Cadangan Penyelidikan
Cadangan Penyelidikan
Cadangan Penyelidikan
MENINGKAT PENGUASAAN MURID PEMULIHAN DALAM MENGEJA DAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU KATA DENGAN PROGRAM KAMUS BERGERAK
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN KHAS ) KANDUNGAN PERKARA Abstrak i MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN
1.1 Penyataan Masalah Kajian 1.2 Soalan Penyelidikan 5 1.3 Objektif Penyelidikan 5
1-5
6 7 - 12
3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Rekabentuk Penyelidikan 3.2 Sampel 3.3 Instrumen 13 14 14 - 17 13
ABSTRAK Kajian ini bertujuan meningkat penguasaan murid pemulihan dalam mengeja dan membaca perkataan dua suku kata dengan menggunakan program Kamus Bergerak.Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menanam minat membaca kepada murid pemulihan dan menguji sejauhmana pendekatan Kamus Bergerak boleh digunakan sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu. Seramai 12 orang murid pemulihan darjah Dua telah dijadikan sampel kajian dalam kajian lepas. Pengumpulan data dibuat melalui program Kamus Bergerak dengan menggunakan lima Ujian Eja dan Baca serta pemerhatian.Ujian Diagnostik 1 dan 2 dijalankan bagi menentukan tahap penguasaan kemahiran membaca sebelum program dijalankan. Dalam kajian ini murid didedahkan dengan program Kamus bergerak selama enam minggu. Penggunaan tag perkataan dua suku kata yang terdiri dari perkataan KV + KV, KV + KVK, KVK + KV dan KVK + KVK digunakan sebagai tag nama oleh murid murid. Ujian dan latihan dikendalikan oleh pengkaji .
BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pernyataan Masalah Kajian Kejayaan sesebuah sekolah diukur dengan pencapaian keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Justeru itu usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan tidak pernah jemu dilaksananakan oleh pihak sekolah. Jatuh bangun kejayaan murid setiap tahun banyak
dipengaruhi oleh keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Namun dalam kesungguhan pihak sekolah berusaha masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai 3M. Pelbagai usaha pemulihan dalam kelas telah pun dijalankan. Namun usaha ini tidak menghasilkan kejayaan yang menggalakkan. Hasil pemerhatian yang dijalankan didapati murid-murid dari kelompok pemulihan ini mempunyai sikap dan tindak tanduk yang berbeza jika dibanding dengan pelajar lain. Sikap rendah diri, kurang motivasi dan kerap ponteng sekolah menjadi faktor ketinggalan mereka dalam pelajaran. Di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim kelas pemulihan yang dijalankan masih tidak dapat membantu 12 pelajar yang bermasalah ini. Sikap mereka yang negatif dan kaedah latih tubi semata-mata menjadikan mereka jemu. Rutin kelas yang stereotaip menyebabkan mereka tidak memberikan perhatian pada proses pengajaran guru. Guru-guru yang mengajar sentiasa merungut tentang sikap tidak perduli mereka terhadap pengajaran. Rata-rata mereka tidak berminat untuk belajar di samping menimbul permasalahan disiplin. Masalah ini telah menarik perhatian saya untuk mencuba kaedah lain iaitu Program Kamus Bergerak bagi membantu menyelesaikan masalah pemulihan ini. Keupayaan menguasai bahasa Melayu sudah semestinya bagi pelajar Melayu. Hakikat ini tidak dapat dinafikan seandainya murid tersebut tidak mengalami kecacatan alat pertuturannya. Namun hakikat ini sebaliknya berlaku, ramai pelajar Melayu yang boleh menguasai pertuturan gagal menguasai bacaan dan penulisan dalam bahasa Melayu. Mengapakah hal ini terjadi? Sepatutnya penguasaan lisan, bacaan dan menulis dapat bergerak selari ( Muhd.Hilmy Hj.Ismail, 1982 ). Mengikut Awang Mohamad Amin ( 1979 ) pendedahan awal berbahasa di rumah dan dalam pergaulan akan membantu penguasaan bahasa kanak-kanak. Sukar dijelaskan sekiranya kanak-kanak gagal menguasai bacaan dalam bahasa ibunda sedangkan ia menguasai pertuturan. Apakah faktor kecerdasan atau luaran menjadi punca kegagalan ini ? Keadaan ini berlaku pada murid pemulihan yang penguasaan bahasa mereka terkebelakang berbanding dengan murid yang sebaya. Apa yang jelas kematangan penguasaan bahasa yang wujud selari dengan perkembangan otak kanak-kanak tidak berlaku pada mereka. Dalam konteks ini mereka sudah pun berada di darjah empat. Kegagalan pada peringkat yang sudah berusia ini memerlukan latihan dan pembelajaran yang formal untuk membantu penguasaannya. Peranan besar ini terletak di bahu guru-guru bahasa atau dengan lebih tepat lagi guru pemulihan. Di samping itu ketidakupayaan memulihkan mereka ini menjadi satu tamparan yang hebat pada pihak sekolah khususnya guru Bahasa Melayu. Menguasai kemahiran membaca pula bukanlah suatu yang mudah jika tidak diasuh dan diajar dengan betul secara formal. Selari dengan penguasaan lisan di peringkat awal, sepatutnya keupayaan untuk menguasai bacaan dan tulisan sememangnya tidak menyulitkan. Keupayaan individu dalam pembacaan adalah gambaran keupayaan dalam mencantum huruf-huruf dan memberikan makna kepada cantuman tersebut . Proses ini sangatlah kompleks khususnya melibatkan aspek mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi dengan jelas,
menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabung bunyibunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difaham dan diterjemahkan ( Smith, 1978). Mengikut Teori Makanis belajar membaca lebih menitikberatkan proses latih tubi. Murid akan dapat menguasai kemahiran seandainya guru dapat menyusunatur satu proses latihan yang berterusan. Apa yang terjadi, latih tubi yang tidak dirancang dengan teliti akan menyebabkan murid jemu dan ia berbentuk stereotaip. Oleh itu ransangan yang sesuai perlulah difikirkan oleh guru untuk menghidupkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid memerlukan suatu yang dapat menarik minat agar dapat mengekalkan mereka berada dalam proses tersebut. Bloomfield dan Halliday ( 1970 ) juga menegaskan tentang perbanyakkan latihan dalam proses penguasaan bahasa. Penekanan latih tubi akan dapat membina kefahaman dan kekal dalam ingatan murid. Namun begitu berkekalan atau tidak input tersebut dihubungkaitkan dengan bagaimana guru mengatur proses latih tubi tersebut. Dengan ini latih tubi seharusnya diolah dalam pelbagai bentuk menjadi aktiviti yang menarik. Murid yang gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis ini sebenarnya telah meletakkan diri mereka dalam kelompok yang tertinggal dari pelbagai hal. Mereka kurang motivasi untuk belajar dan kehilangan daya saing dengan murid lain. Sikap negatif akan terbentuk dan self-esteem semakin rendah, akhirnya meminggirkan mereka dari kelompok yang ada. Memandangkan kesan kegagalan penguasaan membaca dan menulis ini bukan sahaja menjadi masalah kepada murid, malah menjadi troma kepada pihak guru dan pentadbir. Sesuatu perlu dilakukan. Berdasarkan ciri-ciri pelajar pemulihan yang mempunyai banyak kelemahan dari pelbagai aspek. Perasaan risau, rendah diri, cepat bosan, degil dan takut terhadap perkara baru selalu menghantui mereka. Justeru itu sebarang program yang dijalankan perlulah mengambil kira unsur-unsur ini. Sikap mereka terhadap rakan sekelas juga dapat dilihat apabila proses pengajaran berlaku. Selalu suka mengganggu rakan dan dibenci. Sikap ini terjadi kerana tumpuan terhadap pelajaran tidak dapat bertahan lama. Perasaan bosan disebabkan gagal menguasai apa yang diajar membuatkan mereka mengalih kepada perlakuan mengganggu.Oleh itu perhatian yang lebih perlu diberikan pada kumpulan pelajar ini. Kelas pemulihan dengan guru yang khas amat diperlukan. Di sekolah hari ini memang ada guru pemulihan tetapi mereka bukanlah sepenuh masa . Justeru itu perhatian penuh ke atas murid pemulihan tidak dapat dijalankan sewajarnya. Dari pelbagai rujukan yang dilakukan aspek sikap menjadi faktor utama dalam proses memulihkan murid pemulihan. Perubahan sikap dianggap sebagai kunci ke arah menyediakan diri mereka menghadapi pemulihan yang akan dijalankan. Justeru itu menaikkan selfestem mereka terlebih dahulu perlu dilakukan dan ini akan menyediakan ruang untuk proses pemulihan. Jeni Wilson dan Lesley Wing Jan (1977) dalam satu kajian tindakan yang dijalankan mendapati hubungan rapat antara guru dan murid dapat mempercepatkan perkembangan mental dan kefahaman murid dalam pemulihan. Sikap murid pemulihan yang kurang keyakinan diri dan sentiasa rasa terkebelakang telah meninggalkan kesan negetif
terhadap semangat belajar mereka. Masalah emosi dan tingkah laku yang dihadapi turut membantutkan minat guru yang mengajar. Pandangan ini telah dibuktikan juga oleh Low Kok Thye (2004) dalam kajian tindakan berkaitan meningkat penggunaan kosa kata bahasa Inggeris yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kalai, Kedah . Sikap negatif terhadap Bahasa Inggeris yang sudah turun-temurun sukar dihapuskan khususnya pada murid luar bandar. Kajian yang dijalankannya berpendekatan mesra murid dengan penglibatan guru. Hasilnya minat bertambah terhadap mempelajari bahasa tersebut. Di dalam program pemulihan yang dijalankan aktiviti membaca dan menulis mestilah melibatkan perubahan sikap pelajar ( Gwenda Smyth.1990 ). Program A Hotpot of Tried and Tested Classroom Activities yang dijalankan oleh Gwenda Smyth menekankan penglibatan murid secara terus dengan bahan yang digunakan. Bahan perlulah menarik dan dapat menimbul minat murid dan beransur maju . Bahan yang dibina juga dapat melibatkan pergerakan dan hubungan antara murid di dalam kelas. Berdasarkan program seperti write and tell, story maps, fun with phone book dan banyak lagi. Murid begitu gembira menggunakan bahasa sebagai bahan permainan mereka.Usaha dalam memulihkan keadaan ini telah lama dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan seperti dalam KBSR ( 1983 ) di mana elemen pemulihan dimasukkan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Seterusnya pelbagai pekeliling berkaitan kelas pemulihan dan guru khas pemulihan diterbitkan { K.P.