Kerja Dalam SSTM Mekanik

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

UNIT 5 - KERJA

OBJEKTIF AM :

Setelah mengikuti unit ini anda boleh :-

Mengetahui perbezaan kerja dalam ketiga-tiga sistem iaitu mekanik, elektrik dan bendalir.
Menyelesaikan masalah kerja dan mengaplikasikannya dalam situasi tertentu.

OBJEKTIF KHUSUS :

Mengenalpasti dan :-

 Membezakan kerja dalam sistem mekanik, elektrikal dan bendalir.

 Menerangkan kerja dalam sistem mekanik, bendalir dan elektrik.

 Menghitung kerja dalam sistem mekanik, bendalir dan elektrik.

 Menerangkan aplikasi dalam tempat kerja dimana kerja dilakukan dalam sistem mekanik,
bendalir dan elektrik.

Posted by Pensyarah IT at 10:17 PM

5.0 PENGENALAN

Kerja dalam tiga sistem yang berbeza iaitu mekanik, bendalir dan elektrik akan dibincangkan.
5.1 KERJA DALAM SISTEM MEKANIK

5.1.1 Apakah itu kerja ?

 Dalam sistem mekanik kerja dilakukan apabila daya dipindahkan pada suatu jarak tertentu
dalam arah daya.

 Unit kerja ialah Joule ( J ) atau Newton Meter ( Nm ) Kerja ( J ) = Daya ( N ) x jarak dalam arah
daya ( m )

Dirumuskan sebagai :
W=FxS
Dimana W - kerja
F - daya ( N )
S - sesaran ( jarak dalam arah daya )

Contoh 5.1

Satu objek ditolak berjisim 2 kilogram ditolak oleh satu daya bernilai 10 Newton, Objek itu bergerak
5 meter seperti ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Kirakan kerja dilakukan untuk menolak objek
tersebut.
Penyelesaian :

Kerja, W = F x S
= 10 ( 5 )
= 50 J

 Dalam sistem berputar pula, kerja dilakukan apabila objek itu berpusing.

 Kerja ( J ) = Tork ( Nm ) x sudut objek itu berpusing( rad )

Dirumuskan sebagai :

W=τxθ
dimana W = kerja
τ =Tork
θ = sudut dalam radian
Contoh 5.2

Gambarajah di bawah menunjukkan suatu daya sebesar 50 Newton dikenakan pada spanar yang
panjangnya 50 cm untuk membuka 1 nat tayar kereta. Daya yang dikenakan menyebabkan nat itu
berputar sebanyak 60°. Kirakan kerja yang dilakukan.

Penyelesaian :
Kerja = Tork x sudut putaran
W=τxθ
Fd θ = 60

= 50 ( 0.5 ) x Π 180
= 25Π/3 J
Sudut radian tidak diambilkira semasa menuliskan unit bagi kerja , iaitu J atau Nm sahaja.

5.1.2 Applikasi Kerja Dalam Sistem Mekanik

 Kerja dalam sistem mekanik secara linear ataupun putaran adalah hasil daripada daya yang
mengerakkan sesuatu objek.

 Daya ataupun Tork dalam pergerakkan objek adalah perlu supaya kerja dapat dilakukan.

 Contoh aplikasinya ialah angkat berat, robot pemasangan, kren pembinaan dan konveyer
untuk pemindahan barang.

Posted by Pensyarah IT at 10:20 PM

Monday, May 2, 2011

INPUT 5B

5.2 KERJA DALAM SISTEM BENDALIR

 dua jenis sistem bendalir iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup.

 Sistem bendalir tertutup direka supaya jumlah bendalir sentiasa dikekalkan dan boleh dikitar
semula. Contohnya ialah jek hidraulik, brek hidraulik dan sistem peredaran tubuh.

 Dalam sistem bendalir terbuka, bendalir bebas bergerak dan tidak dikitar semula dalam
sistem tersebut. Contohnya sistem bekalan air, sistem perparitan dan sistem air kereta
bomba.

5.2.1 Penerangan Kerja Dalam Sistem Bendalir

 Dalam sistem mekanik, kerja dilakukan apabila daya yang dikenakan memindahkan suatu
objek pada satu jarak tertentu, manakala dalam sistem bendalir kerja dilakukan apabila
bendalir bergerak.

