengan akad yang dijalin
Sedangkan Qabul ialah perkataan yang diucapkan oleh pembeli atau yang mewakilinya sebagai
ekspresi dari kehendaknya berkaitan dengan akad tersebut.
Transaksi jual-beli dapat berlangsung dengan segala ucapan yang menunjukkan kepadanya,
misalnya: saya jual kepadamu barang ini, saya berikan kepadamu barang ini, milikilah barang ini,
singkatnya tidak ada ucapan tertentu yang harus diucapkan dalam transaksi jual-beli, sehingga
ucapan apa saja yang menunjukkan akan jual-beli, maka terjalinlah dengannya transaksi jual-beli.
Imam An Nawawi rahimahullah berkata: “Pendapat inilah yang secara dalil lebih kuat, dan itulah yang
saya pilih, karena dalam syari’at tidak ada dalil yang mensyaratkan ucapan tertentu, sehingga kita harus
mengikuti tradisi yang berlaku, sebagaimana hal-hal lainnya.”([1])
Dan praktek masyarakat sejak zaman dahulu, mereka menggunakan berbagai ucapan dalam
menjalankan akad jual-beli, ada yang dengan kata: “kirimkan”, ada pula yang dengan kata: “beri saya
beras sekian kilo”, misalnya, ada yang dengan kata: “minta minyak goreng sekian liter”, misalnya, dst.
Dan dengan berbagai ucapan ini, dan masing-masing dari penjual dan pembeli memahami dan tidak
ada perbedaan sedikitpun bahwa yang dimaksud dari berbagai ucapan ini adalah akad jual-beli.
Bila ada yang bertanya: Apakah pendapat ini berlaku pada seluruh transaksi (akad)?
Pendapat pertama: Sebagian ulama’ ada yang mensyaratkan bagi sebagian akad teks-teks tertentu,
yang harus diucapkan padanya, misalnya akad nikah, mereka berpendapat bahwa pada akad ini
harus digunakan kata-kata: (زوجتك/ saya nikahkan/kawinkan anda), dan pihak kedua menjawab
dengan berkata: Saya terima.
Pendapat kedua: Sebagian lagi, ada yang berpendapat bahwa setiap akad/ transaksi dapat terjalin
dan sah dengan ucapan apa saja yang biasa digunakan oleh masyarakat guna menjalankan akad
tersebut.
Pendapat kedua inilah yang rajih (lebih kuat) dan yang semestinya untuk dianut. Pendapat ini adalah
pendapat yang dipilih oleh Syeikhul Islam Ibnu taimiyyah rahimahullah.([2])
Permasalahan mu’amalat (interaksi sesama manusia) tidaklah termasuk amalan ibadah sehingga
harus seratus persen sesuai dengan yang dicontohkan. Mu’amalat hanyalah hubungan sesama
manusia, sehingga apa saja yang mereka anggap sebagai transaksi jual-beli, maka itu dikatakan jual-
beli. Apa saja yang mereka anggap sebagai akad pegadaian, maka itu adalah pegadaian, Apa saja
yang mereka anggap sebagai wakaf, maka itu adalah wakaf. Dapa saja yang mereka anggap sebagai
akad pernikahan, maka itu adalah pernikahan.
Tidak pernah ada satu dalilpun atau satu riwayatpun, baik dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam atau
para sahabatnya yang dapat dijadikan dalil guna menggariskan definisi akad jual-beli.
Ibnu Taimiyyah berkata: Berbagai nama dan istilah ini telah disebutkan dalam Al Qur’an dan hadits
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beserta berbagai hukum yang terkait dengannya. Dan setiap nama
pasti memiliki definisi tersendiri.
Sebagian definisi nama-nama tersebut dapat diketahui melalui ilmu bahasa, semisal sebutan
matahari, bulan, gandum, laut, langit, dan bumi.
Sebagian lainnya hanya dapat diketahui melalui wahyu (syari’at), semisal sebutan: mukmin, kafir,
munafiq, shalat, zakat, puasa, dan haji.
