Konsep Pentaksiran, Pengujian Dan Penilaian

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 27

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian


Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran
dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan
tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara
khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan
ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran
merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada
kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh
pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran
adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas
secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan
yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor
dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat
dinilai melalui beberapa ciri seperti ;
1. i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa
skrip jawapan.

2.

Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan


kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah.

3.

Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang


maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan
menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.

< !--[if !supportLists]--> iv. <!--[endif]-->Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan


yang mewakili semua objektif yang penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran
iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan
sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula
merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak,
misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur
secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh
diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan
pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45,
walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar
pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran
yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah
petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan
pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan
pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka
sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan


supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus
di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukurpenguasaan
pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk
tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk
menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan

yang

diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk


mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di
universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian
berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap
berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses

pengujian

lazimnya

bermula

dengan

peringkat

persediaan,

diikuti

pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui

pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik
darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah
sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah
ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu
cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan
bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam
pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat
yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering
kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin
diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara
mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat
merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran
dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian
pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran
pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat
lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat
dengan

menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian


atau temubual.

Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran


Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan
tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan
dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai
konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan
dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang
demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

perbandingan Pentaksiran
pengujian
Definisi
Sebuah proses yangSatu
alat
menentukan peringkatsistematik
pencapaian
prestasi

untukperubahan tingkah laku dan

seseorangperubahan

dalam

sesuatu aspek tingkah

laku.
membuatUntuk

Bagi

menentukan

danmenilai dan mengukurmembuat pertimbangan nilai.

individu atau murid


Tujuan

penilaian
yangSebuah proses

menentukanMemberi

maklumat

tentang

pengelasan terhadappencapaian terhadappencapaian

objektif

pencapaian

Kaedah

kedudukan

dansesuatu pembelajaran pembelajaran.


dalam

mengajar dan kurikulum.

pembelajaran
Bentuk

< !--[if !supportLists]-< !--[if !supportLists]-< !--[if !supportLists]-->1. <!->1.

<!--[endif]-->Set>1.

<!--[endif]--[endif]-->Jadual
< !--[if !supportLists]-->2. <!--

ujian bertulis dengan>Pemerhatian

berdasarkan
markah dan gred < !--[if !supportLists]--[endif]-->Gred
>2. <!--[endif]-->Ujianteknik perangkaan
lisan

< !--[if !supportLists]--

>3. <!--[endif]-->Ujian
Proses

Menjalankan

perlaksanaan

pengujian

bertulis
prosesMenyediakan set ujianMenentukan
berdasarkan

menggunakan

setujian

yang

kaedah

carapengukuran
ingindijalankan

yang
dan

ingin

melakukan

ujian dan kemudiandijalankan.


proses
pengukuran
dan
Melakukan
mencatat
atau
penganalisaan
semasa
pentadbiran semasa
merekod markah serta
pengukuran dilakukan.
menjalankan ujian danKemudian proses interpretasi
memberi gred
seterusnya
dijalankan sebelim melapor
menjalankan

dapatan kajian dan tindakan.

pemeriksaan terhadap
set ujian yang telah
Masa

dijalankan.
sesiSelepas

Selepas
pembelajaran

liputan

pembelajaran

Terhad

kepadaTerhad

sesuatu

peringkatsesuatu

pembelajaran

sesiBoleh

atau

Menunjukkan
pencapaian
relatif

semasa

atau

atau

pembelajarankeseluruhan

sesi

sesebuah

telahkurikulum

kemahirankeseluruhan

pencapaian
seseorang

penguasaanindividu namun tidak hanya

pembelajaran
spesifik

selepas

kemahiranpembelajaran sehingga kepada

disampaikan
Menunjukkan prestasiMenunjukkan
secarasesuatu

sebelum,

pembelajaran
kepadaMenyeluruh terhadap sesuatu

yang
keputusan

dijalankan

yangmenggambarkan

kebaikan

individu tersebut.

