Kronologi Sirah Nabi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 19

KRONOLOGI SIRAH NABI

KONSEP SIRAH NABAWIYAH

Pengenalan konsep sirah

Kajian dan penganalisaan konsep sirah rasulullah memberikan kesedaran dan pendedahan tentang
keagungan peribadi rasulullah, selain paksi sejarah dunia.Rujukan buku fiqh al-sirah ,pengarang
Muhammad said al buti menagatakan, Kajian sirah rasulullah bukanlah semata-mata memerhati episid
bersejarah nabi Muhammad seperti kelahiran rasulullah, perkahwinannya ataupun kehidupan semasa
kecilnya.Tetapi yang penting ialah pengajaran yang diperolehi dari mengkaji gerak-geri, tindak tanduk
dan juga perangai rasulullah.

Mempelajari sirah nabawiyah, sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas tentang hakikat islam yang
wujud,dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w.Selain itu Rasulullah dijadikan idola dan pembimbing didalam
memperjelaskan wahyu Allah, memandangkan baginda adalah penfsir alquran yang diwahyukan.

Kepentingan mempelajari sirah nabawiyah

1. sebagai sumber ketepatan dalam pentafsiran.


Rasulullah sedia dimaklumi adalah sebagai pentafsir alquran yang paling tepat.para sahabat menjadikan
rasulullah sebagai sumber rujukan pada setiap masaalah semasa dalam kehidupan .

2. Mengumpul sumber maklumat dan pengajaran.


Setiap muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak pengetahuan islam yang sebenar ,samada
pengetahuan tentang aqidah,hokum hakam,atau tatasusila.

3. membolehkan para penyelidik dakwah islam mencontohi dan mengajar , mengikut system pendidikan
dan pengajaran yang sihat.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah pendidik ,penasihat dan guru yang tidak pernah membuang masa
dan sentisa mencari teknik terbaik dalam dakwahnya.

Sumber rujukan sirah nabawiyah

1. kitabullah( alquran)
Didalam alquran memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan Nabi Muhamad s.a.w . ayat alquran
menjalaskan tentang peperangan badar,uhud, khandak .

2. kitab al- sunnah al- nabawiyah (hadis-hadis)


Sumber kedua ini diperolehi dari hadis sahih yang isikandungannya dipercayai kebenarannya.

3. buku- buku tulisan ulama’.Usaha ini dijalankan oleh para pencatit riwayat Rasulullah contohnya,Urwah
Ibn Al Zubair, Aban bin uthman,Wahb in Mahbah dan Ibnu Syihab Al Zuhri.

KRONOLOGI SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

9 atau 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 april 570 masehi


menurut penelitian Al Marhum AL Falaki , berdasarkan perhitungan matahari, kelahiran nabi jatuh pada
20 april 571 masehi( rujukan dari buku kisah Nabi-Nabi dalam Alquran,pengarang Dr Arif Abdul Fatah
Tobbaroh)

Peristiwa Kelahiran Rasulullah s. a.w


Tahun gajah adalah peristiwa yang terkenal yang terjadi di mekah beberapa hari sebelum kelahiran
Rasulullah.bagi menghormati kelahiran tersebut ,Allah telah menghentikan peperangan tersebut .menurut
buku biografi Muhammad bin Abdullah ,pengarang zulkifli Mohd Yusor dan Nurnaemah Abd Rahman,
kelahirannya 50 hari selepas peperangan tentera bergajah.Nabi Muhamad mempunyai keturunan dari
bani qurais Mekah dari sebelah bapanya dan dari Yathrib Madinah dari sebelah ibunya.Sebelum
kelahiran Aminah bermimpi melahirkan seorang bayi lelaki yang lahir bersamanya cahaya.Menurut
Hassan bin Thabit, seorang penyair ulama’ yahudi memanjat bumbung rumahnya dan melihat bintang
muncul yang dinamakan bintang Ahmad.Semasa kelahirannya , bergegarnya iwan kisra’ iaitui istana raja
Farsi, dan api sembahan majusi terpadam

2.Berusia 2 tahun
Dalam penjagaan halimatus Saadiah
Nabi Muhammad hidup sihat dan membesar dengan baik.
Dalam tempoh ini ,sepatutnya Nabi Muhammad perlu diserahkan kepada Aminah.
Namun halimah tidak menyerahkan alasannya mekah sangat panas dan ditakutimembawa penyakit
kepada nabi Muhamad.Aminah sedih dan terpaksa merelakan demi kesejahteraan anaknya( dari buku
kisah aminah bonda Rasulullah , pengarangMuhammad Syafiq Ramli.)