Sedangkan nama atau sebutan yang tidak ditemukan definisinya dalam ilmu bahasa atau
wahyu (syari’at), maka anda harus merujuk kepada tradisi masyarakat setempat. Misalnya sebutan al
qabdhu (serah-terima) yang disebutkan pada sabda nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut:
من ابتاع طعاما فال يبعه حتى يقبضه
“Barang siapa yang membeli bahan makanan, maka janganlah ia menjualnya kembali hingga ia selesai
menerimanya.”
Telah diketahui bahwa Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menyebutkan definisi jual-beli, sewa-
menyewa, hibah dan yang serupa, baik dalam Al Qur’an atau As sunnah. Sebagaimana tidak pernah
diriwayatkan dari seorang sahabat, atau tabi’inpun, bahwa ia menentukan ucapan tertentu guna
menjalankan akad ini. Juga tidak pernah ditemukan satu ucapan yang dapat mengarah kepada
pemahaman bahwa suatu akad tidak sah, kecuali bila dijalin dengan ucapan-ucapan tertentu.
Sebaliknya, sebagian ulama’ menegaskan bahwa anggapan semacam ini nyata-nyata menyelisihi
kesepakatan ulama’ zaman dahulu, sehingga dapat dikatagorikan sebagai bid’ah. Bila suatu hal tidak
memiliki definisi dalam syari’at, tidak juga dalam ilmu bahasa, maka rujukannya adalah tradisi
masing-masing masyarakat.
Pendek kata: apa saja yang oleh masyarakat disebut sebagai jual-beli maka itulah jual-beli. Dan apa
saja yang mereka sebut sebagai hibah, maka itulah hibah. (Majmu’ Fatwa Ibnu Taimiyyah 29/16)
Pada kesempatan lain beliau berkata: “Pendapat yang benar, bahwa kedua pihak bila telah saling
mengetahui maksud lawan transaksinya, maka dengan ucapan apa saja mereka menjalankan suatu
akad, akad antara mereka berdua adalah sah. Dan ini berlaku umum pada seluruh jenis transaksi.
Dikarenakan Allah dan rasul-Nya tidak pernah memberikan batasan dalam hal ucapan akad. Akan
tetapi Allah Ta’ala dan rasul-Nya menyebutkannya tanpa ada batasan. Sebagaimana transaksi dapat
dijalin dengan bahasa Persia, Romawi atau lainnya, maka transaksi boleh dijalin dengan ucapan apa
saja dalam bahasa Arab yang menunjukkan akan transaksi tersebut.”
Kesimpulan beliau ini didukung oleh kaedah ilmu fiqih yang berbunyi:
العادة محكمة
“Hukum asal pada setiap masalah yang tercakup dalam adat kebiasaan, adalah boleh.” Dan akad jual-beli,
sewa-menyewa, pernikahan dan yang serupa adalah sebagian dari bentuk adat istiadat, dan bukan
peribadahan. Dengan demikian, semua akad ini tercakup oleh keumuman kaedah tersebut.
“Bila ada yang berkata: Akad nikah, disebutkan oleh Allah dengan kata-kata nikah, sehingga pada
akadnya harus menggunakan kata-kata: menikahkan. Maka kita jawab: begitu juga halnya dengan
(البيع/ jual-beli beli), Allah sebutkan dengan kata (البيع/jual-beli), apakah anda juga akan berpendapat
bahwa ketika anda bertransaksi jual-beli anda harus menggunakan kata: ( )بعتsaya jual? Jawabannya
pasti: tidak. Bila demikian, akad jual-beli beli dapat terjalin dengan ucapan apa saja yang biasa
digunakan ketika menjual (ijab) dan begitu juga ketika membeli (kabul).”([3])
Ditambah lagi, ternyata akad nikah dalam hadits-hadits nabi tidak hanya disebutkan dengan
kata nikah. Akan tetapi disebut pula dengan kata lainnya.
