October 13, 2016

:(

assalamualaikum,

dear blog,

11 oct [email protected] a.m., bila semua classmate, coursemate opem palam tengah packing-packing baju nak pi penang esok aku masih mereput dalam bilik sambil layan cerita korea dekat lappy izzaz sambil-sambil mata dok mengerling beg tarik yang dah siap aku pack hari ahad lepas.  semua baju seluar iron keperluan semua dah aku siap kan. beli fikir balik nak susun semua balik dalam almari rasa malas pulak. hmm tipulah sebenarnya aku rasa sedih sebab tak dapat join depa sebenarnya.

29 sept [email protected] a.m khamis hari yang aku sendiri tak boleh nak ungkap macam mana aku boleh terseliuh dekat tangga tu. nasib baiklah nazirah, fifi, amir ada boleh tolong hantar kan aku dekat unit kesihatan. maaf lah sebab susahkan korang semua.

terima kasih sebab tolong alin :)




July 18, 2015

Selamat hari raya

Assalamualaikum.
Hai
Apa khabar hope uols sihat selalu.  Iols nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Kosong-kosong yer ken kawan.
Mana-mana yang terasa hati dengan iols tu iols mintak maaf sangat-sangat sama ada secara sengaja atau tak sengaja.
Kenkadang ni kita tak tau yang kita ada buat silap.  Tak pun. Kita rasa biasa ok ja tapi orang yang rasa tak ok.
Kalau nak puaskan hati semua pihak kita tak mampu.  Soŕry lah iols pun tak termampu nk jaga hati setiap orang yang iols kenal. 
Apa2pun iols menyusun 10jari mintak maaf dekat sesiapa yang iols penah buat salah dan silap sama ada secara sengaja tak sengaja.  Gurauan yang melampau pun iols mintak maaf jugak yer.
Seriously sorry guyss. 

July 12, 2015

Mood raya+mood study last paper

Assalamualaikum

Engko orang boleh bayangkan idok kena study stress time2 sebelum raya. Lepas tu last paper betoi2 hujung2 nak dekat raya ehh tolong lah engko orang rasa apa aku rasa.

Last paper syndrom

Apakah? Haha. Ni stai study pulun2 punya tapi minda jiwa raga semua sudah pulang ke kampung halaman tercinto.  Jasad ja ada lagi tang sini.

Apa yang perlu aku buat sekarang adalah study tapi aku dok fikir lagu mana eh bila eh nak kemas barang ehh balik ni nak makan apa mengidam lah ehh lupa stdy dulu. Bila pegang buku ehh lapar lah pulak. Apa semua ini dugaan betoi lah.

Ohh fadzleen semoga kau tabah dan sado kan hati. Sabaq sat noh. Sat ja lagi. La buleh pi study kot.

Sebenarnya cuma nak habaq rindu sangat ibu abah. Dulu masa diploma raya cuti seminggu je. Laa  i cuti 2 sebulan lebih nahh amik hang. Haha.

Balik ni nak try masak lah. Bila lagi nak belajaq.

Jom stdy dulu. Doaka ambo yo. ✌✌✌

July 11, 2015

Tolong

Assalamualaikum

Sometime banyak yang kita boleh discribe dari maksud tolong ni. Ada yang betul-betul tolong ada yang kadang-kadang tu biasa-biasa je. 

Bagi aku kalau nak tolong tu tolong jelah.
Macam 1 day before exam fin420 tim tim and the geng ni. Bersungguh2 betoi depa tolong aku. Sampai tolak tepi sat CF depa.

Tim tim pun sampai stay up malam sampai lepas subuh mengajar aku dengan stdy CF dia. Walaupun sampai hilang kunci panjat tingkap jalan kat koridor masuk kot tingkap macam pencuri hahaha.

Terima kasih lag tim tim rasanya baru 1 ni je subjek yang boleh bernafas lepas jawab. Hehehe.

