Nuff²

Tweet

Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

LAOS Journey Chapter 2

Last entry aku bercerita pasal aku sampai di bumi Laos...
Sekarang aku nak cite plak apo yang ado kat town Laos ni...walaupun aku pergi hanya sekejap, iaitu 3 hari 2 malam, bukan bermakna aku tak dapat menikmati pengalaman aku sepanjang aku berjalan di bumi Laos ni... Kerana aku di sini semata untuk sesuatu pekerjaan dan bukannya bercuti sakan macam sesetengah orang....
Hari yang sampai kat Sengtawan Riverside hotel ni, kami pon masing² amik port nak merokok la...nak berak mandi lah...nak kemas barang la..nak rest la...semua ada aktiviti memasing... kendian big bOss (client) ajak menepek kat restaurant dalam hotel tu... sana femes tomyam jugak...pure tomyam macam thailand jugak... kitorang tak makan ler daging or ayam, cuma oder tomyam seafood tak silap aku itu hari... ada la sayur sedikit sotong, udang dan jugak lala...
After makan tu, aku pon mula la amik pemerhatian di sekeliling kawasan yang kami duduk ni... sebab hotel yang kami duduk ni, betul² berdepanan dengan sungai Mekong... means depan seberang sungai tu ialah border Thailand sudeyyy!Tapi sayang sekali, sungai tu surut plak...kata deme, kalau nak sungai tu naik tunggu lah sehingga bulan October sebab ada festivel berakit di sungai Mekong...idok le teman nak duduk Laos lama²... hehehehe... Insyaallah, kalau ada rezeki aku pegi la melancong lagi di Laos ni...
Tapi nak di jadikan cite...tempat sini memang banyak temple dan juga bangunan bersejarah...aku tak sure sangat apa yang menarik di Laos ni, mungkin tempat ni currency pon murah...sebab duit Malaysia tinggi kat sini... lagi satu, orang² dorang pon ada yang tak pandai berbahasa english...jadi susah nak komunikasi...kedai² halal kat sini yang ada pun mamak jer... I mean, indian food and some of arabic cuisine...
Antara pic² dan tempat aku pergi ni tak de la jauh mana dari tempat penginapan kami.... cuma nak kene berjalan-jalan lah sikit...nasib baik la geografi dorang ni tak berbukit-bukau... then suhu kat sana tak sepanas negara kita... kira boleh lagi jejalan waktu panas terik sebab angin dia sepoi² bahasa...hehehehe...



 Ni lah hotel kitorang duduk kat Sengtawan Riverside


Ada plak mural gajah dan seangkatan dengannya

 Ini lokasi kami pada hari tu

 Berjalan sampai lah ke sini


 Antara moment² yang kitorang capture


 Teruskan berjalan hingga ke hujung untuk menaiki Tuk-tuk

Kami kerap berjalan ke sana kemari sampai lah penat dan berpeluh la jugak kalau ikutkan sometimes ada angin yang bertiup, sometimes tak de angin plak...haa..walaupun suhu Laos ni rendah sikit berbanding kita, aku rasa kita punye boleh basah kuyup baju yang di pakai...

Then kitorang naik tuk-tuk menuju ke tempat² yang boleh di klasifikasikan tempat perlancongan... bila bekerja, aku ikut client je yang bawakkan...jadi aku sendiri tak pasti tempat² yang dia bawak tu...al-maklum lah, kite ni ikOt org aje...

Di kaki lima Vientiane

Antara permandangan tokong mereka di sana

Kat sini pon cantik juga tempatnya

Sempat amik moment mereka di sini

Sepanjang perjalanan aku petang tu client request nak pergi jauh sikit...jadi terpaksalah tahan tuk-tuk untuk pergi sana...tawar punya tawar, kitorang gerak ke sana...kefahaman bahasa susah sikit sebab ape yang kita nak, tak mungkin benar² kita dapat... sebab ikutkan dia nak bawak satu tempat cantik mungkin kira² 1km dari situ... rupanya perjalanan tu bukan 1km, ianya 1jam... kira misscommunication kat situ lah jugak...so terpaksa lah patah balik, sebab jauh sangat worr...penat jugak lah naik tuk² jalan jauh² ni... O.o


 Sepanjang perjalanan kami


Kami terpaksa patah balik

Antara anak² lao yang mungkin baru balik berniaga bersama keluarga

 Baru ternampak rumah orang² berada di sana...selalu nampak rumah kampung aje



 Sunset di sungai Mekong... masa ni air surut sebab dorang cakap kalau nak tengok pesta air kene datang bulan Oktober

Kami sampai lebey kurang waktu² matahari dah turun, kami masuk hotel dan rehat² kan diri manakala client kami keletihan dan melepak di SPA bawah hotel... Dan malam tu, kitorang bersama² buat shooting malam punya scene... ada gak tempat² yang menarik...tapi keadaan tak mengizinkan sebab suasana lampu pada bangunan agak malap dan tak semengah KLCC punya lampu...jadi kami singgah pasar malam kat sepanjang sungai mekong...
 Di bazzar ala pasar malam kat sepanjang sungai mekong ni, ada pelbagai barang dorang jual...termasuklah baju, makanan, minuman, alkohol, ubat² herba, barang² antik dan lebih kurang macam kita punya downtown lah...cuma kat sini barang²nya more to barang² hasil keluaran dari negara dorang sendiri... Matawang yang boleh di pakai kat sini ialah Bath, USD, dan LaoKip... tapi dorang lagi suka terima USD...duit mesia tak dapat lah jack! ;)