ِ ا ْذهَبْ فَقَ ْد َملَّ ْكت ُ َك َها بِ َما َم َعكَ مِ نَ ْالقُ ْر
متفق عليه.آن
“Silahkan engkau membawanya pulang, aku telah menjadikannya milikmu dengan mas kawin surat-surat Al
Qur’an yang telah engkau hafal.” (Muttafaqun ‘alaih)
Anda bisa bayangkan, betapa susahnya hidup anda, bila setiap transaksi yang anda jalankan harus
diutarakan dan diucapkan. Bila demikian adanya, maka anda tidak akan bisa berbelanja di
supermarket, atau tempat-tempat serupa.
Metode ucapan lisan, yaitu dengan adanya ucapan ijab dari penjual dan kabul dari pembeli.
Metode perbuatan, yaitu yang diistilahkan dengan al mu’athah, yaitu dengan saling menyerahkan
barang yang dimaksudkan oleh masing-masing dari yang menjalankan akad jual-beli, tanpa adanya
ucapan ijab atau qabul dari keduanya, atau dari salah satunya:
Ini semua menunjukkan kepada kita bahwa urusan transaksi itu mudah, pedomannya ialah tradisi
masyarakat, dan seluruh masyarakat telah menganggap metode jual-beli dengan perbuatan
semacam ini sebagai akad jual-beli yang jelas dan sah.
Semoga apa yang dipaparkan di sini bermanfaat bagi kita semua, wallahu a’alam bisshawab.
***
[4] ) Sebagian ulama’, diantaranya Imam As Syafi’i dan kebanyakan para pengikutnya mensyaratkan adanya
ijab dan qabul dalam akad jual-beli, sehingga menurut mereka jual-beli tidak sah bila tidak ada ada ijab dari
penjual dan qabul dari pembeli. Baca: Raudhatut Thalibin 3/336, Tafsir Ibnu Katsir, 1/479, Kifayatul
Akhyar, 1/239, Subulus Salaam, 3/4.
http://pengusahamuslim.com/1448-ijab-dan-qabul.html
Maknanya yaitu kedua belah pihak yang melakukan akad sepakat atas harga barang dan jenisnya lalu
keduanya saling memberikan kepada yang lain tanpa menyebut harga atau jenis barang. Dan hal
tersebut telah menjadi kebiasaan di antara mereka berdua.
Misalnya, seorang pembeli mangambil barang dan membayar harganya kepada pemiliknya tanpa
ada pembicaraan ataupun isyarat.
Catatan Penting:
Jual beli seperti ini banyak terjadi di pusat-pusat perbelanjaan, seperti si pembeli mengambil
berbagai jenis barang yang sudah dituliskan harga di atasnya, lalu ia mengambil barang-barang
tersebut dan membayarnya tanpa menanyakan harganya.
Para ulama dari kalangan Malikiyyah dan Hanabilah menyebutkan tentang sahnya jual beli mu’ahtah
ini, selama hal itu menjadi kebiasaan masyarakat setempat, sehingga menunjukkan adanya
keridhaan dari kedua belah pihak (penjual dan pembeli).
Adapun ulama dari kalangan Syafi’iyyah mensyaratkan sahnya akad ini dengan menyebutkan lafazh-
lafazh (ijab qabul) yang jelas atau dengan tulisan. Dan mereka berkata, “Jual beli ini tidak sah (tanpa
adanya lafazh yang sharih (jelas) atau tulisan yang menunjukkan ijab qabul-penj).
Imam an-Nawawi dan al-Baghawi menyebutkan tentang sahnya jual beli ini.
