Thursday, May 31, 2012

Seminggu dah dua kali

sapa yang belum cuba bolehlah beli

memang kena dengan selera kami

terasa buat tomatonya yang sangat segar


antikkan tempat letak air

kalau dulu macam tempat letak telur tu

ni drive thru tau


Wednesday, May 30, 2012

Ke mana cuti kali ini

Rancangan asal memang dah elok
tapi kita hanya merancang
tiba2 jadual ayahnas dah berubah

sepatutnya ayahnas bawa team hari ahad dah bertukar hari Sabtu

MEMANG RASA STRESS BETULLAH
bayangkan cuti dua minggu ni 
tak dapat nak gi jalan
tak dapat nak keluar dari melaka
Memanglah minggu depan kami Ke KL
ada wedding

tapi ni nak bercuti lain kan

so oTAK ni masih berfikir-fikir mana nak gi
kami boleh gi jumaat pagi2 
pukul 4 pagi pun boleh bertolak
dan kami kena sampai di rumah hari sabtu tu sebelum zohor
lepas zohor ayahnas nak gi KL

kalau ikut ayahnas dia kata boleh kalau nak gi Kuantan
Tapi entahlah
nanti buat penat badan je

nak gi mana ya yang kalau boleh keluar pagi jumaat malam tu
 dah sampai rumah

kerja gila yang kami pernah buat sebelum ni


gi Bukit Tinggi balik hari 



gi Cameron balik hari





Gi Genting balik hari

tak jumpa pulak gambar genting ni
 

Tuesday, May 29, 2012

Faiz dan makanan

Saje nak upload aksi faiz and makanan
ayahnas kata lepas ni kalau faiz tak nak makan kita paksa jugak dia
masalahnya dekat ibuayu je dia kurang nak makan nasi
makan lain dia nak
 dekat rumah mak enon bukan main selera dia

ni nak tunjuk aksi2 faiz dan makanan

aiskrim memang kesukaannya



kembangnya hidung faiz

 telur pun dia memang sangat suka




 makan pun nak termenung



gigit dik gigit

Faiz muntah2

masa hari Sabtu pagi tu dah rasa badan faiz macam dedau je
bagi ubat air dia ok
bab main pun dia ok
bab selera makan dia kurang

bagi nasi dia tolak
bagi roti dan gam dia suka

hari ahad tu pun dedau lagi

hari isnin pagi tu dia start muntah2
hati dah kecut ni
ayahnas dah gi latihan pusat
ibuayu memang otw nak balik rumah nek kiah
sebelum naik kereta dua tiga kali gak faiz muntah

so ibuayu rancang gi klinik kat kg jelah

doktor tu kata faiz tak demam
tapi bahagian tekak dia merah sikit
tu yang mungkin dia muntah2

and satu perkara doktor kata berat faiz agak turun

so ibuayu mintak doktor bg vitamin

masa fauzan sampai tadika hisap susu 
faiz ni 3 tahun dah tak nak susu
buat dalam cawan pun dia tak nak


so sekarang ni nak survey susu yang dia suka
harap2 dapatlah naikkan sikit berat badan tu
(sesiapa boleh tolong)

hari ni dia dah ok
makan pun dah berselera
ibuayu ni kalau anak sakit rasa kecut perut
lepas tu tengok anak muntah2 kita pun sama meleleh2 air mata

 ni gambar lama 
masa ni faiz tembam sikit

Monday, May 28, 2012

Apa dah jadi dgn Facebook saya

dari malam tadi

tak boleh tinggal apa2 comment kat fb

knp jadi macam ni ya

siapa boleh tolong

bila comment or like keluar ni


Saturday, May 26, 2012

baju raya faiz

semalam plan nak gi jusco lama sebabnya

ayahnas nak beli kasut sukan
and
ibuayu nak beli handbag

tapi bila sampai je terus terjerat 

dengan sale baju faiz

lepas tu mulut dak kenit ni
memang kecoh masa pilih baju dia

lepas tu nak warna hijau
kasut hijau
kiranya pakai masa rayalah

tapi ni baru pra je kot
seluar lain bagai belum


dan akhirnya plan asal nak beli handbag x jadi

tak berapa berkenanlah

bilalah dapat ganti handbag yg dah reput tu




Anak ayah

bangun suboh pagi tadi 
kami sangat2 TERKEJUT
kelakar sangat tengok faiz tidor macam ni