Barang² original hand made yang di jual di sekitar bazar

 Yang ni dalam macam ada ular tedung la plak... deme kata untuk urut tenaga batin... O.o

 Kalau dah datang sini, memang kene shopping lah

 Abis photoshoot, my client terserempak ngan kawan dia kat sini...maybe datang vacation jugak kot...heheheh

Then after that, kitorang pon gerak...kebetulan masa tu client kitorang gi  mengopi... so kami pon start la beli sikit barang² souvenir untuk di bawak balik ke Malaysia... sebab esok pon dah nak balik kan...Harga pon tak de mahal mana sebab matawang dorang rendah...so kalau rege baju pon boleh la dapat beberapa jenis dengan harga yang murah...hahahahahaha....
So next vacation, kitorang plan nak ke negara 4 musim... akan di upload nanti... stay tune!







Sunday, September 28, 2014

LAOS Journey Chapter 1

Ehem²...
Kali ni aku nak cerita balik pengalaman pergi jelajah negara orang...tambahan negara yang di bawah pemerintahan tentera... negara mana lah gamaknye tu... haa...mana lagi, kalau bukan vietnam Laos...
Nama Laos ni jarang kuar kat TV or Internet...kalau ada pon ibarat seperti artis suam² kuku lah jugak...bermaksud negara yang suam² kuku gak la...mungkin tak ramai yang amik peduli pasal Laos ni, ramai pon seronok nak melawat Korea ataupun Thailand...
Bagi aku, perjalanan aku ke Laos bukan atas dasar seronok nak berjalan macam orang muda-mudi sekarang ni, pantang ada promotion dari MAS or Air Asia, paling lekeh pon FireFly... mesti pakat melangut depat komputer nak book ticket...as usual, aku ke sana atas urusan kerja... kerja apa yang boleh di kaitkan...haa...kerja² photostat photoshoot lah... :D
Laos kalau dalam peta merangkumi sebuah negara yang tanpa Pantai di Asia Tenggara! Laos bersempadan dengan Myanmar dan China dari barat laut kendian Vietnam plak kat belah timur Kemboja lak di selatan dan Thailand plak di barat... Rupanya negara Laos ni ialah negara Komunis (betulkan kalau aku salah)...no wonder lah banyak askar merayap di town² besar seperti Vientiane dan juga area Sungai Mekong...
Sapa yang tak familiar area Laos? Memang aku akui, tempat orang lain lah ragam dan adat serta budaya mereka di sana...Sesampai airport je, aku turun lepak airport,angin dia agak dingin dan matahari tegak di atas kepala, suhu di sana tetap sekitar 23-24 celcius...means sejuk² tak de sampai ke tulang lagi la... actually, berjalan 1 km pon tak de berpeluh mana...kendian carik money changer untuk tukar matawang dari Ringgit Malaysia ke Lao Kip... Seingat aku masa aku tukar wanga sekitar RM400 duit kita boleh la dapat dalam 1,000,477.66 lao kip...bile tengok duit juta ni rasa macam if Malaysia punya ringgit dapat berjuta² ni aku rasa dah boleh beli range rover, banglow...kan...ehehehhe... mata duitan betul aku...
Lepas tukar duit, benda penting aku nak carik ialah internet wifi...sekitar
Wattay International Airport ni, tak nampak plak yang free wifi... semua nak kene berbayau...jadi aku amik keputusan hembus asap sebatang dua untuk menikmati suasana nyaman di perkarangan Airport...
Selepas menghabiskan masa aku dalam setengah jam, baru la datang teksi limo amik aku dan lagi 3 orang yang sekali satu flight ngan aku...iaitu 2 orang client dan sorang lagi camera man macam aku la...dah nama pon keje kan... :P
Jam menunjukkan pukul 10, baru la teksi limo datang angkut kami ke satu daerah yang dekat dengan Sungai Mekong... hotel yang kami duduk tu di hadapan Sungai Mekong... nama otel tu ialah Sengtawan Riverside hotel... memang hotel ni agak convenience gak sebab di tengah² bandar Vientien...dekat dengan bazaar malam yang hari² bukak dan tutup awal..sekitar 10 malam...
Terdapat pelbagai kemudahan asas kat sini, bukan hanya teksi...transport utama kami ialah Tuk-tuk... kenderaan yang familiar di Thailand, India dan juga Philipines... Bagi aku, 1st time gak la merasa naik tuk-tuk ni...sebab negara sendiri mana ada kenderaan ringan...lagipun harga boleh di tawar² bukan macam teksi kita yang ada meter sentiasa... Makin pandai tawar-menawar...makin mudah lah urusan kita ke sana ke mari... :)


Sementara menunggu ketibaan geng² yang lain...

 Buku merah jangan lupa bawa!

 Suasana sekitar 7.30 am waktu Malaysia

 Fly high! 

 Dapat seat tepi tingkap ada untung juga...

 Sarapan pagi di atas udara...ape lagi kalau bukan nasik lemak Pak nasir!

Muke ngantok... tapi malas nak tidur...

Sampai sudah kita di Vientiane International Airport... Suhu pon suam² sejuk aje...


Ini lah batu bersurat yang berada disekitar aiport Vientiane...


 Aku akan update lagi citer tentang perjalanan ke Laos untuk chapter kedua pula...stay tune! ^^