Saya (penulis) pribadi lebih condong kepada pendapat yang menyatakan sahnya jual beli ini, karena
manusia terbiasa melakukan ini di mana si pembeli mendapatkan harga barang tertulis pada barang
tersebut, lalu ia mengambilnya dan membayar harganya dengan keridhaannya untuk
mengungkapkan bahwa ia menerima hal tersebut. Jual beli seperti ini sudah pernah dilakukan sejak
dahulu di mana manusia melakukan jual beli mu’athah di pasar-pasar mereka dan belum pernah
dinukil bahwa ada orang mengingkarinya. Wallaa-hu a’lam.
Mengikut mazhab Syafie, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam
jual beli dan wajib dilafaz secara jelas. Walau bagaimanapun, kita tidak
perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Menurut beberapa ulama'
mazhab yang tersohor seperti Imam Nawawi telah mentarjihkan pendapat
dalam mazhab Syafie itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab
kabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-
ta'ati. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk.
Dalam Islam, satu perkara penting yang menjadi matlamat jual beli ialah
redha-meredhai. Al-taradi, al-rida atau saling meredhai adalah elemen
penting yang menentukan keharusan jual-beli berkenaan. Hukum ini
kerana nature sesuatu akad dalam Islam adalah berasaskan kepada
matlamat merealisasikan maqasid(matlamat). Justeru, para fuqaha
merumuskan satu kaedah feqah yang berbunyi: "Apa yang diambil kira
dalam akad atau kontrak ialah maqasid (matlamat) dan maksud, bukan
lafaz luaran atau binaan huruf."
Mengapa perlu sighah ijab dan kabul? Saling meredhai perlu
direalisasikan dalam jual beli. Namun, redha adalah unsur dalaman yang
terletak di dalam hati. Manusia tidak mampu mengetahui apa yang
tersemat dalam hati orang lain. Maka, syariat menggantungkan hukum
keabsahan jual beli pada sesuatu yang zahir iaitusighah.
Firman Allah Taala : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka antara kamu (redha-meredhai). (Surah al-Nisa' 4:
29)
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesungguhnya jual beli berasaskan kepada saling
meredhai." (Ibnu Majah, al-Sunan, no. 2269, jil. 7)
Catatan Penting :
o Jual beli seperti ini banyak terjadi di pusat-pusat perbelanjaan, seperti si pembeli mengambil berbagai jenis barang
yang sudah dituliskan harga di atasnya, lalu ia mengambil barang-barang tersebut dan membayarnya tanpa
menanyakan harganya.
o Para ulama dari kalangan Malikiyyah dan Hanabilah menyebutkan tentang sahnya jual beli mu’ahtah ini, selama hal
itu menjadi kebiasaan masyarakat setempat, sehingga menunjukkan adanya keridhaan dari kedua belah pihak
(penjual dan pembeli).
o Adapun ulama dari kalangan Syafi’iyyah mensyaratkan sahnya akad ini dengan menyebutkan lafazh-lafazh (ijab
qabul) yang jelas atau dengan tulisan. Dan mereka berkata, “Jual beli ini tidak sah (tanpa adanya lafazh yang sharih
(jelas) atau tulisan yang menunjukkan ijab qabul-penj).
o Imam an-Nawawi dan al-Baghawi menyebutkan tentang sahnya jual beli ini.
Saya (penulis) pribadi lebih condong kepada pendapat yang menyatakan sahnya jual beli ini, karena manusia terbiasa
melakukan ini di mana si pembeli mendapatkan harga barang tertulis pada barang tersebut, lalu ia mengambilnya dan
membayar harganya dengan keridhaannya untuk mengungkapkan bahwa ia menerima hal tersebut. Jual beli seperti ini sudah
pernah dilakukan sejak dahulu di mana manusia melakukan jual beli mu’athah di pasar-pasar mereka dan belum pernah
dinukil bahwa ada orang mengingkarinya. Wallaa-hu a’lam.
