KERANA KAU 27
Adam mengaru kepalanya. Memang kerja
gila. Kalau dia tahu ini tindakan Fariz memang dia tak akan turut serta. Mereka
akan berdepan dengan masalah yang cukup besar lepas ni. Ya memang itulah yang
bermain dalam hatinya sekarang.
“Kau ni biar betul
Riz, apa kau buat ni..” suara Adam, menoleh ke arah tempat duduk belakang
keretanya.
Terkejut
juga dia, pukul 2 pagi mendapat panggilan dari Fariz. Sekarang sekali lagi dia
di kejutkan bila melihat Fariz bersama dua orang lelaki mendukung seorang
perempuan. Dan perempuan itu adalah Ayuni yang tak sedarkan diri.
“Sekarang
ni bukan soal betul atau salah tapi soalnya aku kena buat macam ni untuk
keluarga aku..” balas Fariz tegas.
“Papa
kau tahu ke kau buat semua ni?,” tanya Adam, matanya masih mengawasi Ayuni. Kalaulah
wanita itu tersedar sekarang mesti lagi kalut.
“Dia
akan terus tidur dalam beberapa jam lagi, kau jangan risau. Papa cuma tahu aku
dah jumpa Ayuni, tapi dia tak tahu aku guna cara ni untuk bawa dia
balik..”
Adam
mengeleng laju. Mengaru kepalanya apalah yang akan berlaku lepas ni.
“Macamana
kau boleh terfikir nak bawa dia balik macam ni?, kau ingat dia akan duduk diam
bila dia sedar nanti. Aku takut semua ni akan jadi lagi teruk..” luah Adam. Langsung
tak setuju dengan tindakan Fariz. Fariz seakan tak menghormati keputusan Ayuni.
Tapi dalam masa yang sama tak aka nada apa yang dapat memujuk Nur Ayuni Balqis
untuk kembali semula ke bangle mewah Dato Mansur kecuali paksaan.
“Ini
Fariz Iskandar, bukan susah kalau aku nak buat.. cuma apa yang susahnya bila
dia ni dah sedar, mungkin akan bermasalah.. kalau ikutkan hati aku nak aje aku
pengsankan dia setahun tapi nanti apa pulak aku nak cakap dengan papa dengan
mama aku..” balas Fariz selamba. Sempat juga nak melawak. Bila membayangkan kedegilan Ayuni memang
itulah yang terbayang di otak jahatnya.
“Kau
tak takut ke kalau akan jadi lebih teruk lepas ni?,”
“Sekarang
ni pun dah memang teruk, cuma aku yakin kalau aku tak buat macam ni memang
selamanya papa aku tak akan dapat jumpa perempuan degil ni. Kau tahu macamana
susahnya aku nak pujuk dia dekat sana, apa yang aku dapat macam biasalah maki
hamun dia, jadi ini memang pilihan terakhir yang dia buat sendiri..kau sendiri
tahukan yang Fariz Iskandar boleh buat sesuatu di luar jangkaan..” nekad Fariz.
Dahi
Adam berkerut, “Maksud kau?,” Adam cuba membaca apa yang bermain di wajah
Fariz.
“Kalau
dengan cara paksa ni boleh bawa dia datang sini aku terpaksalah buat..”
“Aku
tak rasa ini cara terbaik..” Adam cuba mempetikaikan tindakan Fariz.
Fariz
tersengih, “Kalau nak fikir jalan dan cara terbaik sampai bila masalah keluarga
aku tak akan selesai.. sekarang ni bukan lagi masanya lembut dibalas lembut
tapi keras kena dilawan denagn keras juga. Jangan Perempuan degil ni ingat
hanya dia saja yang betul..”
Adam
akhirnya mengangguk setuju, untuk wanita yang keras hati macam Ayuni memang tak
makan dengan pujukan. setelah apa yang dah berlaku dia mula mengenali siapa Nur
Ayuni Balqis. Dia wanita yang bijak dan cukup tegas dengan apa yang nak
dikatakan. Cuma hati itu kalah dengan rasa benci dan dendam.