bola tu baru beli malam tadi
kat jusco
tu yang riang sangat agaknya
kalau dah bawa luar rumah harus mengamuk ibuayu

ialah ni baru dikatakan anak bapak


tapi ayahnas takdelah sampai tido pun peluk bola..hehee

Friday, May 25, 2012

Hari terakhir sekolah

macam- macam dah ingat sebelum gi sekolah pagi tadi

ialah takut terlupa dua minggu lagi baru jumpa anak mu
rid

masuk je kelas sebelum mengajar topik hari ini
bagi kerja sekolah siap- siap 
lepas tu pesan siapkan minggu pertama
jangan ada yang 10 hb baru terhegeh- hegeh nak siapkan kerja sekolah

jumpa guru besar and bg kertas kerja untuk projek bulan julai
ialah julaikan bulan membaca

kemas perpustakaan
and bawa balik buku yg nak diproses

harus diingat
murid je yang cuti sekolah

kami guru- guru ni tetap kena datang sekolah

Baju Raya dah siap

harap-harapnya ia menjadi baju rayalah

takut juga bila hati dah tak sabar


terus pakai untuk gi sekolah


baju tema je belum ada

tunggu ayahnas decide nak warna apa

nak beli yang dah siap je

harap2nya warna tahun ni cantik2

Thursday, May 24, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Time hari guru ni lah
kita nak tunjuk bakat lebih
walaupun tak reti nak nyanyi ke berlakon ke
masa ni kiranya bantai jelah

macam sekolah lain benda ni memang wajib
baca ikrar
nyanyi lagu hari guru 
(lagu yang membuat kami lebih berkobar2)

time sukaneka memang seronok
tapi yang tak seronok bab menipu
kalau tipu sikit2 ok lah
ni tipu banyak2 geram betul.........

ada ke masa main telefon karat
orang depan terus pas kat orang belakang
kami pasukan lain 
macam nak tercabut urat nak menghafal
(hehehe urat dah banyak putus)
tapi takpe lah main suka2
tahun depan ibuayu lak nak main tipu
kah..kah ..buat dosa je



'
"
time persembahan pun seronok
rumah hijau
buat dikir barat
ada yang berjoget
memang lawak abislah
semua sporting
nyanyi dan bersyair pun ada
dah nyanyi lagu najwa latiff
bukan guru yang nyanyi
murid yang nyanyi ramai2









Kisah semalam bawa ke hari ini

Entri semalam tu sebabnya kami menerima kedatangan hari ini

sekolah ibuayu didatangi 10 orang pegawai PPD
ialah pegawai kan
kita guru biasa je
jangan kira kita DG apa
apa yang penting itu dah jawatan mereka


alhamdulilah semuanya selesai
ibuayu antara yang terselamat dari dipantau
padahal memang dah bersedia betul
siap bawa puppet faiz lagi
(hahaha..sapa tak suka kalau selamat)


harapnya cukuplah untuk tahun ni..
stress jugakkan 
walau yang datang tu kawan2 kita



 ni antara guru sekolah ibuayu 
yang memang semuanya berdedikasi dan inovatif
cerita  hari guru belum post lagi
tunggu ya


Wednesday, May 23, 2012

Gambar semalam tapi utk esok



Tuesday, May 22, 2012

Ketagih

bila dah ketagih macam nilah

dulu kata ibuayu suka
pil khayal ( pearl haya)

tapi ayahnas lagi teruk

abis je cari stok

abis je cari lagi

kalau nak cari benda tu lak

tak semstinya ada je

nasib

kadang2 tu memang lama takde stok

bilalah nak taubat

suka sangat ketagih benda ni

"
"
"