3.Ketika berumur 4 tahun


Peristiwa Pembedahan dada oleh malaikat
menurut riwayat muslim Rasulullah telah dibedah perutnya semasa bersama bani saad.Ketika itu baginda
berusia 5 tahun.( rujukan buku fiqh al sirah pengarang Muhammad Said Ramadhan Al Buti) Jibril
membelah tempat hati Rasulullah serta mengeluarkannya dan dibasuh dengan air zam-zam.a(saffiu Al
Rahman al mubarrakfun ,2004)

4. Berusia 6 tahun
peristiwa kematian ibunya
Rasulullah dikembalikan kepada Aminah.
Aminah merasa sudah tiba masanya ia membawa nabi Muhammad menziarahi perkuburan ayahnya di
Madinah.ia senang sekali mengikut ibunya menziarahi kuburan ayahnda nya.
Perjalanan kemadinah dalam cuaca yang panas dan kering.perjalanan agak sukar dan mengambil masa
yang lama.
Dalam perjalan pulang setelah menziarahi perkuburan Abdullah,Aminah wafat .
Banyak riwayat mengatakan bahawa ketika mereka berada di tengah jalan ,diantara dua kota iaitu kota
mekah dan madinah(yathrib).tiba –tiba bertiup angina kencang dengan suhu yang amat tinggi.
( rujukan buku kisah Aminah bonda Rasulullah,karangan Muhammad syafiq Ramli ).

5. Umur 8 tahun
44 tahun sebelum hijrah, 579 masehi
Peristiwa Kematian datuknya abdul mutalib

Setelah kematian ibunya Nabi Muhammad dipelihara oleh datuknya, dalam suasana kemiskinan.abdul
Mutalib meninggal pada usianya 120 tahun.Dipelihara pula oleh bapa saudaranya abu TalibDalam
peliharaan bapa saudara nya kira-kira 40 tahun
Abu Talib memelihara nabi bersama-sama anak-anaknya dengan bersungguh-sungguh.hidupnya
tidaklah senang tetapi bahagia.

6. Berusia 12 tahun583 masehi


Mengikuti perniagaan kesyam bersama Abu Talib.
Nabi menawarkan diri untuk menolong bapa saudaranya berniaga di syam.
ketika sampai kesyam,rombongan kabilah perniagaan berhenti
berehat, berhampiran rumah ibadat orang kristian. Buhaira ,ketua paderi hairan kerana melihat awan
sentiasa mengiringi kabilah tersebut.buhaira menasihatkan Abu talib segera membawa Nabi Muhamad
pulang ke mekah,kerana ditakuti orang yahudi disyam akan membunuh Nabi Muhammad.

7. Berusia 16 tahun
peristiwa Peperangan fijjar
peperangan mempertahankan kesucian bulan-bulan haram(zulhijjah,zulkaedah,muharam,rejab) berlaku
antara qabilah Qais dan musuhnya.peperangan terjadi diantara Taif dan Mekah.peperangan demi
membela kedudukan tanah suci Mekah.Peeprangan berlangsung selama 4 tahun.Ada sesetangah
riwayat mengatakan Nabi Muhammad turut berperang.Ada sesetengah Riwayat mengatakan Nabi hanya
membantu Kaum kerabatnya yang turut berperang.

8. Berusia 20 tahun
peristiwa Perjanjian fudhul
Perang fijjar berakhir dengan mengadakan perdamaian fudhul.isi kandungannya ialah jangan sampai ada
ahli Mekah teraniaya atau diusir dan mencegah dari terjadinya peperangan.

9. Berusia 25 tahun28 tahun sebelum hijrah,296 masehi


Peristiwa Perkahwinan bersama Siti Khadijah
Nabi Muhammad ditawarkan menguruskan perniagaan Khadijah.Nabi Muhamad ditawarkan keuntungan
dan dibantu oleh budak suruhan Khadijah bernama Maisara. Tawaran tersebut diterima baik oleh Nabi
Muhammad,dan baginda dapat
menjalankan perniagaan dengan baik. Khadijah sungguh tertawan dengan akhlak Nabi Muhammad
disamping kisah akhlak rasulullah yang dikhabarkan oleh Maisara.
melalui perantaraan Nafisah bt Manbah, Khadijah menawarkan kepada Nabi Muhamad untuk menjadi
teman hidupnya yang halal.Rasulullah telah menghantar bapa saudaranya Amru bin Asad meminang
khadijah.Khadijah ketika itu berusia 40 tahun .Nabi mendapat 6 orang cahaya mata bersama isteri-
isterinya .iaitu:

Al Qasim(wafat usia 4 tahun)


Zainab
Ruqayyah
Ummu Khalthum
Fatimah
Abdullah(digelar Al Thayyib@At Tahhir.wafat ketika masih bayi)

10. Berusia 35 tahun,18 tahun sebelum hijrah,605 Masehi


Peristiwa Pembinaan semula Kaabah
setelah beberapa lama Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi ismail,mulai ratak
dan pecah akibat banjir Riwayat berasal dari Amr bin Dinar, “ ketika kaabah sedang dibangun
semula,Nabi Muhammad dan bapa saudaranya, mengangkut batu bata.ketika pembinaan kaabah
baginda belum menjadi nabi.ketika membangun kaabah semua kabilah merebut kebanggaan sehingga
hampir terjadinya pertikaian senjata. ketika meletakkan Hajar Aswad ditempatnya,telah berlaku
pertikaian. Abu Umaiyyah bin Almughirah Almakhzumi mencadangkan usul agar menyerahkan
keputusan kepada orangyang pertama masuk dari pintu Safa.Nabi Muhamad menjadi orang yang
pertama masuk ke masjidil haram .Nabi Muhammad telah menghamparkan kain dan diletakkan Hajar
Aswad diatasnya.Baginda meminta ketua-ketua kabilah mengangkat nya bersama-sama.Rasulullah
sendiri telah meletakkan Hajar Aswad ditempatnya,dipenjuru Kaabah.