“Habis
tu macamana sekarang ni?, kau nak bawa dia balik terus ke?,”
“Aku
rasa memang sekarang ni waktu yang sesuai sebab mama dengan Leyya ada dekat
hospital.. cuma kau kena tolong aku..” Fariz merancang satu persatu.
Adam
tiada pilihan, kalau dia nak membantahpun semuanya dah berlaku. Tugasnya
sekarang hanya tunggu dan lihat. Sempat
menjeling wajah yang dirindui yang jelas tenang. Setenang inikah kalau Ayuni
sedar nanti?.
“Hoiii
menung apa lagi cepatlah.. dah lambat ni.” sergah FAriz.
Adam
mengangguk, terus memecut laju keretanya. Di dalam kereta Adam hanya melihat
wajah yang lena di tempat duduk belakang.
“Macamana
kalau dia buat sesuatu yang kita tak jangka?, kau kan kenal siapa Nur Ayuni
Balqis ni.. aku takut nanti masalah keluarga kau akan jadi lebih teruk..” suara
Adam masih lagi bimbang. Entah kenapa dia memang rasa tindakan FAriz satu yang
salah. tapi entah kenapa jauh di sudut hati dia rasa lega bila melihat wajah
itu sudah kembali. Keliru!
“Sebab
aku kenal dialah aku buat macam ni.. dengan keras hati dia tu tak mungkin dia
akan balik rumah macam biasa dan buat macam tak ada apa yang berlaku selama
ni.. jadi aku akan kena paksa dia balik dan berdepan dengan semua ni.. sampai
bila nak biarkan semua ni tak selesai..”
“Suka
hati kaulah Fariz… harap semuanya akan selesai..” Adam meneruskan fokusnya. Tak
ada apa yang mustahil kalau disebabkan cinta dan sayang.
Fariz
tersenyum, “Terima kasih Am.. kau memang banyak tolong keluarga aku..” suara
Fariz perlahan.
“Aku
memang selalu jadi mangsa kerja bodoh kau..” suara Adam dalam senyuman.
*******
Fariz memandang wajah itu sekali
lagi. hatinya tertanya-tanya kenapa dia buat semua ni. betul ke semua ni untuk
papa dan mama?, atau ada sesuatu di sebalik hatinya yang memaksa untuk dia
membawa balik Ayuni ke mahligai Kasih. Fariz berdehum bila melihat kerutan di
dahi Ayuni. Kepala wanita itu bergerak-gerak.
Ayuni memegang
kepalanya yang terasa sakit,terasa dia bangun dari tidur yang cukup panjang.
Perlahan-lahan cuba membuka mata yang seakan melekat. Memang berat. Digagahkan
juga sedaya upaya untuk bangun.
“Dah
sedar?,” suara Fariz masuk ke telinganya. laju matanya dibuka luas.
“apa
kau buat dekat sini?,dekat mana ni?,” soalan demi soalan keluar dari mulut
Ayuni. Matanya merah menahan marah. Dia tahu sekarang ni dia berada di mana.
“Apa
yang kau buat dengan aku ni Hah??Macamana aku boleh ada dekat sini?..” sekarang
ni tindakan lelaki di depannya itu memang betul-betul membuat kesabarannya
menghilang.
“Tolonglah
Ayuni, sekarang ni papa tengah sakit, mungkin sakit dia akan lebih teruk kalau
awak buat macam ni.” Fariz separuh merayu.
Ayuni
mengenggam kuat tangannya. tak sangka yang Fariz akan bertindak seberani ini. Dia
pantas bangun berdiri tegak di depan lelaki itu. terasa lelaki berbadan tegap
dan sasa itu seperti semut hitam kecil di matanya. Kalau boleh nak
dipijak-pijak lumat.
