Rawatan Dan Pemulihan
Rawatan Dan Pemulihan
Rawatan Dan Pemulihan
1.0 PENGENALAN KEPADA RAWATAN DAN PEMULIHAN 1.1 Konsep Dan Definisi Bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu mula kepada kecederaan. Pemulihan membawa maksud kepada langkah-langkah yang diambil bagi memastikan atlet boleh kembali bergiat dalam sukan pada tahap sebelum berlakunya kecederaan. 1.2 Prosedur Rawatan Rawatan boleh terbahagi kepada dua iaitu : Rawatan Bantu Mula Rawatan Berterusan Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius, manakala rawatan berterusan pula adalah rawatan yang diberikan sewantu fasa pemulihan kecederaan. Sebelum melakukan rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih dahulu.
1.2.1 Penilaian awal tahap kecederaan ini dilakukan untuk tujuan berikut : Menentukan apakah bentuk rawatan yang perlu diberikan. Menentukan jenis rawatan pemulihan yang akan diberikan. Menjadi tanda aras bagi menentukan keberkesanan rawatan pemulihan.
1.2.2 Senarai Semak Sebelum Melakukan Rawatan Bantu Mula MATLAMAT Memastikan sama ada perlu bantuan kecemasan atau tidak. Menilai tahap kecederaan. Menentukan sama ada atlet perlu dialih atau tidak. 1.2.3 Rawatan Bantu Mula Perlu Dimulakan Dengan Penilaian Awal. Sama ada : Atlet sedar atau tidak. ABC merujuk kepada saluran udara (Airways), pernafasan (Breathing), dan peredaran darah (Circulation) Pendarahan Selepas melakukan kesemua penilaian di atas, barulah melakukan tinjauan sekunder.
(a) Bagaimana Kecederaan Berlaku Bertanya bagaimana kecederaan berlaku sama ada dari : Atlet sekiranya beliau sedar. Rakan sepasukan, sekiranya atlet pengsan. (b) Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil perhatian : Kedudukan/posisi atlet tersebut. Respirasi (kadar, cetek atau dalam, ritma) Trauma Rindak balas atlet terhadap kecederaan
(c) Saringan Umum Lakukan penilaian bagi deria sentuh dan pergerakan sekiranya mengesyaki kecederaan pada tulang belakang atau saraf. Lakukan penilaian untuk kecederaan di kepala.
Lakukan penilaian ortopedik (sentuhan, julat pergerakan dan kekuatan, ujian khas) Seliaan berterusan sekiranya atlet mengalami kejutan.
2.0 JENIS-JENIS RAWATAN BANTU MULA 2.1 Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC) 1. Danger - Pastikan atlet tidak berada di tempat yang merbahaya dan boleh memburukkan keadaan. Contohnya, atlet marathon yang pengsan berhampiran dengan cerun atau longkang. Alihkan atlet ke tempat yang lebih selamat. 2. Response - Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Contohnya, panggil nama atlet dan cuba berbual dengan beliau. Pastikan apa yang dituturkan oleh atlet itu boleh difahami. Jangan sesekali menggoncangkan badan atlet untuk mendapatkan respons/tindak balas. 3. Airways - Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh, atlet mungkin mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan mungkin ianya tersekat di kerongkong. Masukkan jari ke mulut atlet untuk mengeluarkan bahan asing tersebut. 4. Breathing - Pastikan atlet bernafas. Pastikan sama ada pernafasan atlet terlalu pantas, cetek dan mempunyai ritma atau tiada pernafasan langsung. 5. Circulation - Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada terdapat denyutan nadi.
1. Talk - Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya. 2. Observe - Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan perubahan warna kulit di tempat yang cedera. 3. Touch - Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan dalam suhu di tempat yang cedera.
4. Action - Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi melihat sejauh manakah tahap kecederaan tersebut. 5. Press - Tekan tempat yang cedera secara perlahan-lahan.
2.3 Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE) 1. Rest - Rehatkan atlet. 2. Ice - Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais tersebut dibalut dengan tuala. Jangan sesekali letakkan ais pada kecederaan yang terbuka seperti luka. 3. Compression - Berikan tekanan pada kawasan yang cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan membalut kawasan yang cedera dengan menggunakan bandej. 4. Elevation - Naikkan kawasan yang cedera melebihi paras dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah.
2.4 Elevation, Airways, Resuscitation (EAR) Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi. Memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atat mulut ke hidung, pastikan tiada benda asing dalam mulut atlet. Rawatan EAR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih. 2.5 Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi. Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, pastikan tiada benda asing dalam mulut atlet. Rawatan CPR ini adalah kombinasi antara memberikan pernafasan mulut ke mulut diselang-selikan dengan tekanan kepada kawasan jantung untuk menggerakkannya. Rawatan CPR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.
3.0 JENIS-JENIS PEMULIHAN 3.1 Rawatan Dingin Merupakan rawatan awal bagi kesemua kecederaan yang tidak melibatkan pendarahan terbuka. Menggunakan ketulan ais yang diletakkan dalam plastik dan dibalut dengan tuala. Bungkusan ini kemudiannya diletakkan pada tempat yang cedera. Terdapat bungkusan sejuk-dingin yang dijual di farmasi Mempunyai fungsi sama ada seperti bungkusan ais. Rawatan dingin sebaik-baiknya dilakukan segera selepas melakukan aktiviti atau selepas berlakunya kecederaan. Hanya dilakukan selama 15-20 minit atau setelah kulit berubah kemerahmerahan. 3.2 Rawatan Panas Biasanya dilakukan setelah berhentinya radangan awal. Penggunaan rawatan panas ini akan menyebabkan vasodilasi iaitu keadaan di mana saluran-saluran darah akan membesar. Lebih banyak darah yang mengalir ke tempat yang cedera akan membantu penyembuhan setelah peradangan awal pulih. Rawatan panas dilakukan selepas 72 jam berlakunya kecederaan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius. 3.3 Rawatan Bertentangan Merupakan suatu alternatif bagi rawatan panas dan dingin. Rawatan ini dilakukan sekiranya masih terdapat radangan (bengkak dan sakit) pada kawasan yang cedera walaupun selepas 72 jam kecederaan berlaku. Untuk rawatan bertentangan ini, sediakan 2 baldi, satu diisi air panas dan satu lagi diisi dengan air sejuk (ais). Rendamkan bahagian badan yang cedera dalam air panas selama 1-2 minit dan tukar ke air sejuk selama 4-5 minit. Lakukan berulang-ulang kali sehingga 30 minit dan pastikan rendaman terakhir ialah rendaman dalam air sejuk. Kemudian balut tempat yang cedera untuk mengelakkan berlakunya bengkak.
3.4 Urutan Urutan penting kerana ia dapat membantu mengalirkan cairan yang tertumpu di kawasan yang cedera.