(BS)869/Jld.II/32.Jan.1985 , KP (BS) 8502/5/PK/Jld.V26 Jan.1986, KP (BS)8502/5/PK/Jld.V/(34), Jun 1989 }. Semua ini semata-mata untuk menangani masalah tersebut yang semakin bertambah. Namun usaha ini tidak juga membendung kegagalan menguasai kemahiran membaca dan menulis sehinggalah Sasaran Kerja Utama Kementerian Pendidikan tahun 1995 memberi fokus:untuk menentukan tiada pelajar buta huruf dalam Sistem Pendidikan Negara pada tahun 2000 Kesedaran tentang perlunya program pemulihan terhadap murid yang gagal menguasai celik huruf timbul apabila KLSR yang dikatakan gagal memenuhi fungsinya. Tatkala itu isu murid sekolah rendah dan menengah yang buta huruf heboh diperkatakan. Tambahan pula faktor ini dikaitkan dengan jumlah keciciran murid-murid yang bertambah. Dua perkara ini dikatakan saling hubungkait. Kesan nyata darinya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1983. Harapan besar masyarakat dan penggubal kurikulum ini agar masalah buta huruf dapat disifarkan serta keciciran pelajar dapat diatasi. Usaha mengatasi masalah ini masih berterusan dengan pelbagai kaedah dan teknik seiring dengan pertambahan jumlah murid yang masih gagal menguasainya. Kajian ini cuba membawa perhatian sekali lagi ke arah penambahbaikan pengajaran guru pemulihan dengan mengadaptasikan Program Walking Dictionary yang dijalankan bagi pemulihan subjek Bahasa Inggeris ke dalam subjek Bahasa Melayu.
Kamus bergerak adalah sebuah program yang hasilkan dengan fokus utama program ini ialah untuk mengatasi kelemahan pelajar membaca perkataan perkataan Bahasa Melayu. Program ini diharap akan berjaya meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Keladi. Program Kamus Bergerak ini juga diharap dapat membantu murid pemulihan dalam mengeja dan membaca perkataan dalam Bahasa Melayu. Program ini menekankan pada pemakaian tag perkataan pada setiap murid dan cuba mengeja dan membacanya. Penilaian dilakukan mengikut tahap-tahap yang ditentukan bagi menilai keberkesanannya. Pengkaji merasakan program ini berkesan bagi membantu pelajar pemulihan, jadi ianya dijadikan asas bagi mencuba program ini di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah. Program dirancang dengan teliti dan memenuhi kehendak pendidikan pemulihan Bahasa Melayu, ianya mempunyai langkah-langkah yang tersusun dan teratur. Sebanyak 17 instrumen yang digunakan bagi menjalankan program ini.
1.2 Soalan Penyelidikan 1.2.1 Sejauhmanakah program kamus bergerak dapat meningkatkan pelajar pemulihan? 1.2.2 Sejauhmanakah program kamus bergerak dapat meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid pemulihan? 1.2.3 Sejauhmanakah pendekatan Kamus Bergerak boleh digunakan sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu
1.3 Objektif Penyelidikan 1.3.1 Mengatasi masalah yang dihadapi oleh 12 orang murid pemulihan Bahasa Melayu tahun 2 untuk mengeja perkataan dua suku kata ( KV+KV ,KV + KVK, KVK + KV dan KVK + KVK) di Sekolah Kebangsaan Keladi. 1.3.2 Menanam minat belajar pada 12 orang murid pemulihan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Keladi. 1.3.3 Menguji pendekatan Kamus Bergerak sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu
1.4 Kepentingan Penyelidikan 1.4.1 Membantu pelajar menguasai bacaan dan ejaan Bahasa Melayu dengan mudah. 1.4.2 Membantu guru mengajar murid pemulihan Bahasa Melayu. 1.4.3 Dapat membantu guru-guru, ibu bapa yang menghadapi murid yang perlukan pemulihan. 1.4.4 Menambahbaikan kaedah pemulihan Bahasa Melayu yang sedia ada.
1.5 Batasan Penyelidikan 1.5.1 Kajian ini dihadkan kepada 12 orang responden dari Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim yang dipilih sahaja. 1.5.2 Kajian ini hanya menumpukan kepada responden yang dipilih sahaja dan yang telah dicadangkan oleh guru kelas tahun 2.. 1.5.3 Kajian ini tidak mengambil kira faktor emosi, mental responden kerana ianya merupakan kajian dalam bentuk angsur maju. Ia juga dilaksanakan dalam masa yang begitu flexibel. 1.5.4 Kajian ini juga tidak mengambikira latar belakang responden termasuk keluarga, lokasi tempat tinggal, kelas tadika dan lain-lain.