“Berani
kau buat macam ni!!..”
“Ayuni
yang paksa abang Riz..”
Abang?..
Ayuni mencebik, menyampah mendengar perkataan itu.
“Aku
dah cakapkan yang aku tak akan jejakkan kaki dekat rumah ni. kau tak faham
ke?!!” suara Ayuni dah sampai ke tahap maksimum. Kali ini memang itulah yang
dia nak buat memekik sekuat mungkin supaya semua orang dalam rumah ni sedar
yang dia dipaksa.
“Kenapalah
kau takut sangat nak berdepan dengan kenyataan, kenayataan yang kau memang kena
jadi sebahagian dari keluarga ni.. tak sangka kau memang pengecut untuk hadapi
semua ni. kau lari macam tu aje sebab nak lari dari masalah?”
“Masalah
apa? Masalah keluarga kau?, aku peduli apa!” tengking Ayuni lagi.
“Kau
ni memang takut dengan bayang-bayang sendiri.. sekarang ni kau memang selesa
dengan gelaran anak derhaka tu kan..” Suara Fariz pulak seakan hilang sabar,
“Aku bukan nak suruh kau tinggal lama dekat sini tapi cukup sampai papa
sembuh..”
“Kau
ni memang bodohkan… dah dia sakit kenapa pulak aku kena tinggal dekat sini? Aku
bukan doktor..nak aku ulang berapa ratus kali..” tegas Ayuni kuat. Suaranya memetir.
Fariz
mengeleng perlahan. Ada rasa kecewa mendengar ayat yang keluar dari mulut
Ayuni. Memang jelas masih berbuku rasa dendam dalam hati wanitanya. Kenapa
sekeras itu tindakan Ayuni?. Hatinya tertanya-tanya.
Ayuni
menuju ke pintu. Cuba membuka pintu bilik itu tapi gagal. Kunci?.
“Nak
kemana?,”
“Buka
pintu ni aku nak keluar... aku tak boleh tinggal dalam neraka ni..” suara itu
seakan member arahan tegas. Memang kesabarannya semakin menipis. Hahhh bukan
menipis tapi dan hilang.
“Kau
tak boleh keluar dari rumah ni selagi papa tak sembuh... dan itu arahan dari
aku,”
“Kau
siapa nak arah-arah aku,? Aku nak keluar! Buka pintu ni..”
“Ayuni,
tolong bagi kerjasama, semua ni untuk keluarga kita.. jangan sampai aku buat
sesuatu yang lebih dari ini..” ugut Fariz.
Ayuni
ketawa kuat. Sengaja menyindir lelaki di depannya itu. sengaja mencabar.
“Kau
nak buat apa?, nak bunuh aku.. buatlah kau ingat aku takut?, aku tak pernah
takut dengan mati.. itu kau sendiri tahukan..” jelas Ayuni, menjerit kuat dekat
muka Fariz.
Fariz
menarik kuat lengan Ayuni dekat dengannya. Jarak mereka semakin rapat. “Aku
akan buat pengakuan dekat semua orang yang kita dah terlanjur dan dengan kuasa
yang aku ada aku akan pastikan kau kahwin dengan aku, kalau kau tak boleh
terima aku sebagai abang kau, jadi tak salah kan kalau kau terima aku sebagai
suami!!..” tegas Fariz dekat di telinga Ayuni.
Ayuni
terdiam. Gila!! Memang lelaki ni gila!!
Fariz
tersenyum. Nur Ayuni Balqis, kau tetap wanita biasa. “So Nur Ayuni Balqis, Try
to be yourself, because mimics other people make ourselves uncomfortable.
Beware!!..” Fariz membuka pintu
bilik. Dia tahu dan yakin yang Ayuni tak akan keluar dari rumah ini.
“Kau
akan menyesal sebab bawa aku balik sini!!, Aku akan buat kau sendiri yang halau
aku keluar!!!” ugut Ayuni kasar. Dia terus melangkah keluar dari bilik.