Rumusan
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang
dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Jadual Spesifikasi Ujian

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan
ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan
di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk
penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk
menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan
JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan.
Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual
Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : langkah pembinaan JSU

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh


maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan
sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik
kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi
sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu
tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga
diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana
kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi
sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran
ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu
diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana
yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.
Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian
dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang
perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU
mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi

tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya
mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang
mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang
ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain
objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi
markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan
pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan.
Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan
jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran
ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan
bahasa murid dan lain-lain.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah
seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan
sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU
akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan
dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun
dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya
mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka
dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

Rumusan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu
ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk
merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU
mempunyai peranan yang penting.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TAKSONOMI BENJAMIN S.BLOOM DAN DAVID R. KRATHWOHL


http://www.ddhamidon.com/2012/08/taksonomi-benjamin-sbloom-dan-davidr.html

Taksonomi
(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).
Taksonomi (daripada kata kerja bahasa Greek tassein = "untuk mengelaskan"
dan nomos = undang-undang, sains, cf "ekonomi") merujuk kepada sains
pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa) dan sistem pengelasan dalam
sebilangan bidang yang lain.
Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan
organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang
lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau
prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek
tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim
taksonomi.
Taksonomi-taksonomi sering mempunyai struktur hierarki. Bagaimanapun,
taksonomi boleh juga merujuk kepada skim-skim perhubungan, selain
daripada hierarki, umpamanya struktur rangkaian.

Dari segi matematik, taksonomi yang berhierarki adalah satu struktur pohon
bagi mengelaskan satu set benda. Di atas struktur ini terdapat satu kelas
tunggal, iaitu nod akar, yang digunakan untuk semua objek. Nod-nod di
bawah akar ini ialah kelas-kelas yang lebih khusus dan digunakan untuk
subset-subset bagi semua benda yang dikelaskan. Umpamanya, bagi skimskim pengelasan saintifik yang umum untuk organisma-organisma, akarnya
ialah organisma (oleh sebab ini digunakan untuk semua hidupan). Di
bawahnya ialah domain, alam, filum,kelas, susunan, famili, genus, dan
spesies, dengan taraf yang lain kekadangnya disisip.
Sesetengah orang memperdebatkan bahawa akal manusia menyusun
pengetahuan dunia dalam sistem-sistem tersebut secara automatik.
Pandangan ini adalah berdasarkan epistemologi Immanuel Kant. Ahli-ahli
antropologi telah memperhatikan bahawa, secara amnya, taksonomi
terbenam dalam kebudayaan tempatan dan sistem-sistem sosial, dan telah
dipergunakan untuk pelbagai fungsi sosial.
Mungkinnya, kajian yang paling terkenal dan berpengaruh untuk taksonomi
folk ialah Bentuk Asas Kehidupan Beragama yang dibuat olehEmile Durkheim.
Teori-teori Kant dan Durkheim juga mempengaruhi Claude Levi-Strauss,
pengasas strukturalisme antropologi. Levi-Strauss telah menulis dua buah
buku taksonomi yang penting, iaitu Totemisme dan Akal Buas.
Taksonomi-taksonomi seperti yang dianalisis oleh Durkheim dan Lvi-Strauss
kekadangnya dipanggil taksonomi folk untuk membezakannya daripada
taksonomi saintifik yang mendakwa bahawa sistem-sistemnya telah
diasingkan daripada perhubungan sosial dan oleh itu, adalah objektif dan
sejagat.
DOMAIN
Domain tidak mempunyai difinisi tertentu,berbagai maksud boleh ditakrifkan
sebagai domain antaranya:
Peranti storan yang menggunakan filem nipis untuk mewujudkan satu
domain magnet yang boleh digunakan untuk menyimpan data.

kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau


sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau
liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg
hendak diselesaikan.

kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau


sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~
kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran,

pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kpd


perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi
sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan
secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem
pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah
yg hendak diselesaikan.

