Ayat Aktif

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

NAMA :

TINGKATAN

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai
subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-,
menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan
kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
Ayat Aktif

Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua


kerja
sekolah.

1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2.Kami mesti menumpukan perhatian


apabila guru mengajar.

2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila


guru mengajar.

3. Kamu perlu mengajarnya menulis


jawi.

3. Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.

4. Ayah membelah kayu api itu.

4. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

5. Mereka sedang menganyam tikar


mengkuang itu.

5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam


oleh mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif


Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama sebagai objek.
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

*** Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunya
objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai
objek di dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
berikut:1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan penerangan di bawah ini.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah.


(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.

(a) Kasut sekolah saya cuci.


(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.


(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.

(a) Kerja itu harus anda siapkan.


(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya
beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.

Ayat Pasif Diri Ketiga


(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda
supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat Aktif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.

Ayat Pasif
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof

a) Ayat Pasif Diri Pertama


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh:
Rumah itu saya bina.
Kereta itu kami beli.
Jambatan itu aku robohkan.

b) Ayat Pasif Diri Kedua


Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua
seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh:
Jam tangan itu kamu beli?
Kasut kulit itu awak gilap?
Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga
seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
Latihan:
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.
1.
(
2.
(
3.
(
4.
(
5.
(
6.
)
7.
(
8.
(
9.
(
10.
11.
(

Cerpen itu telah ditulis oleh saya.


)
Projek tersebut telah mereka siapkan.
)
Karangan itu saya telah hasilkan.
)
Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali.
)
Surat itu perlu kamu balas segera.
)
Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain bola jaring di padang.
Adik Mei Leng kena marah oleh ibu.
)
Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli.
)
Orang tua itu sedang bersenam.
)
Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera.
Remaja itu kemalangan semalam.
)

LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

..........

2.

Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

..........
3.

Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

..........
4.

Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

..........
5.
kaji.

Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang

..........
6.

Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

..........

LATIHAN SPM 2
Latihan 1 (Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.

..
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.


..
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.
Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.

.
2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.

.
3.
Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding
buluh.

.
4.
lalu.

Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang

.
5.
Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah
tersebut.

JAWAPAN LATIHAN SPM1

Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.


Mereka memegang jawatan yang sangat penting.
Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.
Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.
Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.

JAWAPAN LATIHAN SPM 2

Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.

Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan
budak-budak nakal.

Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.

Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.

Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.

JAWAPAN LATIHAN SPM3

Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.

Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di


dalamnya memberikan ilmu kepada mereka..

Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.

Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan
rumah tersebut.

Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta bermingguminggu.

Anda mungkin juga menyukai