1.6 Definisi Konsep 1.6.1 Kamus Bergerak Satu program yang mengandungi siri instrumen yang akan digunakan bagi meningkatkan
pemulihan.
Murid yang perlu dipulihkan kerana belum dapat menguasai kemahiran membaca setanding dengan rakan sebaya. 1.6.3 Skor
Respon yang telah diberikan oleh responden setelah selesai sesuatu siri dilaksanakan. BAB 2 TIN JAUAN LITERATUR Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji keberkesanan penggunaan Kamus Bergerak terhadap murid-murid pemulihan di sekolah rendah. Bab ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan penyelidikan berasaskan bahan-bahan penulisan dan kajian yang telah dibuat sebelum ini. Membaca adalah satu proses menginteprestasi dan membina makna dari bahan bercetak atau bertulis untuk sesuatu tujuan ( Vellutino, Fletcher, Snowling & Scanlon, 2004). Membaca melibatkan penggunaan keseluruhan deria yang berkoordinasi antara satu sama lain seperti otak, mata, sentuhan, pendengaran serta emosi (Hendry, 1998). Menurut Meyer dan Rose (1998) kemahiran membaca dibahagikan kepada tiga kemahiran lain yang dihubungkan dengan fungsi otak. Mengiktiraf sistem adalah fungsi otak cortex yang mengenalpasti corak lambanglambang yang dibaca dan cuba membuat generalisasi. Ini diikuti fungsi otak hadapan yang melaksanakan sistem strategi yang membenarkan satu perkataan dikeluarkan atau sesuatu tindakan dilaksanakan. Pada ketika ini terdapat koordinasi pergerakan mata untuk memberi isyarat tentang lambang-lambang. Proses ketiga adalah sistem afektif, yang melibatkan emosi dan perasaan. Pada ketika ini pembaca akan faham dan menghayati apa yang dibaca. Fuangsi ini berlaku pada otak tengah seseorang. Keaktifan mana-mana bahagian otak ini akan mempengaruhi aktiviti membaca individu yang membezakan dengan individu lain. Marohaini Yusoff (1989) memnyatakan perlakuan membaca sememangnya satu proses kognitif yang kompleks. Tidak ada satu faktor pun (secara sendirian) dapat dikatakan sebagai faktor atau sebab seseorang itu boleh membaca atau tidak. Beliau telah membahagikan faktorfaktor mempengaruhi kebolehan membaca kepada dua kategori iaitu diri murid dan bahan bacaan sebagaimana yang diutarakan di bawah: 1.4 Diri murid i. Intelek - kecerdasan - kebolehan bahasa - pengetahuan dan pengalaman sedia ada ii. Psikologi - minat
- motivasi - konsep diri iii. Fizikal - daya penglihatan - daya pendengaran iv. Persekitaran - di rumah - di sekolah 1.5 Bahan Bacaan i. Perbendaharaan kata ii. Panjang pendek ayat iii. Isi iv. Penggunaan dan organisasi bahan grafik Mok (1990) juga menyenaraikan sebab-sebab kanak-kanak tidak boleh membaca seperti berikut: a) Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak b) Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid c) Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid. Menurut Presley (2002), masalah yang paling ketara dalam membaca adalah masalah mendekod. Fauzi (1991) dalam kajiannya mengenai masalah membaca di sekolah rendah di Malaysia juga mendapati, murid-murid yang berada di tahap bacaan bimbingan dan bacaan mengecewakan tidak mengenal bunyi-bunyi huruf, tidak mengenal nama-nama huruf, tidak boleh membunyi sukukata yang mempunyai gugusan konsonan, tidak boleh mencantum tiga huruf menjadi sukukata tertutup dan masalah membezakan fonem /e/ dan /i/. Ini menunjukkan bahawa masalah yang ketara dalam membaca Bahasa Melayu juga ialah pelajar tidak tahu mendekod iaitu mengaitkan huruf dengan bunyi dan menggabung bunyi huruf membentuk sukukata dan dari sukukata itu menjadi perkataan. Berdasarkan masalah ini maka kaedah Kamus Bergerak dalam kajian ini akan memfokuskan kepada proses menggabungbunyi huruf seterusnya membaca perkataan. National Association for Remedial Education ( NARE ) Great Britain, telah mendefinasikan pendidikan pemulihan sebagai tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran . Kanak-kanak yang menjadi sasaran pendidikan pemulihan ini mungkin menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan (Chua Tee Tee, 1992). Mengikut Mok (1990) pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Di bawah KBSR dan KBSM masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahirankemahiran asas itu. Di dalam usaha guru membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi harus digunakan. Bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan, Jamilah (1999) telah menyarankan pendidikan pemulihan dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Kaedah JARLIN ini bermula dari menjejaki atau mengenalpasti punca masalah murid berkenaan dengan ujian diagnostik dan ujian saringan. Keputusan dianalisa dan guru merancang pengajaran pemulihan. Pelaksanaan dijalankan berdasarkan rancangan dan objektif ditetapkan. Penilaian dibuat selepas pelaksanaan untuk menguji keberkesanan (Jamilah, 1999). Beliau juga telah menyenaraikan 32 tugasan yang perlu dilalui oleh seorang murid pemulihan. Secara keseluruhan tugasan ini menggunakan kaedah pengajaran mengenal abjad dan mengeja sukukata. Jabatan Pendidikan Khas telah menghasilkan buku Panduan Pelaksanan Program Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M ) pada 1999 yang bertujuan mendokumentasikan pengurusan bagi melaksanakan program pemulihan khas di sekolah-sekolah. Buku ini mempunyai maklumat lengkap berkenaan Senarai Kemahiran Asas bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, item-item ujian saringan, Ujian Diagnostik, Ujian Pencapaian dan Ujian Diagnostik Kemahiran Pengamatan. Guru-guru pemulihan digalakkan menggunakan buku ini sebagai garis panduan. Dalam kajian ini, murid-murid pemulihan telah pun melalui proses diagnosis dan Ujian Membaca Bahasa Melayu yang ditadbir oleh guru pemulihan mereka. Mereka telah dipilih sendiri oleh guru pemulihan dan telah mengikuti program pemulihan yang terdapat di sekolah. Penggunaan Kamus Bergerak sebagai satu kaedah bagi membantu murid-murid pemulihan adalah berkait rapat dengan kaedah fonetik. Kaedah fonetik adalah satu strategi yang membolehkan pembaca mengenali perkataan yang ia biasa atau tidak biasa dengan menggunakan analisa fonetik dan sintesis fonetik. Analisa fonik ialah apabila sesuatu perkataan dipecahkan kepada beberapa bunyi kecil sementara sintesis fonik ialah penggabungjalinan antara bunyi-bunyi kecil itu kepada perkataan (Chera & Wood, 2003). Kaedah fonetik bukanlah kaedah baru dalam mengajar membaca sebaliknya ini adalah antara kaedah tertua yang digunakan. Di Malaysia, Nooraihan dan Ali (1965) telah menulis buku bertajuk Terus Membaca. Buku ini menggunakan kaedah Phono-Syallabic telah mendapat pengiktirafan kerana kecemerlangannya oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Kaedah ini telah digunakan di Filipina dan di bawa balik ke Malaysia. Menurut Nooraihan: Buku Terus Membaca ini ia-lah buku permulaan bagi mengajar kanak2 membacha dan tidak perlu di-ajar dengan buku2 yang lain. Buku ini di-susun untok kemudahan bagi guru mengajar dan kanak2 belajar dengan sechara beransur2. Mula-nya kanak2 di-ajar dengan dasar bunyi,
sa-telah ia mengenal beberapa bunyi huruf, maka dapat-lah murid2 menchantumkan satu huruf dengan huruf yang lain menjadi suku-kata. Apabila dua suku-kata di-chantum maka jadi-lah suatu perkataan. Kemudian kami susunkan perkataan2 yang telah dapat di-bachai oleh murid2 itu menjadi ayat2. Ini-lah sebabnya kami namakan buku ini Terus Membaca. Murid2 tidak perlu mengeja dan menghafadz A B C. Sofiah (1983) telah menggunakan buku Terus Membaca karangan Nooraihan dan kaedah abjad-sukukata dalam kajian sarjananya terhadap 79 murid darjah satu bagi melihat perbezaan kesan membaca. Hasil kajiannya menunjukkan terdapat pencapaian yang berbeza antara murid yang kaedah menggunakan abjad-sukukata dengan murid yang menggunakan buku Terus Membaca. Mohamad Dahalan dan Roshani (1997) telah menjalankan kajian Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 dengan menggunakan Kaedah Asas Gabungan Untuk Mengajar Membaca (KAGUMM). KAGUMM adalah gabungan beberapa kaedah pengajaran membaca yang dipersetujui sesuia untuk pengajaran bacaan asas Bahasa Melayu. Rajah 2.1 menunjukkan penggabungan kaedah dalam KAGUMM.
Rajah 2.1 Gabungan antara beberapa kaedah membentuk KAGUMM (Sumber: Jurnal Institut Bahasa Kuala Lumpur (1997). Kaedah KAGUMM ini telah digunakan untuk mengajar membaca kepada 90 orang murid tahun satu yang dikelompokkan kepada 3 kumpulan iaitu murid cerdas, murid sederhana dan murid lambat. Dapatan program ini menunjukkan kesan positif apabila peratus murid yang berada dalam kumpulan lambat (murid yang tidak dapat menguasai bacaan asas dalam masa yang dijangkakan) berkurangan dari 25 peratus kepada 4 peratus sahaja.