Monday, May 21, 2012

Kuih Serabai

kuih ni sangat sinonim
dengan orang meninggal

apabila ada kenduri tahlil
maka kuih serabai ni merupakan menu yang dihidangkan


ibuayu pun tak tahu apa kaitan 
kuih ni dgn kematian


dah lama tak rasa..
kalau kat pasar malam ada jual rasanya

masa kenduri tahlil nenek inilah antara menu yg dihidangkan

negeri lain macam ni jugak ke



Sunday, May 20, 2012

Kehilangan nenek tersayang

Rasanya dalam dua bulan ni 
ibuayu banayk tersentak dengan berita kematian
kebanyakannya semua secara mengejut

mula-mula kisah kawan baik ayahnas

lepas tu sepupu ibuayu punya suami meninggal di jakarta


ketika main golf dan dibawa balik ke melaka

kemudian berita kematian mak kak enon

pengasuh faiz

dan jam 6.30 ptg
kami dimaklumkan nenek ayahnas yg kami panggil nek lah 
telah meninggal dunia.


nek lahni memang dah lama sakit

tapi dia meninggal secaratiba2

takdelah ngadu sakit sangat2....

sebelum ni ini jelah nenek yg kami ada

sekrg kami dah takde nenek lagi


sedih rasanya

semoga nenek lah ditempatkan bersama org beriman

Al fatihah

Thursday, May 17, 2012

Seindah Sakura

Selalu kalau layan drama slot pkl 7 mlm

tak de tengok khusyuk sangat

ada masa skip juga..

ialah tak tengok hari ini

esok masih faham cerita lagi

tapi seindah sakura ni macam ada magnet yang sangat kuat


dan hari ini punca cerita buat hati ini benar2 tersentuh

dalam hati ini terfikir juga

adakah ada anak muridku hidup
seperti ini

terngiang dialog syakirah dgn oyang dia

beras tak de masak sup kepala ikan bilis je..


huhuhuhu

Wednesday, May 16, 2012

Sauna di rumah sahaja

Baru lepas bersauna
buat kat rumah je
bukan bayar pun percuma je

cara nak lakukannya pun senang je

Pegang sebatang penyapu 
bersihkan di setiap sudut rumah
yang penting jangan buka kipas
meleleh -leleh peluh keluar

Disebabkan dah berhari-hari sibuk dengan aktiviti
ialah ibuayu ajk hadiahuru tu 

lepas tu siapkan hadiah utk badan pengawas
siapkan hadiah utk baju seragam staf
sampaikan malam sebelum hari guru tu
ibuayu membungkus hadiah hari jadi sampai 12 malam


Maka al maklumlah
bila kita buat kerja lain 
kerja rumah memang terabai
itu pun nasib baik suamiku mithali
paham isterinya busy
maka bab makan senang je
banyak kuali yang tersedia di luar rumah


maka lepas charge tenaga selepas kepenatan seharian
maka dapatlah ibuayu melangsaikan segalanya

bila rumah ni bersih (siap disapu)
baju dah tak bertimbun(dah dilipat)

barulah terang rasa mata ni
maka terang juga hati ini

taip entri sementara tengah upload 
324 gambar sambutan hari guru pagi tadi 



ni kes malam sebelum hari guru
pandailah along tampal hadiah untuk cikgunya
ibuayu dah tak larat nak tolong
kerja sendiri dah banyak