11. 6 ogos ,pada bulan Ramadhan,610 / 611 masehi,pada usianya 40 tahun.


Peristiwa penurunana wahyu yang pertama di gua hira’.
Nabi Muhammad akan ke gua hira’ pada setiap bulan Ramadhan,bagi bersendirian untuk memikirkan
keadaan kaumnya yang masih hidup menyembah berhala.pada malam 17 ramadhan Nabi Muhamad
ditemui oleh jibril,dan dibacakan surah al;alaq ayat 1-5.

12. berusia 40 tahun


Peristiwa penurunan wahyun kedua.
Riwayat dari Jabir bin Abdullah,Rasulullah ketika itu sedang berjalan dan mendapati suara dari
langit,Nabi mendongak kelangit dan nampak malaikat jibril,duduk dikursi diatas.Nabi terus pulang dalam
ketakutan,dan meminta Khadijah menyelimutinya.lalu Allah mewahyukan melalui surah al-
Mudatsir.meminta Nabi memberikan peringatan kepada kaumnya.

13. selepas penurunan wahyu kedua


Nabi mula berdakwah secara rahsia selama 3 tahun.Nabi berdakwah secara bersembunyi,dimulai
dengan siti Khadijah,saidina Ali,Zaid bin Thabit,dan saidina Abu Bakar.

14. Selepas 3 tahun berdakwah secara rahsia.


Nabi Muhammad mula berdakwa secara terbuka, setelah Allah memerintahkannya melalui surah Al
Hijr.Rasulullah memanjat bukit Qubais(biografi Muhamad bin Abdullah,pengarang zulkifli mohd yusof dan
NurNaemah abdul Rahman,sesetengah riwayat mengatakan didalam buku fiqhus sirah karangan
Muhammad Al Ghazali, rasulullah memanjat bukit Safa, dan memperingati kaumnya akan azab Allah.Abu
lahab lantas menghina Nabi dan mengarahkan orang ramai bersurai.setelah itu Rasululaah menjemput
pembesar-pembesar mekah didalam satu jamuan dan mengajarkan mereka memulakan bacaan
basmallah sebelum makan .

15. berusia 50 tahun, tahunketiga hijrah,619 masehi

5 tahun selepas kenabiannya,berlaku penghijrahan orang islam keHabsyah,secara senyap atas arahan
rasulullah.Mereka kembali semula keMekah setelah diperdaya oleh orang kafir quraish.
Kaum muslimin mekah berhijrah kali kedua dan mendapat perlindungan Raja najasy.

Khadijah meninggal dunia pada usianya 65 tahun.diikuti bapa saudaranya ,abu talib.rasulullah berhijrah
ke Taif ,dan telah dihina oleh orang Taif saudaranya sendiri.Rasulullah kembali semula ke Mekah.

16. berusia 50 tahun 619 masehi


berkahwin dengan saudah dan saidatina aisyah anak kepada saidina abu Bakar.
17. 8 mac 620 masehi,27 rejab 2 tahun sebelum hijrah.
Berlaku peristiwa isra’ mi’raj.
peristiwa mengangkat kemuliaan Rasulullah.perjalanan nabi dari masjidil haram (dimekah)ke masjidil
aqsa (di palestin).

18. berusia 52 tahun.pada bulan zulhijjah,sebelum hijrah,621 masehi


Peristiwa perjanjian Aqabah pertama.sekumpulan orang ansar berkumpul di Aqabah,dinamakan juga
baiah annisa’, iaitu seumpama jihad orang perempuan.

19. 621 masehi,3 bulan sebelum hijrah.

Peristiwa perjanjian Aqabah kedua.menurut riwayat dari kaab bin Malik,mereka bertemu di Aqabah pada
hari tasyrik,pada 1/3 malam mereka menemui rasulullah,mereka melakukan aqabah kedua,sinambungan
dari aqabah pertama.

17. pada usianya 52 tahun.hari isnin 1 rabiulawal,16 september 622 masehi.


Peristiwa penghijrahan dari gua thur ke madinah.
Abdullah bin Uraiqith membawa unta dan memandu perjalanan Rasulullah ke Madinah.

18.8 Rabiulawal ,23 september 622 masehi


Setelah 8 hari perjalanan, Nabi singgah di quba’ untuk berehat.nabi berehat diperkampungan bani Amr
bin Auf,selama sepuluh hari.Nabi Muhammad telah membina sebuah masjid yang dinamai masjid
Quba’.ianya merupakan masjid pertama dalam sejarah islam.

19. selepas hijrah.12 rabiulawal tahun 1 hijrah,bersamaan 622 masehi


Rasulullah tiba di Madinah.setelah melaksanakan solat Jumaat ,Nabi meneruskan perjalanan hingga
sampai keyathrib(madinah).mereka mengucap Allahu Akbar,sebaik sahaja rasululaah tiba.sampai
dikawasan suku Najr,Rasulullah telah membina masjid Nabawi,dan berehat di Rumah Abu Ayub Al
Ansari.
Nabi Muhammad mula berdakwah di Yathrib .orang muslim yang terus menyambut dakwah Rasulullah
dan beriman atas kenabian Rasulullah dinamakan kaum Ansar.Orang muslim yang meninggalkan Mekah
dan berhujrah ke Madinah dinamakan kaum muhajirin.