Kajian statistik dalam buletin Warta Cepat Membaca (2004) oleh sebuah syarikat yang menjalankan Kelas Cepat Membaca menunjukkan 70 peratus murid kelas ini berada di sekolah rendah. Masalah membaca yang dihadapi adalah tahu nama huruf tetapi tidak tahu bunyi huruf dan tidak tahu bagaimana menggabung bunyi huruf membentuk perkataan. Kaedah yang dilaksanakan oleh syarikat ini adalah dengan memperkenalkan kembali bunyi-bunyi huruf dan memberi kemahiran menggabung bunyi huruf membentuk perkataan. Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa bagi menyelesaikan masalah tidak boleh membaca di kalangan murid-murid pemulihan, satu kaedah alternatif yang boleh dilaksanakan adalah menggunakan kaedah fonetik. Menurut Meyer dan Rose (1998) memberi kesedaran fonetik adalah komponen terpenting dalam belajar membaca pada masa sekarang dan akan datang. Ini bertepatan juga dengan pendapat Chera dan Wood (2003) yang menyatakan kaedah fonetik sangat baik dan berguna kerana kaedah ini dapat melaraskan fungsi mendekod yang amat penting dalam proses asas membaca.
Siri Cepat membaca Bacalah Anakku ditulis oleh Othman bin Ahamad dan Nik Elaini Nik Nawi menggunakan kaedah fonetik berstruktur sebagai kaedah pengajaran membaca yang ditumpukan kepada bacaan kanak-kanak seawal usia 4 tahun dan ke atas. Pendekatan buku ini adalah memperkenalkan tiga vokal utama iaitu /a/, /i/ dan /u/ dan konsonan /b/ dan /n/ pada buku 1. Berdasarkan vokal dan konsonan itu dibentuk sukukata, perkataan dan ayat yang mudah. Buku 2 diperkenalkan konsonan /m/, /s/, /k/ dan gabungan konsonan tersebut dengan vokal /a/, /i/, /u/. Buku 3, 4 dan 5 memperkenalkan konsonan-konsonan lain. Buku 6 memperkenalkan gabungan konsep sukukata dengan akhiran sementara buku 7 memperkenalkan /o/, /e taling/ dan /e pepet/ dan akhiran. Buku terakhir memperkenalkan diagraf seperti /ng/, /sy/, /ny/, /kh/ dan diftong seperti /au/, /ia/, /ua/, /ui/ dan /io/ (Nik Elaini & Othman, 2002).
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data kuantitatif dan kuantitatif. Data kuantitatif digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan pencapaian di samping berupaya menfokus kepada individu dan membuat perbandingan pencapaian di antara sampel (Gay & Airasian, 2003). Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif, dengan menggunakan skor-skor yang diperolehi oleh responden maka satu analisis data akan dibuat. Skor-skor yang diperolehi oleh responden akan dipindahkan ke dalam jadual skor yang telah disediakan.(Lampiran 2, 4, 6, 11 dan 17). 1.7 Kaedah kuantitatif Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian satu subjek. Kajian satu subjek dibuat apabila saiz sampel adalah kecil atau pun jika individu-individu itu dianggap sebagai satu kumpulan (Gay & Airasian, 2003).Menurut Heward (1991) kajian satu subjek sesuai digunakan oleh guru yang membuat kajian dengan pelajarnya secara individu, sampel tidak boleh dipilih secara rawak dan sampel adalah di kalangan individu yang mempunyai masalah. Memandangkan murid-murid pemulihan adalah satu kumpulan bermasalah serta saiznya yang kecil di sesuatu sekolah maka rekabentuk Kajian Satu Subjek sesuai digunakan. Tambahan pula mengikut Jamilah (1999), pendidikan pemulihan Bahasa Melayu perlu dijalankan secara kecil atau individu.Kajian ini akan dilaksanakan selama 6 minggu. 1.8 Sampel Sampel bagi kajian ini ialah 12 orang murid pemulihan tahun 2 dari Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah. Sampel ini dipilih berdasarkan kepada cadangan guru pemulihan yang telah menjalankan ujian diagnostik ke atas murid tersebut.
