Laporan Orientasi THN 4 SKHMC

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN 4 SKHMC 2011

PENGENALAN : Program Orientasi atau suai kenal adalah antara program yang
amat perlu didedahkan kepada murid-murid. Selain daripada
memberikan pendedahan terhadap kepelbagaian subjek, ia juga
memberikan peluang kepada murid-murid tahun 4 untuk
mengenali para pentadbir serta guru-guru yang terlibat atau
bertugas di sesi pagi.
Secara keseluruhan bolehlah dikatakan bahawa program ini
menjurus kepada pembentukkan konsep pembelajaran yang
terancang untuk murid-murid tersebut atau dalam erti kata lain
pembelajaran yang telah didedahkan dengan terpeinci kepada
mereka agar mereka faham serta tahu dengan sukatan yang
bakal dipelajari.
Pengisian program ini keseluruhannya berbentuk orientasi iaitu
suai kenal, sama ada info subjek ataupun info untuk perkara-
perkara yang lainnya seperti kegiatan koku, tenaga pengajar,
para pentadbir serta staf sokongan dan lain-lainnya.

RASIONAL : Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua murid yang
menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih
baik terhadap situasi pembelajaran, sosial dan persekitaran yang
baru.
Ia juga turut menyediakan pakej suai kenal yang komprehansif
kerana melibatkan dari setinggi-tinggi jawatan pentadbiran
hinggalah kepada tukang masak di kantin, tukang kebun serta
penyelenggara kebersihan di sekolah. Penekanan yang diberikan
adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang
patut diamalkan agar murid-murid berakhlak mulia.
Di samping itu, pengisian program daripada Unit Bimbingan &
Kaunseling turut diselitkan dalam bentuk sahsiah serta disiplin
diri.

MATLAMAT : 1. Melahirkan murid berakhlak mulia.


2. Menyedarkan murid terhadap sukatan yang bakal
ditempuhi.
3. Mendidik murid agar mengerjakan kebajikan.

OBJEKTIF : 1. Peserta mengenali serta menghormati semua warga


sekolah.
2. Peserta tahu tentang sukatan matapelajaran yang akan
diambilnya sepanjang sessi 2011
3. Peserta tahu tentang aktiviti serta program yang akan
dilaluinya sepanjang sessi 2011

SASARAN : 1. Semua murid tahun 4 sessi 2011 SKHMC


TARIKH: 5 JANUARI 2011

MASA : 8.00 a.m – 11.50 a.m

TEMPAT : DATARAN BERBUMBUNG SKHMC

ANALISIS SWOT

OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN

Peserta Ada pelbagai Murid yang Murid akan Murid yang nakal
mengenali serta program bermasaalah berada di serta
menghormati sahsiah serta tidak sekolah bermasaalah
semua warga akademik yg menumpukan sepanjang disiplin yang
sekolah. melibatkan perhatian. tahun 2011 sukar untuk
murid tahun dibentuk.
4.

Peserta tahu Guru-guru Murid yang Program Tidak membuat


tentang sukatan yang terlatih tidak serius di bimbingan, sesi kerja rumah,
matapelajaran serta dalam kelas kaunseling ponteng sekolah,
yang akan berkomitmen serta mungkin individu dan ponteng kelas
diambilnya tinggi. ada guru yang kelompok serta serta malas
sepanjang sessi tidak bimbingan mengulangkaji
2011 menghiraukan kelompok
perkembangan (dalam kelas)
murid.

Peserta tahu Jadual untuk Tidak Program Tidak menghadiri


tentang aktiviti sepanjang berminat, bimbingan, sesi aktiviti, ponteng
serta program tahun, guru- mempunyai kaunseling aktiviti,
yang akan guru yang komitmen individu dan melakukan
dilaluinya komited. yang lain. kelompok serta aktiviti luar
sepanjang sessi bimbingan seperti pergi ke
2011 kelompok `cyber cafe`dan
(dalam kelas) melepak.
KEHADIRAN :

Secara keseluruhannya, kehadiran sangat memuaskan, di mana 100% murid


tahun 4 yang terlibat untuk menghadiri program ini telah menghadirinya. Selain
itu kebenaran menjalankan aktiviti diwaktu persekolahan turut menyumbang ke
arah kehadiran yang memberangsangkan.

Aktiviti serta program-program lain yang bersesuaian akan menyusul dalam


usaha merealisasikan matlamat program seperti yang telah dinyatakan.

Laporan disediakan oleh ;

.......................................
(AHMAD KAMIL BIN SHARUDIN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling


Sekolah Kebangsana Hj Mahmud
Chemor
Ipoh
LAMPIRAN

BIL AKTIVITI WAKTU TINDAKAN


1. Ucapan Guru Besar 8.00 –8.30 pg Guru Besar
- Perubahan Sessi
- Kenali Guru Anda

2. Ucapan Guru Kanan Pentadbiran 8.30 – 9.00 PK Pentadbiran


- Kenali Diri
- Persediaan Menghadapi
peperiksaan.

2. Disiplin Diri 9.00 – 9.30 pg PK HEM


- Peraturan Sekolah

3. Taklimat Ringkas
-suasana baru 9.30 pg – 9.50pg Guru Penyelaras
Tahun 4
Pn Asnida Abdullah
4. REHAT 9.50 – 10.20
5. Apa itu Kokurikulum 10.20 – 10.50 pg Penolong Kanan
- Unit Beruniform Kokurikulum
- Persatuan & Kelab
Permainan
6. Kenali Subjek Baru

- Kajian Tempatan 10.50 - 11.00 pg Pn. Mazlina Yahya

- Kemahiran Hidup 11.00 – 11.10 pg En. Ahmad Zawahir

- Sivik dan Kewarganegaan


11.10 – 11.20 pg En. Ismail b. Bujang

Anda mungkin juga menyukai