Adapun tujuan yang terkandung dalam pernyataan ijab dan qabul harus jelas dan terdapat
kesesuaian, sehingga dapat difahami oleh masing2 pihak. Selain itu perlaksanaan ijab dab
qabul juga harus berhubungan langsung dalam suatu majlis. Apabila kedua belah pihak hadir
dan saling bertemu dalam suatu tempat untuk melaksanakan transaksi, maka tempat tersebut
dalam suatu tempat untuk melaksanakan transaksi, maka tempat tersebut dinamakan majis
akad. Namun demikian transaksi, dapat diperbolehkan pula diadakan di tempat yang berbeza,
tetapi sudah dimaklumi oleh keduanya, sehingga keduanya saling memahami.
Jumhur ulama berpendapat, apabila transaksi dia atas sudah menjadi adat kebiasan suatu
masyarakat, maka jual beli semacam itu hukumnya boleh, asalkan dalam aktivitas jual beli
tersebut telah terpenuhi unsur sukarela ( suka sama suka ) antara kedua belah pihak.
Sebagaimana dimaksudkan dalam surah al-nisa: 29 yang berbunyi :
“… kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu…
Dalam transaksi perniagaan online, consumer dan merchant bertemu dalam suatu majlis iaitu
“majlis maya”. Pembeli dan penjual tidak berada dalam suatu tempat tertentu dalam arti
secara fisik dan bisa saja transaksi dilakukan dari berbagai negara yang berbeda. Jika ada
sesuatu perbedaan antara informasi yang diberikan dalam situs, dengan barang yang dijual
dan telah dilakukan pembayaran terhadap barang tersebut , maka pembeli dapat
memberitahukan kepada pihak penjual atau mengembalikan barang tersebut dan mengambil
wang yang telah ia bayarkan. Tetapi, suatu kesalahan tidak dapat dikoreksi jika pihak
pembeli telah menggunakan barang atau produk tersebut.
Pada dasarnya pernyataan kesepakatan pada transaksi perniagaan online sama dengan
pernyataan kesepakatan sebagaimana transaksi dalam perikatan islam, pernyataan
kesepakatan dapat dilakukan dengan berbagai cara dan melalui berbagai media, namun
substansinya adalah pernyataan tersebut dapat difahami maksudnya oleh kedua pihak yang
melakukan transaksi, sehingga dapat dimanifestasikan sebagai kerelaan kedua pihak.
Ijab dan qabul bisa disampaikan secara lisan, tulisan (surat menyurat, isyarat yang dapat
memberi pengertian yang jelas), hingga perbuatan atau kebiasaan dalam melakukan ijab
qabul. Adapun syarat-syaratnya adalah :
Mazhab hambali
- Berada di tempat yang sama
- Tidak terpisah-antara ijab dan qabul tidak terdapat pemisah yang menggambarkan
adanya penolakkan
- Tidak dikaitkan dengan sesuatu , akad tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang
tidak berhubungan dengan akad.
Sighah bermaksud ucapan yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berakad dengan
menyatakan tentang kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk melakukan akad.
Sepertimana dimaklumi bahawa kerelaan merupakan syarat sah kontrak jual beli.
Namun begitu, kerelaan merupakan sesuatu yang tersirat dan ia perlu dizahirkan
melalui petanda2 yang dapat menggambarkan keadaan tersebut. Ia dapat dizahirkan
melalui tindakan kedua-dua belah pihak yang mengikat kontrak yang menunjukkan
mereka bersetuju dengan urusan jual beli tersebut. Tindakan inilah yang dinamakan
sebagai sighah akad.
Sighah akad terdiri daripada penawaran (ijab) oleh penjual dan penerimaan (qabul)
daripada pembeli,
- Contohnya, penjual berkata “saya jual baju ini kepada kamu dengan harga sekian”
(ijab). Kemudian pembeli berkata: “saya setuju atau saya beli”. Atau dengan ucapan
yang seumpamanya.
Sighah terbahagi kepada dua iaitu secara langsung dan jelas (sorih) dan tidak
langsung (kinayah). Sighah secara langsung dan jelas (sorih) bermaksud setiap
ungkapan yang secara jelas merujuk kepada jual beli. Contohnya: “saya jual kepada
kamu” atau saya serahkan hak milik barang ini kepada kamu dengan harga sekian.