1.9 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan kaedah ekperimen dengan menggunakan program Kamus Bergerak sebagai alat . Berdasarkan program ini data akan dikumpul melalui dua cara; a. Pemerhatian - borang kritiria pemerhatian b. Ujian eja dan baca - Ujian eja dan baca 1,2.3.4 dan 5. 1.10 Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data dijalankan melalui 10 langkah aktiviti yang telah dirancang. 3.5.1 Langkah 1 : Ujian Diagnostik 1 Pengkaji telah menyediakan jadual 48 suku kata berdasarkan huruf vokal dalam Ujian Diagnostik 1 ( Lampiran 1). Murid akan membaca setiap suku kata dan pengkaji akan menanda
pada suku kata yang betul sebutannya dan skor dicatatkan.( Lampiran 2). 3.5.2 Langkah 2 : Ujian Diagnostik 2 Ujian ini dilaksanakan bagi meninjau kebolehan murid dalam mengeja dan menggabungkan dua suku kata bagi membentuk perkataan. Ujian ini perlu bagi mencari asas dalam menyediakan pemulihan melalui Kamus Bergerak. Ujian ini terdiri dari 2 bahagian( Lampiran 3); a. 5 perkatan dua suku kata ( KV + KV), b. 5 perkataan dua suku kata ( KV + KVK ) Semua bahagian ini dijalankan secara lisan di mana murid akan membacanya di hadapan pengkaji. Jumlah betul salah sebutan akan dicatatkan ( Lampiran 4)
3.5.3 Langkah 3 : Kamus Bergerak KV + KV Kamus Bergerak. Murid dibekalkan dengan satu tag yang digunakan sebagai tanda nama berukuran 3 inci X 2 inci. Tanda nama ini ditulis dengan satu perkataan seperti di lampiran 5. Mereka akan memakainya selama seminggu. Selain itu mereka juga dibekal dengan buku kecil 888. Seterusnya pelajar menjalankan aktiviti berikut ; 1. Latih tubi dengan perkataan dua suku kata KV + KV selain dari 23 yang dipakai oleh mereka. 2. Seterusnya mereka mengeja dan menulis perkataan yang dipakai masing masing dalam buku 888. Di samping tiga lagi perkataan yang dipakai oleh rakan di kiri, kanan, depan atau belakang mereka. Jika terdapat murid yang bermasalah rakan sebaya diminta membantu mereka. 3. Seterusnya mereka diminta mengeja dan menulis 10 perkataan yang dipakai oleh rakan mereka ke dalam buku 888 . Mana- mana pelajar yang siap boleh bertemu dengan pengkaji dan mengeja perkatan yang ditulis oleh mereka. Pembetulan dan semakan buku 888 dijalankan oleh pengkaji. 4. Ujian Eja dan Baca 1 dijalankan berdasarkan 23 perkataan yang dipakai mereka. Pengkaji akan mendengar sebutan dan melihat penulisannya di buku 888 mereka. Skor ujian dicatatkan. (Lampiran 6 ) 5. Murid akan membaca petikan mudah ( Lampiran 7 ) sebagai aktiviti pemantapan perkataan yang diberikan pada dua aktiviti terdahulu. Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas dengan berpasangan dan konsep saling membantu antara rakan diperkenalkan. Mana-mana murid yang ingin membanca di hadapan pengkaji dialu-alukan.
Dalam masa satu minggu aktiviti berikut dijalankan ; 3.5.4 Langkah 4 : Ujian Eja Dan Baca 1 Langkah seterusnya murid diperkenalkan dengan kaedah pelajar yang siap boleh bertemu dengan pengkaji dan mengeja perkatan yang ditulis oleh mereka. Pembetulan dan semakan buku 888 dijalankan oleh pengkaji. Seterusnya Ujian Eja dan Baca 1 dijalankan berdasarkan 23 perkataan yang dipakai mereka. Pengkaji akan mendengar sebutan dan melihat penulisannya di buku 888 mereka. Skor ujian dicatatkan. Murid akan membaca petikan mudah sebagai aktiviti pemantapan perkataan yang diberikan pada dua aktiviti terdahulu. Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas dengan berpasangan dan konsep saling membantu antara rakan diperkenalkan. Mana-mana murid yang ingin membanca di hadapan pengkaji dialu-alukan.
3.5.5 Langkah 5 : Petikan Mudah 1, Kamus Bergerak KV + KV Mengulangi proses ke dua dengan penukaran perkataan baru pada tag yang dipakai, tetapi masih perkataan KV + KV. ( Lampiran 8.) Latih tubi dijalankan seperti dalam proses kedua. Pada hari kedua dan ketiga murid akan mengeja dan mencatatkan perkataan dari tag yang dipakai mereka di buku 888. 3.5.6 Langkah 6 : Ujian Eja Dan Baca 2 danPetikan Mudah 2 Ujian Eja dan Baca 2 dijalankan berdasarkan 23 perkataan yang dipakai. Skornya dicatatkan. Aktiviti akan diteruskan, murid akan membaca petikan mudah. 3.5.7 Langkah 7 : Kamus Bergerak KV + KVK Langkah seterusnya mengambil masa selama tiga minggu ( minggu keempat, kelima dan keenam ). Penggunaan kaedah Kamus Bergerak diteruskan, langkah perlaksanaan seperti di dalam minggu pertama dan kedua; Murid diperkenalkan pula dengan perkataan dua suku kata KV + KVK ( lampiran 10). Seterusnya aktiviti dijalankan seperti dalam aktiviti yang terdahulu.
