Kepentingan Sungai
Kepentingan Sungai
Kepentingan Sungai
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras
dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku
telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi
yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah sarap
dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa kepada pencemaran sungai. Sungai yang tercemar
akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan penyakit kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia
juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah mengekalkan kebersihan sungai
sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan.
Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian
kita. Sungai merupakansumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia
menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air
yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci
dengan bersih. Hal yang demikian kerana peralatan yang kotor lazimnya mempunyai bakteria pada
permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika peralatan berkenaan tidak dicuci sehingga
bersih, kuman-kuman seperti pada permukaan pinggan akan masuk ke dalam badan kita. Lanjutan
itu,kita akan menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa pentingnya sungai dalam kehidupan
harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan memulihara sungai supaya dapat
memastikan bekalan air bersih yang berterusan.
Tambahan pula, sungaimembekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia. Sungai merupakan
habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein yang
mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber
protein yang terdapat dalam ikan, udang dan ketam sangat tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi
membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang. Sementara itu, sungai
mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Hal ini kerana sungai memberi rezeki
kepada mereka yang menetap berhampiran sungai dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai
seperti ikan dan udang. Tuntasnya, kita seharusnya menyayangi sungai yang membekalkan makanan
dan pendapatan kepada kita.
Peranan sungai juga dapat dilihat apabila sungai dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan.
Hal ini kerana sungai mempunyai landskap yang menarik. Sebagai contohnya, Negara Endau-Rompin
yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin telah dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang
menjadikan tarikan pelancongan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut seperti
berkayak,menjejaki hutan, memancing dan berkelah. Selain itu, sungai digunakan untuk menjana
hidroelektrik dengan membina empangan untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat. Empangan
yang dibina juga berpotensi menjadi suatu kawasan pelancongan yang menarik. Secara langsung dan
tidak langsung, sektor pelancongan negara akan berkembang pesat. Oleh itu, kita sewajarnya
mengekalkan kebersihan air sungai supaya kawasan sungai dapat dijadikan sebagai tempat
pelancongan.
Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan. Hal ini
disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan
pedalaman dengan kawasan bandar. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya juga
dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan
di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, udara dan air. Sebagai contoh, sungai dapat
mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja menjimatkan tenaga
pekerja, malah juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi sungai
supaya fungsinya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.
Kesimpulannya, kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikawal pasti sejak zamanberzaman. Sungai memainkan peranan yang besar dalam membekalkan makanan dan minuman kepada
manusia. Pada masa dahulu sungai telah dijadikan sebagai jalan perhubungan antara satu tempat ke
satu tempat yang lain. Bagi memelihara sungai, pelbagai prakarsa telah dijalankan oleh pihak berkuasa
seperti Kempen Cintai Sungai. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu, wajarlah
sungai dipelihara untuk tatapan generasi akan datang bagi menjamin kesinambungan kehidupan di muka
bumi ini.
[608 patah kata]