Modul Gimnastik Irama
Modul Gimnastik Irama
Modul Gimnastik Irama
PENDIDIKAN PERGERAKAN
Sinopsis Pendidikan Pergerakan adalah bidang yang mengandungi empat komponan pergerakan iaitu Gimnastik Artistik, Gimnastik Irama, Gimnastik Pendidikan dan Pergerakan Kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, pelajar dapat mengaitkan pergerakan tubuh badan dengan , ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan. Di dalam modul pendidikan pergerakan ini hanya memberi penekanan kepada satu komponen pergerakan ia itu komponan Gimnastik Irama. Komponan ini menjelaskan mengenai elemen badan seperti imbangan,lompatan, gerak edar, pusingan badan. Manakala bagi elemen alatan memberi penekanan kepada bentuk-sifat alatan yang digunakan seperti alatan bulat dan padu, alatan bulat dan leper, alatan lembut dan berombak, alatan panjang, langsing dan lembut serta alatan keras dan padu.
Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. Menyedari perkaitan di antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban dan daya, ritma ,aliran dan kesinambungan pergerakan. Kebebasan pencurahan perasaan dan idea melaui perantaran tubuh badan, daya cipta dan ritma. Cara manipulasi alatan mengikut bentuk alatan dan jenis alatan yang digunakan.. Melakukan pergerakan segerak dengan ritma pergerakan berkordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan alatan secara licin dan berterusan.
2. 3. 4.
UNIT 9 TAJUK 1
Apakah Gimnastik Irama? Gimanstik Irama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkordinasi serta estetik. Pergerakan ini boleh dilakukan berseorangan atau berkumpulan, tanpa atau dengan alatan, secara licin dan berterusan. Gimanstik Irama boleh di ajar melalui empat jenis pergerakan tubuh badan/ elemen dan teknik alatan/elemen alatan ia itu: i. ii. iii. iv. v. Imbangan Gerak edar Pusingan badan Lompatan Teknik alatan
Tahukah anda dalam pergerakan Gimanastik Irama alatan digunakan mengikut sifat-bentuknya?. Alatan yang digunakan mengikut sifat-bentuknya adalah seperti berikut: a. b. c. d. e. alatan bulat dan padu alatan bulat dan leper alatan lembut dan berombak alatan panjang. Langsing dan lembut alatan keras dan padu
PERGERAKAN BADAN/ELEMEN BADAN 1.1. Imbangan Bagaimankah anda boleh melakukan imbangan? 1.1.1 Imbangan di atas dua kaki Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri tegak, kaki rapat dan tangan lurus di sisi dan mata pandang hadapan 2. Bengkokkan lutut dan perlahan-perlahan naik ke bebola kaki sambil menghayun tangan ke atas. 3. Regangkan badan sepenuhnya ke atas. 4. Turunakn tangan dan bengkokkan lutut dan kembali ke kedudukan asal.
Variasi Pergerakan Lakukan imbangan di atas dua kaki dengan berbagai pergerakan tangan.
Rajah 1: Imbangan di atas dua kaki 1.1.2. Imabangan langkah terbuka. Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri tegak, kaki rapat dan tangan lurus di sisi. 2. Satu langkah ke hadapan. 3. Bengkokkan lutut depan dan mendepakan tangan. 4. Luruskan kaki belakang. Kekekalkan kedudukan selama 2 saat. Variasi Pergerakan Lakukan imbangan langkah terbuka ke sisi.
Rajah 2. Imbangan langkah terbuka 1.1.3. Imbangan Melutut Langkah-langkah pelaksanaan 1. Duduk melutut, tangan di sisi. 2. Naikkan badan ke atas smbil mendepakan tangan. 3. Kekalkan kedudukan ini selama 2 saat. 4. Turunkan badan ke kedudukan asal. Variasi Pergerakan Lakukan imbangan melutut dengan berbagai pergerakan tangan.
1.1.4. Imbangan dengan sebelah kaki di depan Langkah-langkah pelaksanaan 1. 2. 3. 4. 5. Berdiri tegak. Berdiri di atas kaki kiri dan angkat kaki kanan sehingga paras lutut. Berdiri aras bebola kaki. Kekalkan kedudukan selam dua saat Turunkan kaki kanan dan langkah ke depan dengan kaki yang sama. Rapatkan kaki kiri ke depan.