 Kerja dalam sistem bendalir ditakrifkan oleh dua persamaan iaitu:

Persamaan 1 : Kerja ( J ) = Perbezaan tekanan (Nm -² ) x Pemindahan isipadu( m³ )

Dirumuskan sebagai
W = ΔP x V
Linear W = kerja
ΔP = Perubahan tekanan (daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah)
V = isipadu

Persamaan 2 : Kerja ( J ) = Tekanan malar ( Nm-2) x Isipadu bendalir dipindahkan( m³)

Dirumuskan sebagai
W = P x ΔV
Dimana W = kerja
P = tekanan malar
V = isipadu bendalir dipindahkan

Contoh 5.3
Satu pam air memindahkan sebanyak 2 m³ air ke satu tangki yang berada 10 meter dari aras perigi .
Kirakan kerja yang dilakukan untuk memindahkan air tersebut
Diberi g = 10 ms -2 , ρ air = 1000 kgm-3 .

Penyelesaian :
W=ΔPxV
= ρgh x V
= 1000 (10) (10) x 2
= 200000 J

Perbezaan tekanan , Δ P = hρg diberikan dalam unit 4

Contoh 5.4

Rajah 5.1

Rajah 5.1 menunjukkan contoh kerja bendalir dalam sistem tertutup. Apabila daya F1 =100 N
dikenakan pada omboh kecil yang luas keratan rentasnya ialah 100 cm² menyebabkan bongkah naik
setinggi 10 cm pada omboh besar yang luas keratan rentasnya ialah 400 cm². Berapakah kerja yang
dilakukan dalam sistem ini ?

Penyelesaian :

W = P x ∆V
P = F / A = 100 / 100 cm2 = 1N cm -2
∆ V = luas bongkah x tinggi = A x t
= 400 (10)
= 4000 cm³

Kerja yang dilakukan

Posted by Pensyarah IT at 10:30 PM

y, May 3, 2011

INPUT 5C

5.3 KERJA DALAM SISTEM ELEKTRIK

 Sistem elektrik adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita. Walaupun kita tidak
nampak kerja elektrik sedang dilakukan, apabila cas dipindahkan dari satu tempat ke tempat
yang lain, sebenarnya kerjadilakukan.

 Kerja = Daya x Gerakan

Dalam sistem elektrik, voltan menyebabkan cas bergerak, maka


ditakrifkan sebagai

kerja ( J ) = voltan( V ) x pemindahan cas (C)

Dirumuskan sebagai

W = VQ
dimana W = kerja
V = voltan ( beza keupayaan )
Q =cas

CONTOH 5.5

Satu motor at 240 V, bekerja selama 5 minit dan arus sebanyak 5 ampere mengalir semasa kerja
dilakukan. Kirakan kerja yang dilakukan oleh motor tersebut.(Diberi Q = l t)

Penyelesaian :
W = VQ
Q=lt
= 5 ( 5x60 )
= 1500 C

kerja, W = VQ
= 240 (1500)
= 360000 J

5.3.1 Situasi Kerja Sistem Elektrik

 Kerja dalam sistem elektrik boleh menghasilkan kesan gerakan, bunyi, haba dan cahaya.
Dalam kehidupan harian kita terdedah kepada kesan-kesan kerja elektrik semasa di rumah,
sekolah, pejabat atau di kawasan-kawasan industri.

 Motor elektrik mengerakkan bendalir, kayu, mesin, kerja logam, tali konveyer dan kipas.

 Kesan haba yang dihasilkan oleh pemindahan cas digunakan dalam pemanas elektrik,
pengering pakaian, pengering rambut atau oven.

 Aplikasinya dalam menghasilkan cahaya, laser dan bunyi tidak dapat dinafikan.

 Mengukur kerja yang dilakukan membolehkan juruteknik menguji kecekapan pelbagai


sistem kerja ( tenaga) dimana kecekapan adalah perbandingan diantara kerja output dengan
kerja input.

 Dengan mengetahui kecekapan bandingan sistem, maka produktiviti keseluruhan dapat


dikira.

Posted by Pensyarah IT at 12:47 AM

Anda mungkin juga menyukai