Ayuni
laju menuruni tangga. Tak kisah dengan panggilan Fariz.
“Ayuni…Ayuni
anak papa dah balik?,” tiba-tiba ada suara sayu yang menyentuh hatinya. Dia tak
terus berpaling, namun langkahnya sudah terkunci.
“Ha
ar papa mama.. petang tadi kami dah balik.” sambut Fariz, dia sendiri terkejut
bila melihat kelibat mama dan papanya. Macamana dia boleh tak tahu yang papanya
dah keluar wad.
“Bila
papa dapat mesej dari Fariz tadi yang Ayuni akan ikut balik..Papa terus pujuk
doktor suruh bagi papa balik..papa rindu nak jumpa anak papa ni..” Dato Mansur
mendekati anaknya.
Ayuni
mengelak dari sentuhan Dato Mansur. Matanya sempat menangkap wajah perempuan
yang dibencinya. Sempat juga menjeling ke arah Fariz yang berdiri tegak di tepi
tangga.
“Saya
ngantuk nak tidur..” suara Ayuni terus berlalu meninggalkan tiga pasang mata
yang memandangnya.
“Emmm
biarlah dia rehat dulu papa, memang penat dari tadi tak rehat..” Fariz cuba
memujuk papanya. Dia nampak jelas perubahan di wajah papa dan mamanya bila
Ayuni terus berpaling.
“Emmm
betul tu bang.. biarlah dia berehat dulu..”
“Alhamdulillah
Nah, anak kita dah balik..” suara DAto Mansur terselit rasa gembira walaupun
dia sedar ada lagi penolakan di wajah Ayuni.
“Fariz
nak makan?, biar mama siapkan?,” tanya Datin Normah mesra. Kesian melihat wajah
anaknya kepenatan. Dalam hati terlalu bayang soalan yang nak ditanya pada anak bujangnya
itu. pelik bila Faris Berjaya memujuk Ayuni.
“Tak
apalah mama. Riz penat sangat ni, nak naik atas rehat. Papa dengan mamapun
pergilah rehat. Tak payah fikir sangat Ayuni tu, nanti Riz pujuk dia..” Fariz
memberi jaminan. Jaminan yang mampu menarik senyum di wajah Dato Mansur dan Datin
Normah.
*******
“Apa Abang Riz buat ni?.. kenapa
tak bincang dengan Leyya?,”
“Semuanya
berlaku terlalu pantas tak sempat pun nak buat perbincangan..” balas Fariz
selamba. Terkejut juga bila adiknya itu tiba-tiba muncul di belakangnya. Niat
nak membuka peti sejuk terbatal.
“Tapi kan boleh call, at least cakap apa dah jadi…?”
“Kalau abang
call tanyapun, abang dah tahu apa keputusan Leyya, jadi tak payah nak habiskan
duit bayar bil untuk call..” suara
Fariz selamba dan tenang.
Aleyya memandang
tajam wajah abangnya. Kalau ikutkan hati nak saja dia menjerit kuat. tapi
mengenangkan papa dia membatalkan niatnya. Geram betul bila tadi mamanya suruh
balik semata-mata sebab perempuan tu. hishhhh memang menyusahkan.
“Abang
ni kenapa?tak sudah-sudah nak cari masalah..”
“cuba
jangan menjerit boleh tak.. semua ni untuk papa dengan mama..” jawab FAriz
tenang, dia memang akan sentiasa tenang menghadapi adik manjanya yang sorang
ni.
“Apa
jaminan abang yang perempuan tu tak akan buat hal lagi?, tak ingat apa yang dia
dah buat selama ni?..”
“Papa
kan sakit sebab rindukan Ayuni..” jawab Fariz pendek.
Aleyya
mencebik. Benci dengan kenyataan Fariz walaupun memang itulah yang berlaku.
Tapi dia tetap yakin yang rasa rindu itu hanya sementara.