Rajah 4. Imbangan dengan sebelah kaki di depan 1.3. Imbangan V diatas punggung dengan sokongan tangan. Langkah-langkah pelaksanaan 1. Duduk melunjur dengan kaki rapat 2. letak tangan jauh kebelakang dan bengkokkan kaki 3. angkat kedua-dua kaki serentak 4. kekalkan kedudukan V ini selama 2 saat 5. Turunkan ke dua-dua kaki serentak kekedudukan asal
1.2.
Gerakedar Apakah yang dimaksudkan dengan gerakedar?. Pergerakan yang dilakukan dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan pelbagai cara. Sebagai contoh berjalan, berlari, skip, langkah tarian, galop, menggelungsur dll. 1.2.1. Berjalan. Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri tegak 2. kedua tangan disisi 3. Melangkah dari satu kaki ke kaki yang sebelah lagi ke depan sambil menghayun tangan berselang seli. Variasi Pergerakan Lakukan dengan berbagai-bagai pergerakan tangan dan mengubah tempo pergerakan.
Rajah 6. Berjalan 1.2.2. Berlari Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri tegak 2. Melangkah dari satu kaki ke kaki yang sebelah lagi dengan pergerakan yang lebih laju. 3. Ulangkan pergerakan. Variasi pergerakan Berlari dengan tempo yang berlainan. Berlari dengan berbagai pergerakan tangan.
Check later!!!!!
Rajah 7. Berlari
1.2.3. Langkah skip Bagaimanakah anda boleh melakukan langkah skip? Langkah-langkah pelaksanaan 1. 2. 3. Berdiri tegak Melangkah ke depan dengan kaki kiri dan melompat atas kaki yang sama. Ulangkan pergerakan dengan kaki kanan.
Variasi pergerakan Lakukan langkah skip setempat atau bergerak. Bergerak ke arah yang berbeza dengan berbagai pergerakan tangan.
Rajah. 8 Langkah skip Rajah 8. Langkah skip 1.2.4. Galop Langkah-langkah pelaksanan. 1. Berdiri tegak. 2. melangkah ke depan dengan kaki kanan. 3. Lonjakkan dari kaki kanan dan seret kaki belakang ke kaki depan 4. langkah ke depan dengan kaki yang sebelah dan ulangkan pergerakan 5. akhiri dengan melangkah ke depan dan berdiri dengan kaki rapat Variasi pergerakan Lakukan langkah galop ke sisi atau kebelakang Melakukan dengan pergerakan tangan yang berbeza
Rajah 9. Galop. 1.3. Pusingan Badan Apakah cara pusingan badan yang biasa dilakukan?. 1.3.1. Pusingan setempat di atas dua kaki. Langkah-langkah pelaksanaan. 1. Berdiri tegak. 2. Kedua-dua tangan didepakan 3. Naikkan tumit kedua dua belah kaki dan buat pusingan yang perlahan di atas bebola kaki. Variasi pergerakan Lakukan pusingan badan dengan kaki bersilang. Lakukan pusingan badan dengan kedua tangan ke atas.
Rajah 10. Pusingan setempat di atas dua kaki. 1.3.2. Pusingan di atas punggung dengan sokongan tangan Langkah-langkah pelaksanaan 1 Duduk berlunjur, kaki rapat, tangan ke belakang. 2. Bengkokkan lutut dan angkat kedua-dua kaki. Gunakan tangan untuk menyokong. 3. Pusingkan kaki arah ke kiri untuk memulakan pusingan di atas punggung. 4. Selepas pusingan, turunkan kaki kedudukan asal. Variasi Pergerakan Lakukan dengan kaki lurus. Lakukan tanpa sokongan tangan.
No gambar
1.4.
Lompatan
Bagaimankah anda boleh melakukan lompatan?. 1.4.1. Lompat Tegak Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri kaki rapat. 2. Bengkokkan lutut, hayun tangan ke belakang. 3. Lonjak ke atas sambil melunjurkan tangan ke atas. 4. Mendarat dengan kedua belah kaki rapat. 5. Turunkan tangan dan luruskan badan. Variasi pergerakan Lakukan dengan tangan mendepa.