20. 13 tahun selepas kerasulan


Diperintahkan berjihad melalui surah An Nahl ayat 125.orang muslimin yang masih tinggal di Mekah terus
diseksa oleh orang musyrikin Mekah.orang ansar dan Muhajirin diperintahkan menolong rakan-rakannya
yang masih tinggal di mekah.

21. Ramadhan 2-5 hijrah(624 masehi)


Perang Badar,perang pertama Islam.berlaku diantara 1000 tentera musyrikin dengan 300 tentera
islam.kemengan berpihak kepada islam.

22. 3 hijrah,bulan sya’ban januari 625 Masehi.


Perkahwinan nabi bersama Nafisah bt Umar binti khatab.Nafisah merupakan seorang janda yang
kematian suaminya semasa peperangan.

23.6 syawal,3 hijrah,22 mac, 625 masehi


Peperangan uhud.didalam peperangan ini terkorbannya Hamzah bin abdul al mutalib,iaitu dikenali
sebagai singa Allah.
Peperangan berlaku kerana orang musyrikin menuntut bela kematian dan kekalahan di perang
badar.3000 tentera musuh melawan 700 orang tentera islam.ramai tentera islam yang terkorban dan
hampir tewas.

24. zulhijah,3 hijrah,mei 625 masehi


Perkahwinannya dengan Zainab binti Khuzaimah
Zainab merupakan janda yang diberikan perlindungan , kerana kematian suaminya didalam peperangan
uhud.

25. syawal 4 hijrah,mac 626 masehi


Perkahwinan dengan umi salamah.
Nama sebenarnya ialah Hindun bt Umayah bt Al Mughirah bin Abdullah bin umar bin Makhzum,dari suku
bani Makhzum kabilah Quraisy.

26.3 Sya’ban , 5 hijrah , 28 december 626 masehi


Perang Bani Mustaliq
Isteri Rasulullah s.a.w iaitu Aisyah dan Ummu Salamah turut serta dalam peperangan ini.
Para ulama’ sejarah juga menamakan peperangan ini dengan peperangan ajaib,kerana banyak perkara
luar biasa berlaku dalam peperangan ini.

27. bulan syawal 5 hijrah, 626 masehi


Peristiwa peperangan Ahzab@ Khandak
Peperangan ini disertai oleh Bani Nadhir,Bani Fuzarah,dan Bani Murrah.Peperangan dimenangi oleh
tentera islam.

28.Syawal 5 hijrah,627 masehi bersamaan 13 mac.


Perkahwinan dengan Zainab BT Jahshi.
Rasulullah telah mengahwini Zainab setelah ia diceraikan oleh Zaid bin harithah

29. 1 zulkaedah,6 hijra – 7 hijrah,627 masehi – 628 masehi.


Perjanjian Hudaibiyah
Peperangan ini merupakan kunci permulaan kepada pembukaan kota Mekah dan juga kemengan umat
islam di Semenanjung Tanah Arab.peperangan ini juga merupakan gencatan senjata.

30. 6 hijrah,bulan zulhuijah,April 628 masehi.


Perkahwinan Nabi Muhammad dengan ummu Habibah.ummu Habibah merupakan anak Abu Sufian.

31. penghujung 6 hujrah


Rasulullah mengakhiri setiap surat-suratnya kepada raja-raja dengan cop mohor daripada perak dan
tertulis namanya Muhammad bin Abdullah.
32. Muharam 7 hijrah,628 masehi
Peristiwa peperangan khaibar.peperangan islam dengan tentera Yahudi.Rasulullah mengarahkan orang
islam bersiap sedia , dengan serangan yahudi,yang merupakan prnggerak utama pembentukan
peperangan khandak.

33. 7 hijrah
Berkahwin dengan saffiyah bt huyai sebaik sahaja ia memeluk islam.

34. 7 hijrah
Berlaku pengharaman nikah mut’ah.rasulullah melarang melakukan nikah mut”ah kepada orang islam.

35.7 hijrah,bulan syawal, ketika usia 59 tahun


Berkahwin dengan Maimunah bt Al Hilaliah.Ia adalah bekas isteri bapa saudaranya Hamzah bin Abdul
Mutalib.baginda memperisterikan Maimunah setelah kematian Hamzah dalam peperangan uhud

36.jamadilawal,tahun 8 hijrah,September 629 masehi.


Peperangan mu’tah.Rasulullah menghantar 3000 orang untuk menghadapi tentera rom di byazntyne
seramai 200,00.adalah kejayaan islam mmenyebarkan agama islam di parsi.

37.10 ramadhan 8 hijrah ,januari 630 masehi(wikipedia,3 jun 2009)


Pembukaan kota Mekah.Rasulullah berpecah empat penjuru untuk menakluki mekah.kejayaan ini
merupakan kejayaan terbesar umat islam.

38. 8 hijrah,januari 630 masehi


Peperangan hunain.berlaku kerana Malik bin Auf tidak berpuas hati kekalahan di mekah.

39. 8 hijrah peperangan taif


Peperangan lanjutan daripasda peperangan Hunain,kerana megejar malik bin Auf yang melarikan diri
ketaif.

40.9 hijrah,oktober,630 masehi


Peperangan antara tentera islam dengan tentera Rom.peperangan tidak berlaku kerana tentera rom
berpatah balik.