3.5.8 Langkah 8 : Ujian Eja Dan Baca 3 Petikan Mudah 3 Ujian Eja dan Baca 3 dijalankan dan skornya dicatat.( Lampiran 11 ) Seterusnya pada hari kelima murid akan membaca petikan mudah ( Lampiran 12 )
3.5.9 Langkah 9 : Kamus Bergerak KVK + KV Ujian Eja Dan Baca 4 Petikan Mudah 4 Seterusnya perkataan dua suku kata KVK + KV diperkenalkan. Dua puluh tiga perkataan digunakan sebagai tag perkataan ( Lampiran 13). Aktiviti seterusnya Ujian Eja dan Baca 4 dijalankan dan skornya dicatat ( Lampiran 11 ) .Sebagai pengukuhan murid akan membaca petikan mudah dalam lampiran 14. 3.5.10 Langkah 10 : Kamus Bergerak KVK + KVK Ujian Eja Dan Baca 5 Petikan Mudah 5 Minggu keenam pula perkataan KVK + KVK diperkenalkan . Tag nama untuk murid disediakan seperti di lampiran 15. Seterusnya Ujian Eja dan baca 5 dijalankan dan skor dicatat pada lampiran 11. Murid juga diberikan petikan pada hari kelima untuk pengukuhan ( Lampiran 16) 1.11 Analisis Data Data-data yang dikumpul melalui beberapa jadual, iaitu: 1.11.2 Lampiran 2 Jadual Skor Diagnostik 1 1.11.3 Lampiran 4 Jadual Skor Diagnostik 2 1.11.4 Lampiran 6 Skor Ujian Eja dan Baca 1 dan 2 1.11.5 Lampiran 11 Skor Ujian Eja dan Baca 4 1.11.6 Lampiran 17 Laporan Kriteria Pemerhatian Data dianalisis berdasarkan kebolehan murid mengeja perkataan yang telah disediakan. Dari analisis perkataan, suatu dapatan akan dikemukakan. Ujian Eja dan baca 1 hingga 5 dibina berdasarkan aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu program dilaksanakan. Rumusan akan dibuat berdasarkan skala berikut ;
Ujian Eja dan Baca 1 Skala Tahap Jumlah 0 hingga 12 Lemah 13 hingga 23 Baik Ujian Eja dan Baca 2 Skala Tahap Jumlah 0 hingga 12 Lemah 13 hingga 23 Baik Ujian Eja dan Baca 3 Skala Tahap Jumlah 0 hingga 12 Lemah
13 hingga 23 Baik Ujian Eja dan Baca 4 Skala Tahap Jumlah 0 hingga 12 Lemah 13 hingga 23 Baik Ujian Eja dan Baca 5 Skala Tahap Jumlah 0 hingga 12 Lemah 13 hingga 23 Baik Instrumen kedua yang digunakan ialah pemerhatian guru yang mengendalikan program. Senarai semak digunakan sebagai garis panduan pemerhatian ( Lampiran).Guru akan meneliti segala tingkah laku murid. Jadual di bawah menjelaskan pemerhatian guru. Bil Item Jumlah 1 Kekerapan Bertemu Pengkaji Lebih 5x 2 Kesungguhan Menjalankan Aktiviti 3 Keceriaan
Rujukan. Awang Mohamad Amin. (1979). Pengaruh Ibubapa Terhadap Penggunaan Bahasa Anak-Anak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield & Halliday. (1970). Explorations ini the Functions of Language. London: Arnold Chera, P. & Wood, C. (2003). Animated multimedia talking books can promote phonologikal awareness in children beginning to read. Learning and Instruction, 13, 33-52 Chua Tee Tee. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fauzi Dollah. (1991). Masalah bacaan di Sekolah Rendah: satu penilaian diagnostik. (Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, 1991). Serdang. Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Education Research Competencies for Analysis and Applications. (7 th. Ed). New Jersey: Merrill Prentice Hall. Gwenda Smith. (1990). A Hotpot of Tried and Tested Classroom Activities. Brace & World Inc., New York. Hendry, M. (1998). Structured, sequential, multisensory teaching. Annals of dyslexia. 48.
Jamilah Ahmad. (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR dan KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, (1997). Gabungan antara beberapa kaedah membentuk KAGUMM, Institut Bahasa Kuala Lumpur Lesley Win Jan & Jeni Wilson.(1977). Focus in Inquiry a practical approach to intergrated curriculum planning. Heinemann, Victoria, Australia. Low Kok Thye. (2004). Tuntas, Kajian Kosa Kata Bahasa Inggeris di SK. Kalai Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,Ustaras Sdn. Bhd. Alor Setar. Marohaini Yusoff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd. Meyer, A. & Rose, D. (1989). Learning to Read in the Computer Age. Newton: Brookline Books. Mohamad Dahalan Mohd Ramli & Roshani Abdullah. (1997). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 dengan Menggunakan Kaedah Asas Gabungan Untuk Mengajar Membaca (KAGUMM). Kuala Lumpur: Institut Bahasa Mok Soon Sang. (1990). Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Muhd Hilmy Ismail. (1982). Beberapa Masalah Mengenai Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Eliani & Othman Ahmad. (2002). Buku Panduan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Kelantan: One-Stop Language & Computer Consultancy. Noraihan Dato Salehuddin & Ali Abdullah. (1965). Terus Membacha 1. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu. Pressley, M. (2002). Reading instruction that work (2 nd..Ed.). New York: The Guilford Press. Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd. Smith, J. G., (1978). Linguistics and Composition, Mounton & Co., The Hague. Surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran Malaysia, 1969 2000 (2001), Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sekolah- Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Vellutino, F., Fletcher, J., Snowling. M., Scanion, D. (2004). Specific reading disability (dyslexia): What have we learned in the past four decards? Journal of child psycology and psychiatry 45(1), 2-40