1.4.2. Lompat Lentik Langkah-langkah pelaksanaan. 1. Berdiri tegak kaki rapat tangan lurus di sisi 2. Bengkokkan lutut hanyun tangan ke belakang 3. lonjakkan keatas dengan melunjurkan tangan dan kaki serta melentik ke belakang 4. Mendarat dengan kedua belah kakiTurunkan tangan dan berdiri tegak Variasi pergerakan Lakukan lompat lentik dengan pelbagai pergerakan tangan
Rajah 13. Lompat lentik 1.3.5. Lompat Bintang Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri tegak, kaki rapat, tangan lurus di sisi. 2. Bengkokkan lutut, hayun lengan ke belakang. 3. Lonjak ke atas sambil menghayun tangan ke atas semasa di udara. 4. Lengan dan kaki terbuka seprti bintang. 5. Mendarat dengan kedua belah kaki. turunkan tangan dan berdiri tegak. Variasi pergerakan Tidak ada.
Soalan Tutorial 1 1. Anda dikehendaki membuat dua rangkaian pergerakan dengan mengambil kira muzik dari pia rakamansebagai rangsangan terhadap kesedaran ritma
1.5.
Teknik Alatan
Bolehkah anda bergerak dengan menggunakan alatan? Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk dan jenis alatan menentukan cara memanipulasinya. 1.5.1 Alatan Bulat (Bola) a. Mengimbang bola. Langkah-langkah pelaksanaan 1. Mengimbangkan bola dengan kedua sebelah tangan.
Variasi teknik. Lakukan imbangan bola di atas satu tangan. Lakukan imbangan bola diatas belakang tangan
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Hayunkan tangan ke belakang dan ke had 2. Mengimbang bola diatas sebelah tangan 3. Hayunkan tangan kebelakang dan ke depan 4. Tukar tangan dan ulang Variasi Teknik Lakukan hayunan ke berbagai arah.
10
Lakukan hayunan bola dengan membentuk corak bulatan atau bentuk lapan.
No gamb
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Letak bola di antara dua tangan. 2. Memusing bola dengan menggunakan tapak tangan dan belakang tangan serentak. Variasi Teknik Memusing dan memutar bola si atas berbagai permukaan misalnya di atas dada, di atas lantai dan di hujung kaki.
11
d.
Langkah-langkah pelaksanaan. 1. Bola di letakkan atas lantai 2. Tangan di letak di belakang bola 3. Dengan tapak tangan dan jari menggolekkan bola ke depan 4. Menahan leretan bola Variasi teknik Lakukan dari kiri ke kanan atau kebelakang
e.
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Bola di atas tangan. 2. Naikkan tangan tinggi sedikit 3. Biarkan bola melert hingga ke dada 4. Meleret bola di bahagian belakang badan Variasi Teknik Lakukan leretan bola pada berbagai bahagian badan.
12
Rajah 19. Meleret bola 1.5.2. Alatan Bulat Dan Leper (Gelung) a. Menghayun Gelung
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri kaki rapat, pegang gelung sebelah tangan 2. Genggam gelung dengan tapak tangan di sisi badan 3. Bengkokkan kaki sebelum memulakan hayunan gelung ke belakang. 4. Hayun gelung ke hadapan sambil meluruskan badan. 5. Hayun gelung ke belaakang sambil bengkokan lutut. 6. Hentikan hayunan dengan meletakkan gelung di atas lantai Variasi teknik Lakukan hayunan dari sisi ke sisi Lakukan dua tangan di atas kepala Lakukan hayunan mengelilingi badan
b. Memusing. Langkah-langkah pelaksanaan. 1. Letak gelung antara ibu jari dan jari telunjuk. 2. Melakan pusingan dari pergelangan tangan dan gunakan jarijari tangan untuk mengawal pusingan 3. Hentikan pusingan dengan jari-jari
13
c. Meleret Langkah-langkah pelaksanaan. 1. Berdiri kaki terbuka dan berat badan pada kaki kanan. 2. Tangan kiri diregang ke sisi dan tapak tangan di atas 3. Meleret gelung dengan tolakan yang tangkas dari sisi ke sisi 4. Semasa meleret gelung pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kiri. Variasi Teknik Lakukan leretan dengan satah condong untuk mendapatkan leretan bulatan. Lakukan leretan pada berbagai bahagian tubuh badan.