41. 25 zulkaedah ,10 hijrah

Lebih 10,000 kaum muslimin menuju ke mekah.Rasulullah membawa 100ekor binatang untuk dikorban.

43.umur 62 tahun ,29 safar,632 masehi

Rasulullah jatuh sakit.Selepas 3 bulan menunaikan haji akbar rasulullah jatuh sakit.sebelum Wafat nabi
berziarah di perkuburan para sahabat dan para shuhada di baqiul ghurqad.suhu badan Rasulullah terlalu
panas.rasulullah sempatjiga mengimami solat jumaat.

44. usia 63 tahun 12 rabiulawal ,11 hijrah


Rasulullah Wafat pada usianya 50 tahun 4 hari.
KESIMPULAN
Dengan menghayati sirah Rasulullah, dapat dijadikan tauladan , memberikan kesedaran, dan
pendedahan kepada kita sebagaimana ianya dapat mempengaruhi dan memberikan satu suntikan
semangat kepada umat islam.

RUJUKAN:

ABU LAILA,MUHAMMAD TAHIR, 1997, FIQHUS SIRAH,SELANGOR,MALAYSIA,KLANG BOOK


CENTRE

DR AFIF ABDUL FATAH TOBBAROH,2003,KISAH NABI-NABI DALAM ALQURAN,KUALA


LUMPUR,MALAYSIA,VICTORY AGENCY

ABDUL RAHMAN RUKAINI,2001,SIRAH PEMBENTUK PEWARIS


NABI,SELANGOR,MALAYSIA,SYNERGMATE SDN BHD

http://1.bp.blogspot.com/-
zEuXtOZMTA8/T91UsLZwplI/AAAAAAAAFjo/PiuYHSeDKWw/s1600/minimized-israk.jpg

TUESDAY, FEBRUARY 15, 2011

MENGENALI PERIBADI RASULULLAH SAW


Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita meneliti sedikit sebanyak
hadith-hadith yang berkaitan dengan diri peribadi Nabi Muhammad SAW, semoga ianya bermanfaat
untuk kita mengenali dengan lebih dekat dan seterusnya menjadikan baginda sebagai contoh tauladan
dan ikutan kita sepanjang zaman hingga ke hari Kiamat.
CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW

Hasan Bin Ali meriwayatkan :


"Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai
menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW. Saya menginginkan agar ia
menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya. Hindun menjawab,
"Tubuh Rasulullah SAW besar. Wajah baginda bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh
baginda lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh
orang yang jangkung dan kerempeng.

Kepala baginda besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut baginda mulai memanjang, maka
baginda pun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut beliau ketika terurai, tidak pernah
melebihi bahagian bawah daun telinga baginda.

Kulit baginda cerah, putih kemerah-merahan. Dahi baginda lebar, bulu mata baginda melengkung
dan panjang; kedua bulu matanya hamper bersambung. Di antara kedua bulu mata tersebut, terdapat
urat yang timbul ketika baginda marah.

Baginda memiliki hidung yang mancung dengan bahagian atas yang bercahaya sehingga orang yang
tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahwa hidung baginda bengkok.

Janggut baginda lebat dan kedua pipi baginda datar. Mulut baginda lebar, antara gigi dan gigi
baginda yang lain berjarak, dada baginda berbulu halus. Leher baginda jenjang dan indah.

Bentuk tubuh baginda bagus dan gemuk yang ideal. Perut baginda sama rata dengan dada. Dada
baginda lebar. Tubuh antara dua bahu baginda juga lebar. Persendian tubuh baginda besar, sementara
bahagian tubuh yang tidak berbulu nampak bercahaya. Di antara bahagian dada dan pusat baginda,
terdapat bulu nipis yg nampak seperti garisan. Tetapi, kedua puting susu dan perut baginda tidak
berbulu.

Tangan, bahu dan dada bahagian atas baginda berbulu nipis. Tangan baginda panjang, tapak tangan
dan tapak kaki baginda tebal dan jari jemari baginda panjang. Di tengah-tengah tapak kaki baginda
tidak menyentuh tanah. Kedua tapak kaki baginda halus sehingga airpun tidak melekat – air yang
mengenainya langsung akan hilang, tanpa meninggalkan bekas.

Ketika berjalan, tubuh baginda bergoyang. Baginda berjalan dengan tenang dan dengan langkah yang
lebar. Ketika baginda berjalan seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yang landai.

Ketika menoleh, baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan baginda. Baginda sering
menundukkan pandangan –baginda lebih sering memandang ke bawah daripada mendongak ke atas.
Baginda selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat,
baginda selalu membiarkan mereka berjalan di depan, dan setiap kali bertemu dengan seseorang,
baginda selalu mengucapkan salam terlebih dahulu." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi)

TANDA KENABIAN RASULULLAH SAW

Jabir Bin Samurah ra meriwayatkan :

"Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah SAW iaitu daging berwarna merah
sebesar telur burung merpati." (HR Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

KERAPIAN RAMBUT RASULULLAH SAW


Abdullah Bin Mughaffal meriwayatkan :

"Rasulullah SAW melarang kami untuk merapikan rambut dgn berlebihan, kecuali hanya sesekali."
(HR Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)

UBAN RASULULLAH SAW

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah SAW (HR
Tirmizi dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan :

"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW,

'Wahai Rasulullah, anda telah beruban.' Maka beliau berkata dengan bersabda, 'Yang membuatku
beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, An Naba' dan At Takwir." (HR Tirmizi, Ibnu
Saad dan Hakim)

RASULULLAH SAW BERCELAK

Jabir Bin Abdulllah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

"Hendaklah kamu (memakai celak) dengan menggunakan batu celak (al – itsmid) ketika hendak
tidur, sebab hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (HR Tirmizi dan
Ibnu Adi)

PAKAIAN RASULULLAH SAW


Ummu Salamah meriwayatkan :

"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah pakaian gamis." (HR Tirmizi dan Abu
Dawud)

BENTUK SELIPAR RASULULLAH SAW

Qatadah meriwayatkan :

"Saya bertanya kpd Anas Bin Malik, 'Bagaimana bentuk selipar Rasulullah SAW? 'Anas Bin Malik
menjawab, 'Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu
Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yg diletakkan di antara dua jari kaki.

SERBAN RASULULLAH SAW

Ibnu Umar meriwayatkan :

"Ketika Rasulullah SAW mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu
beliau." (HR Tirmizi dan Abu Syaikh)

BATASAN MEMAKAI KAIN SARUNG SEPERTI RASULULLAH SAW

Huzaifah Bin Al Yaman meriwayatkan :

"Rasulullah SAW memegang urat betisku atau betis baginda, lalu berkata, 'Inilah batas engkau
mengenakan kain sarungmu. Jika engkau enggan (menggunakan kain sarung sebatas betis), maka
janganlah kain sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!'" (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i
dan Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW BARING

Abdullah Bin Zaid meriwayatkan :

"Ia (Abdullah) melihat Rasulullah SAW tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu
kaki beliau di atas kaki yg lain." (HR Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

CARA RASULULLAH SAW MAKAN

Ka'ab Bin Malik meriwayatkan :


"Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga jari baginda. Selesai makan, baginda menjilat
ketiga-tiganya." (HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

GELAS MINUM RASULULLAH SAW

Tsabit meriwayatkan :

"Anas Bin Malik mengeluarkan sebuah gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya
berkata, ` Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah SAW." (HR Tirmizi, Bukhari dan
Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW MINUM

Abdullah Bin Amr Ibnul Ash meriwayatkan :

"Saya terkadang melihat Rasulullah minum dalam keadaan berdiri dan terkadang dalam keadaan
duduk." (HR Tirmizi dan Ahmad)

Anas Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah SAW menarik nafas (menjeda) tiga kali saat minum dari
sebuah wadah. Beliau bersabda, `Hal ini lebih menyehatkan dan memuaskan." (HR Tirmizi,
Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

RASULULLAH SAW SENTIASA MENGGUNAKAN MINYAK WANGI

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri." (HR
Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad)

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai
menggambarkan sesuatu. Saya katakan kepadanya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak
diam dan berbicara hanya seperlunya. Baginda memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan
menyebut nama Allah. Ucapan baginda selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak
kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan
sama sekali tidak pernah mencelanya.

Baginda tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah
membuatkan baginda marah. Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan diam hingga kebenaran
itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan
peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, baginda selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub
atau terkejut, baginda selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak
jempol kiri.

Ketika marah, baginda berbalik dan berpaling. Ketika senang, baginda menundukkan pandangan.
Ketawa baginda adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)

CARA RASULULLAH SAW BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :

"Seorang perempuan yang sudah tua mendatangi Rasulullah SAWseraya berkata, `Wahai Rasulullah,
doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Baginda menjawab,

`Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.'

Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah berkata,

`Beritahukan kepada perempuan itu bahwa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

Allah swt berfirman, `Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami
jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)"
(HR Tirmizi dan Thabrani)

CARA RASULULLAH SAW TIDUR


Aisyah meriwayatkan :

"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah saw selalu menyatukan kedua tapak tangan
beliau seraya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kemudian beliau meniup
kedua tapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua tapak tangan itu, beliau mengusap bahagian
tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah, sehingga bahagian depan tubuh beliau. Hal itu
beliau lakukan tiga kali." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i)

TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Sungguh, tempat tidur Rasulullah SAW terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut." (HR Tirmizi,
Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

AKHLAK RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW berusaha untuk membalas kezaliman yang
beliau terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah
dilanggar, maka bagindalah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika baginda dihadapkan
kepada dua pilihan, maka baginda akan memilih yang paling mudah selama (hal yg lebih mudah itu)
tidak menyebabkan dosa." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan
penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahawa Aisyah berkata :

"Saya melihat Rasulullah SAW pada hari kewafatan baginda. Di sisi baginda, terdapat sebuah bejana
yang berisi air. Baginda memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air,
lalu berdoa, 'Ya Allah, bantulah aku mengatasi sakratulmaut." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad
dan Ibnu Sa'ad)

WARISAN RASULULLAH SAW

Amr Bin Harith meriwayatkan :

"Rasulullah SAW tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor
baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)
BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaithan
tidak dapat menyerupaiku." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah
dan Ahmad)

Ya Allah, tempatkanlah Nabi Muhammad saw di tempat yang tinggi di SyurgaMu di samping
mendapat kelebihanMu. Angkatkanlah baginda ke makam yang terpuji yang telah Engkau janjikan.
Kurniakanlah Syafaat NabiMu kepada kami di akhirat nanti dan kami juga mengharapkan untuk
dapat minum di Telaga Al Kauthar yang diberikan kepada hambaMu yang mulia Muhammad Al
Mustofa SAW.