BENJAMIN S. BLOOM
Benjamin S. Bloom dilahirkan pada 21 February 1913 di Lansford,
Pennsylvania, dan meninggal pada 13 September 1999. Mendapat Ijazah dan
Master dari Universiti Pennsylvania pada tahun 1935 dan Ph.D. pendidikan
dari Universiti Chicago pada bulan March1942.
TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )
Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif
pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6
tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan
Penilaian.
ADUAL TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)
1.Aras PengetahuanAras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk
mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga
peringkat dalam aras pengetahuan ini :
1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan
atau symbol.2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang
meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan
tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang.
Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan
Pelajar perlu menggunakan proses mental.Pengetahuan yang diminta
hendaklah sama dengan pebgajaran guru.Soalan tidak memerlukan pelajar
mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.Jawapan dapat ditentukan
dengan mudah sama ada salah atau betul.
2.Aras Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu
perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga.1.Penterjemahan
.Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.2

Mentafsir (Interpretasi) .Mentafsir idea/ mesej tersirat dan


tersurat.Menerangkan idea dalam ayat sendiri.Ekstrapolasi dengan Membuat
inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan
maklumat yang diberikan/ terima.Perkataan yang sering digunakan dalam
soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan,
mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.Ciri-ciri soalan aras
kefahaman melibatka Proses mental,maklumat asas telah diajar,perlu bahan
atau alat komunikasi dan pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.
3.Aras Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip,
hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami
segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan,
selesaikan, susunkan, dan gunakan.Ciri-ciri soalan aras aplikasi ialah
menggunakan proses mental aplikasi
Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam
bilik darjah.
Aras Analisis
Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada
unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini
menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur
yang mengaitkan unsur-unsur.
Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga
perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan,
pandangan dan pendirian.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah,
mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
Ciri-ciri soalan aras analisis
Soalan menggunakan proses mental analisis
Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
Situasi, dokumen perlu dianalisis
Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang
dipelajari.
Aras Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu

struktur kepada yang lebih jelas.


Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan
yang abstrak.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan,
hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.
Aras Penilaian
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria
yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao
sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.
Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,
memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan
dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan,
buktikan, dan huraikan.

DAVID R. KRATHWOHL
David R. Krathwohl adalah pengarah Biro Penyelidikan .Pendidikan di
Michigan State University,beliau juga merupakan bekas presiden
PersatuanPenyelidikan Pendidikan Amerika. Beliau telah berkhidmat dalam
berbagai bidang, antaranya anggotajawatankuasa penasihat untuk Biro
Penyelidikan USOE dan pengerusi lembaga trusties Wilayah Timur Institut
Pendidikan. David R. Krathwohl dulunya adalah murid kepada Benajamin
Bloom, yang menciptakan Taksonomi Bloom.Beliau kemudiannya melakukan
beberapa penelitian dan mengembangkan lagi taksonomi tersebut. Banyak
pendapatnya dipengaruhi oleh Bloom.
1.KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat
sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian
adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah
ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah
berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan.

1.1Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi berbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang
individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi
nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus
yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi
skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat
secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu
guru untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran
yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas
secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan
susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod,
memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid.
Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;
1. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa
skrip jawapan.
2. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang
dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
3. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat
tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan
sesuatu ujian.
4. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif
yang penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan
pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh
juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran
melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan,
sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru,
kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan
sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian

pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak


bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah
tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya.
Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan
alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang
pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali
ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali
ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh
dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran
yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan
bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar
menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi
menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai
kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.
1.2 Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan
bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian
mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan
sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap
penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar
biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan
pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang
bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya
dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh
dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan
menjalankan pengujian yang berkualiti.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian
menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Proses
pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada
pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang
ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat


melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan
guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat
pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru
terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
1.3 Penilaian
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang.
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan
mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama
ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian
juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat
tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian
dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan,
seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di
kalangan murid sekolah rendah.
Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan
pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan,
apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara
mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan
sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan
penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur
dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah
diberikan kepada istilah penilaian.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau
keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu
benda atau perkara.Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi
aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program
pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh
mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian
yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian
tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain
yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh
dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh
daripada pemerhatian atau temubual.
Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran
Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk
menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk
penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik
dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.
Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran
mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil
yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara
keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian
dan pentaksiran ialah:
perbandingan
Pentaksiran ,pengujian ,penilaian
Definisi
Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi
seseorang individu atau murid
Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam
sesuatu aspek tingkah laku.
Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan nilai.
Tujuan
Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran
Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah
mengajar dan kurikulum.
Bentuk
1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred
1. Pemerhatian
2. Ujian lisan
3. Ujian bertulis
1. Jadual
2. Gred berdasarkan teknik perangkaan
Proses perlaksanaan
Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian
mencatat atau merekod markah serta memberi gred
Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.

Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya


menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.

Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan


proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.

Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan


kajian dan tindakan.

Masa
Selepas sesi pembelajaran
Selepas sesi pembelajaran
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran
liputan
Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan
Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan
sesebuah kurikulum
keputusan
Menunjukkan pencapaian secara relatif
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran
yang spesifik
Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya
menggambarkan kebaikan individu tersebut.
2 PEMBINAAN UJIAN
2.1 Pendahuluan
Guru bahasa seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
penilaian pendidikan bahasa .Pencapaian pembelajaran pelajar, kelemahan
dan kekuatan penguasaan pelajar ini berguna bagi meningkatkan kualiti P&P.
2.2 Jenis-jents Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif,
2.3 Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah
item jawapan pendek, item jenis padanan. item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Sebas
i. Jenis soalan:
contoh:

a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)


b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti__________bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b) Saya terpaksa__________adik saya kerana emak saya bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pitihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat.
Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah
format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah- Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
pernyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betut (B)
atau salah (S), Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/
perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan
memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/
perkara di sebelah kanan.
Kata Bitangan
Contoh
1. Kata Adjektif Satan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kate Adjektif Pancaindera
B. Budak balk selalu dipuji
3. Kate Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup
4. Kate Adjektlf Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang

berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman
bacaan, boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun
teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian,
pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan
sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat den membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling ,
sesuai menurut makna keseluruhan teks.
2.4 Solan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut: Item Denis Struktur
Item Jenis Esei
Pembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilalan
Antara yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu
instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat "Kesahan" (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan meruiuk kepeda ciri skor berhubung dengan ketepatan
dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.
Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian,beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya
ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

TAKSONOMI DAN DOMAIN


Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki
(tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji
tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk
mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh
dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis,
Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan
lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan
menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan
menulis semula.
3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan
lain-lain.
4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah
atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.
5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah,
membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam
soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau
luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah
memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
Taksonomi Solo
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed
Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur
hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara

kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.
Aras Taksonomi Solo
1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.
2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.
3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.
4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.
5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.

PENGERTIAN DAN KONSEP


http://cikguit.blogspot.com/2009/05/pentaksiran-pengujian-danpenilaian.html
Pengujian
* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan
tingkah laku seseorang individu.
* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi
satu set tindak balas / respon.
* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu
gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.
* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian
pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.
Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.

3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar
sebelum pengajaran.
4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.
Pentaksiran
* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat
pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.
* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai
semak, inventori, atau sesuatu skala.
* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif
atau membuat keputusan.
Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Penilaian
* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau
takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Tiga langkah penilaian:
1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.
*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan
keputusan.
* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku
seseorang individu.
* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan
berinisiatif".
* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah
kecerdasan 120".
* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu

keputusan.
* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia
menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang
kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian,


pentaksiran, dan penilaian
P O S T E D B Y C I K G U I T AT8 : 1 7 AM

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara
dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan
ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada
ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru,
mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan
dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya.
Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar
pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak
membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:
i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini
biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru
biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil

ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan


pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka
telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan
lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu
berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji
aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.
iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan
seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.
iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek
dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan
pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja
pemulihan dan sebagainya.
v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah
dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan
pengayaan.
vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap
pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan
pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke
jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains,
sasteradan teknikal.
vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran
mereka.
Melalui
ujian
dan
penilaian
mereka
sentiasa
dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.
1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya
mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Kesimpulan
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya
dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem
peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem
pendidikan kita diiktiraf dunia.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi

supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan


susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya
dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam
penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek
kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Anda mungkin juga menyukai