Rajah 22. Meleret Gelung d. Mengimbang Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang gelung dengan cekak biasa. 2. Luruskan tangan di hadapan. 3. Naikkan ke atas kepala. Variasi Teknik
14
Rajah 23. Mengimbang gelung e. Memutar Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang gelung di depan dengan hujung jari 2. Mulakan putaran gelung dengan pergerakan pada pergelangan tangan Variasi teknik Lakukan putaran gelung dengan berbagai arah
15
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang gelung dengan sebelah tangan 2. Bengkokkan lutut dan hayunkan gelung ke belakang 3. Luruskan lutut dan naikkan diatas bebola kaki. Hayun gelung ke hadapan. 4. Lepaskan gelung dari tangan 5. Sambut gelung dengan tangan yang lurus dan bengkokkan lutut. Ikut lajak Variasi teknik Lakukan lambungan di atas kepala dari kiri ke kanan
Rajah 25. Melambung dan menyambut 1.5.3. Alatan Lembut dan Berombak (Selendang) a. Menggubah bentuk Langkah-langkah pelaksanaan 1. Menggunakan selendang untuk mencipta bentuk yang berlainan: Memulas selendang, memutar selendang, merenyuk selendang supaya menjadi gumpalan Variasi teknik Mereka cipta sebarang bentuk dan cuba menyesuaikan penggubahan bentuk tubuh badan
16
Rajah 26. Menggubah bentuk badan b. Menghayun Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang bucu selendang 2. Regangkan kedua dua tangan kesebelah kanan 3. Hayun selendang ke sisi kiri badan 4. Hayun selendang ke sisi kanan melintasi sisi badan 5. Ulang beberapa kali 6. Berhenti dengan pegang selendang di hadapan badan
Rajah 27. Menghayun c. Membuat Bentuk Lapan. Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang ke dua-dua bucu selendang di hadapan 2. Pergerakan dimulakan dari kanan ke kiri
17
3. 4.
Kekalkan kedudukan tangan kiri sementara tangan kanan di putarkan sambil melakar bentuk lapan Kembali kekedudukan asal.
Rajah 28. Membuat bentuk lapan d. Membuat Corak Besar Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang selendang di bahagian bucunya dengan tangan kanan. 2. Gerakakan tangan untuk membuat bulatan besar di hadapan atau di sisi badan. Variasi Teknik Lakukan corak besar dengan sebelah tangan di atas kepala. Gerakkan tangan dari kiri ke kanan untuk corak melengkung. Lakukan pergerakann pada berbagai satah.
18
e. Membuat Corak Kecil. Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang selendang di bahagian bucunya dengan tangan kanan. 2. Gerakkan tangan untuk membuat bulatan kecil di hadapan atau di sisi badan. 3. Gerakkan tangan untuk membuat gelombang di hadapan dan si sisi badan. Variasi Teknik Lakukan corak kecil mengeliling badan. Gerakan tangan dari kiri ke kanan. Lakukan pergerakan pada satah berbeza.
Rajah 30. Membuat corak kecil dengan selendang. 1.5.4. Alatan Panjang, Langsing dan lembut (Tali) a. Melakukan skip Langkah-langkah pelaksanaan 1. Berdiri pegang tali di tangan , tali ke belakang 2. Hayun tali ke atas sambil melangkah kaki ke depan melintasi tali 3. Berhenti lakuan skip dengan cara: a. Menahan tali dibawah tapak kaki b. Menahan tali di belakang kaki dan tarik ke dua hujung tali ke depan Variasi teknik Lakukan skip engan pertukaran arah ke belakang, ke depan , ke sisi dan kaki lurus, bengkok
19
b.
Memusar Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang tali dalam satu tangan di sisi badan. 2. Angkat tangan dan memusar tali di atas kepala 3. Mulakan pusaran dengan hayunan dari sisi ke atas kepala. 4. Untuk kawalan baik, lakukan pusaran dalam satu arah sahaja.
c.
Melilit Badan
20
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang hujung tali dengan satu atau dua belah tangan. 2. Lipatkan tali satu, dua atau tiga kali. Melilit tali pada sebahagian tubuh badan. 3. Pusingkan pergelengan tangan untuk memulakan pergerakan melilit. 4. Melilit tali pada badan dan membuka lilitan juga dilakukan dengan memegang hujung tali. 5. Pergerakan tubuh badan seperti memusing memulakan lilitan. Variasi Teknik Lakukan lilitan tali pada berbagai bahagian badan.
Rajah 33. Melilit badan dengan alatan tali. 1.5.5. Alatan Keras dan Padu (Kayu) a. Mengimbang Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang hujung atau tengah kayu. 2. Kayu diimbangkan seketika di atas tapak tangan atau di belakang tanga. Variasi Teknik Lakukan imbangan pada berbagai bahagian-bahagian tubuh badan.
21
Langkah-langkah pelaksanaan 1. Letak kayu di atas tapak tangan. 2. Lepaskan kayu supaya kayu meleret di atas tangan kea rah badan. 3. Turunnkan tangan, luruskan siku dan menyambut kayu ketika kayu meleret kembali ke tangan.