Sumber: http://selangor.ikram.org.my

Posted by Permata Qaseh Ashwaq at Tuesday, February 15, 2011 No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: Kekasih Agung

PENGHULU ANBIA+KEKASIH AGUNG+MR RIGHT =


RASULULLAH SAW

Hari ini tanggal 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Februari 2011H, hari


yang amat bermakna. Kelahiran insan teragung, membawa rahmat ke
seluruh alam. Tanpanya, kita tidak akan dapat merasa nikmat Islam dan
Iman yang kita kecapi hari ini. Insan teragung, kekasih hati yang
teragung, tiada galang gantinya, Nabi Muhammad SAW. Bila aku membuat
entri ini, berasa malu dan tertanya sendirian, sejauh manakah aku
mengenali insan mulia ini? Sejauh manakah aku menyintainya? Sejauh
manakah aku amalkan segala sunnahnya? Mungkin sebelum ini aku hanya
mengetahui sejarah baginda melalui pembacaan untuk lulus dalam
peperiksaan semata-mata, hanya kerana ingin mengikuti
pertandingan public speaking semata-mata. Namun penghayatannya?? Aku
beristighfar dan muhasabah diri agar aku masih belum terlambat lagi
untuk aku kenali kekasih hati yang utama ini. InsyaAllah dengan
bermulanya penulisan tentang baginda Rasulullah SAW ini menjadi titik
tolak untuk aku lebih mengenali baginda.

Baginda Rasulullah SAW telah dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiulawal


yang pada masa itu juga tentera bergajah Abrahah ingin menawan kota
Makkah. Namun pertolongan Allah SWT datang juga dengan dihantarNYA
burung ababil. Kisah ini telah dirakamkan dalam Surah Al-Fil (105:1-5)
Baginda dilahirkan daripada kalangan Bani Hasyim yang merupakan
kabilah Quraisy iaitu kabilah Arab yang paling mulia. Baginda membesar
sebagai anak yatim. Bapa baginda, Abdullah telah meinggal dunia
sewaktu baginda dalam bulan ke-2 kandungan. Manakala ibu baginda telah
meninggal dunia sewaktu baginda berusia 6 tahun. Baginda terus
dipelihara oleh datuk baginda iaitu Abdul Muttolib, namun setelah
berumur 8 tahun penjagaan baginda diambil oleh oleh bapa saudaranya
iaitu Abu Tolib sehingga baginda besar dan dewasa, setelah datuk
baginda meninggal dunia. Keyatiman Rasulullah SAW ini telah dirakamkan
dalam Surah Ad-Dhuha ayat ke-6, “Bukankah Dia mendapati engkau yatim
piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?”

Baginda menghabiskan masa kanak-kanaknya di perkampungan Bani Saad.


Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah
yang fasih, jiwa yang berani dan pandai menunggang kuda sejak kecil
lagi.

Baginda juga telah mengembala kambing dengan bayaran upah beberapa


qirat (1/24 dinar). Aku tertarik dengan sabda baginda Rasulullah SAW
yang bermaksud, “Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka
bertanya, kamu juga begitu wahaiRasulullah? Baginda menjawab: Aku juga
begitu”.

Bukti kecerdikan, kejujuran dan amanah baginda sewaktu perletakan


semula Hajarul Aswad setelah dinding Kaabah retak dilanda banjir, juga
sewaktu baginda diamanahkan untuk membawa harta dagangan Saidatina
Khadijah yang sekali ganda lebih banyak diberikan oleh Saidatina
Khadijah berbanding lelaki daripada kaumnya sendiri.

Rasulullah SAW sepatutnya dijadikan role model yang terbaik dan utama
kepada kita semua dalam semua aspek. Islam itu terdiri daripada 3
kompenen utama iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Apabila berbicara
tentang akhlak, maka Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik. Ini
terakam dalam Surah Al-Qalam(68:4) yang bermaksud:“Seseungguhnya
engkau wahai Muhammad memiliki akhlak (adab) yang agung. Sebagai
contohnya:

1. Pemurah dan suka menderma

 Baginda mencari rezeki sekadar keperluannya sahaja dan selebihnya


diberikan kepada orang yang memerlukan.
 Baginda juga akan memastikan setiap dirham yang dimilikinya
disedekahkan kepada fakir miskin.

2. Beradab ketika makan

 Baginda akan membaca doa sebelum makan.

 Baginda akan memastikan makanan yang terhidang panas disejukkan


terlebih dahulu. Selari dengan sabda baginda yang
bermaksud,“Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api.
Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu”.

 Baginda makan dengan tangan kanan.

 Baginda mengambil lauk yang dekat dengan baginda.

 Makanan kegemaran baginda adalah daging dan buah qana, manakala minuman
kegemaran baginda adalah susu kambing.

3. Berpakaian

 Baginda menggemari pakaian berwarna putih.

 Baginda akan membaca doa sebelum berpakaian. Setiap kali berpakaian,


baginda akan memulakan dari sebelah kanan dan menanggalkan pakaian
dari sebelah kiri.