*pls stndby ajaq qmt sem depan. 😙😙😙

July 05, 2015

Cinta

Assalamualaikum,

lately ramai orang dok cakap pasai cinta.  Hari tu roomate and the geng iolss dengan sikit-sikit ja bukan saja tadah telinga dengar. Sorry giirlss.

cinta ni banyak cabang dia hangpa pandailah pilih mana satu.  Cara hanya ungkapkan cinta hangpalah.

la hat paling sakit hati bila dok tengok varial kat facebook yang pasai 8 tahun bercinta tapi bila kahwin 6 bulan dah ada perempuan lain dah curang..  ehhhh padahal ni *middel finger*

bukan nak tudung siapa salah.  la ni bukan boleh dengar sebelah pihak ja  tapi biasalh khabar angin banyak sangat kan.  kita ada mata tengok.  ada telinga dengar.  ada mulut kalau hang rasa hang betoi baru hang masuk campur kalau dok duduk diam-diam.  

nak cerita banyak-banyak tak guna sebab apa sebab cek tak dok pengalaman cinta hat yang cinta hat yang betoi-betoi setakat cinta monyet adalah.

bila tengok cerita macam ni timbul dalam hati "ehhh takut lah nak kahwin" hmmm 


semoga hati tabah ya.  keep fighting fadzleen. =)

June 19, 2015

Ibu saya juga seorang pembohong


Assalamualaikum, hai

Actually, dah lama baq hang cek tak tulis blog ni.

Tiba-tiba nak share cerita pasal semalam 1st puasa.  Time lunch time kat uitm memang tak ada kelas so time tu saja lah try nak call ibu sembang-sembang tanya khabar buat apa puasa ok tak.

***

conversation with ibu:
Me: assalamualaikum ibu buat apa tu *dengar ibu tit tit tit tit tit kat corong telefon*
Ibu: walaikumusalam tak buat apa pun kat rumah rehat-rehat tengok tv je.
Me: ibu bunyi apa tu *tit tit tit tit*
Ibu: bunyi tv
Me: yeke? kenapa macam dengar bunyi mesin yang kat hospital tu je. Ibu kat mana sebenarnya ni? *still dengar bunyi tit tit tit tit*
Ibu: laa dengar ke.  ha ibu kat hospital ni masuk air tadi pening-pening
Me: dengarlah,  Kenapa tak bagi tahu, Abah abang tak masej tak call alin pun bagi tahu,  Bila ? kenapa ibu tak cakap betul-betul dengan alin tadi. Sapa hantar pi hospital
Ibu: pagi tadi. Ibu nak kemas- kemas rumah basuh langsir tiba-tiba pening. ibu kejut abang lepas tu abang telefon abah bawak gi hospital.  Ibu tak nak alin risau.  alin kan ada ujian.
Me: Alin ada ujian ke periksa ke bagi tahu je.  sekurang-kurangnya alin tahu jugak jangan lah diam je.

***

Lepas habis cakap dengan ibu cepat-cepat call abah tanya awatlah tak bagi tau.  Jawapa abah sama ja dengan ibu, Takut aku risau.  Abah kata lagi pun pening ja dah okey dah tu. Lepas tu apa lagi aku cakap dengan abah bagi tau jelah sekurang-kurangnya aku tahu lah jugak,  ni tak semua pakat nak diam ja,  abang aku pun sama.

Dah la lama tak balik sejak seminggu cuti hari tu.  Betul kata Yati kawan rumah dayah.  "kenapa ko tak balik.  baliklah nanti jadi apa-apa kat family nanti jangan nak menyesal pulak nanti"  Sekarang baru nak menyesal sebab tak balik hari tu jenguk family.

Betul lah artikle yang penah aku baca kat website dulu yang  FAKTA IBU ANDA SEORANG PEMBOHONG  Dulu masa baca ehh yeke ibu ni pembohong tak cayalah, kan ibu takkan lah nak bohong.  so aku abaikan ja.  tak take serius pun,

Bila fikir balik pasal semalam masa call ibu.  Ehhhh!!! betullah ibu memang seorang pembohong.
Ada ke bunyi tit tit tit tit tit dekat hospital tu ibu kata bunyi tv.  Ibu alin pun tahu bezanya bunyi tv dengan bunyi mesin jantung kat hospital tu.


Now aku caya dah yang dok kata fakta ibu anda seorang pembohong tu.  100% percaya!!!

Seorang ibu sanggup bohong anaknya sebab tak nak anak dia risau pasal dirinya.  Ibu, how can you do this for me.  Take care ibu, abah, abang.  hmm T_T


salam rindu dari anakda mu
-fadzleen@alin-





December 02, 2012

birthday girl 2012


TERIMA KASIH
kepada:
liyana, ramatul, azlin
 terima kasih sebab sudi bawak aku jalan-jalan, makan-makan..this is my first birthday yang aku sambut dengan kawan-kawan.. 
iloveyou.