Rajah 35 Meleret dengan alatan kayu. b. Membuat Bulatan Kecil Langkah-langkah pelaksanaan 1. Pegang hujung kayu
22
2.
Variasi Teknik Lakukan bulatan kecil dalam berbagai satah. Lakukan bulatan kecil dengan dua batang kayu berasingan.
Rajah36. Membuat bulatan kecil dengan alatan kayu. Bagaimanakah anda dapat mengajar Gimnastik Irama dengan berkesan? 2.6 Panduan Mengajar Gimnastik Irama
2.6.1. Cara Organisasi Kelas Penting untuk mendapatkan kesan yang baik, misalnya:
23
Rajah. 27
24
25
26
Soalan Tutorial 2
Anda dikehendaki merancang dan menyediakan satu rutin atau rangkaian pergerakan gimnastik irama dengan mengambil kira beberapa perkara seperti berikut: a. Empat elemen badan iaitu imbangan, gerakedar, lompatan, pusingan badan
27
b. Element atau teknik alatan gimnastik irama dengan memilih salah satu daripada alatan Gimnastik. c. Pilihan muzik atau rangsangan bunyi yang sesuai sebagai unsur ritma. d. Aktiviti ini mengambil masa antara 90 hingga 120 saat. Perancangan rutin tersebut hendaklah dihasilkan dalam bentuk hard copy manakala pergerakan rutin pula hendaklah disediakan dalam bentuk video atau vcd.
2.7
Rumusan
Gimnastik Irama adalah salah satu disiplin sukan gimnastik yang merupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimnastik Irama juga boleh dilakukan dengan atau tanpa peralatan yang kecil ditangan. Pergerakan adalah berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan ia mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pada asasnya, cirri-ciri pergerakan perlu mempunyai cirri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik. Peralatan Gimnastik Irama adalah bola, tali, reben, gelung, belantan, skaf, bendera dan kayu.
2.8
Bacaan Asas
Gimnastik Irama. (1997). Panduan Guru: Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia. 2.9 Rujukan.
Jastrjembskaia. N., & Titov. Y. Rhythmic Gymnastics (1999). Champaign, Il: Human Kinetics. LO Joo Sim. Gimrama. (1995). Shah Alam: Fajar Bakti.
PENULIS MODUL PEMBELAJARAN Bil. 1. Nama PENGERUSI Taipkan nama pengerusi panel di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Kelayakan Taipkan kelayakan di sini Contoh: Ph.D Guru Bahasa Melayu 10 tahun
28
2.
3.
4.
5.
Taipkan sambungan alamat di sini AHLI 1 Taipkan nama ahli panel 1 di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini AHLI 2 Taipkan nama ahli panel 2 di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini AHLI 3 Taipkan nama ahli panel 3 di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini PENYELARAS Taipkan nama penyelaras di sini BPG
Penulis buku.. Taipkan kelayakan di sini Contoh: BA (Hons) Diploma Pendidikan Ketua Jabatan Bahasa Taipkan kelayakan di sini Contoh: BA (Hons) Diploma Pendidikan Guru Cemerlang BM Taipkan kelayakan di sini Contoh: BA (Hons) Diploma Pendidikan Guru Cemerlang BM Taipkan kelayakan di sini
AHLI PANEL PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN Bil. 1. Nama PENGERUSI Taipkan nama pengerusi panel di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini AHLI 1 Taipkan nama ahli panel 1 di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini AHLI 2 Taipkan nama ahli panel 2 di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini AHLI 3 Taipkan nama ahli panel 3 di sini Taipkan nama maktab / institusi di sini Taipkan alamat maktab / institusi di sini Taipkan sambungan alamat di sini PENYELARAS Taipkan nama penyelaras di sini BPG Kelayakan Taipkan kelayakan di sini Contoh: Ph.D Guru Bahasa Melayu 10 tahun Penulis buku.. Taipkan kelayakan di sini Contoh: BA (Hons) Diploma Pendidikan Ketua Jabatan Bahasa Taipkan kelayakan di sini Contoh: BA (Hons) Diploma Pendidikan Guru Cemerlang BM Taipkan kelayakan di sini Contoh: BA (Hons) Diploma Pendidikan Guru Cemerlang BM Taipkan kelayakan di sini
2.
3.
4.
5.
29
SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft copy.
Buatkan ujikaji.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
30
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
31
32