“sementara pembeli berkata: “saya beli” atau “saya terima hak milik barang ini.”
Sighah tidak langsung (kinayah) pula bermaksud ungkapan yang boleh membawa
maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud lain.
- Contohnya penjual berkata: “saya serahkannya kepada kamu dengan harga sekian”
atau “ambillah dengan harga sekian.” Pembeli pula menjawb “ saya terima” atau
“saya ambil”.
Sighah secara langsung dianggap sah sebagai jual beli sebaik sahaja ia diucap tanpa
perlu bergantung kepada niat. Sementara sighah secara tidak langsung pula dianggap
jual beli kecuali jika ia dibuat dengan niat jual beli atau ada tanda2 yang merujuk
kepada wujudnya proses jual beli.
فإن صدقا، حتى يتفرقا: أو قال، { البیعان بالخیار ما لم يتفرقا: ) قال رسول هللا (ص: عن حكیم بن حزام رضي عنه قال
} وإن كتما وكذبا محقت بركة بیعهما، وإنما كتما وكذبا محقت بركة بیعهما، وبینا بورك لهما في بیعهما
Bab 13, Apabila baik penjual mahupun pembeli menjelaskan kebaikan dan keburukan suatu
barang, tidak menyembunyikan apa pun, dan memberikan nasihat yang menyenangkan pada
saat melakukan transaksi jual beli.
996. diriwayatkan dari hakim bin Hizam r.a : Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “penjual dan
pembeli memiliki hak untuk menyimpan atau mengembalikan barang (yangdiperjualbelikan)
selama mereka belum atau hingga mereka berpisah; dan apabila kedua belah pihak
mengatakan yang sesungguhnya (berkata benar) dan menjelaskan kekurangan dan kualitas
barang (yang diperjualbelikan), maka transaksi jual beli mereka akan diberkahi (Allah); tetapi
apabila mereka berdusta atau menyembunyikan sesuatu (mengenai barang yang
diperjualbelikan), maka tidak ada berkah (Allah) atas transaksi jual beli mereka.” [ 3:293-
S.A. ]
1007. Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a : Kami bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah
pejalanan dan aku mengendarai unta yang masih liar kepunyaan ‘Umar, dan aku tak mampu
mengendalikannya. Maka , unta itu mendahului pasukan dan ‘Umar mencegahnya serta
menariknya mundur, kembali unta itu maju mendahului pasukan dan ‘Umar menariknya
mundur lagi. Nabi s.a.w, meminta ‘Umar menjual unta itu kepadanya. ‘ Umar menjawab ,
“ini untuk anda, wahai Rasulullah s.a.w bersabda kepada ‘Umar untuk menjual unta itu
kepada nya ( bukan memberikannya sebagai hadiah). Maka ‘Umar pun menjual unta itu
kepada Rasulullah s.a.w. setelah itu, Rasulullah s.a.w bersabda kepada ‘Abdullah bin ‘Umar
r.a, “wahai Abdullah, Unta ini untukmu (sebagai hadiah) dan kamu memperlakukanya
dengan caramu.”
Syarat ijab qabul (sighah) :
Ijab artinya perkataan penjual, misalnya; “saya jual barang ini sekian, sedang qabul
artinya kata si pembeli, misalnya : “saya terima (saya beli) dengan harga sekian”.
Jangan bertaqlid, iaitu seperti kata penjual : “aku jual sepeda motor ini pada saudara
dengan harga Rap. 110.000, setelah kupakai sebulan lagi
Jangan pula memakai jangkau waktu, yakni seperti katanya: aku jual sepeda ini
dengan harga Rp. 10.000, kepada saudara dalam waktu sebulan/ seminggu dan
sebagainya.
“seseungguhnya jual beli itu hanya sah jika suka sama suka”.