Tuesday, May 15, 2012

Nak beli baby

faiz bila nampak baby org suka cakap

aiz tak de baby
mum belilah baby


kah..kah..kah

dulu pernah dengar ayat ni dr member

anaknya suruh beli baby

tiba2 kelakar pulak 
bila anak sendiri suruh beli baby

ibuayu pun katalah
kan aiz baby
ialah..ialah aiz baby


Sunday, May 13, 2012

Sambutan Hari Ibu

balik rumah nek kiah pkl 2 lebih 

ibuayu seorang je
ayahnas ada bola

sampai je teus wish kat nek kiah

bg hadiah bg kek

kami sambut je anak beranak
ibu dengan nek kiah 

fauzan and faiz dengan ibu

bapa2 tak delah pulak

ni jelah hadiah untuk nek kiah 

share dengan long
biasalah dia tak balik pun dia ingat


kek pelangi ni pun

tersangatlah sedapnya

terima kasih pada cikgu faizah

nama fb dia peahsweet

rasanya hingga menjilat jari

nek kiah pun puji kek ni sedap

faiz lagilah tak payah cakap






Perpustakaan awam


sabtu 12 mei

bertugas sebagai juri diperpustakaan awam mt
dapatlah sedikit cenderahati

bukan ini je ada yang lain

ini antaranya



bukan senang nak nilai

markah pun hampir 2 sahaja

pelbagar pertandingan di adakan

ibuayu pun memang ajk pustakam


Selamat Hari Ibu

bukan sambutannya yang kita nak ikuti

tapi ia menjadi ingatan supaya menghargai dan menyayangi ibu kita

sayang ingat bukannya hari ini semata2

tapi selamanya


kalau nak diikutkan ibuayu ni bukan anak emak

anak abah

ialah masa darah muda selalu lawan cakap dengan mak

dengan abah lembut je bercakap

mana tak mak kuat bebel..

ada je yang tak betul

lama2 malas nak melawan

biarkan je apa yang mak leterkan


tapi bila dah dewasa ni leter mak pun dah kurang

tapi risau mak pada anak2 nya masih ada

kemana nak pergi mesti bgtahu mak

kalau dah tiba tempat dituju pun mesti bgtau


kalau dari rmh mak nak balik rmh sendiri pun dia pesan kat fauzan


sampai rumah je telefon nenek ya


bukan ibuayu je semua adik beradik mak pesan

kalau abg tiba rmh dia kat kl and tak telefon2

mulalah memikir mcm2 mak tu


ialah hati org tua
walaupun anaknya dah kawin dah beranak pinak

sampai bila2 pun kita masih haknya

walaupun nek kiah tak baca blog ibuayu ni

tapi ayu nak mak tahu yang ayu sangat2 menyayangi mak

setiap saat setiap detik dan ketika....

selamat hari ibu untuk ibuku

Hjh Rokiyah Bt Hj Dalip
dan semua ibu di dunia ini


"
"
masa berkemas laci tadi terjumpa kad ni


sesuai sangat dengan hr ibu ni

tapi kad ni dah 5 tahun yang lalu ayahnas bagi




Saturday, May 12, 2012

kisah faiz:-)mewarna

faiz belum sekolah

tapi dia kuat berangan nak gi sekolah

insyallah tahun depan ibuayu hntr dia gi sek

tapi bila dia duk rumah pengasuh pun

kak enon rajin ajar dia

hari2 dia bawa beg sek pergi balik


satu malam tu masa along buat kerja rumah

dia pun sibuk kata nak belajar...

ibuayu yang tengah layan tenet ni tgk jelah


habis ditaburkan semua pensel warna

lepas perhati dr jauh

and sangat2 terkejut bila dia pandai sesuaikan 

warna buah and tangkai

siap puji lagi...cantik tak comot pun faiz buat


kalau kita tak bangga sapa lagikan

wlpn anak org lai sebayanya lebih baik dr itu...





Friday, May 11, 2012

Kisah Faiz: Gitar

sebelum ni dia pernah cakap nak main gitar


ialah asyik tgk ayahnas main je


kebetulan ibuayu gi kedai borong kat melaka

biasalah brg sekolah
bila hr guru nak dekat

masa tu nmpk ada gitar..

harga pun berbaloi

bukan ada gitar je tapi ada tamborin dan juga maracas


bukan main suka lagi dia



Wednesday, May 9, 2012

Bukit Tinggi : episod akhir

lepas meronda-ronda kami memang plan nak ke kampung Jepun

ingat nak naik shuttle yang disediakan
sebenarnya ibuayu pun tak pasti kita boleh drive
 sendiri ke tak kalau nak ke sana


tapi sebab masa tu cuaca masih mendung tanda hujan akan turun lagi 
maka ibuayu memutuskan kami tidak ke sana
huhuhu
dalam hati sedih jugak sebenarnya
tapi dibuat hujan menderu masa kami gi sana tak ke lencun semuanya




disebabkan itu layan jelah gambar model kami ni







ni kat lobi hotel
kami masuk sini sekadar nak singgah toilet je..
hehehe
tiba2 nampak patung tu 
antik pulak



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015