~ SeMuanya unTuk anDa ~

Saturday, December 17, 2011

cara berfikir Panglima Khalid al-walid



Salam pembuka bicara......ukirlah minda dengan ilmu banyakkan membaca bahan bermutu......alhamdulillah...coretan pada kali ini berkisar mengenai Panglima Khalid al-Walid...siapa tidak kenal beliau...seorang panglima angkatan tentera yang memiliki minda strategik apabila menggabungkan kekuatan dan keimanan serta sikap beliau yang tidak pernah kenal erti kalah ,ia menjadikan beliau Panglima Islam yang agung.

Antara isi ucapan Panglima Khalid al-Walid yang boleh kita ambil manfaat dalam kehidupan seharian kita ialah....


"Tanam rasa ikhlas di hatimu supaya jihadmu pada hari ini dilakukan kerana Allah."

"Hadapkanlah hati-hatimu kepada Allah semasa kamu beramal pada hari ini."

"Jangan bersikap sombong dan melampaui batas pada hari ini."



"Ingatlah....


APA YANG BERLAKU PADA HARI INI MENENTUKAN PERJALANAN MU PADA HARI ESOK"







Saturday, June 4, 2011

tips pasangan bahagia...


 assalamualaikum....kesempatan yang ada dikongsi bersama...andai pasangan teguh bahagia...onak dan badai harungi bersama...sedikit tips bagaimana membina rasa mesra bahagia dengan pasangan anda...khusus bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga...yang telah berumah tangga dan yang bakal berumah tangga kali ke-2..hehehe....~~~ 

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Related Posts with Thumbnails