4. Tutur kata

 Rasulullah SAW tidak suka bercakap kecuali jika ada perkara yang
penting.

 Tutur kata baginda manis, bersopan, padat dan ringkas membuatkan orang
mudah memahami apa yang baginda ingin sampaikan.

 Baginda hanya meninggikan suara apabila ingin mengatakan sesuatu yang


benar dan hak sahaja.

5. Sifat berlapang dada, ringan tulang dan pemaaf

 Saidatina Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau


selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-
cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah
selesai sembahyang.”

 Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Saidatina Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’. ‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika
begitu, aku puasa saja hari ini.” Tanpa sedikit tergambar rasa kesal
di wajahnya.

6. Ibadah

 Nabi Muhammad SAW merupakan sekalian hamba yang khusyuk dan bersyukur.
Ini dapat disaksikan daripada qiyam baginda dalam solat, qiyam yang
penuh rasa kehambaan dan kesyukuran. Daripada Mughirah menceritakan:
Nabi Muhammad SAW telah berdiri begitu lama dalam solatnya sehingga
kedua kakinya menjadi bengkak. Ketika ditanya: “Bukankah Allah telah
mengampuni segala dosamu yang terdahulu dan yang akan datang?” Bagind
menjawab : “Tidak bolehkah aku menjadi hambaNYA yang bersyukur?”
(Riwayat ak-Bukhari)

Bahkan solat orang jahil itu sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang mendirikan solat
(tetapi) habuan daripada solatnya hanyalah penat lelah dan letih lesu
jua. (Riwayat an-Nasa’i)

Persoalan kepada diri, sejauh manakah qiyam kita dalam solat kita?
Astagfirullahalazim, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang
dinyatakan di atas. Bayangkan ketika tubuh berdiri tegak dan lurus
menghadap Rabbul Izzati, bayangkanlah betapa dahsyatnya apabila
sekalian hamba berdiri di hadapan Allah SWT pada Hari Kebangkitan
kelak. Ya Allah, aku mohon bila tibanya saat itu, aku telah cukup
bersedia menghadapMU dengan bekalan yang secukupnya.

 Selain daripada ibadat fardhu, ibadat-ibadat sunat pun hendaklah


dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Antara solat sunat Rawatib yang
hamper tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah solat
sunat rakaat sebelum solat fardhu Subuh yang juga dikenali sabgai
solat sunat fajar. Daripada Aisyah, beliau berkata:“Sesungguhnya Nabi
tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat
sebelum Subuh”. (Riwayat al-Bukhari)

Baginda Rasulullah SAW telah jatuh sakit pada bulan Safar tahun 11
hijrah. Pada ketika itu baginda berada di rumah Saidatina Aisyah.
Dalam khutbah terakhir baginda, baginda telah berpesan:

“Wahai umatku, kita semua ada kekuasaan Allah SWT dan cinta kasihNYA.
Kuwariskan dua perkara kepadamu, yang kamu tidak akan sesat jika
berpegang dengannya, iaitu AL-Quran dan sunnahku. Barangsiapa
mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan kelak orang yang
mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku.”

Ketika malaikat Izrail ingin mencabut nyawa baginda, tubuh baginda


bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Ketika roh nabi sampai
di pusat, Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibrail, alangkah
dahsyatnya rasa mati”. Hinggakan Jibrail sendiri tidak sanggup melihat
wajah baginda ketika sakaratulmaut. Dalam kesakitan itu baginda
bersabda, “Ya Allah, dahsyatnya sakaratulmat ini. Timpakan saja semua
seksa maut ini kepadaku. Jangan pada umatku.” “Ummati, ummati …”
Baginda telah pergi meninggalkan kita. Namun cahaya Islam telah
tersebar ke seluruh alam. Itulah rahmat dan barakah yang dibawa oleh
baginda. Sejuta kesyukuran harus kita panjatkan kerana kita adalah
umat Nabi Muhammad SAW, umat terbaik, umat yang terpilih. Lihatlah
betapa kasihnya baginda kepada kita hinggakan pada saat rohnya
diangkat ke langit pun baginda masih sempat menyebut nama kita..

Setakat ini dahulu coretanku mengenai Rasul junjungan yang utama, Nabi
Muhammad SAW. Walau beribu kali dikatakan bahawa bagindalah kekasih
utama, ternyata banyak lagi perihal dirinya aku belum kenali. Ya
Allah, berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk aku terus mengenali
dan menghayati sirah perjuangan baginda. Terasa hina diri ini, maka
ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Ya Allah, himpunkanlah aku bersama
baginda di Hari Akhir nanti, bagindalah pemberi syafaat kepada
umatnya.

Sama-samalah kita berazam dalam mengamalkan segala sunnah baginda


sedaya yang kita mampu. Moga Allah SWT akan menilai kesungguhan dan
mujahadah ini dalam usaha mengenali baginda dan kerana kasihnya kita
kepada Rasulullah SAW

“Sesungguhnya setiap seseorang itu akan dihimpunkan bersama orang yang


dikasihinya.” (Maksud Hadith Rasulullah SAW)

Wallahualam, wassalam wbt. Salam Maulidur Rasul 1432H

Anda mungkin juga menyukai