Lafaz aqad, maka haruslah berlaku ijab dan qabul yang bersambung, dengan lafaz (kata-
kata), yang menunjukkan kepada yang dimaksud dan yang dapat difahami. Adakalanya
dengan tegas (sharih) atau tidak tegas (kinayah).
- Kalau penjual itu mengatakan: “aku berikan kepadamu ini dengan itu”. Sebagai ganti
katanya: “aku jualkan kepadamu” , lalu si pembeli itu menjawab “aku terima”,
niscaya boleh, manakala keduanya bermaksud jual beli. Kerana kadang-kadang yang
demikian itu, memungkingkan kepada peminjaman, apabila berlaku mengenai dua
helai kain atau dua ekorhaiwan. Maka dengan niat tadi tertolaklah kemungkinan
tersebut.
- Perkataan yang sharih (tegas) itu, dapat menghilangkan persengketaan. Tetapi kata –
kata yang tidak tegas (kinayah), dapat mendatangkan hak milik dan halal juga tentang
apa yang dipilihkan itu.
- Dan tiada seyogialah penjualan itu disertai dengan syarat, yang berlainan dengan
yang dimaksudkan oleh aqad.
- Kalau disyaratkan, supaya ditambahkan sesuatu yang lain atau supaya barang yang
dijual itu dibawa kerumah sipembeli itu membeli kayu api dengan syarat diangkut
kerumahnya, maka semuanya itu, tidak sah penjualannya, kecuali apabila disertakan
penyewaan pengangkutan itu dengan ongkos tertentu, yang terasing dari pembelian,
untuk pengangkutan itu.
- Manakala tidak berlaku antara sipenjual dan sipembeli, selain dari beri – memberi
dengan perbuatan, tanpa perkataan dengan lisan, niscaya tidak lah sah sekali – kali
penjualan itu pada Asy-Syafi’i. Dan pada imam Abu Hanifah sah, apabila penjualan
itu pada barang-barang yang tidak begitu berharga.
Kemudian menentukan “barang-barang yang tidak begitu berharga” amat sulit pula.
Sesungguhnya mengembalikan persoalan kepada adat kebiasaan, maka manusia itu
telah melewati dari “barang-barang yang tidak begitu berharga” dalam beri –
memberiitu. Kerana umpamanya seorang perantara (dallal), datang kepada penjual
kain(bazzar), lalu mengambil daripadanya, sehelai kain sutera, seharga 10 dinar dan
dibawanya kepada seorang pembeli. Kemudian ia kembali kepada pembeli itu dan
menerangkan , bahawa si pemiliknya menyetujui dengan harga demikian, lalu
perantara tadi mengatakan kepada sipembeli: Ambillah sepuluh!”
Maka perantara tersebut, mengambil dari temannya (yang menjadi pembeli) itu wang
sepuluh dinar. Dibawanya dan diserahkanya kepada bazzar, si pemilik kain sutera
tadi. Dan si bazzar itu mengambilnya dan mempergunakan wang tersebut. Dan si
pembeli kain sutera itu memotongkannya. Dan tidak berlaku sekali-kali diantara
keduanya ijab dan qabul. Dan begitu pula, berkumpul orang-orang yang bersedia
membeli, dimuka took seorang penjual. Lalu penjual itu mengemukakan sebuah
barang, dengan harga 100 dinar seumpamanya, kepada orang yang mahu menambah.
Lulu seorang dari mereka itu menjawab: “ini untuk saya dengan harga Sembilan
puluh”. Dan yang lain menjawab “biar untuk saya dengan harga Sembilan puluh
lima”. Dan yang lain menjawab lagi: “biar untuk saya dengan harga 100.”
Lalu dikatakan kepada pembeli itu: “timbanglah!” maka ia timbang dan menyerahkan
harganya. Dan mengambil barang tadi tanpa ijab dan qabul. Sehingga terus menerus
adat kebiasaan itu berlaku.