“Abang
Riz ni memang gila, papa tu sebenarnya sakit sebab tak tahan dengan perangai
perempuan tu.. tapi kenapa abang hangkut juga perempuan tu balik.” Marah Aleyya
masih belum reda. Bertambah membeku marahnya bila tahu Adam juga terlibat sama.
memang sengaja nak naikkan darah aku.
“Leyya
ini saja cara untuk selesaikan masalah keluarga kita ni, Leyya tak tengok
macamana cerianya wajah papa dengan mama bila Ayuni dah balik. Bagilah mereka
peluang,.lagipun Leyya kena terima yang Nur Ayun Balqis tu adalah kakak Leyya. Kakak
kandung Leyya. Leyya sepatutnya kena sayang dia sama macam Leyya sayang abang
atau lebih dari itu. sebab dia darah daging leyya,” pujuk Fariz. Hati manja
Aleyya senang di bentuk.
“Tapi
macamana kalau lepas ni dia akan sakitkan lagi hati mama dengan papa..Leyya tak
suka dia sakitkan hati mama,”
“Abang
janji dia tak akan buat lagi..kalau dia buat juga abang sendiri yang akan halau
dia keluar dari rumah ni..” janji FAriz. Hahh dia sendiri tak tahu apa yang
akan terjadi lepas ni.
Aleyya
melepaskan nafas berat. “Ingat semua ni abang Riz yang mulakan.. tapi ingat,
Leyya tak akan teragak-agak nak bunuh dia kalau dia buat sesuatu pada mama
Leyya. Leyya akan pastikan dia menyesal seumur hidup kalau dia pisahkan mama
dengan papa..” sumpah Aleyya. Kalau Ayuni boleh berpihak pada ibunya jadi tak
salah kalau dia juga menegakkan haknya. Bukan saja haknya malah hak mamanya.
“Bukan
semuanya boleh selesai dengan kekerasan..” Fariz cuba menenangkan adiknya. Dia
tak mahu aleyya menghitamkan hati disebabkan sejarah yang mereka sendiri tak
pasti.
“Tapi
kadang-kadang kekerasan boleh buat seseorang tu sedar dengan apa yang dia
buat.. ingat abang Riz, Leyya tak akan main-main kali ni..” ugut Aleyya sekali
lagi.
Fariz
hanya mampu mengangguk. Malas nak memanjangkan petengkarannya dengan Aleyya.
Dia tahu jauh di sudut hati adiknya itu memang tak akan mampu buat apa yang dia
ucapkan. Aleyya Nampak saja keras dan manja tapi hati itu tetap lembut dan
memikirkan orang lain.
“Dah
tak payah nak marah-marah lagi…tolong sidangkan abang nasi, abang laparlah tak
makan lagi ni… Jom teman abang makan..” pujuk Fariz dengan muka manja. Sengaja
di tayang muka kesiannya. Tapi memang betul dia lapar.
“kenapa
suruh Leyya..pergilah suruh adik kesayangan abang tu..”
“Ala-ala…merajuk
pulak adik sayang bucuk abang ni. macamanalah Adam boleh jatuh cinta dengan
adik abang ni, cepatlah abang lapar ni..” sekali lagi Fariz merayu.
Aleyya
menjeling dengan ekor mata. Namun dia terus melangkah ke dapur. Walau apaupun
selama ni dia selalu akan ikut arahan Fariz. walaupun marah tahap 7.
Fariz
tersenyum lega. Dia kalau boleh mahu Aleyya berada di pihaknya.
“Adam
tahu semua ni?,” satu lagi soalan cepumas.
“Leyya
rasa?,”
Aleyya
mencebik. Memang tak aka nada rahsia antara Abangnya dengan Adam. Jadi soalan
itu dia dan tahu jawapannya. Kenyataannya sekarang sekali lagi dia kena berdepan
dengan Nur Ayuni Balqis. Satu keluhan berat meniti di bibirnya.